Hati ibu mana tidak risau bila anak-anak sakit. Lebih merisaukan apabila bukan seorang tapi empat orang kesemuanya.
Inilah kerisauan dirasai oleh Yatt Hamzah apabila berkongsi masalah kesihatan anak-anaknya, iaitu Suci Humaira Iqlima, Suci Hayfa Medina dan Suci Hawa Zulaikha yang kesemuanya mengalami simptom sama iaitu muntah-muntah, demam, batuk dan selesema (tapi bukan disebabkan keracunan makanan) dan bayi kecilnya, Sayf Mohammed Zubayr yang mengalami demam, batuk dan selesema tapi tiada muntah-muntah seperti kakak-kakaknya.
Dalam perkongsian di IGnya, Yatt Hamzah memaklumkan, sedang anak ketiganya, Suci Hayfa Medina dirawat di hospital akibat Pneumonia di mana dalam paru-paru kanannya ada jangkitan kuman, dua lagi anaknya muntah-muntah hingga tubuh jadi lembik di rumah sampai dikejarkan ke hospital.
Jelasnya, kesemuanya alami simptom yang sama di mana muntah tanpa henti.
“Ia bukan keracunan makanan tapi penyakit lain,” kongsinya sambil memohon kepada mana-mana sahabat dan pengikutnya yang berada di Makkah atau Madinah untuk mendoakan keselamatan dan kesembuhan anak-anaknya.
Ads
Tulisnya:-
4 oran jatuh sakit serentak. Yang baby, #Sayfmohammedzubayr masih demam, batuk, selesema tapi tiada muntah-muntah setakat ini. Minta-mintalah tak berjangkit pada dia Ya Allah. Tinggal Kak Nia seorang yang sihat, alhamdulillah. Mohon semua doakan anak-anak Bonda, Bonda mohon sangat-sangat,” kongsinya.
Sebelum ini, Yatt Hamzah ada menulis coretan mengenai anak ketiganya, Suci Hayfa Medina yang mendapat Pneumonia.
Ads
“Dalam paru-paru kanannya ada jangkitan kuman. 1st time anak Bonda dapat ni.Kesian dia tak boleh makan minum apa pun. Masuk je makanan dan minuman habis keluar balik.
“Minum air kosong pun dimuntahkan balik. Tak sampai hati tengok dia kerap sangat muntah dah berbelas kali. Semalam je hampir 10 kali muntah sampai lemah lembik badannya. So Doktor puasakan dia dan 24 hours on monitoring and treatment.
Bonda ni paling lemah bila anak-anak sakit. Tak tahan sebak tengok dorang tapi depan dorang tak boleh menangis kena kuat. Masa berseorangan terus meraung memohon Allah kasihankan mereka.
Ads
“Mak-mak memang macam ni, tak mampu nak tengok anak2 sakit lebih-lebih lagi kalau kalau sampai 3-4 orang berjemaah sakit serentak akibat berjangkit. Kalau boleh biarlah transfer rasa sakit tu pada mak-mak, janganlah anak-anak yang sakitkan. Tapi mak-mak kena kuat dan sentiasa sihat untuk tabah jaga anak-anak siang malam.
“Bonda doakan ibu-ibu lain yang diuji ada anak-anak yang turut sakit dipermudahkan urusan dan diberikan kesembuhan. Ameen YA Rabb. Memang sekarang musim budak-budak mudah jatuh sakitkan.
“Bertabahlah wahai Bonda bila anak-anak sakit berjemaah ni. Lekas sembuh ya anak-anak Bonda.Semoga anak-anak yang lain di luar sana sentiasa dilindungi dan lekas sembuh jika sakit juga ya. Ameen.
Semoga ada doa-doa di luar sana didengari oleh Allah untuk memberikan kesembuhan buat anak-anak Yatt Hamzah. Sumber IG : Yatt Hamzah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai mengagumi pelakon dan pengacara popular Alif Satar. Bukan sahaja pada bakat seni yang mengalir dalam tubuhnya, tetapi juga kewibawaannya sebagai ketua keluarga.
Dilihat sebagai suami yang penyayang, romantik dan sangat cintakan isteri serta tiga orang anak-anaknya.
Alif yang berkahwin dengan isterinya Shadila Halid pada tahun 2014 dan hingga kini tiada kisah kontroversi membabitkan dirinya atau rumah tangga dibina.
Malah ramai menjadikan Alif Satar sebagai sumber inspirasi dalam membina rumahtangga atau hubungan dengan pasangan.
Berkongsi pengalamannya selama lima tahun hidup berumah tangga dengan stesen radio Zayan, Alif turut berkongsi kunci kejayaan mengukuhkan perkahwinan dibina hingga kini.
Menurut Alif setiap pasangan nitu perlu saling sokong menyokong di antara satu sama lain, sama ada secara fizikal, mental dan rohani.
Tambahnya, dalam perkahwinannya sendiri, dia dan Shadila perlu bahagia secara individu dahulu, dan kebahagiaan itu kemudiannya dikongsi bersama-sama.
Bukan itu sahaja, perkara paling penting yang menjadi pegangan dalam rumah tangga adalah komunikasi. Setiap pasangan juga perlu turunkan ego dan adalah tidak berbaloi untuk hilang seseorang yang dicintai.
“Jadi biarlah you mengaku kalah sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku sehingga menjadi lebih teruk,” katanya.
Dalam temu bual itu, Alif turut meluahkan rasa kagumnya kepada isteri yang sentiasa menyokong dirinya dari dulu sehingga kini
“Isteri Alif itu sebenarnya Alif lah. Bila Alif jatuh, dialah yang bantu Alif bangun kembali. Bila Alif tak semangat. dia yang bantu bangkitkan semula semangat Alif,” jelasnya.
Pada masa yang sama, Alif turut merasa bangga dengan isterinya yang tidak lokek menjadi ibu kepada anak-anaknya.
Katanya, “Tak mudah nak jaga anak-anak semasa dekat rumah terutamanya apabila isteri pun bekerja kemudian kena balik lagi untuk jaga anak.”
Alif rasa itulah pengorbanan yang luar biasa. Ada satu tahap penghargaan dan penghormatan kepada para ibu yang bekerja ataupun tidak. Tapi menjadi satu unit keluarga itu bukanlah perkara senang,” tambahnya lagi.
Salah satu tip yang digunakan oleh Alif adalah meninggalkan telefon bimbit ketika berada di rumah
Oleh kerana terlalu sibuk dengan kerja, setiap pasangan perlu tahu bilakah masa yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak di rumah.
“Phone boleh letak jauh-jauh. Biar duduk sama-sama satu tempat, tak perlu bersembang pun. Tengok TV sama-sama ke.
Tempat paling penting dalam rumah adalah meja makan. Sekali dalam sehari tu makanlah sama-sama,” jelasnya.
Saat dikurniakan anak pertama, lelaki atau perempuan, anugerah itu automatik menjadi amanah berat untuk dipikul sang ibu dan ayah. Zuriat yang perlu dijaga sehabis baik walau terpaksa bertarung nyawa.
Anak lelaki atau perempuan cabaran menjaga dan mendidik mungkin sama tapi tak serupa. Tanggungjawab dilihat berat tatkala yang lahir adalah sang puteri yang mampu menawan dunia. Buat ibu ayah tercinta, sajak nukilan Muallim ini sudah cukup terangkum cabaran yang harus ditempuhi. Semoga bermanfaat.
BILA ADA ANAK PEREMPUAN Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan… Jujur.. Masa dia kecil-kecil dulu… Tak rasa sangat cabarannya… Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya… Mak sentiasa pesan… Ada anak perempuan jangan ambil mudah… Jangan buat tak endah… Tanggungjawabnya berat… Tugasnya amat besar… Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki… Bila ada anak perempuan… Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi-seksi… Biasakan pakaian menutup aurat.. Ajarkan anak anak berpakaian sopan… Tidak terdedah sana sini… Tidak ketat menonjol… Ajarkan mereka erti malu… Bersederhana menikmati zaman kanak-kanak… Bila ada anak perempuan… Tak boleh dibiar tidur sana sini… Harus diajar tidur setempat di dalam bilik… Bahayanya ada di mana mana… Jangan percaya kepada sesiapa… Bila ada anak perempuan… Ajarkan mereka sentuhan selamat… Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat… Jangan biarkan anak berseorangan… Sentiasa temani mereka… Biar kita susah hari ini… Dari menangis di kemudian hari… Bila ada anak perempuan… Ajarkan mereka tentang harga diri… Ajar mereka untuk sayang diri sendiri… Kerana diri mereka sangat berharga… Bila ada anak perempuan… Terangkan kepada mereka tentang haid… Dan kehamilan bila mereka sudah baligh… Usah malu untuk memberi ilmu… Bimbang mereka cari di tempat salah… Bila ada anak perempuan… Pilihlah rakan untuk mereka… Kenali juga siapa kawan mereka… Rakan yang baik menjadi penguat… Rakan yang nakal menjadi pemusnah… Bila ada anak perempuan… Selalulah diperiksa handphone mereka… Apa yang dikongsi… Apa yang ditulis… Ambil tahu… Bila tiba saat kau lepaskan mereka… Hidup berjauhan… Sentiasa ingatkan mereka… Jagalah diri baik-baik… Jagalah maruah diri… Jagalah maruah keluarga… Biarlah orang kata kita kolot… Biarlah orang kata kita syadid… Bila ada anak perempuan… Berdoalah… Mohon dijaga kehormatan diri mereka… Mohon dijaga keselamatan mereka… Moga-moga Allah lindungi mereka…
Kashoorga : Indah sajak buat ayah ibu. Bukan mudah menjaga mereka. Maruah mereka terlalu berat dan besar untuk dijaga.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dengan izinNya, pasangan yang berkahwin pasti gembira dikurniakan cahaya mata tak kira anak lelaki atau anak perempuan. Ia adalah amanah dan anugerah terindah yang tiada bandingnya.
Anak mampu memberi kebahagiaan, mendekatkan dan meningkatkan kasih sayang antara suami isteri, juga akan mendapatkkan jaminan rezeki dari Allah.
Namun ini tidak bermakna pasangan yang belum dikurniakan anak, tidak akan bahagia hidup bersama; rezeki belum tiba. InsyaAllah berusahalah bersungguh ke arah itu. Dikurniakan anak lelaki atau perempuan bukanlah satu persoalan pun, asalkan sahaja anak itu sihat dan bakal menjadi anak berakhlak tinggi.
Cuma seperkara harus diingat anak lelaki dan perempuan memiliki keistimewaan berbeza antara mereka. Khas untuk kupasan ini, kita ketahui apa keistimewaan dikurniakan anak-anak perempuan.
1. Melindungi Orang Tua Dari Neraka
“Siapa yang diuji dengan kehadiran anak perempuan, maka anak itu akan menjadi pelindung baginya di neraka”. (HR Ahmad).
Jika pasangan suami isteri diberi anugerah dengan anak perempuan dan mampu melalui ujian Allah dalam hal memelihara dan mendidik mereka pada jalan Allah, maka anak-anak solehah ini akan menjadi pelindung kedua orang tuanya dari api neraka.
2. Dekat Dengan Rasulullah
“Siapa yang menanggung nafkah dua anak perempuan sampai baligh, maka pada hari kiamat antara saya dan dia seperti ini (baginda menggabungkan jari jarinya)”. (HR Muslim).
Rasulullah juga memiliki anak perempuan yang amat disayangi dan solehah, iaitu Fatimah Az Zahra. Pada hari kiamat nanti, orang tua yang memiliki dua anak perempuan dan tulus menghadapi kerana Allah, akan mendapat syafaat pada hari kiamat.
3. Jalan Masuk Surga
“Siapa yang memiliki anak perempuan, dia tidak membunuhnya dengan dikubur hidup-hidup, tidak menghinanya, dan tidak lebih mengutamakan anak lelaki, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga”. (HR Abu Daud).
Allah menjamin syurga bagi orang tua yang memiliki anak perempuan dan memperlakukan anak tersebut dengan baik serta tidak membezakan kasih sayangnya dengan anak lelaki.
4. Lebih Dekat Secara Hati Nurani
Mereka memiliki hati yang lebih lembut, lebih dekat dengan orang tua terutama ibu kerana karakter perempuan yang hampir sama. Orang tua wajib menjaga dan melindungi mereka dari jalan atau pergaulan yang salah.
Harus dibiasakan dengan ilmu agama sejak kecil, sehingga ketika dewasa dia akan faham tentang ilmu agama dan memiliki keakraban yang lebih dengan orang tuanya kerana dididik nuraninya untuk menjadi anak yang berbakti.
5. Pelindung Di Hari Kiamat
“Siapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar, memberinya makan dan minum, dan pakaian dari hasil usahanya, maka semuanya akan menjadi pelindungnya pada hari kiamat”. (HR Ibnu Majah).
Jika kita dianugerahkan tiga anak perempuan dan bersabar dalam mengurusnya, bekerja keras mendidiknya menjadi anak solehah, kelak kita akan dilindungi ketika hari kiamat sebab kebaikan kita pada ketiga-tiganya.
6. Cermin Kelembutan Hati
Anak perempuan memiliki hati yang lembut. Umumya mereka terbiasa bermain segala sesuatu yang berhubungan dengan keindahan, seperti anak patung yang cantik atau bermain pondok-pondok.
Hal tersebut cerminan kelembutan hati yang telah Allah tanamkan sejak kecil sebagai ciri khas. Kita harus tahu membentuk mereka menjadi orang yang berhati dan bersikap lembut terhadap orang tua dan sesama manusia.
7. Mudah Dalam Membantu Orang Tua
Anak-anak ini seringkali lebih selesa bermain di rumah daripada di luar. Ini menjadi sisi positif jika kedua orang tua dapat mendidiknya dengan mudah. Orang tua dapat mula melatih kebiasaan tentang kewajiban perempuan sejak kecil, seperti membersihkan rumah dan memasak.
