Mana mungkin pasangan berkahwin tidak berhajat mendapatkan zuriat. Sudah tentu mereka inginkan cahayamata sebagai penyeri rumahtangga selain menjadi pewaris harta yang ditinggalkan kelak.

Namun rezeki dikurniakan anak itu berbeza-beza antara satu sama lain. Ini semua perancangan Allah. Tugas kita adalah berusaha ke arah itu dan berdoa serta tawakal. Terdapat beberapa doa yang boleh diamalkan oleh para pasangan suami isteri.

Amalan & Doa Mendapatkan Zuriat Daripada Allah

Artikel berkaitan: Ibu Hamil Elok Baca 14 Surah Ini Untuk Lahirkan Zuriat Hebat

Artikel berkaitan : Untuk Pasangan Menanti Cahayamata, Boleh Amalkan Doa Ini Agar DIkurniakan Zuriat Yang Baik

Kita ikuti penjelasan ustaz Azhar Idrus mengenai amalan-amalan yang boleh diamalkan oleh pasangan yang inginkan zuriat.

SOALAN :

Kawan saya sudah berumah tangga selama 12 tahun tetapi belum mendapat zuriat dan telah menjalani beberapi kali rawatan di klinik pakar untuk mendapatkan zuriat. Bolehkah ustaz kongsikan apa-apa doa atau amalan untuk mendapatkan zuriat?

JAWAPAN :

1.Banyakkan Berdoa

Antara doa yang elok diamalkan setiap kali selesai solat fardhu dan sunat ialah membaca :

رَبِّ لا تَذَرْنى فَرْداً وَأَنْتَ خيْرُ الوارِثينَ
رَبِّ هَبْ لى‏ مِنْ لَدُنْكَ ذُرِيَّةً طَيِّبَةً اِنَّكَ سَميعُ الدُّعاء

IKLAN

Ertinya :

“Wahai Tuhanku janganlah kiranya Engkau biarkan aku sendirian tanpa keturunan dan Engkaulah sebaik-baik orang-orang yang mewarisi.”

“Wahai Tuhanku kurniakanlah bagiku dari sisi Mu zuriat yang baik. Sungguhnya Engkaulah yang Maha mendengar akan permintaan.”

Amalan & Doa Mendapatkan Zuriat Daripada Allah

2.Banyakkan Bersedekah Dan Istighfar

IKLAN

Antara amalan yang boleh meringankan kesusahan atau penyakit ialah membanyakkan sedekah dan istighfar. Kesukaran mendapatkan zuriat adalah termasuk orang yang berada dalam kesusahan.

Diriwayatkan daripada Abu Umamah Al-Bahili r.a. Rasulullah bersabda :

دَاوُوا مَرضاكُمْ بِالصَّدقةِ

Ertinya : “Rawatlah kamu sekalian akan segala penyakit yang ada pada kamu dengan bersedekah.” (Hadith di dalam kitab Sahih Al-Jami’ & Ad-Dailami)

Dan diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata telah datang seorang lelaki mengadu kepada Nabi dan berkata :

IKLAN

: ما رزقت ولداَ قط ولا ولد لي فقال رسولالله : “فأين أنت من كثرة الاستغفار وكثرة الصدقة ترزق بهما، فكان الرجل يكثر الصدقة والاستغفار.. قال جابر: فولد لهذا الرجل تسعة ذكور

 “Tiada direzeki akan aku ini anak sama sekali dan aku tidak ada zuriat lalu bersabda Rasulullah : Engkau hendaklah perbanyakkan istighfar dan banyakkan bersedekah nescaya direzeki akan kamu dengan sebab keduanya. Maka lelaki itu pun membanyakkan sedekah dan beristighfar. Berkata Jabir : Kemudian lelaki itu telah dikurniakan seramai sembilan orang anak lelaki.” (Riwayat Abu Hanifah di dalam Musnadnya)

Telah berkata Syeikh A’idh Al-Qarni :

Ertinya : “Dan setengah dari kisah yang sangat elok berlaku pada setengah orang yang menderita sakit tidak mendapat anak dan sungguhnya dia telah berubat dengan pelbagai ubat sehingga lemah para doktor untuk merawatinya.

Kemudian dia bertanyakan ulama maka kata ulama : Hendaklah kamu banyakkan istighfar pada waktu pagi dan petang maka sesungguhnya Allah telah berkata tentang orang yang banyak beristighfar bahawa Allah akan mengurniakan kepada mereka harta dan anak-anak. Lalu lelaki itu mengamalkan istighfar maka Allah telah mengurniakannya zuriat yang baik.” (Al-Kalimu At-Tayyib)

Amalan & Doa Mendapatkan Zuriat Daripada Allah

KESIMPULAN
Orang yang belum mendapat zuriat hendaklah berusaha dan bertawakkal kepada Allah. Antara usahanya ialah mendapatkan rawatan dengan pakar-pakar kesihatan yang berkaitan dan melazimkan pula selalu berdoa dan memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin dan selalu beristighfar kepada Allah.

Hendaklah sentiasa menaruh harapan bahawa Allah pasti akan mengurniakannya zuriat kerana Allah itu adalah apa yang disangkakan oleh hamba-Nya.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI