Buat suami apabila amarah atau berasa tak puas hati dengan pasangan hati-hatilah dalam berbicara. Boleh jadi kita terlepas kata hingga menyebabkan rumahtangga yang sedia bergolak jadi runtuh akibat tidak sengaja terlafaz talak.
Begitu juga situasi seorang isteri yang bertanya soalan kepada bekas Mufti Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri tentang lontaran kata-kata suami terhadap dirinya adakah bermaksud lafaz talak?
Soalan
Saya cuma inginkan kepastian. Suami saya ada berkata, “Ini daripada abang sendiri, lebih baik kita berpisah” Adakah jatuh talak ustaz?
Jawapan
Ulama membahagikan lafaz cerai terbahagi kepada dua; sorih (nyata dan terang) dan kinayah (tidak nyata dan terang).
Berkenaan dengan hukum lafaz secara kinayah ini adalah seperti berikut:
Pertama, kami menyatakan bahawa majoriti fuqaha’ bersepakat berkenaan talak kinayah (kiasan) yang hanya akan terjatuh jika disertakan dengan niat menceraikan isteri.
Kedua, berlaku perbezaan pendapat dikalangan fuqaha’ mazhab berkenaan lafaz talak yang berbentuk kinayah. (Lihat al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 35/137).
Kami nyatakan secara terperinci maksud dan makna lafaz kinayah mengikut mazhab fiqh.
Mazhab Hanafi
Lafaz kinayah adalah semua lafaz yang boleh membawa maksud ‘cerai’ dan selainnya. Contohnya, “Kamu ba’in (tidak boleh dirujuk semula)” atau “Kamu haram untuk aku” atau “Kamu telah terlepas (dari ikatan pernikahan)” atau “Kamu telah bebas (dari ikatan pernikahan)”. Tidak akan terjatuh talak menggunakan lafaz-lafaz tersebut melainkan disertakan dengan niat.
Ads
Jika seseorang melafazkan lafaz kinayah tersebut kerana; berada dalam perbincangan ‘bab talak’, atau sedang bertanya tentang talak, atau berada dalam keadaan marah dan pertengkaran. Maka dia perlu bersumpah tentang niatnya semasa sedang marah dan bertengkar tersebut, dan talak akan terjatuh mengikut keputusan qadi. (Lihat Bada’i‘ Al-Sana’i‘, 3/107).
Mazhab Maliki
Mereka membahagikan lafaz kinayah kepada dua:
Kinayah Zahirah (Kiasan yang jelas): Lafaz ini menurut Mazhab maliki seperti lafaz sorih (jelas), maka terjatuh talak dengan lafaz ini kerana ia mengandungi makna ‘talak’ yang jelas. Contohnya kata lelaki pada isterinya: “Kamu selamanya (terputus akad daripada aku)!” atau “Kamu ditalak satu yang boleh dirujuk!” atau “Kamu ibarat telah mati!” atau selainnya.
Kinayah Khafiyyah (Kiasan yang tersembunyi): Lafaz ini pula tidak mengandungi makna ‘talak’ yang jelas. Contohnya kata lelaki pada isterinya: “Masuklah kamu (ke dalam rumah)!” atau “Pergilah kamu!” atau “Beredarlah kamu!” atau selainnya. Jika dia berniat menceraikan isterinya dengan lafaz-lafaz tersebut, jatuh talak mengikut bilangan yang diniatkan, dan terjatuh talak tiga jika dia tidak menetapkan bilangan talak. (Lihat Hashiyah Al-Sawi ‘ala Al-Sharh Al-Kabir, 1/458).
Mazhab Syafie
Lafaz kinayah ialah lafaz yang mengandungi makna talak dan selainnya.(Lihat Mughni Al-Muhtaj, 4/456). Contohnya seperti kata lelaki pada isterinya: “Kamu bebas daripada aku!” atau “Pergilah ke ahli keluarga engkau” dan selainnya. Jika dia berniat menceraikan isterinya dengan lafaz-lafaz tersebut, jatuh talak mengikut bilangan yang diniatkan, dan terjatuh talak satu jika dia tidak menetapkan bilangan talak.
