Sama ada anda baru sahaja mengangkat takbir atau pun berada di rakaat terakhir. Anda wajib selesaikan solat itu sehingga salam.
Sengaja membatalkan solat tanpa sebab yang sah adalah dilarang dalam Islam.
Namun, timbul pula persoalan kedua sama ada solat di hujung waktu itu tadi dikira sebagai Tunai (Ada’) atau Qada?
Ads
Dalam mazhab Syafie, status solat anda ditentukan oleh safu formula mudah, iaitu kedudukan rakaat pertama anda ketika azan sedang berkumandang.
Situasi 1:
Jika anda sudah pun selesaikan rakaat pertama dengan sempurna selepas azan berkumandang. Teruskan solat anda sampai habis. Ini dikira Tunai.
Situasi ini dikira tunai, atau ada’ kerana berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Sesiapa yang sempat mendapat satu rakaat daripada waktu subuh sebelum matahari terbit, maka dia telah mendapat (waktu) subuh tersebut.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Ads
Kaedah ini terpakai untuk semua waktu solat lima waktu.
Situasi 2:
Jika anda baru sahaja mengangkat takbiratul ihram dan tiba-tiba azan berbunyi, jangan gelabah dan jangan tinggalkan solat anda. Teruskan sahaja seperti biasa.
Cumanya, niat dalam hati akan berubah menjadi qada bukannya tunai sebab waktu pertama habis sebelum rakaat pertama selesai.
Walaupun solat itu sah walaupun didirikan pada akhir waktu, tetapi jangan sesekali anda membiasakan situasi ini. Jangan lengah-lengahkan solat.
Hal ini kerana melengahkan solat tanpa keuzuran syar’i sehingga ke hujung waktu adalah berdosa (makruh tahrim atau haram mengikut keadaan).
Bezakan antar mereka yang tertidur atau terlupa dengan mereka yang sengaja bertangguh kerana leka melayan media sosial atau kerja.
Kesimpulannya, dalam apa pun keadaan anda teruskan sahaja solat itu. Status solat tadi ditentukan oleh situasi kita, yang penting kita masih menunaikan kewajiban sebagai Muslim.
Ingat, jagalah solat anda untuk mendapatkan ketenangan hidup dan keberkatan daripada-Nya.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sekarang kita berada di pertengahan bulan Zulkaedah. Tidak lama lagi hari raya haji akan diraikan. Satu dari kebesarannya ialah ibadah korban. Satu bahagian lembu bermula dari RM650 ke atas dan ia satu peningkatan kos agak ketara berbanding tahun sebelumnya.
Bagi anak-anak yang berkemampuan dan memiliki sedikit kesenangan, adakah dibolehkan untuk mengambil satu bahagian ibadah korban untuk ibu ayah yang sudah meninggal dunia? Ini penjelasan Mufti mengenai hukum lakukan ibadah korban untuk ibu bapa kita yang sudah meninggal.
JAWAPAN:-
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Yang muktamad dalam mazhab Syafie ialah tidak boleh melainkan jika diwasiatkan. Ini kerana korban ialah ibadah dan satu daripada prinsip ibadah ialah tidak dilakukan untuk orang lain melainkan jika adanya dalil.
Pendapat yang tidak muktamad dalam mazhab Syafie mengatakan bahawa korban ini termasuk dalam kategori bersedekah bagi orang yang telah meninggal dunia. Maka dibolehkan walaupun tanpa wasiat dan ini dikatakan memberi manfaat kepada si mati. Sila rujuk kitab al-Mu`tamad oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (2/490).
Daripada Aisyah, bahawa seorang lelaki berjumpa Nabi SAW dan bertanya:
Maksudnya: Wahai Rasulullah sesungguhnya ibuku mati secara mendadak tanpa sempat berwasiat, aku kira kalau beliau sempat berbicara (untuk wasiat) nescaya dia akan bersedekah, adakah baginya pahala kalau aku yang bersedekah bagi pihaknya? Kata Nabi SAW: Benar.
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Wallahuaʿlam.
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bagi seorang isteri, ada amalan sunnah yang boleh menjadi dosa jika melakukannya tanpa mendapat izin dari suami. Amalan sunnah ini seharusnya menjadi pahala tapi boleh jadi haram jika suami tidak mengizinnnya. Apakah amalan-amalan sunnah ini?
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu-anhu diriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu Alaihi wa sallam bersabda: “Tidak halal bagi seorang perempuan berpuasa dan suaminya ada kecuali dengan izinnya dan tidak juga ia mengizinkan (seseorang) ke rumahnya kecuali dengan izinnya,”.
Imam Nawawi Rahimahullah berkata dalam penjelasannya tentang hadis ini,”Sabda Nabi Shalallahu Alaihi wa sallam;”Tidak halal bagi seorang perempuan berpuasa dan suaminya ada kecuali dengan izinnya…”.
Berikut tiga amalan sunnah yang dapat menjadi dosa bila dilakukan oleh seorang isteri tanpa mendapat izin dari suaminya ialah:-
Maksudnya: Tidak dibenarkan berpuasa bagi seorang wanita (isteri) dan suaminya ada disisinya melainkan dengan keizinannya. Riwayat Muslim (1026)
Ini seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Hammam bin Munabbih R.A, sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Tidak dibenarkan berpuasa bagi seorang wanita (isteri) dan suaminya ada disisinya melainkan dengan keizinannya Riwayat Muslim (1026)
Imam Nawawi dalam mensyarahkan hadis di atas menyebut:-
Maksudnya: larangan ini bermaksud ke atas puasa sunat (yang memiliki waktu tertentu seperti puasa hari arafah) dan puasa yang disunatkan yang tidak memiliki waktu tertentu, dan larangan ini merupakan larangan yang menunjukkan pengharamannya sebagaimana yang dijelaskan oleh ashab al-Syafi’eyyah (Lihat Syarh al-Nawawi ala Muslim, 7/115
2. Amalan Bersedekah :- Bersedekah memberikan pahala tapi ia boleh menjadi dosa jika bersedekah tanpa pengetahuan suami apatah lagi menggunakan wang diberi suami.
Para ulama’ mengatakan tidak dibolehkan isteri dan hamba bersedekah dengan harta suami atau tuannya melainkan dengan izinnya. Hadith ini juga menunjukkan bahawa dibolehkan mengeluarkan sebahagian harta sebagaimana ia adalah adat ahli hijaz bahawa diserahkan urusan ini kepada ahli keluarga (isteri) atau hamba apabila ada orang yang memerlukan bantuan dan juga apabila adanya tetamu. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 277/3]
Hadith di atas membicarakan kelebihan atau pahala yang bakal diperolehi oleh isteri atau seseorang hamba itu bersedekah dengan harta suami atau tuannya dengan syarat setelah mendapat keizinan suami atau tuannya. Selain itu, pahala yang akan diperolehi tidak akan kurang antara satu sama lain.
3. Bila isteri menolak ajakan suami untuk berhubungan badan:- Di dalam hidup berumah tangga, seorang isteri itu wajib untuk mentaati suaminya pada perkara yang ma’ruf. Ini kerana, dengan ketaatan tersebut akan memudahkannya jalan untuk ke syurga berdasarkan sebuah hadith yang disahihkan oleh Imam Ibn Hibban:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta’at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban (4163)]
Terdapat beberapa buah hadith yang menceritakan akibat atau hukuman yang akan diterima oleh isteri apabila menolak ajakan suaminya untuk bersama. Antaranya adalah:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:-
Maksudnya: “Apabila seorang suami mengajak isterinya ke katil (dengan tujuan untuk bersama, lalu isteri itu menolaknya. Maka suami tersebut tidur dalam keadaan marah dengan isterinya. Dengan itu, para malaikat akan melaknatnya (isteri) sehinggalah dia bangun (daripada tidurnya) pada waktu pagi.” [Riwayat al-Bukhari (3237)(5193)]
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa hadith ini menjadi dalil bahawa haramnya seorang isteri itu menolak ajakan suaminya tanpa keuzuran yang syarak dan haid juga bukanlah satu keuzuran yang boleh menghalang ajakan suami kerana suami mempunyai hak untuk istimta’ (berseronok) dengan apa yang terdapat di atas kain (selain daripada faraj). Hadith ini juga bermaksud laknat daripada malaikat akan berterusan sehingga hilangnya maksiat dengan terbitnya fajar dan dengan suami itu merasa memadai atau dengan taubat si isteri apabila menerima ajakan suami tersebut untuk bersama. [Lihat: al-Minhaj, 7-8/10].
Sumber rujukan :- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sering kali kita terdengar ayam berkokok tanda hari siang. Bahkan ia bersahut-sahutan. Sesetengahnya menganggap sebagai gangguan tidur tapi andai kita tahu, kokokan ayam jantan itu sebenarnya tanda malaikat datang. Dan kita disarankan berdoa yang baik-baik.
Dikongsi dari Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam Maktabah Al Bakri menjawap persoalan mengenai benarkah ayam berkokok merupakan tanda ayam melihat malaikat?
Jawapan:-
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.
Persoalan berkenaan ayam berkokok apabila melihat malaikat adalah sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya:“Jika kamu mendengar ayam berkokok maka mohonlah kepada Allah SWT akan kurniaan-Nya, kerana ia (ayam) melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar bunyi (suara) keldai maka mohon perlindunganlah kepada Allah SWT daripada Syaitan, kerana ia (keldai) sedang melihat syaitan”.[1]
Dalam riwayat Imam Ahmad, terdapat tambahan lafaz iaitu ’pada malam hari’,
Maksudnya: Apabila kamu mendengar ayam berkokok di malam hari, sesungguhnya ia melihat Malaikat. Oleh itu, mintalah kepada Allah akan kurniaan-Nya.[2]
Keistimewaan Ayam Jantan
Rasulullah SAW menjadikan bunyi kokok ayam jantan, sebagai tanda kebaikan, iaitu datangnya Malaikat dan kita dianjurkan berdoa. Hal ini menunjukkan keistimewaan ayam jantan.
Ibn Hajar al-Asqalani di dalam syarahnya menyebut: Ayam jantan memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki binatang lain, iaitu ia mengetahui perubahan waktu di malam hari. Dia berkokok di waktu yang tepat dan tidak pernah ketinggalan. Dia berkokok sebelum subuh dan selepas subuh, ia tidak pernah tersalah waktu. Sama ada pada malamnya yang panjang atau yang singkat. Oleh sebab itu, sebahagian ulama’ Syafi’iyah memfatwakan untuk berpegang bahawa ayam jantan mujarab dalam menentukan waktu.[3]
Beliau menukilkan pandangan daripada al-Dawudi, katanya: Kita boleh belajar dari ayam jantan 5 perkara iaitu:
Larangan Mencela Ayam
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:-
Maksudnya:Jangan kamu mencela ayam jantan, kerana ia membangunkan orang untuk solat.[5]
Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan pandangan al-Halimi, katanya: Faedah daripada hadith ini bahawa semua yang boleh memberikan manfaat kebaikan, tidak selayaknya dicela dan dihina. Sebaliknya, dia dimuliakan dan dilayan dengan baik. Sabda baginda SAW: ‘ayam membangunkan (orang) untuk solat’ bukan maksudnya dia menyebut solat secara hakikat’ namun maknanya adalah bahawa kebiasaan ayam berkokok ketika terbit fajar dan ketika tergelincir matahari. Fitrah ayama adalah fitrah yang Allah berikan kepadanya. [6]
Galakan Berdoa
Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Fath al-Bari menukilkan kata-kata ‘Iyadh:
Maksudnya: Sebab kita dianjurkan berdoa ketika ayam berkokok adalah mengharapkan ucapan amin dari Malaikat untuk doa kita dan permohonan ampun mereka kepada kita, serta persaksian mereka akan keikhlasan kita. Faedah yang boleh diambil daripada hadith ini adalah tuntutan untuk berdoa ketika hadirnya orang-orang yang soleh.[7]
Manakala Syihabuddin Ahmad bin Muhammad al-Qastalani di dalam syarahnya menyatakan: Para ulama’ memahami makna hadith ini bahawa kita diminta untuk berdoa kepada Allah SWT ketika mendengar bunyi ayam berkokok serta dalam masa yang sama kita juga mengharapakan agar para malaikat mengaminkan doa kita dan istighfar para malaikat kepada kita.
Selain itu juga, agar para malaikat ini menjadi saksi akan keikhlasan dan kerendahan (kehinaan) diri kita ketika memohon kepada Allah SWT. Tambahan pula, hadith ini menunjukkan sunat kita berdoa ketika kehadiran orang-orang yang soleh. Antara kelebihan yang ada pada ayam ialah dengan mengetahui waktu-waktu walaupun kadang-kadang siang itu panjang dan juga kadang-kadang siang itu pendek. Begitu juga, ia berkokok sebelum dan selepas subuh. Maha suci Allah yang menjadikan ayam seperti itu. [8]
Syeikh Syams al-Haq al-Azim Abadi pula menyatakan di dalam syarahnya: Dikatakan hadith ini menunjukkan bahawa turunnya rahmat ketika hadirnya orang-orang yang soleh maka kita disunatkan untuk berdoa pada waktu itu.[9]
Kesimpulan
Sebagai penutup, kami nyatakan bahawa ayam jantan berkokok disebabkan mereka melihat malaikat adalah benar sebagaimana Rasulullah SAW sebut di dalam hadith yang sahih. Justeru,kita digalakkan untuk berdoa kepada Allah SWT ketika kehadiran malaikat dengan harapan moga-moga Malaikat mengaminkan doa kita. Akhirnya semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman dalam memahami agama ini. Amin.
Wallahua`lam. Bertarikh: 10 Februari 2022 bersamaan 8 Rejab 1443H [1] Riwayat al-Bukhari, (3058), Muslim (4908), Abu Dawud, (4438) dan al-Tirmizi, (3381) [2] Riwayat Ahmad (8064) Syeikh Syuaib al-Arnout di dalam Takhrij al-Musnad (8764) menyatakan hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari [3] Lihat Fath Bari, 6/353 [4]Ibid [5] Riwayat Abu Dawud (5101), al-Nasaie di dalam al-Sunan al-Kubra (10781) dan Ahmad (21679). Syeikh Syuaib al-Arnout di dalam Takhrij Zad al-Ma’ad (2/431) menyatakan hadith ini sanadnya hasan [6] Lihat Fath Bari, 6/353 [7]Ibid [8] Lihat Irsyad al-Sari li Syarh Sahih al-Bukhari, 5/309 [9] Lihat Aun al-Ma’bud, 9/238
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
IOI City Mall Putrajaya diberikan kebenaran khas mendirikan solat Jumaat bermula 6 September 2024 oleh MAIS selepas mendapat perkenan Sultan Selangor. Namun, kebenaran ini hanya bersifat sementara.