Ada skeptikal tentang kehadiran kanak-kanak ke masjid khusus di bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Asyik dengan dunia mereka yang seronok, melompat di sana sini dan akhirnya ia mengundang berbagai pendapat.
Ada melarang, ada menyokong anak-anak dibawa ke masjid kerana kata mereka jika anak kecil tidak diasuh dari kecil menyukai masjid, jangan salahkan mereka bila remaja kelak mereka menjauhkan diri dari rumah Allah ini.
Menurut al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, pada umumnya masjid adalah tempat solat, tempat melakukan ibadah harian dan ini sebagai salah satu tonggak kekuatan dalam Islam.
Dalam pada itu, mengimarahkan masjid adalah satu perbuatan dituntut dalam agama.
Maksudnya:“Hanya orang yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah”.
Ads
Dalam pada itu, dari satu perkongsian di tik tok @Bang Lajak_perunnersepi, memperlihatkan indahnya Islam bila mana Ustaz Don Daniyal memaklumkan kepada barisan jemaah masjid agar mengalihkan kedudukan mereka sedikit dan tidak mengejutkan seorang kanak-kanak yang lena tertidur (namanya Uwais). Walau pun kelihatan kanak-kanak itu duduk di tempat imam solat.
Jelas Ustaz Don, kanak-kanak di bawah usia belum wajib solat dan katanya kehadiran kanak-kanak ini ke masjid untuk mendengar kuliah ilmu pun sudah cukup mulia. Dipercayai video ini dirakam di Surau Annajahiyah, Seksyen 19 Shah Alam.
Dalam rakaman itu, jelas adik Uwais sedang lena tidur dengan buku catatan di mejanya ketika Ustaz Don memberikan ceramah di surau berkenaan. Dalam di akhir video itu memperlihatkan Ustaz Don menggosok tubuh badan anak kecil ini dengan penuh kelembutan.
Inilah indahnya ilmu dan adab kerana tak kira kita lebih tua atau muda, menghormati orang lain itu digalakkan dalam agama.
Anak kecil ini dijaga dengan sebaiknya dan dilimpahi kasih sayang yang tiada berkesudahan.
Walaupun sibuk melayan kerenah anak kesayangannya, tetapi Siti tetap aktif menghiburkan peminatnya di mana juga walaupun sudah bergelar ibu. Dan juga turut mengusahakan perniagaan kosmetiknya, Simplysiti.
Biarpun begitu beliau tetap mahu melihat anaknya membesar depan matanya sendiri. Bagi memastikan segalanya berjalan lancar, Siti telah memilih seorang pembantu yang baik, bertanggungjawab dan cantik untuk anak kesayangannya.
Jika diperhatikan kemana saja kelibat Siti dan Siti Aafiyah, pasti akan ada seorang gadis manis yang setia melayan kerenah si cilik ini.
Menurut sumber, gadis yang menjaga Siti Aafiyah ini bukan calang-calang orangnya. Gadis manis ini bernama Nur Hidayah Zubit sebenarnya seorang jururawat bertauliah lulusan dari Kolej Pembantu Perubatan.
Jika dilihat pada perkongsian Instagram Siti juga menyaksikan gadis manis yang ada iras wajah penyanyi kesayangan ramai ini, sering diajak bercuti bersama keluarga besar Siti dan Datuk K.
Tugasnya menjaga Siti Aafiyah tidak kira di mana Siti berada walaupun berada di luar negara kerana tugas.
Ternyata hubungan silaturrahim gadis ini bersama Siti dan keluarga sangat akrab. Semoga akan terus berkekalan hingga Aafiyah membesar menjadi wanita solehah satu hati nanti.
Polis Diraja Malaysia dalam satu kenyataan akhbar hari ini menjelaskan purata kes bunuh diri di Malaysia mencecah dua orang setiap hari.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata dari 2019 sebanyak 609 kes dilaporkan diikuti 631 kes bagi 2020.
“Secara purata bagi tempoh Januari hingga Mei 2021 kes direkodkan adalah sebanyak 468 orang. Ia bersamaan dua kes bunuh diri setiap hari antara 2019 hingga Mei 2021,’” katanya.
