
Baru masuk tahun 2020 ini rasanya masih belum terlambat untuk kita mula menabung bagi memastikan kewangan keluarga kukuh dan terjamin.
Untungnya kalau menabung dari sekarang, bila hujung tahun nanti wang simpanan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.
Antaranya boleh untuk pergi bercuti ataupun bagi yang belum berkahwin boleh menampung perbelanjaan.
Pelbagai tekik boleh dilakukan untuk menabung dan salah satunya melalui perkongsian oleh seorang pengguna laman sosial facebook Nik Nur Alif.
Menurutnya teknik digunakan memolehkan seseorang itu memperoleh RM3,306. Jumlah itu sudah cukup berbaloi dan memadai jika kita boleh melakukan simpanan dengan disiplin yang kuat.
Ayuh kita lihat bagaimana teknik digunakan wanita ini.
Nak simpan duit setahun RM3,306?
Jika tahun 2019 kita terkandas untuk simpan duit, takpa tahun 2020 ni kita pulun sehabis baik sampai jadi.
Bawah ni saya ada tips yang kita boleh ikut untuk simpan duit setahun RM3,306.
RM1 – Setiap hari masuk tabung. Total setahun RM366.
RM5 – Setiap minggu simpan 2 keping. Total setahun RM520.
RM10 – Setiap minggu simpan 2 keping. Total setahun RM1040.
RM20 – Setiap bulan simpan 2 keping. Total setahun RM480.
RM50 – Simpan ikut bulan ganjil (Jan, Mac, Mei, Jul, Sep, Nov).Total setahun RM300
RM100 – Simpan ikut bulan genap (Feb, Apr, Jun, Ogos, Okt, Dis).Total setahun RM600
Jumlah keseluruhan setahun RM3,306. Banyak benda kita boleh buat dengan duit banyak tu. Plan elok-elok, elakkan pembaziran
Plan tukar kepada aset emas pun boleh, kalau ikut harga hari ni RM214, dah boleh dapat 15 gram. InsyaAllah duit tu akan bertahan lebih lama.
Nik Nur Alif Faisal
-Suka simpan duit dan emas
#TipsKewangan
“Kuatkan Semangat & Belajar Kereta Guna Kaki 2 Minggu Je” – Video Wanita OKU Tanpa Tangan Ini Buat Ramai Terharu

Setiap insan yang dilahirkan ke dunia ini ada yang sempurna dan tidak. Namun insan yang dilahirkan kurang sempurna itu tidak pernah menganggap kekurangan itu sebagai alasan untuk berdikari menguruskan diri sendiri.
Seperti perkongsian Pn. Norfarrah Syahirah Shaari yang memberitahu bagaimana dia juga mampu memandu kereta seperti insan normal lain.

Menurutnya ketika diundang menjadi tetamu bagi pengisian Slot Inspirasi Program Pasca PT3 2019 anjuran Panitia ASk sekolah SMK TIWA, dia membeli kereta menggunakan duit hasil titik peluh sendiri sepanjang bekerja.
“Sebelum itu ada bertanya seorang kawan mengenainya dan satu hari saya kemudiannya dibukakan pintu hati untuk mula beli kereta.
“Saya kemudiannya ubah suai menjadi kenderaan sesuai untuk orang OKU dan belajar naik kereta. Dua minggu je saya belajar menaiki kereta menggunakan kaki.
“Perasaan takut itu memang ada maklumlah apabila berada di atas jalan raya, macam-macam risiko boleh berlaku.
“Tapi saya kuatkan semangat kalau saya tak buat memang saya tak mampu akan lakukannya seperti orang normal lakukan,” katanya yang juga turut menunjukkan caranya untuk bermekap, memakai tudung, menulis, minum melipat kain di majlis berkenaan.
Pn Norfarrah Syahirah Shaari yang merupakan Ikon Inspirasi GPMS Daerah Bagan Datoh dan video bagaimana dia menunjukkan cara-cara memakai tudung menggunakan kedua-dua belah kaki kerana tidak mempunyai tangan telah jadi viral di media sosial.
Video yang mencetuskan viral ini telah diambil daripada laman facebook Tcher Collection TC yang dimuat naik Oleh Noraznira Ismail yang berkongsi mengenai aktiviti Pengisian Slot Inspirasi Program Pasca PT3 2019 anjuran Panitia ASk sekolah SMK TIWA.
Syahirah adalah merupakan Ikon Inspirasi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang bertugas sebagai salah seorang staf di Kolej Komuniti Teluk Intan Perak.
Biarpun kekurangan fizikal, tidak mempunyai kedua-dua belah tangan, namun langsung tidak menghalang dia mempunyai kerjaya yang bagus serta turut boleh memandu kenderaan tanpa pertolongan sesiapa.
Jadi tidak hairanlan pihak sekolah SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah telah menjemputnya untuk menyampaikan perkongsian kisah hidup yang menarik buat pelajar-pelajar pasca PT3 ini.
Malah perkongsian ini dapat dijadikan motivasi kepada pelajar supaya tidak mudah putus asa dalam menjalani kehidupan sebenar di masa akan datang.
Rata-rata netizen yang turut melihat perkongsian video ini memberi komen positif. Mereka kagum dengan semangat ditunjukkan wanita ini dan merasakan diri sangat kerdil di sisi Allah.
Subhanallah, Tanpa Gentar Satu Keluarga Pilih Islam Sebagai Agama Baru. Sucinya Umpama Sehelai Kain Putih!

