Pernah tak berjumpa dengan orang yang rajin solat, banyak bersedekah tetapi otak porno. Maksud porno di sini bukan sekadar menonton video lucah tetapi juga melakukan perbuatan dan mengeluarkan kata-kata lucah.

“Solat Buat, Derma Buat Tapi Otak Kuning. Apa Patut Kami Buat Ustaz?”

Masyarakat kita sekarang ini memang mudah terdedah dengan apa sahaja yang berkaitan porno atau XXX atau perbuatan lucah. Apa tidaknya, dunia tanpa sempadan hari ini membolehkan semua orang akses ke media sosial yang ada bermacam-macam konten tidak elok.

Yang penting sekarang kita kena jauhkan daripada segala perkara porno atau lucah kerana perbuatan itu bukan sahaja berdosa malah menghitamkan hati.

Isu ini dikupas oleh ustaz Don Danial melalui akaun Instagramnya ddaniyaldbiyajid. Persoalan yang diangkat ialah bagaimana kita boleh memperbaiki diri (updgrade) kita yang banyak menonton konten porno di sosial media atau melakukan perkara lucah.

 

View this post on Instagram

 

. Dapat pertanyaan ni dari seorang hamba.. semoga video ini dapat memberi manafaat.. Video full boleh tekan link di bio naa

A post shared by Daniyal Biyajid (@ddaniyaldbiyajid) on

IKLAN

Solusi untuk ini ialah dengan tidak meninggalkan solat. Mungkin disebabkan ibadah kita itu, Allah ampunkan dosa-dosa kita yang melakukan kelakuan lucah. Jangan disebabkan kita berdosa, maka tidak perlu lagi lakukan ibadah. Pendapat ini adalah salah.

Sembahyang jangan ditinggal malah kena perbanyakkan. Solat perlu dilakukan dengan penuh penghayatan untuk mendapat keampunan Allah.

Mengulas lanjut, penghayatan solat ini sama lah juga bagaimana kita menghayati pengucapan perkataan “I love you” semasa zaman percintaan. Perkataan ajaib itu cukup bermakna bagi setiap pasangan.

Memasuki alam perkahwinan, perkataan “I love you“ sahaja tidak cukup. Penghayatan “I love you” dalam perkahwinan ialah kita kena pastikan rumahtangga yang dibina selamat.

IKLAN

Maksud selamat ialah sebagi ketua menyediakan rumah supaya ahli kelurga selamat ada tempat berlindung, memastikan ahli keluarga kenyang, ada makanan mencukupi, bahagiakan mereka dengan cara sebagai ketua keluarga yang berakhlak, bertanggungjawab sebagai suami dan ayah.

Penghayatan perkatan “I love you” itu samalah juga dengan penghayatan kita dalam solat. Semasa takbir, kita sebut nama Allah dan pada penghujung solat semasa beri salam, sekali lagi kita sebut nama Allah.

Allah ada lah satu zat yang sentiasa dekat dengan kita.
Semasa kita solat, surah al -Fatihah yang kita baca itu adalah doa agar Allah beri nikmat menunjukkan jalan kebaikan.

Kita kena hayati solat agar diberikan petunjuk sebagaimana jalan yang dilalui para nabi, orang soleh, orang syahid dan orang-orang yang benar. Tak boleh ikut jalan selain itu.

IKLAN

Artikel berkaitan: Solat Berjemaah, Rahsia Kekal Bahagia Ustaz Don & Dr Husna Sepanjang 8 Tahun Berkahwin

Artikel berkaitan:Hukum Menempiaskan Nafsu Dengan Menonton Video Lucah | Soal Jawab Jalan Kashoorga

Kita sebagai manusia memang selalu melakukan kesilapan. Bukan tidak boleh lakukan kesilapan tetapi, di saat kita melihat atau melakukan perbuatan lucah atau salah, di saat itu lah kita harus terus ingat perlu perbaiki diri dengan membanyakkan ibadah untuk menghapuskan dosa. Solat akan membantu kita menghindari perlakuan lucah.

Sumber Artikel : instagram

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI