‘Terma “shiqaq” famous lepas kes Diana Danielle.’ Dalam permohonan cerai, alasan ini memang sering digunakan. Tetapi disebabkan ramai tak biasa dengan istilah ini, maka ramai mula menjadi makna sebenar.
Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon Farid Kamil.
Memetik sebuah portal berita, pelakon cantik berdarah kacukan itu membuat permohonan cerai awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Sejak itu, famous terma “shiqaq” ni bila kes Diana Danielle (DD) naik. Kalau dalam permohonan cerai, selalunya alasan “shiqaq” ni memang lazim digunakan.
Ikuti perkongsian pengamal undang-undang, Puan Kheyr Hameed tentang isu “shiqaq’ ini:
Shiqaq ini jika ikut bahasa pasarnya, perselisihan faham atau gaduh saja kalau jumpa. Semua benda jadi tak kena.
Ads
Lepas Kes Diana Danniel
Kalau ikut istilah fiqh pula shiqaq itu ialah perselisihan suami, isteri yang diselesaikan dua orang hakam, iaitu seorang hakam dari pihak suami dan seorang hakam dari pihak isteri.
Ada banyak saja sebab shiqaq atau perselisihan. Mungkin disebabkan oleh pihak isteri yang nusyuz, mungkin juga sebab suami berbuat kejam atau aniaya yang mendatangkan dharar kepada isterinya contoh macam tampar, terajang, atau sebab suami jadi biawak hidup.
Dalam Permohonan Cerai
Kalau ikut undang-undang pula, Seksyen 48 (1) EUUKIS 2003:
Shiqaq bermaksud perselisihan atau perkelahian berterusan antara pihak-pihak kepada suatu perkahwinan dan meluaskan kuasa penimbang tara atau hakam untuk menyelesaikan pertikaian tersebut.
Bila DD failkan permohonan cerai, bila tarikh dipanggil kalau Farid Kamil (FK) setuju dengan perceraian, maka hakim akan suruh dia lafaz di dalam mahkamah.
Tetapi jika FK tak setuju cerai, maka mahkamah tetapkan untuk proses jawatankuasa pendamai (JKP). Ada seorang pengerusi (pegawai agama) dan dua orang wakil iaitu seorang pihak DD dan seorang dari pihak FK.
Alasan Ini Memang Sering Digunakan
JKP ini kena dengar permasalahan mereka dan cari titik damai. Tapi kalau memang JKP dapati perkahwinan ini lebih bawa mudarat jika diteruskan, JKP akan bagi perakuan bahawa tiada perdamaian dapat dicapai dan Mahkamah akan nasihatkan FK untuk lafazkan talak.
Ads
Kalau FK enggan juga, maka Hakim Syariah akan lanjutkan lagi dengan timbangtara oleh Hakam pula. Hakam ini dikira last stage, sama ada dapat damaikan atau pisahkan keduanya samada dengan talak atau khuluk.
Hakam mesti dapat kuasa penuh dari prinsipal. Jadi dia boleh lafazkan talak atau khuluk bagi pihak FK. Hakam DD pula ada kuasa untuk terima lafaz khuluk di depan Mahkamah.
Jadi, nampak tak prosesnya mahkamah syariah ni jadi panjang lebar bila salah satu atau kedua belah pihak gagal beri kerjasama pada mahkamah.
Selalu lelaki yang tidak mahu bagi kerjasama ni dengan alasan, “masih sayang”. Tapi itulah dia. Mulut lafaz sayang, tapi tiada tingkah laku atau perubahan sikap menunjukkan rasa sayang dan nak insaf.
Mencium mushaf al quran setiap kali selesai membacanya adalah perkara yang biasa kita lakukan kerana memuliakan kitab suci ini. Namun begitu ada yang mengatakan sebaliknya, ada yang mendakwa perbuatan tersebut sebenarnya boleh merosakkan akidah?