Dengan demikian ibu ayah merasa sangat bertuah ketika anak-anak tersebut sudah mampu membantu. Selain termasuk didikan agar anak berbakti, kebiasaan baik tersebut nantinya akan sangat bermanfaat untuknya ketika dia dewasa, menjadi lebih berdikari dalam hal apapun.
8. Berita Gembira Dari Allah
“Apabila mereka diberi khabar gembira dengan kelahiran anak perempuan, merah padamlah wajahnya dan dia sangat marah… ketahuilah betapa buruknya apa yang mereka tetapkan itu”. (QS An Nahl : 58-59).
Anak perempuan adalah sebuah berita gembira dari Allah. Bagi orang yang menolaknya hal tersebut mereka dipandang buruk oleh Allah sebab Allah amat memuliakan perempuan dengan berbagai syariatNya seperti wajib menutup aurat agar tidak digoda oleh lelaki.
9. Cerminan Ibu
Mereka merupakan cerminan ibunya, jika seorang ibu mampu beri didikan agama dan menghindarkannya daripada pengaruh buruk persekitaran, maka anak tersebut juga akan menjadi wanita yang solehah seperti ibunya. Sebab itu sebagai orang tua, kita harus memberi contoh yang baik terlebih dahulu baru mengajarkan pada anaknya.
10. Kebanggaan Orang Tua
Pada masa sekarang, ramai perempuan memiliki peluang sama dengan lelaki dalam pelbagai hal; pendidikan mahupun pekerjaan. Orang tua yang memiliki anak perempuan dan mampu membesarkan hingga memiliki akhlak mulia, tentu akan merasa bangga sebab mampu menjadian anaknya tersebut sukses dan memiliki kemampuan yang sama dengan anak lelaki.
11. Peluang Untuk Berbuat Baik
“Tidaklah seorang muslim yang memiliki dua anak perempuan yang telah dewasa lalu dia berbuat baik pada keduanya kecuali akan dimasukkan ke syurga”. (Shahih Al Adabil Mufrad).
Kelebihan memiliki anak perempuan merupakan kesempatan atau ladang pahala yang besar dalam Islam. Orang tua yang berjaya menjaga dan mendidik sebaik mungkin sesuai kemampuannya, akan menjadikannya peluang untuk berbuat baik, peroleh pahala dan peluang yang dilorongkan untuk orang tua ke syurga.
12. Meningkatkan Kasih Sayang
“Aku pun melihat Abu Bakar mencium pipi puterinya sambil berkata, bagaimana keadaanmu puteriku?”. (HR Bukhari).
Anak perempuan yang memiliki sifat lebih lembut dan cenderung lebih manja, umumnya lebih disayangi oleh orang tua; lebih diawasi ketika bergaul dan berteman. Hal tersebut merupakan bentuk kasih sayang.
Memiliki anak-anak ini dapat menjadi lubuk meningkatkan kasih sayang, sehingga akan meningkatkan kasih sayang dan rahmat Allah pula bagi orang tuanya.
13. Dimuliakan Allah
Jelas dari berbagai ayat Al Qur’an dan hadis bahawa wanita selalu dimuliakan dan dilindungi, hal tersebut berlaku sejak kecil, selama masa dewasa, juga setelah anak perempuan tersebut berkeluarga.
14. Darjat Yang Sama
Mereka memiliki kedudukan sama dengan anak lelaki. Mereka tidak berbeza dalam hal kepandaian dalam pendidikan mahupun dalam pekerjaan paling utama tidak memiliki perbezaan di sisi Allah, semua memiliki kesempatan yang sama untuk beribadah dan mendapat jalan berbuat baik yang sama juga.
15. Lebih Cerdas Dalam Ilmu Dan Menerima Nasihat
Mereka cenderung menurut dan memudahkan orang tua dalam memberi ilmu dan memberi nasihat. Memang tidak semuanya baik dan penurut, hal itu bergantung daripada cara orang tuanya mendidik sejak kecil dan bagaimana cara orang tuanya menanamkan kesedaran nurani Islami di hati anaknya.
Anak-anak yang solehah, akan tetap mengingat nasihat orang tuanya untuk menjaga diri dan melakukan yang terbaik dalam setiap urusannya, hal itu dapat terjadi jika orang tua berhasil menanamkan rasa bakti sejak kecil.
Jangan lupa bersyukur, mengajarkan kebaikan dan memberi yang terbaik untuk anak kita.
Qada solat atau solat sunat, mana satu yang lebih utama dilakukan? Ini mungkin persoalan buat mereka yang banyak meninggalkan solat satu ketika dahulu namun...