Ulama’ Syafie juga meletakkan syarat untuk terjatuhnya talak dengan lafaz kinayah adalah lafaz tersebut mestilah berserta niat, bukan sebelum lafaz atau selepas lafaz. (Lihat Mughni Al-Muhtaj, 4/462)
Mazhab Hanbali
Lafaz Kinayah terbahagi kepada dua:
Kinayah Zahirah (Kiasan yang jelas): Lafaz yang membawa masuk Ba’in (talak yang tidak boleh dirujuk). Contohnya, “Kamu bebas daripada aku!” atau “Kamu selamanya (terputus akad daripada aku)!” atau “Kamu ba’in (tidak boleh dirujuk)!” atau selainnya.
Kinayah Khafiyyah (Kiasan yang tersembunyi): Lafaz ini pula tidak mengandungi makna ‘talak’ yang jelas, ia mengandungi maksud talak satu. Seperti kata lelaki pada isterinya: “Keluarlah kamu!” atau “Pergilah kamu!” atau “kamu bukan isteri aku!” atau selainnya.
Ads
Kembali kepada persoalan di atas, lafaz yang disebutkan oleh suami puan bukannya lafaz yang jelas dan talak hanya akan terjatuh jika lafaz kinayah diiringi dengan niat dan kehendak suami untuk menceraikan isterinya.
Justeru, kami katakan ia tidak jatuh kerana masih menyebut dengan kalimah “lebih baik” yang mungkin boleh dibuat andaian sama ada mahu bercerai atau sebaliknya.
Ini adalah berdasarkan apa yang berlaku kepada Ka’ab bin Malik ketika mana beliau tidak menyertai perang Tabuk. Rasulullah SAW memerintahkan beliau untuk menjauhi isterinya. Lalu Ka’ab berkata :
أُطَلِّقُهَا أَمْ مَاذَا أَفْعَلُ
Maksudnya : “Adakah perlu aku menceraikannya atau bagaimana patut aku lakukan?”
Rasulullah saw menjawab :
لَا بَلْ اعْتَزِلْهَا وَلَا تَقْرَبْهَا
Ads
Maksudnya : “Tidak perlu sampai begitu, hanya jauhi dia dan jangan dekatinya.”
Lalu Ka’ab mengkhabarkan perkara tersebut kepada sahabatnya yang tidak pergi ke perang Tabuk bersama beliau. Kemudian beliau (Ka’ab) berkata kepada isterinya :
الْحَقِي بِأَهْلِكِ
Maksudnya : “Pergilah ke ahli keluarga engkau.”
Apabila Allah menerima taubatnya, beliau kembali ke isterinya. Tidak pula beliau diperintahkan untuk berakad dengan akad yang baru. Riwayat al-Bukhari (4419)
Perkataan “Pergilah ke ahli keluarga engkau” menunjukkan bahawa talak tidak akan jatuh menggunakan lafaz kinayah melainkan dengan niat.
Akan tetapi, kami berpandangan untuk merujuk kepada Mahkamah Syariah dan membuat permohonan pengesahan lafaz talak. Ini adalah satu usaha untuk membuktikan adakah si suami berniat untuk mentalakkan atau tidak.
Sejak hujung minggu lalu ramai orang yang memulakan perjalanan pulang ke kota raya selepas pulang ke kampung sempena cuti hujung tahun.
Ada yang selamat sampai dan tidak kurang juga terkandas akibat musibah banjir. Memandu pada waktu hujan juga mendatangkan risiko yang agak tinggi. Apatah lagi jika pemandu itu sendiri mula rasa mengantuk. Perjalanan jauh pastinya akan diuji dengan rasa penat dan mengantuk.
Tidak kiralah memandu di waktu siang atau malam, rasa mengantuk ini boleh datang tanpa kita duga.
Sebelum memulakan perjalanan adalah lebih elok kita membaca doa naik kenderaan.
Bacaan rumi:
Subhanallazi sakhorolana wama kunna lahu mukrinin. Wa inna ila rabbina lamun qolibun
Maksudnya : “Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini (kenderaan) bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya (13) dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami” (14) (Az-Zukhruf : 13 & 14)
Menurut portal IslamItuIndah.my, ada sepotong ayat Al-Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ayat tersebut berbunyi:
لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ
” La Takkhuzuhu Sinatuw Wala Naum ”
(Maksudnya: “[Dia – Allah] tidak mengantuk dan tidak tidur”)
Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3 kali sebelum memulakan perjalanan anda dan ditambah dengan ayat
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
(Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat akan sesuatu yang di bumi dan yang di langit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”)
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat kita semua.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
“Tak perlu mandi wajib, terus solat subuh.’ Ini ingatan ustaz buat pasangan selepas bersama. Menjalinkan hubungan intim bagi suami, isteri yang telah bernikah sebenarnya menambah pahala.
Tidak kiralah sekadar melakukan ‘ringan-ringan’ atau pun bersama. Ramai yang mengetahui bahawa setiap pasangan wajib mandi junub setelah melakukan hubungan intim.
Namun bagaimana pula bagi kes ringan-ringan, adakah perlu mandi wajib. Tentu saja perasaan timbul untuk sucikan diri terutamanya sebelum mendirikan solat subuh di pagi hari. Ikuti perkongsian Ustaz Noor Hafiz ini dan hadam baik-baik.
Soalan:
Saya nak tanya boleh kah, suami isteri terus solat subuh tanpa mandi wajib terlebih dahulu setelah bersama malamnya? Sepupu cakap boleh, saya mahukan kepastian?
Terus Solat Subuh
Jawapan:
Pada malam harinya pasangan suami, isteri telah bersama. Kemudian keesokan paginya, sebelum subuh wajib atau tidak mereka mandi wajib terlebih dahulu sebelum mendirikan solat Subuh.
Ini Ingatan Ustaz
Pertama sekali, kita hendaklah pastikan apakah maksud bersama dalam konteks soalan ini sama ada melakukan persetubuhan iaitu sekurang-kurangnya memasukkan kepala zakar suami di dalam faraj isterinya.
Walaupun masuk sekali, walaupun tanpa keluar air mani, situasi ini wajib suami dan isteri mandi wajib.
Namun begitu, sekiranya “bersama” dalam konteks soalan ini merujuk tidak melakukan persetubuhan, tidak melakukan perkara-perkara yang menyebabkan air mani keluar.
Jika sekadar melakukan perkara ini, maka keesokkan paginya suami isteri ini tak perlu mandi wajib. Hanya perlu bersihkan diri, ambil wudhuk dan solat subuh.
Kebanyakan orang yang memiliki lesung pipit akan kelihatan manis apabila tersenyum. Lesung pipit merupakan lekukan yang ada pada bahagian pipi dan hanya 20 peratus sahaja manusia di dunia ini memilikinya.
Sungguh bertuah orang yang dianugerahkan lesung pipit kerana ternyata orang berlesung pipit ini selalu mendapat perhatian kerana kelihatan manis dan tampan saat tersenyum.
Antara artis terkenal yang memiliki lesung pipit ini ialah Hisyam Hamid, Anuar Zain, Shukri Yahaya, Wawa Zainal, Preity Zinta dan ramai lagi.
Namun, ada sebahagian daripada 80 peratus manusia tanpa lesung pipit berhasrat memilikinya dan berusaha untuk memiliki lesung pipit buatan!
Bagaimana agaknya dan apakah hukumnya? Ayuh kita baca ulasan Mufti.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Hukum lesung pipit buatan melalui proses tindikan mahupun pembedahan adalah haram. Lesung pipit yang dibuat semata-mata bertujuan kecantikan (tahsiniyyah) adalah dilarang kerana ia mengubah ciptaan Allah yang jelas bukan pada situasi keperluan (hajiyyah).
Huraian Jawapan:
Lesung pipit ialah lekukan kecil semulajadi dalam daging pada bahagian tubuh manusia, terutama di pipi atau dagu. Lesung pipit di pipi akan kelihatan ketika seseorang membuat ekspresi wajah seperti tersenyum.
Sementara lesung dagu adalah garis kecil di dagu (lekuk) yang tetap tanpa perlu membuat ekspresi wajah tertentu. Lesung pipit terjadi disebabkan oleh variasi struktur otot muka yang dikenali sebagai zygomaticus major terbelah dua.
Menurut kajian, mereka yang memiliki lesung pipit dikatakan mempunyai kecacatan otot yang sangat menawan selain menjadi tarikan penyeri wajah ketika tersenyum. Namun tidak semua manusia mempunyai lesung pipit, maka terdapat mereka yang sanggup melakukan prosedur yang menyakitkan melalui cara pembedahan (dimpleplasty) ataupun tindik untuk mencipta lekukan lesung pipit untuk kekal dalam tempoh masa tertentu.