Persoalan ini dipetik dari satu perkongsian Ustaz Azhar Idrus di laman sosial milik. Penceramah ini turut memberikan penjelasan tentang hal tersebut.
Hukum mencium mushaf al Quran
Hukum mencium mushaf yakni Al-Quran ketika mengambilnya atau selepas menggunakannya adalah harus di sisi jumhur ulamak dan pendapat sebahagian ulamak mazhab Syafie dan Hanbali bahawa mencium mushaf itu disunatkan.
Ertinya : “”Disunatkan mencium mushaf yakni Quran kerana sungguhnya sahabat yang bernama Ikrimah bin Abi Jahal r.a. adalah beliau melakukannya yakni mencium akan mushaf.” (Kitab Al-Itqan)
Pada Fatwa Majlis Agama Palestin :
يجوز تقبيل المصحف كما قال : الحنفية والحنابلة . وروي عن الإمام أحمد استحبابه .
ومن أدلة ذلك: روي عن عمر رضي الله عنه أنه كان يأخذ المصحف كل غداة ويقبله . وكان عثمان رضي الله عنه يقبل المصحف ويمسحه على وجهه .
قال النووي في (التبيان في آداب حملة القرآن) : روينا في مسند الدارمي بإسناد صحيح عن ابن أبي مليكة : أن عكرمة بن أبي جهل كان يضع المصحف على وجهه ويقول : كتاب ربي كتاب ربي .
المجلس الإسلامي للإفتاء – الداخل الفلسطيني
Ertinya : “Harus mencium mushaf sebagaimana berkata akan dia oleh ulamak mazhab Hanafi dan Hanbali. Dan diriwayatkan dari riwayat Imam Ahmad akan sunatnya.
Dan setengah dari dalil yang demikian itu ialah barang yang diriwayatkan daripada Umar r.a. sungguhnya beliau telah mengambil akan mushaf pada setiap pagi dan menciumnya.
Dan adalah Uthman r.a. mencium akan mushaf dan menyapu akan Quran kepada wajahnya.
Berkata Imam Nawawi pada kitab At-Tibyan fi Adabi Hamalatil Quran : Telah diriwayatkan pada Musnad Ad-Darimi dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Abi Mulaikah sungguhnya Ikrimah bin Abi Jahal r.a. adalah beliau meletakkan akan mushaf atas mukanya dan berkata : Kitab Tuhanku Kitab Tuhanku.” (Majlis Fatwa Palsetin)
Kesimpulannya, mencium mushaf atau Quran itu hukumnya adalah harus pada setengah ulamak dan sunat pada setengah yang lain. Mencium Quran adalah amalan sebahagian sahabat Nabi r.a.
Tidak rosak aqidah sebab mencium Quran tetapi rosak aqidah sebab sakit hati melihat Quran dicium.
‘Tak boleh sentuh walaupun berlapik?’ Bila haid, wanita dilarang pegang Al-Quran walaupun tangan berlapik dengan kain atau sarung tangan.
Setiap wanita yang datang bulan bukan hanya tidak boleh solat, malahan ada beberapa perkara lain yang tidak dibenarkan mereka lakukan antaranya memegang kitab suci, Al-Quran.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan merungkaikan isu bolehkah wanita haid pegang al-quran secara berlapik? Ikuti kupasannya.
Soalan:
Adakah terdapat halangan bagi wanita haid memegang al-Quran secara berlapik? Mohon pencerahan.
Ringkasan Jawapan:
Wanita haid dilarang memegang mushaf al-Quran walaupun secara berlapik.
Walaupun Berlapik
Huraian Jawapan:
Mereka yang mengalami hadas haid mahupun nifas haram memegang dan membawa mushaf berdasarkan dalil-dalil berikut:
Firman Allah SWT:
(٧٩) فِي كِتَابٍ مَّكْنُونٍ (٧٨) لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ
Maksudnya: “Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, (78) Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci (79) – Surah al-Waqiah (78-79).
Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar:
لا يمسُّ القرآنَ إلَّا طاهرٌ
Maksudnya: “Tidak menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci”
Riwayat al-Tabarani
Seterusnya, maksud mushaf ialah nama bagi yang tertulis padanya kalam Allah SWT antara dua kulit.
Bila Haid
Hukum wanita memegang mushaf secara berlapik adalah haram berdasarkan pandangan fuqaha mazhab Syafi’i:
“(Haram wanita haid memegang mushaf) walaupun pada tulisan nota kaki, antara garisannya, kertas putih diantaranya, jilid awal dan akhir yang bersambung dengan mushaf. Haram juga menyentuh mushaf walaupun dengan lapik yang tebal.’
Wanita Dilarang Pegang Al-Quran
Begitu juga, haram menyentuh mushaf secara berlapik dengan kain perca :
مراد بالمصحف : كل ما كتب لدراسة قرآن ولو بعض آية مفهمة، ويحرم مس المصحف ولو بخرقة
“Mushaf ialah sebarang perkataan yang ditulis untuk mempelajari al-Quran walaupun sebahagian ayat yang dapat difahami. Begitu juga diharamkan menyentuhnya walaupun berlapik pada perca kain.
Kesimpulannya, mushaf al-Quran merupakan kitab suci yang terpelihara, maka individu yang mengalami hadas dilarang membawa mahupun memegang mushaf walaupun secara berlapik dengan kain.
‘Ya Allah, lindungi kami dari sihir pemisah.’ Kahwin lama, anak ramai, tiba-tiba jadi benci pada isteri seperti bermusuhan. Padahal selama ini cukup berkasih sayang.
Tak ramai yang memilih untuk percaya dengan sihir pemisah, namun perkara ini tetap berlaku dalam masyarakat kita. Malah dalam dunia serba moden ini masih ada lagi “sihir-menyihir’ ini.
Ikuti perkongsian Tuan Khairul Hakimin Muhammad ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan.
Disebalik kita bergurau, kecam dan bermain hal soal orang kahwin dua, saya dalam beberapa hari ini termenung juga dengar kawan-kawan yang diuji dengan sihir pemisah.
Kahwin sekian lama, anak ramai, tiba-tiba jadi benci sebenci bencinya kepada isteri.
Dari Sihir Pemisah
Isteri tak ada buat apa. Tiba-tiba kena cerai. Asal elok saja sikit, jadi benci balik. Sampai tak boleh tengok muka dan tak boleh sebut nama, jadi marah. Paling buruk jadi hilang akal, buat perangai gila terjerit-jerit sampai histeria bagai si suaminya.
Akhirnya terpaksa lafaz cerai. Sudah bercerai semua jadi elok. Dua-dua tak berkahwin lain. Saling duduk dekat membesarkan anak-anak. Bekas Suami masih jaga semua kelengkapan bekas isteri. Bekas isteri masih masak makanan untuk suami hantar bekal hari-hari.
Kahwin Lama, Anak Ramai
Baru plan nak rujuk, jadi semula. Benci semula, jadi gila semula si suami. Lalu keluarga nasihat teruskan berubat sampai betul-betul sihat. Mereka tak mahu tahu siapa yang buat, mereka hanya nak bersatu semula dan kembali sihat.
Sekarang dah masuk tahun ke-4 berpisah dan saling tidak berkahwin baru dan sangat yakin akan bertemu jodoh semula.
Tiba-Tiba Jadi Benci Pada Isteri
Ada orang tak percaya hal begini. Saya pilih untuk percaya. Sihir memang ada. Orang pernah hadap akan tahu bagaimana sukarnya nak melawan hal syirik ini.
Orang yang guna hal syirik ini dia tak perasan yang Allah benci dia. Dia lupa hal tersebut.
Ya Rabb, lindungi kami semua dari kejahatan orang.
Amin.
Kashoorga: Semoga Allah lindungi kita serta keluarga daripada sihir. Buat mereka yang terlibat dalam perkara ini, segeralah bertaubat dan kembali pada Allah.
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...