Seorang suami melihat gambar seorang wanita di media sosial dalam keadaan yang tidak menutup aurat.
Tanpa rasa apa-apa, ramai yang menekan butang ‘like’ apatah lagi wanita itu cantik pula.
Tapi ramai suami yang tak tahu bahawa tindakan ini sebenarnya boleh mengundang dosa.
Ads
Ustaz Azhar Idrus memberikan penjelasan ini ketika ditanya dalam satu sesi soal jawab. Dia menjawab pertanyaan seorang isteri ‘Apa hukumnya suami ‘like’ gambar wanita tidak menutup aurat, sedangkan saya disuruh menutup aurat.’
“Jika suami itu ‘like’ gambar wanita tersebut kerana dia cantik dan mendedahkan aurat maka itu berdosa.
Ads
“Tapi jika suami ‘like’ gambar bukan kerana aurat yang terdedah sebaliknya kerana ucapan atau tulisan contohnya resipi yang dikongsi itu tidak mengapa. Ini kerana dia bukan ‘like’ sebab aurat tapi kerana resipi.
“Akan tetap jika tindakan suami ‘like’ gambar wanita lain mengundang perasaan cemburu oleh isterinya maka sebaiknya jangan ‘like’,” pesan Ustaz Azhar
Ads
Ini kerana katanya ia menyebabkan isteri berasa ragu, jika meragukan sebaiknya tinggalkan perkara itu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ketika solat Jumaat tidak dapat dinafikan adakalanya terasa mengantuk. Mendengar khutbah jumaat adalah dituntut. Sekalipun para fuqaha berbeza pendapat tentang hukumnya di antara wajib dan juga sunat, akan tetapi tetap menjadi tuntutan dan keutamaan bagi mereka yang hadir untuk mendengar khutbah dengan teliti.
Sebarang ucapan dan perkataan yang berlaku semasa khutbah Jumaat sedang berlangsung, akan menyebabkan pelakunya menjadi lagha. Sebarang pergerakan dan perbuatan yang menyebabkan hilang tumpuan dan fokus kepada khutbah yang disampaikan turut menyebabkan seseorang itu menjadi lagha.
Perbuatan Yang Membantu Fokus Untuk Mendengar Khutbah
Namun terdapat pengecualian ke atas perbuatan-perbuatan yang membantu menambahkan fokus untuk mendengar khutbah. Terutamanya perbuatan yang dapat menghilangkan perasaan mengantuk bagi seseorang itu semasa khutbahnya. Sandaran bagi hal ini adalah sebuah riwayat daripada Ibn Umar R.Anhuma bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Apabila salah seorang kamu mengantuk semasa dia berada di dalam masjid (pada hari Jumaat) maka hendaklah dia beralih kedudukan dari tempat duduknya itu kepada tempat yang lain.
Riwayat Abu Daud (1119)
Hadis ini menunjukkan, tidaklah semua pergerakan anggota badan itu dilarang semasa khutbah. Akan tetapi perbuatan seperti beralih kedudukan dari satu tempat ke tempat yang lain itu dibolehkan bahkan disunatkan, dengan tujuan untuk mengelakkan mengantuk serta dapat terus fokus mendengar khutbah.
Berikut adalah hikmah kepada perbuatan beralih kedudukan ini:
*Pergerakan dapat menghilangkan rasa mengantuk. *Tempat duduknya yang menyebabkan dia tidur itu terdapat padanya syaitan.
Dua hikmah di atas ini disebutkan oleh al-Sayyid Muhammad Siddiq Hasan di dalam kitabnya Al-Diin al-Khaalis (4/145-146).
Maka perbuatan dan pergerakan seperti ini tidak dilarang dan dianggap sebagai lagha. Bahkan ia suatu yang dituntut lagi disunatkan.
Seseorang yang berasa mengantuk semasa khutbah, disunatkan kepadanya untuk beralih kedudukan tempat duduknya ke tempat yang lain di dalam masjid. Walaupun begitu, memandangkan suasana setempat kita pada hari ini yang mana saf telahpun penuh semasa khutbah maka tidaklah perlu untuk seseorang yang mengantuk itu beralih ke tempat lain sehingga menyebabkan gangguan kepada jemaah lain. Akan tetapi boleh untuknya melakukan perbuatan lain yang dapat menghilangkan perasaan mengantuk seperti memicit lehernya atau badannya dan selainnya.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hukum tidur selepas subuh serta dalil-dalil dan bagaimana kesannya kepada pekerja yang bekerja di awal waktu malam hingga lewat subuh?
JAWAPAN:
Tiada nas yang jelas menghalang seseorang untuk tidur selepas subuh. Oleh itu, hukum tidur selepas subuh kekal harus kerana tiada dalil yang menghalangnya.
Meskipun tiada nas yang menghalang untuk tidur selepas subuh namun terdapat banyak galakan untuk menghidupkan amalan selepas subuh. Dalam sebuah hadis, Nabi SAW telah bersabda:
Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berkatilah untuk umatku pada awal waktu pagi. Adalah Nabi SAW, jika Baginda menghantar briged tentera, Baginda akan menghantarnya di awal siang. Adalah Sakhr itu seorang peniaga dan beliau memulakan perniagaannya di awal siang maka telah bertambah hartanya (mendapat keuntungan). Riwayat Abu Daud (2606). Syeikh Al-Albaani menilainya Sahih.
