‘Suami yang hebat tidak akan dedahkan aib isterinya.’ Block saja suami orang, jangan layan! Sebagai wanita, anda boleh menepis cinta suami orang sedari awal perkenalan.
Tak perlu kasihan dengan kisah-kisah dongeng yang suami orang ini ceritakan kerana tak semuanya betul. Di mata kita mungkin kedengaran dialah mangsa keadaan dan isterilah paling jahat.
Sebaiknya kalau baru saja berhubungan, jangan layan! Sebaiknya jangan mulakan dan block saja. Lebih baik cegah sebelum hubungan bertambah serius.
Perkahwinan adalah suatu tuntutan agama dalam meraikan fitrah semula jadi penciptaan manusia. Bertujuan untuk menjaga keturunan, memelihara kesucian diri, melaksanakan tuntutan syariat, memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah al-Rum, ayat 21)
Namun ada juga terjebak dengan dosa zina yang hingga melahirkan anak luar nikah. Sedangkan kita dituntut menjaga nasab keturunan sebagaimana disebut dalam surah Al-Furqan ayat 54 yang berbunyi.
Dan Dia (pula) yang menciptakan manusia dari air lalu dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan mushaharah dan adalah Tuhanmu Maha Kuasa.
Dalam pada itu, peguam syarie, Fahmi Ramli yang juga Konsultan Perundangan Islam membuat teguran secara terbuka di media sosialnya berkaitan isu nasab dalam Suamiku Lelaki Pendosa yang dianggap mampu mengelirukan masyarakat yang menonton drama ini.
Baca perkongsiannya, semoga kita juga mendapat ilmu berkaitan nasab ini.
TV3 dan Penulis Novel, Tolong semak betul-betul isu Nasab Dalam Islam sebelum pamerkan pada orang awam.
Hari ini saya terpanggil sekali lagi untuk ulas isu yang hampir sama dengan artikel yang saya ulas daripada drama Suamiku Lelaki Pendosa. Tangan saya bergetar kerana terlalu marah bila baru sahaja menonton Episod 19 di Disney Hotstar.
Buat yang tak tonton, saya beritahu apa sebabnya saya marah.
Dalam episod tersebut, Dato Afnan (Edika Yusof) telah datang ke rumah Firdaus Bapa Cahaya Malaika (Fauzi Nawawi) untuk melihat dan berjumpa dengan Cahaya Malaika (Sophia Barakbah) lantas memberitahu yang dia adalah ‘Bapa Kandung’.
Yang tak boleh saya terima, Firdaus ni pun siap cakap ‘Ini adalah bapa kandung Cahaya’. What the fish!!!!
Apa hubungan sepatutnya Cahaya dengan Dato’ Afnan?
Walaupun diketahui Dato’ Afnan itu telah meniduri isteri Firdaus, Wahidah (Aleza Shadan), TAPI dalam Islam, dia tak boleh dikatakan sebagai Bapa Kandung. Istilah bapa kandung digunakan untuk Anak Sah Taraf yang dinasabkan kepada seorang bapa yang sah dalam tempoh perkahwinan mengikut Hukum Syarak.
Seandainya, katakanlah Wahidah diceraikan, dan kemudian berkahwin dengan Dato’ Afnan, ia tak akan menjadikan Cahaya Malaika itu sebagai Bapa Kandungnya. Hubungan Cahaya dan Dato’ Afnan tu hanya seperti Bapa Tiri yang haram berkahwin dengan anak tiri disebabkan perkahwinan dengan ibunya.
Betul ke Cahaya Anak Tak Sah Taraf?
Seperti yang saya pernah ulas, Cahaya tetap dikira Anak Sah Taraf kepada Firdaus dan Wahidah sebab dia dilahirkan dalam tempoh perkahwinan mereka.
Meskipun, DNA dan pengakuan Wahidah yang terlanjur dengan Dato’ Afnan ketika dia bergelar isteri orang membuktikan Cahaya datang dari benih Dato’ Afnan (mungkin), TAPI disebabkan Firdaus tidak membuat Permohonan Cerai Lian, maka, Cahaya tetap dikira Anak Sah Taraf kepada Firdaus.
Bukan ke DNA terbukti kuat?
DNA adalah satu kaedah saintifik. Islam tidak menolak pembuktian tersebut. Tetapi, dalam Undang-undang dan Syarak, hanya ada satu cara untuk seorang lelaki menafikan nasab anaknya iaitu dengan Cerai Lian setelah dia menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain.
Saya dah ulas perkara ini berdasarkan satu rujukan kes Jurnal Hukum yang diputuskan di Mahkamah Rayuan Syariah (boleh rujuk artikel sebelum ini), Mahkamah memutuskan, DNA hanya digunakan untuk membuktikan nasab seseorang anak sahaja, bukan CARA untuk menafikan nasab.
Walaupun Firdaus mungkin tahu perbuatan isterinya di belakang?
Ya, walaupun Firdaus tahu Wahidah telah terlanjur dengan lelaki lain. Untuk menjawab kepada persoalan ini, saya merujuk kepada satu Hadis Nabi s.a.w yang mafhumnya
“ Anak itu dinisbahkan kepada katil, sedangkan untuk orang yang berzina terlarang daripada apa-apa” (Bukhari & Muslim).
Maksudnya, katil itu dinisbahkan kepada isteri. Pemilik kepada katil tersebut adalah suami yang sah. Anak itu dinisbahkan kepada suaminya. Meskipun, isteri tersebut menafikan itu anaknya, tetapi suami itu menyatakan itu anaknya, maka anak itu tetap boleh dinasabkan kepada suaminya.
Kalau Firdaus menafikan itu nasabnya?
Jika Firdaus atau suami tersebut, menafikan bahawa itu anaknya, dan menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain, isteri pulak menafikan, maka ia akan menjurus kepada Cerai/Sumpah Lian jika suami tidak mampu membawa bukti syarak tuduhan zina iaitu 4 orang saksi lelaki. Selepas itu, barulah anak itu dinafikan nasab daripada suami tersebut.
Manakala, orang yang berzina, iaitu tidak ada pertalian nikah yang sah, dan melahirkan anak, maka anak itu tak boleh dinasabkan kepada lelaki tersebut, sebaliknya nasab kepada ibunya sahaja.
Jadi, ini bermaksud, anak itu masih wajar dinasabkan kepada suami yang sah, meskipun isteri tersebut mengakui yang itu bukan benih suaminya. Syaratnya, suami tersebut menafikan dakwaan isterinya dan mengakui itu adalah anaknya.
Bukan ke masa belajar dulu anak tak sah taraf tak boleh dinasabkan kepada lelaki yang berzina?
Memang betul. Tapi di dalam kes ini, Wahidah itu berzina dengan lelaki lain dalam tempoh perkahwinannya dengan Firdaus.
Lainlah kalau Wahidah, berzina dengan Dato’ Afnan SEBELUM kahwin dengan Firdaus.
Memang haram la hukumnya dinasabkan kepada Firdaus tu. Itu kita panggil istilahnya Pak Sanggup. Hukumnya Haram dalam Islam. Bezakan antara situasi zina sebelum nikah dengan zina selepas nikah.
Kesimpulan,
Saya mohon secara tegas, isu sebegini jangan diambil mudah. Bayangkan berapa ramai yang menonton Drama ini akan mendapat info yang salah disebabkan kesalahan skrip atau penulisan drama yang tak dikaji.
Saya tersangat bimbang, jika selepas ini akan ada lebih ramai orang macam Dato’ Afnan yang sepatutnya tak ada pertalian nasab, tetapi hanya Bapa Biologikal sahaja datang ke rumah dan mengaku dia adalah Bapa Kandung. Allahu. Salah besar ni.
Saya pun tak faham, bagaimana drama ini katanya telah disemak oleh JAKIM boleh terlepas pandang isu sebegini. Kalau saya salah buktikan secara sah ikut undang-undang dan syarak.
Sebab saya menyampaikan pandangan ini berdasarkan kepada keputusan kes yang pernah diputuskan Mahkamah Syariah serta bersandarkan kepada Undang-undang dan Syarak.
Bukan ikut sedap tangan saya yang menulis. Saya mohon, buat pembaca artikel ini, panjangkan hingga sampai ke pihak penyiaran untuk ambil tindakan selanjutnya. Bimbang ini akan memesongkan pemahaman masyarakat yang tak semua faham. Saya gesa tindakan tegas diambil.
Wallahualam Fahmi Ramli Peguam Syarie & Konsultan Perundangan Islam
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Berkuat kuasa mulai 8 Januari 2022, individu yang ingin mengerjakan ibadah umrah ditangguhkan berikutan penularan jangkitan Omicron yang dikesan di negara ini melibatkan jemaah yang baru pulang dari tanah suci Makkah.
Penangguhan ini dilakukan bagi membolehkan kadar jangkitan akibat varian Omicron ini dapat dikekang buat sementara waktu.
Memetik laporan Berita Harian, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, ketika mengumumkan keputusan itu berkata larangan berkenaan akan kekal berkuat kuasa sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Katanya, tempahan tiket penerbangan perjalanan umrah yang baharu ditangguhkan berkuat kuasa, hari ini.
“Jemaah umrah pula perlu menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin atau hotel tertentu seperti dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bermula 3 Januari (Isnin ini).
“Bagi jemaah yang akan berlepas ke Tanah Suci hari ini hingga 7 Januari depan, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan, namun perlu menjalani kuarantin di stesen kuarantin atau hotel seperti dikenal pasti oleh NADMA apabila tiba di Malaysia.
“Hasil mesyuarat sudah mendapat persetujuan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri). Penilaian risiko situasi COVID-19 varian Omicron di dalam dan luar negara khususnya di Arab Saudi akan dilakukan secara berkala bagi membuat keputusan untuk membenarkan semula aktiviti umrah.
“Penangguhan sementara aktiviti umrah ini dijangka dapat membantu mengurangkan risiko penularan Omicron dalam negara dan memperlahankan peningkatan kes COVID-19,” katanya pada sidang media di Parlimen, di sini, hari ini.
Susulan keputusan penangguhan umrah, Khairy berharap ia berupaya memberi peluang dan ruang kepada kerajaan untuk membuat perancangan serta persediaan rapi dalam pengurusan jemaah, sebelum ibadat berkenaan dibenarkan semula.
Bagi jemaah yang bakal pulang ke tanah air, beliau berkata beberapa perkara perlu dipatuhi, merangkumi arahan ujian saringan sebelum pelepasan dan ketika ketibaan di Malaysia.
“Jemaah perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dua hari sebelum tarikh berlepas dan ujian RT-PCR pada hari ketibaan.
“Menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian selama tujuh hari di stesen kuarantin dan sekiranya bergejala, perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19 menggunakan kit ujian pantas (RTK) antigen kendiri.
“Mereka kemudian dikehendaki melakukan ujian RT-PCR pada hari kelima dan jemaah umrah hanya akan diberi pelepasan perintah pengawasan dan pemantauan pada hari kelapan, sekiranya tiada pelanjutan kuarantin serta keputusan ujian RT-PCR pada hari kelima adalah negatif COVID-19,” katanya.
Menyentuh perincian mengenai kos kuarantin, Khairy berkata jemaah umrah akan diberikan pilihan sama ada ingin ditempatkan di hotel sekiranya bersedia untuk menanggung bayaran sepenuhnya atau memilih kemudahan kerajaan untuk yang kurang berkemampuan.
Jelasnya, NADMA akan mengenal pasti stesen kuarantin yang selesa untuk menempatkan jemaah umrah dalam tempoh dua hari ini.
“Kita sedang berbincang dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) mengenai bagaimana untuk uruskan mereka yang terkesan ini (dengan arahan penangguhan umrah).
“Antara pertimbangan yang diutarakan adalah menjadualkan semula penerbangan mereka atau memulangkan wang jemaah, dan ini sedang dilakukan dalam kalangan agensi pelancongan berkaitan.
“Justeru, saya minta sangat kepada mereka yang ingin mengerjakan umrah untuk tangguhkan buat sementara waktu kerana mudarat lebih besar terhadap aspek kesihatan awam,” katanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tragedi melibatkan empat penunggang motosikal meninggal dalam kejadian di Pulau Pinang malam semalam menarik perhatian ramai. Ramai melontarkan pelbagai pendapat mengenai aksi perbuatan mereka itu.
Dalam pada itu, isteri kepada salah seorang mereka yang terlibat dalam kemalangan itu, Norhanazielah Hanazi, 28 tidak dapat menahan kesedihan dan masih terkejut dengan kejadian yang menimpa arwah suaminya, Muhamad Eizreel Muhamad Roszaidi, 25, pada pukul 4.30 pagi semalam.
Ini kerana suaminya masih sempat bertanya khabar anak-anak pada jam 2 pagi sebelum kejadian menimpa. Masa yang sama juga, kemalangan maut yang berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, Gelugor itu juga menambah sedih di hatinya kerana arwah suaminya tidak sempat menatap wajah anak ketiga mereka yang dijangka lahir pada minggu hadapan.
Dalam pada itu, Norhanazielah Hanazi, 28, memaklumkan, dirinya pergi ke lokasi kejadian walaupun dalam keadaan sarat mengandung untuk melihat sendiri keadaan suaminya selepas dimaklumkan kejadian tersebut oleh rakan-rakan.
“Rasa sebak sangat Tambah sebak apabila anak-anak berusia lapan dan empat tahun menangis apabila diberitahu bapa mereka meninggal dunia.
“Saya pula sedang menghitung hari untuk bersalin anak ketiga kami yang dijadualkan pada 27 Julai ini. Arwah yang paling tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata ini dan segala kelengkapan sudah siap dibeli,” katanya ketika ditemui semalam.
Norhanazielah memberitahu, arwah suaminya menghantar pesanan WhatsApp pada pukul 2 pagi untuk bertanyakan tentang keadaannya dan anak-anak.
Cerita wanita itu, sejak kebelakangan ini, arwah mahu sentiasa berdamping dengannya dan anak-anak di rumah.
“Dia sanggup tidak pergi kerja semata-mata mahu membawa kami berjalan-jalan dan makan,” katanya yang memberitahu suaminya bekerja sebagai runner.
Selain Muhamad Eizreel, turut terkorban dua rakannya iaitu Muhamad Shazwan Hakim Mohd. Abdul Sani, 22, dan Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19.
Jenazah Muhamad Eizreel dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda di Sungai Ara. -KOSMO! ONLINE
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Program World #QuranHour 2026 sekali lagi mengajak umat Islam di seluruh dunia untuk kembali menjadikan al-Quran sebagai panduan utama dalam kehidupan seharian.
Program tahunan yang...