Tanggal 17 September lalu menjadi tanggal penuh bersejarah buat keluarga ini apabila menerima kehadiran Islam sebagai agama baru mereka. Siapa sangka hidayah Allah itu akhirnya jadi milik insan yang memang dikehendakiNya.
Jika memang itu yang sudah tertulis di lukh mahfuz, siapa kita mahu menolaknya. Beruntungnya keluarga ini apabila mereka sekeluarga dengan rela hati menerima Islam sebagai agama baru.
Dalam satu posting di muat naik di Facebook Muallaf Rawang memberitahu pengislaman Muhammad Khalid Marcus Wong dan keluarganya ini telah dilakukan di Pejabat Agama Selayang.
Assalamualaikum wbt dan Salam Jumaat kepada semua rakan muka buku..
#Throwback
Admin ingin merakamkan tahniah kepada saudara baru Muhamad Khalid Marcus Wong Dan sekeluarga kerana telah kembali ke agama fitrah, ISLAM .
Beliau Dan sekeluarga yg lahir dalam keluarga bukan Islam begitu tertarik Dan tercari2 akan pengertian Islam dalam agama.
Beliau tidak pernah lekang untuk mengikuti page muallaf rawang untuk mendapat lanjutan aktiviti2 yg muallaf lakukan Dan ikuti.
Alhamdulillah, pada tangga 17 September, 2019, beliau sekeluarga nekad Dan telah mengambil keputusan untuk mendekatkan diri kepada Islam sekaligus melafazkan dua kalimah syahadah. Dengan bantuan ustaz Amir Ng, beliau sekeluarga telah melafazkan dua kalimah syahadah di pejabat agama Selayang.
Semoga beliau sekeluarga dirahmati Dan diberkati Allah. Terus kan perjuangan Dan sentiasa beristiqomah ke arah kebaikan Dan Jalan diredhai Allah SWT.
Insha allah.. Amin
Netizen yang turut mengikuti page ini juga turut mengucapkan tahniah atas pengislaman keluarga ini yang dianggap beruntung kerana menerima hidayah Allah Maha Besar.
Mohamad Zunaidi Alhamdulillah..semoga Allah memberkati kita semua
Ridzuan Majid Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.
Lantana Camara Alhamdulillah.. Semoga Allah SWT berkati keluarga ini dgn segala kebaikan di dunia dn akhirat. Aamiin..
Zailan Abdul Kadir Alhamdulillah.. Semoga Allah SWT berkati keluarga ini dgn segala kebaikan di dunia dn akhirat. Aamiin..
Kamaruzaman Talib Alhamdulillah.. Semoga Allah SWT berkati keluarga ini dgn segala kebaikan di dunia dan akhirat. Aamiin..

“Alhamdulillah, Comel & Cantiknya Berhijab” – Hikmah COVID-19, Ernie Zakri Ambil Keputusan Bertudung Sepenuhnya

Sebelum ini pengacara dan juga dikenali dengan panggila Gadis Trivago, Dahlia Shazwan telah melakukan penghijrahan apabila mengenakan hijab.
Dia yang mendapat petunjuk dari Allah setelah pulang dari mengerjakan umrah bulan sebelumnya.
Dan semalam penyanyi bersuara lantang Ernie Zakri pula telah berhijab sepenuhnya semalam. Menurut penyanyi lagu Ku Bersuara itu, dia nekad memakai tudung secara rasmi semalam.
“Jujur saya masih dalam proses membiasakan diri. Moga diri ini terus istiqomah. Doa yang baik.
“Ikutkan niat itu sudah lama. Cuma baru baru ini dengan keadaan kita diuji dengan penularan wabak Covid 19, saya terdetik untuk melakukan anjakan dalaman diri.
“Lewat pagi tadi kira kira jam 2 pagi saya mesej Mama di aplikasi WhatsApp biarpun serumah. Saya berada di tingkat atas, Mama pula di bawah. Saya nyatakan keputusan untuk bertudung dan Mama sangat gembira.
“Di kalangan keluarga ada yang terkejut dengan keputusan ini. Apatah lagi di saat kerjaya saya meluncur baik. Namun saya percaya dalam hidup ini kita perlu membuat satu keputusan besar dalam hidup termasuk soal penghijrahan diri,” katanya kepada BH online.
Kata pemilik nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakrie ini, dia pernah menyatakan dalam diri bahawa tahun 2020 akan menjadi titik permulaan penghijrahan dirinya.
“Semua bagai dipermudahkan dan tersusun cantik. Di saat saya sedang berehat daripada kerja seni akibat situasi semasa, Allah makbulkan hasrat hati ini.
“Saya ambil masa sebenarnya untuk memutuskan perkara ini. Ia kewajipan. Malah sebelum menunaikan umrah buat kali pertama hujung tahun lalu, saya terdetik untuk berubah menjadi lebih baik dalam diri.
“Malah kini setiap kali bertudung, saya rasa gembira dan cukup lengkap. Perubahan ini juga takkan mengubah diri saya dan apa yang dilakukan selama ini,” katanya lagi.
Ernie menambah, dia berharap peminat tidak keliru andai ada rakaman atau gambarnya tidak bertudung kelihatan selepas ini.
“Yang ada akan nampak saya dalam mana mana kerja seni selepas ini tanpa bertudung, itu semua dilakukan sebelum ini lagi,” katanya memohon doa agar terus istiqamah.
Dalam pada itu, rakan artis serta followernya turut mengucapkan tahniah atas penghijrahan Ernie dan mengharapkan dia terus kekal istiqamah dengan penghijrahannya itu.