Adakah ia dikira tipu sunat sekiranya seseorang itu terpaksa berbohong atas perkara yang mengaibkan? Apa hukumnya dalam Islam?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, perbuatan menipu adalah berdosa. Adapun, beberapa situasi sahaja yang dibolehkan, sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Kalthum binti ‘Uqbah bin Abi Mu’aith (dia temasuk muhajirat yang pertama berbaiah dengan Nabi SAW) beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : ليس الكذاب الذى يصلح بين الناس ويقول خيرا ويمنى خيرا قال ابن شهاب ولم اسمع يرخص فى شئ مما يقول الناس كذب الا فى ثلاث : الحرب والاصلاح بين الناس وحديث الرجل امرأته وحديث المرأة زرجها
Maksudnya : “Tidak termasuk pendusta orang yang mendamaikan dua orang yang berselisih, dia mengatakan yang baik lalu berhasil dengan baik”. Kata Ibnu Syihab, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membolehkan orang berdusta melainkan dalam 3 keadaan: Ketika dalam peperangan, Dalam mendamaikan dua orang yang berselisih dan percakapan suami kepada isterinya dan percakapan isteri kepada suaminya”. (Riwayat Muslim)
Ads
Tiada perkara yang dibolehkan untuk berbohong, melainkan yang disebutkan dalam hadis di atas sahaja. Imam Nawawi mengulas hadis ini dengan menyatakan dibolehkan berbohong sebagaimana maksud hadis di atas jika terdapat maslahah/ kepentingan.
Adapun perkara yang berkaitan dengan aib, sebagai seorang muslim sebaiknya perkara ini hendaklah dielakkan dan tidak didedahkan kepada orang ramai.
Ads
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujuraat : 12)
Ubah suai meter elektrik untuk kurangkan bil, apa hukumnya? Bil elektrik yang semakin tinggi memang terasa membebankan. Disebabkan itu ramai yang mengambil menjimatkan penggunaan tenaga sebagai langkah penjimatan tapi tak kurang juga ada yang melakukan perkara berbeza.
Sebagai contoh membuat pengubahsuaian meter termasuklah meletakkan magnet dan sebagainya demi mengurangkan bil elektrik. Dalam hal ini apakah hukumnya?
Hukumnya haram
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam Irsyad Hukum Siri Ke-876, Hukum Mengubah Suai Meter Elektrik, perbuatan sebegini dilihat sebagai salah satu helah untuk menipu dan hukumnya adalah haram.
Dalam penjelasannya, mengubah suai meter elektrik adalah perbuatan yang bertentangan dengan syariat Islam. Hal ini kerana ia bertujuan memperoleh sesebuah harta dengan cara yang salah iaitu tanpa keizinan daripada pemilik harta berkenaan malah mencabuli undang-undang setempat.
Secara umumnya, terdapat larangan dalam al-Quran ke atas orang beriman daripada memakan atau mengambil harta orang lain secara batil. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah :188)
Di samping itu, terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَن غشَّنا فليس منَّا والمكرُ والخداعُ في النَّارِ
Maksudnya: ‘Sesiapa yang melakukan penipuan maka dia bukanlah termasuk dalam kalangan kami. Balasan yang menimpa ke atas golongan yang melakukan tipu daya dan muslihat adalah ditempatkan dalam neraka.” (Riwayat Ibn Hibban)
Secara kesimpulannya sama ada memasang magnet atau mengubah suai meter elektrik bagi menjimatkan bil elektrik hukumnya adalah haram.
Esok, bermulalah hari wukuf bagi umat Islam yang menunaikan fardu haji di Makkah. Malah antara amalan terbaik dibuat pada hari wukuf ialah berdoa kepada Allah. Malah ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan.
Hadis turut menyebut kelebihan berdoa pada hari Arafah. Ia diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,
(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu).” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi). Malah ia turut diriwayatkan oleh Malik. “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.”
Bagi yang belum berpeluang menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Makkah, kita disunatkan untuk berpuasa pada hari Arafah. Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat yang dilakukan pada hari ke-9 di bulan Zulhijjah. Hukumnya sunat muakkadah bagi orang yang tidak mengerjakan haji, tidak musafir dan tidak sakit.
Ini kerana sunat hari ‘Arafah itu dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi Wasallam sahaja. Janganlah sia-siakan peluang untuk berpuasa pada hari esok kerana ia datang hanya sekali dalam setahun. Ganjarannya amat besar iaitu berupa keampunan dari Allah di mana dosa kecil kita diampunkan setahun sebelum dan selepas setahun.
Hari Arafah hari pembebasan dari api neraka
Hari Arafah merupakan hari pembebasan dari neraka bagi mereka yang menjaga pendengarannya dari hal yang buruk. Malah Allah akan mengampuni dosa-dosanya.
Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa yang berpuasa di hari Arafah, maka dia diampuni (dari dosanya) setahun setelah dan sebelumnya. (Sedangkan) barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura’, maka ia diampuni (dari dosa) setahun”. (HR. Thabrani dalam Al-Ausath).
Apa yang dimaksudkan dengan menebus (dosa) setahun sebelum dan setahun selepasnya dalam hadis tersebut ialah diampunkan dosa-dosa setahun sebelum hari ‘Arafah yang lalu dan setahun selepas hari ‘Arafah yang akan datang.