Menurut kajian, risiko pembedahan (dimpleplasty) ialah pada kecederaan cabang saraf wajah namun ia jarang berlaku. Walaubagaimanapun pembedahan tersebut tetap terdedah risiko yang tidak diketahui tanpa sebarang jaminan.
Pada asalnya, pembedahan kosmetik dan sebarang prosedur yang yang membawa kepada perubahan anggota badan manusia tanpa keperluan adalah diharamkan oleh Syarak.Ini berdasarkan hadis bahawa Nabi SAW bersabda:
لَعَنَاللَّهُالْوَاشِمَاتِوَالْمُسْتَوْشِمَاتِوَالنَّامِصَاتِوَالْمُتَنَمِّصَاتِوَالْمُتَفَلِّجَاتِلِلْحُسْنِالْمُغَيِّرَاتِخَلْقَاللَّهِ Maksudnya: Allah melaknat orang yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu, wanita-wanita yang mencukur alis (bulu kening) dan orang yang meminta mencukur kening dan orang yang mengasah gigi untuk kecantikan yang (semua itu) mengubah ciptaan Allah SWT”. Riwayat Muslim 2125
Ancaman laknat “ لَعَنَ” dalam hadis menunjukkan pengharaman mengubah ciptaan Allah sama ada bagi orang yang melakukannya dan juga orang yang meminta untuk dilakukannya ( Lihat Fath al-Bari 10/377). Imam al-Nawawi mensyarahkan makna perkataan لِلْحُسْنِlil husn bagi perbuatan menjarangkan gigi dalam hadis tersebut ialah
وَأَمَّاقَوْلُهُالْمُتَفَلِّجَاتُلِلْحُسْنِفَمَعْنَاهُيَفْعَلْنَذَلِكَطَلَبًالِلْحُسْنِوَفِيهِإِشَارَةٌإِلَىأَنَّالْحَرَامَهُوَالْمَفْعُولُلطلبالحسنأمالواحتاجتإِلَيْهِلِعِلَاجٍأَوْعَيْبٍفِيالسِّنِّوَنَحْوِهِفلابأسواللهأعلم Perbuatan menjarangkan gigi untuk kecantikan “lil husn” memberi makna perbuatan hanya untuk kecantikan dan ianya sebagai isyarat kepada pengharaman. Hal Ini kerana orang yang meminta untuk melakukan hal tersebut khusus menzahirkan kecantikan semata-mata.
Adapun sekiranya berhajat untuk merawat (suatu cela) atau kerana aib pada gigi maka tidak menjadi masalah dan Allah lebih mengetahui (Rujuk al-Minhaj fi Syah Sahih Muslim,14/107)
Gambar sekadar hiasan
Oleh itu, hadis tersebut sebagai hujah larangan terhadap segala perbuatan mengubahsuaian ciptaan-Nya yang semata-mata bertujuan kecantikan tanpa keperluan yang mendesak.
Kesimpulannya, berdasarkan nas yang dibentangkan, kami menyatakan bahawa mencipta lesung pipit melalui kaedah pembedahan mahupun bertindik bagi tujuan kecantikan adalah haram.
Pembedahan yang menghasilkan kesan lekukan di pipi dilarang kerana mengubahsuai ciptaanNya serta terdapat unsur penipuan terhadap kecantikan wajah yang bukan asli.
Bahkan, pembedahan lesung pipit (dimpleplasty) melibatkan kos yang tinggi serta terdapat implikasi bahaya seperti merosakkan otot pipi.
Rawatan kosmetik yang boleh mengubah ciptaanNya hanya boleh diterima pada situasi keperluan mendesak dan bukan semata-mata untuk kecantikan (tahsiniyyah).
Akhir kalam, marilah kita mensyukuri nikmat kurniaan-Nya serta redha dengan rupa dan bentuk fizikal yang telah Allah ciptakan untuk hamba-hamba-Nya
Sudah berpisah, namun bekas suami isteri terus berhubung dan berkawan baik demi anak. Ada masa keduanya juga bertemu malah da juga yang menghabiskan masa...