Sejak semalam, beberapa serpihan barang milik anak kapal KRI Nanggala-402 berjaya ditemui di permukaan laut. Antaranya sejadah selain beberapa barangan lain termasuk kesan tumpahan minyak.

Walau tidak dinyatakan secara tepat apa nasib terkini anak kapal ini (sehingga berita ini ditulis) tetapi dalam operasi bersepadu selama 72 jam, pihak pencari menemui kapal ini tenggelam pada kedalaman 850 meter dengan terdapat kesan retakan besar pada badan kapal. Mari kita doakan kepada Allah SWT agar ada nyawa yang masih selamat dalam tragedi sedih ini.

Dikatakan mula terputus hubungan pada 21 April waktu pagi, KRI Nanggala – 402 ini akhirnya berjaya dikesan tenggelam tiga hari kemudian iaitu semalam. Terdapat bukti sahih yang mengguatkan status berubah dari submiss (kapal selam tenggelam) menjadi subsunk (kapal selam hilang). Berikut adalah tujuh fakta tenggelamanya KRI Nanggala -402.

  1. Operasi Bertukar Dari Submiss kepada Subsunk :-

Panglima Angkatan Laut Indonesia (KSAL) Laksamana Yudo Margono dalam sidang media semalam berkata, berkata terdapat bukti sahih bahawa KRI Nanggala tenggelam (subsunk). Ia berikutan beberapa barangan anak kapal pakai untuk solat, span atau busa penahan panas yang digunakan untuk memberi tekanan pada pelepasan torpedo dan beberapa barang lain.

  1. Berlaku keretakan besar pada kapal selam :-

Yudo menegaskan dari pencarian menemui keretakan besar pada badan kapal selam akibat tekanan dan bukan kerana ledakan atau ditembak oleh peluru musuh. Retakan itu terjadi mengikut tahap pada setiap tingkat kedalaman. Ia bermula pada fasa 300 meter, diikuti 400 meter dan pada kedalaman 500 meter sehingga membuatkan barang anak kapal bertaburan keluar dari permukaan. Termasuk pelorus terpedo yang bermaksud terjadi keretakan besar.

7 Fakta Kapal KRI Nanggala- 402 Tenggelam, Dikesan Pada Kedalaman 850 Meter Akibat Keretakan Besar
  1. Ditemui pada kedalaman 850 meter

Pencarian menemukan kapal selam ini pada kedalaman 850 meter. Usaha menyelamat tidak dapat dipastikan lagi kerana ia mempunyai risiko dan kesulitan tinggi untuk ROV (Remotely Operated Vehicle). Masa yang sama pasukan perubatan sudah di siap sedia kerana ada kemungkinan anak kapal yang selamat. Pada anggota yang selamat, kita akan akan bawa ke Surabaya atau Banyuwangi kata KSAL.

  1. Kapal selam tidak black out

Jelas Panglima Angkatan Laut ini lagi, isyarat terakhir mendapati lampu kapal selam ini masih menyala ketika memasuki laut. Malah isyarat tempur perang dan perang penyelam juga masih jelas pada jarak 50 meter. Ini menurut perkiraan, kapal selam ini tidak mengalami black out. Yudo menegaskan kemungkinan masih ada ruang kapal selam yang tidak dimasuki air. “Kemungkinan air masuk tapi ada kemungkinan juga ada bahagian-bahagian kabin yang air tidak masuk kerana ia terbahagi kepada beberapa ruang.
“Jika keretakan di depan, anggota sempat menutup dan kemungkinan tak dimasuki air,” katanya lagi.

7 Fakta Kapal KRI Nanggala- 402 Tenggelam, Dikesan Pada Kedalaman 850 Meter Akibat Keretakan Besar
  1. Status oksigen mampu bertahan lima hari jika….

Yudo menyatakan, jika keadaan elektrik masih menyala, oksigen masih mampu bertahan selama lima hari. Namun jika keadaan blackout maka bekalan oksigen yang mampu bertahan 72 jam akan habis dan kita tidak boleh menentukan apakah sebelum ini black out atau tidak.

  1. Pasukan penyelamat berusaha keras dibantu negara lain

Dalam pencarian sebelum menemukan KRI Nanggala -402 pada kedalaman 850 meter, Tentera Nasional Indonesia dibantu oleh negara lain seperti Australia, Singapura, Malaysia hingga ke Amerika Syarikat.

“Kapal selam Singapura boleh pergi hingga kedalaman 900-1000 meter. Ia banyak membantu dalam operasi hingga kapal selam ditemui.

  1. KRI Nanggala hilang, 72 jam pencarian sudah ditemukan tenggelam

Kapal selama buatan Jerman ini dilaporkan hilang sekitar 60 batu atau 95 kilometer dari utara Pulau Bali. Ia membawa 53 anak kapal. Pasukan penyelamat memfokuskan pencarian pada sembilan titik di perairan utara Celukan Bawang. Setelah 72 jam pencarian, pasukan mencari menemui tumpahan minyak, sejumlah serpihan dan barang. Penemuan ini menjadi bukti sahih kapal selam Nanggala – 402 disahkan tenggalam.
Sumber :Kompas.com

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI