‘Tergamak bunuh anak sendiri.’ Bapa ini baca Yasin 42 kali dan ayat kursi 110 kali demi tutup kekejaman yang telah dia lakukan kepada anaknya sendiri.
Benarlah bila iman tiada, apa saja boleh dilakukan. Bayangkan seorang bapa tanpa rasa bersalah ‘join’ ahli keluarga lain membaca yasin dan ayat kursi seolah-olah tiada apa-apa. Padahal dialah punca segalanya.
Bagi menutup perbuatan kejamnya, seorang lelaki Indonesia berpura-pura bimbang dan menyertai keluarga membaca surah Yasin 41 kali dan ayat Kursi 110 kali, sebagai ikhtiar mencari bayinya yang hilang.
Lelaki berusia 20 tahun itu juga membuat ritual menabur beras bercampur kunyit dan garam di sekeliling rumah, kononnya untuk membantu pencarian anaknya, lapor Kompas.
Hakikatnya, lelaki itu adalah dalang yang membunuh anak perempuannya berusia tiga bulan, dengan mayat ditemui dalam timbunan sampah di tebing sungai Kampung Kaliampo, Margorejo di kota Pati, Jawa Tengah, Selasa lalu.
Bapa Ini Baca
Ketua RW 4 Kampung Pati Kidul, Widiantoro memaklumkan mayat bayi malang itu ditemukan polis kira-kira tiga kilometer (km) dari rumah ibu bapanya.
IKLAN
“Mayat ditemui selepas suspek mengaku membunuh anaknya. Kami terkejut kerana sebelum ini dia melaporkan anaknya hilang dan saya juga melihat dia berkumpul dengan keluarga membaca doa supaya anak ditemui,” katanya.
Mangsa adalah anak kedua suspek dan dia mempunyai seorang lagi anak berumur setahun enam bulan hasil perkongsian hidup dengan isteri yang masih muda.
Yasin 42 Kali
Dalam soal siasat, suspek mengaku kepada polis dia membunuh anaknya dengan menekap muka bayi itu dengan bantal.
“Saya menyesal,” katanya yang dibawa polis pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Pati, semalam.
IKLAN
Dakwanya ketika kejadian, dia bergaduh dengan isteri yang tidak selesa mereka tinggal di rumah ibu bapa suspek, selain wanita itu turut menuntut perceraian.
Ayat Kursi 110 Kali Tutup Kekejaman
Dia juga memberitahu emosinya terganggu apabila dua anaknya meragam dan menangis.
“Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan tindakan spontan menekup anak yang kecil dengan bantal hingga meninggal,” katanya.
Suspek mengaku membuat laporan polis palsu mengatakan anaknya hilang dan bersama keluarganya membaca ayat suci al-Quran dan ritual yang boleh membantu pencarian.
IKLAN
Penduduk kampung mengenali suspek sebagai lelaki tidak bekerja yang berkahwin muda dan masih hidup di bawah tanggungan ibu bapa yang berniaga di pasar.
Sesungguhnya hanya Allah yang tahu bila masanya kematian akan menjemput. Malah Dia juga mengkehendaki kematian dengan cara yang bagaimana.
Sesungguhnya hanya insan terpilih yang dijemput bertemu PenciptaNya ketika sedang mengerjakan ibadah atau dalam keadaan husnul khatimah.
Seperti perkongsian yang tular di media sosial minggu lalu di mana seorang bilal yang juga warga emas meninggal dunia setelah selesai melaungkan azan Isyak.
Perkara ini dikongsi di laman sosial facebook Masjid An-Nur Felda Telor Timur hingga mendapat perkongsian lebih ribuan warga net.
Jemaah masjid ini dikenali dengan nama Ahmad bin Saad (Mat CB), 68 tahun, seorang yang sangat aktif di masjid dan sering melaungkan azan secara sukarela. Lebih mulia arwah meninggal pada malam Jumaat. Subhanallah.
Posting ini menjadi tular apabila turut diselitkan beberapa keping gambar di mana kelihatan foto jemaah mengelilingi jenazah sejurus dia rebah.
Sementara itu, Setiausaha masjid berkenaan Noratzman yang dihubungi Mstar memberitahu arwah baru sahaja ketika itu mengalunkan azan sejurus bacaan Yasin yang dilakukan setiap minggu pada Khamis malam Jumaat di masjid berkenaan.
“Selepas bacaan Yasin, dia terus bangun untuk azan Isyak. Habis sahaja azan, dia turun mimbar nak tutup suis mikrofon terus rebah”.
“Dalam pada itu, sempat Imam pangku ajar mengucap. Dalam tiga minit dia dah tiada. Semalam memang sedap dia azan, sedap dari biasa.
“Bunyi elok, sedap lain macam. Arwah ini seorang yang peramah, baik dan menghormati orang,” ujar Noratzman yang juga bekerja sebagai Pembantu Tadbir di Sekolah Kebangsaan Teloi Timur.
Zaiful AzharInnalillah…Allah muliakn kematian arwah..di waktu dan tempat yg sgt mulia..moga roh arwah dicucuri rahmatNya.
Deanna Ismailalhamdulillah salam takziah..pengakhiran malam jumaat
innalillahiwainnailaihirojiun
Zam ZzrAlhamdulillah…pengakhiran yg terindah untuk beliau…alfatihah
Kematian yang dicemburui
Suhana Abd MajitInnalilahiwainna ilaihi roojiunn……pengakhirat yg sgt dicemburui …dipanggil Allah tika selesai melaung azan ..dmlm penuh barakah ddlm masjid yg penuh berkat…..moga roh arwah ditempatkan bsama2 para solihin…. Al fatihah … Takziah buat keluarga .
Aamiin
Nikmah LeeKematian yang dicemburui..mati dimalam jumaat beroqah dan ditempat yang sangat mulia disisinya…mati khusnul khotimah..semoga roh allahyarham dicucuri rahmat hendaknya.Al-Fatihah..Aamiin
Lexx LuuAllahuakbar. Mati dalam keadaan sebut nama Allah, mati dalam keadaan wuduk, mati dalam keadaan hendak mendirikan solat, Allah pilih hambanya yang dikehendaki beliau. Allahurabbi. Semoga syurga untukmu wahai hamba Allah yang bertaqwa. Kematian yang sangat dicemburui.
Ditempat di kalangan orang beriman
Norshihah AbdRahimAl fatihah muga rohnya dicucuri rahmat Dan ditempatkan bersama org beriman aamiin
Noorhazlin Yahyainnalillahi wa inna ilaihi roji’un…
moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dlm kalangan orang2 yang beriman dan diterima segala amalannya… Aamiin ya robbal alaamiin…
Nurhaslinda CiklinAllahuakbar..moleknya kematian arwah…mg ditempatkan dlm klgn org beriman
Drama Isteri Untuk Disewa gandingan pelakon popular Fattah Amin dan Tiz Zaqyah yang kini sedang ditayangkan di saluran Astro Ria telah mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Surat terbuka dari mufti untuk pengarah drama ini, Osman Ali, memperkatakan mengenai dua isu iaitu yang pertama mengenai tajuk drama dan yang kedua implikasi hukum.
Zulkifli menegaskan bahawa tajuk drama ini; Isteri Untuk Disewa jika difahami secara zahir merupakan suatu perkara yang amat bertentangan dengan zahir nas al-Qur’an dan Sunnah. Begitu juga dengan moraliti kehidupan manusia sama ada Islam mahupun bukan Islam.
“Tanpa menafikan kebebasan berkarya dalam budaya penggiat seni, kami merasakan bahawa tajuk berkenaan adalah kurang sesuai.
“Alasan kami jelas, isteri bukan untuk disewa. Isteri adalah akad yang sahih dan diperintahkan untuk bergaul dengan baik sebagaimana yang tertera dalam Surah al-Nisa’ ayat 19.
“Penamaan tajuk yang provokatif dikhuatiri akan menjadi trend dalam penggiat seni sekiranya tidak diberikan penerangan jelas daripada hukum syarak, mengenai implikasinya dalam masyarakat,” tulisnya.
Mengenai implikasi hukum pula, tambah Zulkifli, dalam Islam, isteri tidak boleh dikontrakkan sama ada dalam tempoh jam, hari, minggu atau bulan. Meminjam isteri bukanlah amalan dalam Islam, begitu juga menyewa isteri.
“Isteri adalah amanah Allah kepada suami untuk dimuliakan, dikasihi, disayangi dan diberi hak-haknya seperti termaktub dalam nas al-Qur’an, hadith dan pandangan fuqaha’.
“Kami yakin, tidak ada sekelumit niat dalam hati penulis novel dan pengarah tersebut untuk membuat sesuatu yang d iluar kerangka Islam namun, sewaan isteri jelas sekali adalah sejuzuk daripada cabang mut’ah yang tidak dibenarkan dalam kalangan fuqaha’ Ahli Sunnah wal Jama’ah dan diharamkan dalam Islam,” katanya lagi.
Berikut merupakan petikan surat terbuka yang dipetik dari Muftiwp.gov.my
Kami mengambil prihatin dan cakna akan lambakan drama yang berkonsepkan santai, isu-isu kekeluargaan dan percintaan mutakhir ini. Secara umumnya sebagai penonton, kita harapkan drama atau filem yang berkualiti dan sarat dengan mesej, setanding dengan hasil seni peringkat antarabangsa.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa kami memilih “Isteri Untuk Disewa” dan bukan drama-drama lain? Ada beberapa sebab mengapa kami memilih drama ini:
Persoalan daripada mustafti berhubung tajuk drama ini.
Isu fiqh perkahwinan yang wujud dalam drama ini.
Secara umumnya, kami rasakan drama ini baik kerana mengenengahkan satu unsur baru dalam plot yang keluar daripada kebiasaan drama-drama lain yang bertemakan konflik keluarga dan percintaan. Kami sama sekali tidak mempunyai sikap prejudis terhadap seni dan juga anak-anak seni. Ulasan kami ini adalah berdasarkan kepada beberapa babak yang ditayangkan dan menilainya semula dari sudut hukum-hakam.
PERTAMA: TENTANG TAJUK
Kami nyatakan sepertimana berikut:
Tajuk drama ini; Isteri Untuk Disewa jika difahami secara zahir merupakan suatu perkara yang amat bertentangan dengan zahir nas al-Qur’an dan Sunnah. Begitu juga dengan moraliti kehidupan manusia samada Islam mahupun bukan Islam.
Tanpa menafikan kebebasan berkarya dalam budaya penggiat seni, kami merasakan bahawa tajuk berkenaan adalah kurang sesuai. Alasan kami jelas, isteri bukan untuk disewa. Isteri adalah akad yang sahih dan diperintahkan untuk bergaul dengan baik sebagaimana yang tertera dalam Surah al-Nisa’ ayat 19.
Firman Allah SWT,
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
Ibnu Kathir ketika mengulas ayat ini menegaskan bahawa ayat ini memerintahkan untuk memperperhaluskan kata-kata dan memperindahkan perilaku dan sikap, sebagaimana yang kita kehendaki daripada seorang isteri.
Penamaan tajuk yang provokatif dikhuatiri akan menjadi trend dalam penggiat seni sekiranya tidak diberikan penerangan jelas daripada Hukum Syarak, mengenai implikasinya dalam masyarakat.
KEDUA: IMPLIKASI HUKUM
Dalam Islam, isteri tidak boleh dikontrakkan sama ada dalam tempoh jam, hari, minggu atau bulan. Meminjam isteri bukanlah amalan dalam Islam, begitu juga menyewa isteri.
Isteri adalah amanah Allah kepada suami untuk dimuliakan, dikasihi, disayangi dan diberi hak-haknya seperti termaktub dalam nas al-Qur’an, hadith dan pandangan fuqaha’.
Kami yakin, tidak ada sekelumit niat dalam hati penulis novel dan pengarah tersebut untuk membuat sesuatu yang diluar kerangka Islam namun, sewaan isteri jelas sekali adalah sejuzuk daripada cabang mut’ah yang tidak dibenarkan dalam kalangan fuqaha’ Ahli Sunnah wal Jama’ah dan diharamkan dalam Islam. Ini sebagaimana kata Imam al-Nawawi berkata: “Nikah mut’ah tidak dibolehkan, kerana pernikahan itu pada dasarnya suatu akad yang bersifat mutlak. Maka tidak sah apabila dibataskan dengan masa.” (Lihat al-Majmu, 17/356). Antara contoh bentuk nikah mut’ah adalah perkahwinan yang dihadkan tempohnya. Contohnya, pengantin lelaki berkata dalam majlis akad nikah, “Saya hanya mahu berkahwin dengan kamu selama seminggu.” Lalu pengantin perempuan menjawab, “Saya terima.”
PENUTUP
Syabas dan tahniah diucapkan kepada wargakerja drama Isteri Untuk Disewa atas kejayaan menarik jutaan penonton bagi menonton drama ini.
Kami menganggap pengarah mungkin terkhilaf dalam menentukan tajuk dan jalan cerita drama tersebut yang khabarnya diadaptasi daripada sebuah novel. Sekali lagi ditegaskan bahawa kami sama sekali tidak berhasrat untuk menyekat kebebasan dan kreativiti dalam berkarya. Namun, seeloknya biarlah ianya selari dengan agama dan budaya ketimuran kita.
Sepertimana yang telah kami nyatakan di hadapan para artis dan selebriti tanahair dalam program “A Night With Mufti” di Istana Budaya pada Ramadhan lalu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sentiasa membuka pintu dan ruang kerjasama dalam memartabatkan industri seni tanahair. “Dinding” antara seni dan agama wajar dipecahkan bagi mengangkat budaya dan faham seni yang berkualiti serta berdaya saing.
Kami amat yakin bahawa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) atau Lembaga Penapis Filem (LPF) sentiasa memainkan peranan yang lebih aktif dalam memastikan drama dan filem yang disiarkan, mencapai standard kualiti dan moral yang terbaik.
Kami mengambil kesempatan memohon maaf atas kenyataan terbuka ini. Maaf sekiranya kenyataan ini mengguris hati mana-mana pihak. Tidak ada langsung secebis rasa benci dan marah melainkan kasih semata-mata. Kami bacakan firman Allah SWT:
Maksudnya: Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. (Surah Hud: 88)
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Sinar Harian
Walaupun berdepan dugaan hebat kehilangan anak dan menantu serentak dalam kemalangan jalan raya semalam, Zakaria Tajuddin dan isteri, Halimah Mohd Isa, tetap akan berangkat ke Makkah bagi menunaikan haji hari ini.
Malah, menantu pasangan itu, Nur Syuhadah Zaini, 31, sudah mengambil cuti untuk menghantar dan mengucapkan selamat jalan kepada pasangan itu yang kini menginap di Kompleks Tabung Haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai persediaan untuk berlepas ke Tanah Suci.
HASRAT TIDAK KESAMPAIAN
Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila Nur Syuhadah dan suaminya yang juga anak Zakaria, Muhammad Hamadi, 31, maut apabila motosikal berkuasa tinggi mereka naiki terbabas ketika cuba mengelak dua motosikal lain dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan, hala ke ibu negara, jam 8.30 pagi semalam.
Pasangan yang tinggal di Seksyen 19, Shah Alam, Selangor itu, meninggal dunia di tempat kejadian. Mereka meninggalkan dua anak, Hani Safina, 2, dan Hanna Safiyyah, 6.
Kemalangan di lorong motosikal lebuh raya itu turut menyebabkan dua lagi penunggang motosikal parah.
Zakaria berkata, beliau reda dengan ketentuan Allah dan tetap akan berangkat ke Makkah bersama isterinya hari ini.
“Penerbangan dijangka jam 4 petang, semua urusan perlu dimulakan 11 pagi…apa yang terjadi ini semua perancangan Allah dan saya terima ketentuan Allah dengan reda,” katanya.
Ibu Nur Syuhadah, Fatimah Mohd Yatim, 60, berkata, anaknya itu mahu membawanya bersama bagi mengucapkan selamat jalan kepada Zakaria dan Halimah, yang juga besannya.
“Dia (Nur Syuhadah) memang sudah ambil cuti nak bawa saya bersama pergi hantar besan memandangkan saya tidak pernah ke sana, tempat baharu Tabung Haji itu.
“Semalam kami sarapan sama-sama sebab ibu bapa mentuanya nak tunai haji, maka Nur Syuhadah ajak kami bersarapan bersama dengan besan saya.
“Pagi ini saya dapat berita kami kehilangan mereka buat selama-lamanya,” katanya dalam nada sedih dan berlinangan air mata,” katanya.
GAGAL MENGELAK
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, berkata motosikal jenis Honda ditunggang Muhammad Hamadi dan Nur Syuhadah yang membonceng, dipercayai merempuh sebuah motosikal jenis Suzuki yang sebelum itu terbabit dalam kemalangan di tengah jalan.
Beliau berkata, Muhammad Hamadi yang dipercayai tidak sempat mengelak terbabas sebelum merempuh penghadang di kiri jalan.
“Terdahulu, motosikal Suzuki terbabit dikatakan bergesel dengan sebuah motosikal jenis Yamaha lalu terbabas di jalan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Azman berkata, penunggang motosikal Suzuki dan Yamaha, masing-masing dikenali sebagai Sainuddin Sukkur, 51, dan Mohd Saad Ismail, 45, kini ditempatkan di zon merah PPUM untuk rawatan lanjut.
Jenazah keduanya telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam selepas solat Isyak malam tadi. Kedua-dua mereka dikebumikan bersebelahan di antara satu sama lain, kira-kira 11 malam.
Kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara serta kenalan kedua-dua pasangan berkenaan menghadiri upacara pengebumian itu.
Lebih menyayat hati, kedua-dua cahaya mata pasangan itu, Hana Safiyyah, 6 dan Hana Safina, turut hadir mengiringi jenazah kedua-dua insan tersayang mereka ke tanah perkuburan.
Anak kecil itu dipangku datuk serta ahli keluarga lain dan reaksi wajah mereka seolah-oleh mengerti bahawa tiada lagi tempat mengadu serta bermanja.
KASHOORGA: Sedekahkan Al-Fatihah buat kedua-dua arwah.
Soalan
Suami bergurau mengatakan perut isterinya sama seperti perut ibunya. Di mana hendak maksudkan buncit seperti ibunya yang sudah tua. Kadang-kadang suami juga sering bergurau...