Datuk Seri Abd Jalil berkata, bagi tempoh itu seramai 1,427 melibatkan wanita manakala lelaki pula seramai 281 lelaki orang.
Dari segi usia pula, remaja berusia antara 15-18 tahun paling tinggi iaitu seramai 827 orang manakala mangsa berusia 19 hingga 40 tahun pula seramai 668 orang.
Tambahnya lagi, dalam kes berkaitan, Johor mencatatkan kes bunuh diri tertinggi pada 2019 dan 2020 iaitu sebanyak 101 kes. Manakala bagi tahun ini, Selangor mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 117 kes.
Tiga faktor utama melibatkan kes bunuh diri ialah mangsa menghadapi masalah keluarga, tekanan perasaan dan kewangan.
“Statistik PDRM mendapati cara paling popular ialah gantung diri sebanyak 75.1 peratus, terjun bangunan (13.6 peratus) dan minum racun (5.7 peratus),” katanya lagi.
Jelas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ini lagi, semua pihak harus bertanggungjawab dan masyarakat perlu memainkan peranan penting bagi membendung gejala ini.
“Mereka yang mengalami masalah kewangan, kesihatan, tekanan perasaan, kemurungan, keluarga dan sebagainya haruslah diberi bantuan serta sokongan keluarga serta rakan terdekat.
“Masa yang sama, PDRM menyeru individu yang mengalami masalah dan tekanan seperti yang dinyatakan di atas supaya mendapatkan bantuan serta sokongan daripada ahli keluarga, rakan terdekat dan pihak yang menyediakan khidmat nasihat,” katanya.
Maksudnya: “Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. (Surah al-Israa’: 33) Jelas dinyatakan dalam Surah al-Israa’ secara umum bahawa membunuh tanpa alasan yang benar adalah haram, dan ini juga termasuk dengan perbuatan membunuh diri sendiri. Malah, orang yang membunuh diri diberikan ancaman azab di akhirat.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasululah ﷺ bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan meminum racun, maka di neraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.” (Sahih Muslim no. 109)
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa orang yang membunuh dirinya dengan sesuatu, maka dia akan diazab seperti mana dia membunuh dirinya di dalam neraka, dan dia tidak akan masuk ke syurga melainkan dirinya muslim. [Rujuk: al-Minhaj 2/118]
Terdapat tiga bahagian membunuh diri dari sudut niat pelaku iaitu:
Majoriti fuqaha’ (Hanafiyah, Syafi’eyah, Hanabilah) berpendapat bahawa tidak dianggap sesuatu pembunuhan dilakukan dengan sengaja kecuali pembunuh berniat untuk membunuh atau menggunakan alat atau senjata yang boleh membunuh. Hal ini kerana niat merupakan sesuatu yang tersembunyi, maka ia boleh diketahui dengan qarinah yang zahir, contohnya dengan melihat alatan atau cara yang digunakan sebagai miqyas kepada niatnya. Seperti yang sedia maklum bahawa pembunuh akan menggunakan alatan yang sesuai untuk membunuh seperti pisau. Maka, sekiranya alatan atau cara yang digunakan ialah sesuatu yang kebiasaannya tidak membunuh seperti memukul atau menggunakan batu yang kecil namun menyebabkan kematian, pembunuhan itu dianggap pembunuhan hampir sengaja. [Rujuk: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh 7/5658]
Kesimpulan
Tuntasnya, untuk membezakan sama ada pembunuhan itu sengaja, hampir sengaja atau tidak sengaja adalah berdasarkan niat seseorang apabila melakukan perbuatan tersebut, kemudian dilihat jenis alat atau cara yang digunakan sehingga menyebabkan pembunuhan.
Berbalik kepada soalan, kami simpulkan beberapa perkara:
الأمور بمقاصدها Maksudnya: Setiap perkara dan perbuatan itu dinilai berdasarkan niat.
Oleh itu, sebagai seorang muslim, kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan janganlah meletakkan diri kita dan orang sekeliling di dalam sebarang kebinasaan. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan; dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu” (Surah al-Baqarah: 195) Semoga Allah SWT sentiasa memberikan kita kebaikan dalam urusan kehidupan kita. Wallahua’la (sumber : Pejabat Mufti Wilayah)
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
‘Kerja rumah tanggungjawab suami, bukan isteri.’ Ceramah ustaz lahirkan isteri tak bersyukur dengan pengorbanan suami yang membanting tulang mencari nafkah.
Tak dapat bayangkan suami yang penat balik bekerja sebagai rider, sampai rumah terus pegang penyapu menyapu rumah, kemudian memasak dan mencuci kain. Isteri pula bersenang-lenang sebab semua itu tanggungjawab suami.
Masyallah, langsung tiada ihsan ke pada suami yang susah-payah keluar bekerja? Sebenarnya dalam rumah tangga ini kita perlu bertolak ansur, bila suami sibuk bekerja, isteri di rumah bantulah apa yang patut.
Suami pun bila berkelapangan, bantulah isteri uruskan anak atau kemas apa yang patut. Bertolak dan bertimbang rasa. Ikuti luahan Su Han Wen Shu yang tak senang dengan ceramah ustaz tentang isu ini.
Mereka tak sedar ceramah mereka ini melahirkan golongan isteri yang tak bersyukur dengan pengorbanan suami untuk mencari nafkah.
Ustaz-ustaz:
Pagi ceramah dekat Kodiang (Kedah), petang ceramah di Kluang (Johor). Esok ceramah dekat Sabak Bernam (Selangor), minggu depan naik kapal terbang, pergi ceramah dekat Kundasang (Sabah).
Ustaz-ustaz sama:
“Kerja rumah ini kerja suami, bukan kerja isteri.”
Cuba bayangkan ustaz-ustaz ini pun sentiasa sibuk outstation, bila masanya mereka buat kerja rumah?
Cakap tak serupa bikin.
Lepas itu bila ceramah ini dikongsi di Facebook, berlambaklah isteri-isteri tak bersyukur tag suami masing-masing.
Kalau suami kau kerja di office dari jam 9 pagi hingga 6 petang, setiap hari Isnin sampai Jumaat, cuti Sabtu Ahad. Jadi, aku fahamlah kalau kau minta suami tolong buat kerja rumah.
Tapi suami kau kerja kelindan lori, kerja gudang, kerja pemandu lori, kerja construction, kerja angkat buah sawit dekat ladang, balik rumah punyalah barai. Itu pun kau nak tag dia kat Facebook, suruh dia buat kerja rumah?
Itu belum lagi suami yang siang kerja di pejabat, malam meniaga pasar malam, sebelum subuh jual kuih. Lepas itu, pukul 9 pagi masuk office dan seumpamanya.
Ustaz-ustaz yang ceramah benda macam ini seronoklah, sebab ramai penonton mereka wanita.
Tapi mereka tak fikir kesan pada keluarga dan suami kepada golongan wanita ini yang bekerja keras di luar sana. Mereka tak sedar ceramah mereka ini melahirkan golongan isteri yang tak bersyukur dengan pengorbanan suami untuk mencari nafkah.
Ironis juga ustaz-ustaz jenis ini selalu orang puji faqih, tapi tak pernah fikir kesan jangka panjang ceramah-ceramah mengarut mereka. Faqih apa bendanya camtu?
*Aku bukan anti kerja rumah, dekat rumah aku jugalah yang jaga anak sakit, cuci pinggan, basuh, jemur lipat baju dan seumpamanya.
Cuma aku tak suka trend ustaz-ustaz buat ceramah macam ini. Ustaz-ustaz ini lupa, bukan semua pekerjaan di luar sana semudah ustaz-ustaz ini yang sekadar berceloteh di Masjid.
Sekian.
Kashoorga : Tak salah nak dengar cakap ustaz tetapi tengoklah keadaan suami kita dahulu. Janganlah nak jadi penunggang agama demi kepentingan sendiri.
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.