‘Mengucap dua kalimah syahadah, momen terindah dalam hidup.’ Marine El Himer, model, influencer dan bintang TV Perancis peluk Islam.
Sebagai salah satu makhluk ciptaan Allah SWT, tentu manusia sangat bergantung kepada penciptanya. Segala apa yang diupayakan oleh manusia namun apabila Allah tak berkehendak, maka hal tersebut juga tidak akan terlaksana atau terjadi.
Begitu juga sebaliknya meskipun manusia tidak menginginkan sesuatu akan tetapi jika Allah SWT telah menghendaki maka tidak ada daya bagi manusia untuk menolaknya, dan mereka hanya bisa berpasrah menerimanya.
Begitulah dengan hidayah Allah. Siapa sangka seorang model terkenal yang selalu dipuji kecantikannya memilih untuk bergelar seorang muslimah di puncak kemahsyurannya dan dalam usia yang masih muda.
Model yang juga bintang televisyen Perancis, Marine El Himer, telah membuat pengumuman yang dirinya kita telah memeluk Islam dan bergelar seorang muslim.
Bagi Marine, detik dia mengucapkan dua kalimah syahadah adalah momen terindah dan menjadi “hari paling bahagia” dalam hidupnya.
Ads
Momen Terindah Dalam Hidup
Marine telah memeluk Islam sejak beberapa bulan lalu tetapi dia tidak menguar-uarkan sehinggalah 2 November lalu dia menceritakan hal yang mengejutkan ini.
Tidak terhenti di situ, dua hari kemudian, sekali lagi Marine El Himer memuat foto di akaun Instagram miliknya dengan penampilan baru iaitu berpakaian jubah yang sangat sopan dan mengenakan hijab sedondon dalam rona hitam.
Gambar tersebut dirakam di sekitar Masjidil Haram. Dalam posting yang sama, model ini berkongsi videonya mengucapkan dua kalimah di sebuah masjid di sana. Masyallah indah sungguh perjalanannya.
Marine El Himer, Model
Jelas Marine El Himer, dia memilih Islam dan menjadi mualaf adalah semata-mata mengikut pilihannya sendiri selain menurut kata hati dan jiwanya.
Ads
Sekadar info, Marine El Himer, lahir pada Julai 1993, di Bordeaux, Prancis Selatan, berketurunan Maroko-Mesir dan dia jua memiliki saudara kembar bernama Oceane El Himer.
Sebelum ini, Marine El Himer tampil di program realiti televisyen iaitu, Les Princes et les Princess de l’Amour (Putera dan Puteri Cinta) di Perancis.
Tidak ketinggalan, model Perancis dan dalam masa yang sama seorang influencer terkenal amat berterima kasih kepada pengikutnya atas sokongan dan kebaikan mereka kepadanya selama ini.
Media Perancis melaporkan bahawa Himer selama ini dibesarkan bersama ayah tirinya. Biarpun begitu, dia menhabiskan banyak masa dalam usaha mencari ayah kandungnya dan menjejaki asal-usulnya.
Siapa sangka, selama pencarian ini, Himer berkenalan dengan Islam dan akhirnya kini dia memeluk Islam.
Kashoorga: Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Siapa tidak geram melihat kecomelan kanak-kanak ini. Ketika dia masih bayi, Dhuhaa Sophea Stumbry, 3 tahun, pernah dikatakan bayi paling comel di dunia.
Si comel ini lahir dari perkongsian kisah cinta antara dua benua. Ibunya Siti Safuraa Hamzah, 35 tahun, yang berasal dari Besut, Terengganu, manakala bapanya pula Asadullah Stumbrys, 35 tahun pula merupakan warga negara Russia.
Walaupun kini berada jauh di Sweden, namun Dhuhaa Sophea menjadi tular dek kerana wajah comelnya. Kini bukan sahaja dia yang jadi viral, Dhuhaa juga sudah mempunyai seorang adik perempuan, Amiraa Al Imaan yang dilahirkan awal tahun lalu.
Seperti kakaknya, Amiraa juga cukup popular di laman sosial Instagram milik ibunya, @ctsafuraa. Setiap kali muat naik foto atau video terbaru, pasti mendapat ribuan butang ‘like’.
Ternyata kecomelan dua beradik ini mengundang pertanyaan daripada warga net yang mahu tahu apa rahsia diamalkan ibunya sewaktu mengandung.
Menurut Siti Safuraa soalan ‘hot’ itu memang sering ditanya padanya oleh para ibu yang banyak DM padanya bertanyakan amalan yang dilakukan sewaktu mengandung sehingga melahirkan anak yang comel.
“Memang ramai yang tanya soalan ini, sama ada mesej saya secara peribadi di ruangan komen termasuk ketika buat live“.
“Sebenarnya saya tak amalkan apa-apa pemakanan khusus waktu mengandung dulu. Mungkin ini rezeki kurniaan Tuhan buat saya dan suami,” ujarnya ketika dihubungi secara alam maya.
Namun menurutnya dia memperbanyakkan amalan yang mulia untuk ibu hamil menurut Islam, antaranya dengan membaca al-Quran.
“Cuma masa hamil dulu saya suka baca dan dengar ayat suci al-Quran. Surah yang paling saya gemari adalah surah Ar-Rahman.
“Waktu itu saya sangat sensitif, mudah menangis dan bila dengar surah itu saya rasa kuat dan sangat terkesan sampai ke jiwa.
“Selebihnya saya banyakkan zikir dan berdoa pada Allah sentiasa lindungi saya dan kandungan,” ujarnya yang kini menetap di Sweden selepas mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta.
‘Ajak orang lakukan maksiat secara terang-terangan.’ Johor beri amaran, jangan anjur program tak bermoral sebegini.
Semakin hari semakin melampau apabila tampil segelintir puak yang berani menganjurkan pesta seks secara terang-terangan. Langkah drastik yang diambil pihak kerajaan Johor harus dipuji dalam mencegah kemungkaran.
Memetik laporan Bernama, kerajaan Johor memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menganjurkan sebarang program yang mendorong orang ramai melakukan maksiat dan kegiatan tidak bermoral.
Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid turut memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mencegah dan menghalang kegiatan itu daripada berlaku di Johor.
Secara Terang-Terangan
Beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk mengambil tindakan segera dan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.
“Saya bagi amaran! Demi ALLAH saya tak akan benarkan ia berlaku di Johor. Semua mesti bantu cegah dan halang kegiatan tak bermoral ini,” katanya dalam hantaran di laman Facebook malam ini.
Johor Beri Amaran, Jangan Anjur Program Tak Bermoral
Amaran itu dikeluarkan susulan tular sebuah poster bertajuk ‘Gang Bang JB Party’ yang dijadual diadakan di bandar raya ini pada 20 Jun depan dari jam 4 petang hingga 9 malam dan program tersebut dikatakan terbuka untuk semua kaum namun tidak dibenarkan mengambil gambar atau merakam sebarang video.
Pada Disember tahun lepas, JAINJ berjaya menggagalkan penganjuran pesta buih di kolam renang sebuah hotel di bandar raya ini selepas menerima aduan orang awam selepas jemputan ke parti tertutup itu tular melalui media sosial. – Bernama
Ketokohan beliau dalam menyampaikan ilmu serta dakwahnya amat disegani. Apa saja perbuatan baik yang dilakukan menjadi ikutan serta amalan harian.
Ternyata keperibadian Menteri Agama yang dulunya sebagai Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memang sangat disegani ramai.
Beliau gemar melayan warganet yang ingin bertaya apa juga soalan berkaitan hukum akidah atau fiqah atau perkara lain di laman twitternya.
Dalam satu posting laman sosial twitter, seorang pengguna ada memberitahu doa yang sering beliau baca setiap kali mengakhiri ucapannya.
Rupanya adalah doa mengelak wabak. Dan sangat bagus untuk kita amalkan dalam saat penularan wabak merbahaya, COVID-19 ini.
Maksud doa ini adalah:
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk”.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bagi yang melakukan ibadah korban perlu mengetahui bahawa mereka tidak dianjurkan untuk memotong rambut pada kepala, badan dan juga kuku bermula 1 Zulhijjah sehingga...