Dalam sebuah hadis yang lain, diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah menghidupkan pagi selepas subuh dengan duduk berzikir sehingga terbitnya matahari.
Maksudnya: Siapa yang solat al-Ghadah (yakni solat Subuh) secara berjemaah kemudian duduk berzikir sehingga terbit matahari, lalu bersolat dua rakaat adalah baginya pahala haji dan umrah.
Hadis riwayat al-Tirmizi (586) dalam Sunannya. Menurut beliau, hadis ini hasan gharib.
Jelas melalui hadis-hadis di atas, Nabi SAW amat menitikberatkan mengenai pengurusan masa lebih-lebih lagi di awal pagi bagi seseorang muslim. Ini dilihat dengan amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dari segi berzikir mahupun keluar kerja untuk mencari rezeki dan disebabkan oleh itu juga para ulama’ amat menjaga waktu selepas subuh mereka agar dipenuhi dengan perkara yang berfaedah lagi berpahala.
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya Fath al-Bari yang mana telah disebutkan bahawa rezeki itu dibahagi-bahagikan selepas solat subuh dan amalan-amalan diangkat dipenghujung waktu siang. Bagi siapa yang pada waktu tersebut dalam ketaatan, maka akan diberkati rezeki dan amalannya.[1]
Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah Rahimahullah di dalam kitabnya Zaad al-Ma’ad pula menyebutkan bahawa tidur waktu subuh menghalang rezeki kerana pada waktu itu adalah waktu meminta padanya makhluk hidup akan rezeki dan ianya adalah waktu di mana dibahagi-bahagikan rezeki dan tidur pada waktu tersebut adalah dilarang kecuali berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan ataupun darurat.[2] Kami juga dikhabarkan bahawa Buya Hamka juga tidur selepas subuh.
Setakat pengamatan kami juga, hadis-hadis yang menceritakan tentang larangan serta cemuhan bagi mereka yang tidur selepas subuh tidak terlepas dari kritikan sama ada terlalu lemah statusnya ataupun bertaraf palsu.
KESIMPULAN
Pernah ditanyakan kepada al-Imam Malik Rahimahullah mengenai tidur selepas solat subuh maka jawab al-Imam Malik:
“Aku tidak mengetahui akan pengharamannya. Disebutkan bahawa bumi mengeluarkan bunyi yang kuat dari tidurnya ulama’ pada waktu dhuha kerana takut mereka lalai pada waktu tersebut”.
Makanya, tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang bekerja malam dan terpaksa tidur pada siangnya selepas subuh kerana telah menjadi sebahagian dari tugasnya untuk bekerja pada waktu malam lalu berehat pada waktu paginya demi menjalankan tugas pada keesokan malamnya pula.
Wallahu a’lam.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Memasuki 10 malam terakhir Ramadan ini umat Islam diseru meningkatkan amal ibadah untuk mengejar pahala Lailatul Qadar. Di mana malam ini adalah lebih baik daripada 1,000 bulan.
Selain membaca al-Quran, melakukan solat dan ibadah ibadah sunat jangan dilupa juga untuk mengamalkan ibadah-ibadah kecil namun cukup besar pahalanya antaranya membaca surah lazim pada setiap 10 malam terakhir ini
Perkara ini dikongsi oleh Ustaz Don Daniyal Biyajid dalam satu video di akaun TikTok miliknya.
Surah yang dimaksudkan adalah mengamalkan bacaan surah al-Fatihah sebanyak tiga kali, al-Zalzalah sebanyak dua kali, al-Kafirun sebanyak empat kali dan al-Ikhlas sebanyak tiga kali.
“Masuk malam 10 terakhir Ramadan saya nak beri satu petua yang mana siapa buat insya-Allah pahala sekurang-kurangnya bersamaan khatam Quran empat kali dalam setiap malam. Jadi jangan tinggal amalan ini baca setiap malam 10 terakhir dan jika kena pada malam Lailatul Qadar, dapat khatam Quran empat kali selama lebih 1,000 bulan.
“Yang pertama, jangan tinggal baca surah al-Fatihah sebanyak tiga kali. Sebab Nabi Muhammad S.A.W bersabda satu al-Fatihah bersamaan dengan satu per tiga al-Quran. Baca tiga kali sama macam khatam satu al-Quran. Selepas baca surah al-Fatihah baca surah al-Zalzalah sebanyak dua kali. Nabi bersabda surah ini sama dengan satu per dua al-Quran. Bila baca dua kali serupa macam khatam Quran.
“Kemudian, baca surah al-Kafirun sebanyak empat kali. Nabi bersabda satu surah al-Kafirun bersamaan dengan satu per empat al-Quran. Jadi bila baca empat kali sama macam khatam satu al-Quran. Selepas itu baca, surah al-Ikhlas tiga kali. Jumlahnya al-Fatihah tiga kali, al-Zalzalah dua kali, al-Kafirun empat kali, al-Ikhlas tiga kali bersamaan empat kali khatam,”kongsi beliau.
Selain surah al-Fatihah dan tiga surah lazim, Ustaz Don turut berpesan untuk membaca surah Yasin sebanyak sekali yang mana ganjaran pahalanya bersamaan dengan 10 kali membaca al-Quran.
“Yang terakhir baca surah Yasin sebanyak satu kali. Dalam satu hadis yang diriwayatkan sekali baca Yasin bersamaan dengan 10 kali baca Quran. Subhanallah. Jumlah pahala macam khatam Quran sebanyak 14 kali untuk satu malam.”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?