Jadi jangan lupa untuk berpuasa sunat hari Arafah esok. Doanya mudah saja iaitu “Sahaja aku berpuasa sunat esok hari Arafah kerana Allah taala. Atau boleh dibaca juga “Sahaja aku puasa sunat Arafah kerana Allah taala.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Sekufu atau kesepadanan dalam bahasa Arab disebut dengan kafa’ah. Dari segi bahasa, kafa’ah (كفاءة) bermaksud “المساوة” (sama) atau “المماثلة” (seimbang). Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (2/520-525), ketika membincangkan berkenaan memilih pasangan yang sekufu’, menyatakan:
Kufu’ bermaksud persamaan taraf lelaki dan perempuan dari beberapa aspek:
Agama dan kesolehan
Seorang lelaki yang fasiq tidak sama dengan perempuan yang solehah. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:
Maksudnya: Apakah orang-orang beriman itu sama dengan orang-orang yang fasiq? Mereka tidak sama. Surah al-Sajadah
Walaubagaimanapun, kita perlu membezakan antara orang yang beragama dengan orang yang belajar agama. Istilah yang digunakan oleh Nabi SAW kepada perempuan zat al-din (ذات الدين) atau dikenali sebagai mutadayyin. Sedangkan yang belajar agama sudah tentu mempunyai ilmu dan kefahaman yang baik, tetapi kadang-kadang tidak diamalkannya. Apa yang perlu, mencari pasangan yang mematuhi agama dan lebih baik apabila mempunyai kefahaman agama serta ilmunya.
Pekerjaan
Seseorang yang mempunyai pekerjaan bertaraf rendah seperti tukang sapu, tukang bekam, pengembala ternakan, pencuci tandas adalah tidak kufu mengahwini anak perempuan seorang ilmuan, hakim atau ahli perniagaan.
Sebenarnya pekerjaan boleh dibahagikan kepada dua. Ada yang mulia tetapi bukanlah kaya. Ada pula yang nampak biasa tetapi boleh menghasilkan jutaan ringgit apabila mempunyai kreatif, inovatif dan pandai mencari pasaran serta peluang untuk menjana pendapatan melalui pelaburan dan perniagaan.
Tidak cacat
Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan pasangan berhak memilih untuk fasakh perkahwinannya. Seorang lelaki yang gila atau sopak tidak sekufu dengan seorang perempuan yang tidak berpenyakit seperti itu.
Kecacatan boleh dibahagikan kepada dua: Pertama, yang mengaibkan seperti HIV, Aids, kusta, gila dan lain-lain. Perkara ini sebaik-baiknya dielakkan melainkan wujudnya persetujuan dan kefahaman yang jelas. Kedua, kecacatan yang kecil seperti cacat sebahagian anggota namun kefungsian masih berlaku. Yang ini tidaklah menjadi penghalang dalam membina dan melayari bahtera kehidupan dengan sebaiknya. Kadang-kadang, kita lihat pasangan seperti ini jauh lebih bahagia dari yang sempurna sifatnya.
DEMI KELANGSUNGAN HIDUP SUAMI ISTERI
Sekufu dalam perkahwinan ialah hak isteri dan wali-walinya. Walaupun kufu bukannya syarat sah nikah, tetapi ia perlu untuk mengelakkan perkara yang buruk terhadap isteri dan para walinya dan menjamin kelangsungan hidup suami isteri.
Hal yang demikian adalah kerana pasangan yang sekufu mempunyai cara hidup yang tidak berbeza dan boleh diterima. Justeru itu, seorang daripadanya tidak terpaksa mengubah kebiasaannya kerana mereka telah mempunyai persamaan.
Namun, bakal isteri dan walinya boleh menggugurkan syarat sekufu ini. Sekiranya seorang perempuan telah dikahwinkan oleh walinya dengan seorang lelaki yang tidak sekufu, tetapi dengan kerelaannya, perkahwinan itu adalah sah.
Hal ini kerana sekufu merupakan hak perempuan dan walinya. Sekiranya mereka redha menggugurkannya, maka ia tidak perlu dipertikaikan.
Hal ini berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Pilihlah tempat yang baik untuk meneruskan keturunanmu dan kahwinkanlah mereka yang sekufu dan kahwinkanlah mereka.” Riwayat al-Hakim
KESIMPULAN
Kami berpendapat, antara perkara yang paling penting dalam memahami sekufu’ adalah lebih kepada pasangan itu sendiri dan bukan semata-mata keluarga. Sebagai contoh, dua pelajar yang bergraduasi dari universiti sedangkan antara dua keluarga mungkin terdapat perbezaan taraf. Tetapi, wujud antara dua pelajar tersebut sifat keserasian serta perasaan tolak ansur yang begitu tinggi antara keduanya. Maka hal seperti ini boleh dipertimbangkan.
Pada saat ini, suasana mungkin sudah berubah berbanding empat puluh atau lima puluh tahun dahulu di mana lingkaran hubungan bukan lagi dibatasi dengan kekeluargaan dan kampungan tetapi ia jauh merentasi sempadan negeri, negara, bangsa, warna kulit, kaum, dan lain-lain. Justeru, yang paling penting adalah sifat kesolehan yang terwujud pada pasangan. Begitu juga perasaan kasih sayang dan cinta tumbuh dengan mekar pada pasangan tersebut.
Akhir kalam, kami tutup dengan berdoa kepada Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” Surah al-Furqan (74)
Meski seorang ibu seharusnya menyayangi anak-anak mereka sama rata tapi ada saja berlaku keadaan sebaliknya. Walau anak sudah berbuat baik dan menyayangi sepenuh hati...