Semalam merupakan detik bersejarah bagi Malaysia apabila bermulanya pelancaran Pelan Imuninasasi COVID-19 Kebangsaan apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin fasa 1.

Individu kedua menerimanya ialah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hishm Abdulllah selain beberapa individu dari pelbagai jawatan dan pangkat di mana Ketua Jururawat Kesihatan PKD Putrajaya, Puan Lina Ibrahim menerima amanah menyuntik barisan pertama penerima vaksin ini.

Namun apa yang mengejutkan, saat YAB PM menerima suntikan vaksin, mereka mempertikaikan warna jaram dari biru kepada oren, bukti seolah-olah PM tidak menerima vaksin tersebut sebaliknya cecair lain disuntik. Malah perkataan LIVE diterbalikkan menjadi EVIL, selain simbol jumlah penonton sebanyak 21.8 k saat YAB PM menerima suntikan sebagai simbol Dajjal? Begitu juga jarak antara Tan Dr Noor Hisham dan Ketua Jururawat yang dianggap sebagai simbol H iaitu Yahudi. Astagfirullahalazim.

Tuduh  Tukar Jarum Suntikan, Gang Antivaksin  Kaitkan Masa PM Terima Suntikan Dengan Simbol Dajjal
.

Tuduh  Tukar Jarum Suntikan, Gang Antivaksin  Kaitkan Masa PM Terima Suntikan Dengan Simbol Dajjal
.

IKLAN

Hal menukar warna jarum suntikan ini mendapat perhatian dari barisan hadapan petugas kesihatan apabila mereka menerangkan kenapa warna jarum berbeza, iaitu halus atau besar dan bukannya bertujuan menipu. Bacalah apa diterangkan doktor perubatan, Doktor Arisman ini agar kita semua tak dipengaruhi perbezaan pemikiran ini.Kata orang kepandaian kita berbeza-beza bidang, semua pihak tahu akan pekerjaan masing-masing.

Tuduh  Tukar Jarum Suntikan, Gang Antivaksin  Kaitkan Masa PM Terima Suntikan Dengan Simbol Dajjal
.

TUKAR “JARUM VAKSIN” SEMASA SUNTIK PM Tuduh  Tukar Jarum Suntikan, Gang Antivaksin  Kaitkan Masa PM Terima Suntikan Dengan Simbol Dajjal

IKLAN

Ada follower tanya “Betul ke ni doktor, jarum dia berubah?? Ambil ubat pakai warna biru kemudian bila suntik dah tukar warna oren?? Menipu ke? Risau takut info ni mengelirukan masyarakat luar sana.

Terima kasih. Betul. Bagi mereka yang tak tahu, ianya akan sangat mengelirukan. Antivaksin setiap masa akan cuba cari cara dan helah untuk menipu kita dan membenci kepada vaksin.
Baiklah. Keadaan ini memang biasa berlaku. Terutama para ibu bapa yang menemankan bayi kecil mereka suntik di klinik-klinik, mereka selalu nampak keadaan ini. Nurse akan melakukan hal yang sama. Apa dia? Iaitu

IKLAN
  1. Ambil jarum dengan saiz lebih besar untuk menarik masuk ubat dari ampoule/vial vaksin. Kenapa? Sebab lebih cepat dan mudah prosesnya menarik ubat utk masuk ke dalam picagari (syring) dengan cepat.
  2. Ada yang pakai warna biru (saiz 23G), ada yg pakai lebih besar seperti warna hijau (saiz 21G)
  3. Selepas ubat dah masuk dalam picagari (syringe), kemudian nurse/doctor akan tukarkan jarum sahaja kepada saiz yang lebih sesuai iaitu tempat suntikan dan saiz badan individu. Picagari tak akan bertukar ya. Tuduh  Tukar Jarum Suntikan, Gang Antivaksin  Kaitkan Masa PM Terima Suntikan Dengan Simbol Dajjal
  4. Jika nak suntik pada bahagian punggung orang dewasa yang lebih tebal isi kulit dan lemak, maka doktor akan tukarkan kepada jarum warna biru juga (jarum berbeza dengan jarum yg dipakai pada awalnya) ataupun jarum berwarna hijau.

Jika nak suntik pada bahagian lengan, nak pakai jarum biru pun boleh jika berbadan besar, tetapi kebanyakkan kami akan memilih jarum berwarna oren kecil bersaiz 25G.
Setiap saiz jarum berbeza diameter dan panjangnya. Ini sangat penting dalam memilih jenis suntikan yang diberikan. Begitu juga apabila doktor/nurse ingin mengambil darah pesakit. Ada macam2 warna kan?

Selain itu, antara sebab penting perlu tukar jarum tersebut adalah untuk mengelakkan kontaminasi silang atau cross infection daripada permukaan ampoule/vial kepada kulit dan lapisan bawah kulit.

Ok. Dah boleh stop sebarkan berita tersebut.

Jangan kelirukan masyarakat lagi ye antivaksin. Belajarlah untuk memberi manfaat kepada orang lain, bukan berikan kemudaratan.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI