Semalam cerita mudahnya sungguh kami melahirkan. Rupanya memang anak yang paling terbaik kami dapat. Anak syurga Allah pinjam sekejap.
Pukul 3 pagi semalam dapat panggilan daripada hospital. Minta datang tengok anak sebab dia tak stabil. Sampai saja, doktor beritahu anak punya paru-paru sudah tak dapat hendak survive.
Ada jangkitan kuman pada paru-paru. Support guna machine pun tak capai oksigen yang stabil. Ubat pun memang sudah guna empat jenis yang kuat..
Allah Bagi Pinjam Sekejap
Memang kena bersedia sebarang kemungkinan. Jadinya lepas tengok baby, kami keluar duduk tepi koridor sambil bercakap dari hati ke hati berdua. Kami memang ikhlaskan dia pergi..
Allah bagi sangat banyak dah nikmat. Allah bagi mudahnya melahirkan dia. Malah Allah bagi terlalu banyak sangat nikmat, sampai kami malu hendak minta lebih-lebih.
Cuma berpegang pada kata-kata. Setiap apa yang Allah bagi dekat hamba dia, mesti itu yang paling terbaik. Tiada yang lebih terbaik dari Pencipta yang kenal akan hamba dia.
Ads
Kami Ikhlaskan Kamu Pergi
Hari ini kalau paksa dia survive, belum tentu itu yang terbaik untuk masa depan dia. Jadi kami serahkan apa yang terbaik untuk dia. Wallahi reda, seredanya…
Pangku baby tadi buat terakhir kali, sempat tengok dia tarik nafas tiga kali. Lepas itu, ibu rasa dia pergi. Sesungguhnya ibu halalkan segalanya dekat dunia ini..
Tarik ibu dan abi nanti dekat syurga. Doakan ibu dengan abinya kuat.
Walaupun Hanya Dua Hari, Ibu Reda
Manakala kongsi sang bapa
إنا لله وإنا إليه راجعون
Sebuah perjalan singkat yang memberi seribu erti keredhaan dan kesabaran kepada kami, punyai seribu hikmah tersurat dan tersirat. Terima kasih Allah atas pinjaman zuriat ini kepada kami, walau hanya seketika namun mengajar kami erti sebuah kehidupan..
Ads
Daripada Abu Hassan, beliau berkata: Aku bertanya kepada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu:
Sesungguhnya dua anak lelaki aku telah meninggal dunia. Bolehkah engkau sampaikan apa-apa hadis daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang akan melegakan diri kami di atas kematian dua anak kami?
Abu Hurairah menjawab:
Ya. Kanak-kanak itu akan menjadi anak-anak di syurga. Apabila salah seorang mereka berjumpa dengan ayahnya atau kedua ibu bapanya, dia akan memegang pakaian atau tangan ibu bapanya sebagaimana aku memegang hujung baju kalian. Dia tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ayahnya ke dalam syurga. [Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, no: 2635].
Dengan penuh redha dan sabar, saya maklumkan pemergian puteri kami pada jam 10.45 pagi.
Ainul Syahidah binti Syahmiezan
(8/10/2022 – 10/10/2022)
Kashoorga: Semoga pasangan ini tabah menhadapi takdir yang pahit ini.
Subhanallah Alhamdulillah, kedatangan Ramadan membawa rahmat dan keampunan yang tidak terhingga oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
Betapa cepatnya masa berlalu, sedar atau tidak, kita telah memasuki fasa terakhir di bulan Ramadan.
Antara ganjaran yang Allah SWT janjikan ialah keampunan, dibukakan pintu-pintu Syurga, dibebaskan daripada Neraka, dimakbulkan doa dan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar.
Terjemahannya: “Sesungguhnya berjayalah bagi orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih supaya bertambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya rugilah bagi orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih tetapi susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” (Surah al-Syams: 9 dan 10)
Walau bagaimanapun, sungguh masih ramai yang tidak merasakan apa-apa dengan keberadaannya di bulan Ramadan ini.
Amatlah rugi bagi mereka yang berpeluang bertemu dengan Ramadan, tetapi tidak memperoleh keampunan daripada Allah SWT.
Maksudnya: “Ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda: “Amin, Amin, Amin (sebanyak 3 kali).” Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin, amin.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril a.s. telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Jibril berkata: Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin.” (HR Ibnu Hibban. Status Hadis: Sahih)
Antara golongan yang dikategorikan sebagai orang yang rugi dalam bulan Ramadan:
MENINGGALKAN SAHUR
Daripada Abi Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda: السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ فَلَا تَدَعُوهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ Maksudnya: “Makan sahur itu berkat, maka janganlah kalian tinggalkan meskipun salah seorang daripada kalian hanya minum seteguk air, kerana sesungguhnya Allah 'azza wajalla dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur.” (HR Ahmad. Status Hadis: Sahih)
Seterusnya, daripada Amru bin al-‘As, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
Terjemahannya: “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajud sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79)
Manakala hadis daripada Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang melakukan qiam (mendirikan) Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu.” (HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)
Maksudnya: “Nabi SAW merupakan orang yang paling pemurah dengan kebaikan dan sifat pemurahnya semakin memuncak dalam bulan Ramadan, ketika Jibril menemui Baginda.” (HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)
Selain itu, hadis daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (HR al-Tirmizi. Status Hadis: Hasan Sahih)
4. MELAKUKAN PEMBAZIRAN KETIKA BERBUKA PUASA
Firman Allah SWT: إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوْٓا إِخْوَانَ الشَّيٰطِينِ ۗوَكَانَ الشَّيْطٰنُ لِرَبِّهٖ كَفُورًا Terjemahannya: “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’: 27)
5. MENUNGGU WAKTU BERBUKA PUASA TANPA BERDOA
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a. berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka, doa yang tidak akan ditolak.” (HR Ibnu Majah. Status Hadis: Hasan) Terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak iaitu pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi.” (HR Ibnu Majah. Status Hadis: Hasan)
6. TIDAK MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA SETELAH MASUK WAKTUNYA
Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Sahl bin Sa’ad r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya.” (HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)
Dalam sebuah hadis yang lain ada menyebut, Abu Hurairah r.a. menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Allah berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah untuk diri mereka kecuali puasa. Sesungguhnya ia untuk Ku dan Aku yang akan membalasnya. Puasa itu perisai. Seandainya seseorang berpuasa pada suatu hari, janganlah dia berkata perkataan yang kotor dan meninggikan suara. Seandainya seseorang mencelanya atau mengajaknya bergaduh, katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa.” (HR Ibnu Hibban. Status Hadis: Hasan)
Maksudnya: “Puasa dan al-Quran kelak pada hari kiamat akan memberi syafaat kepada seorang hamba. Puasa berkata, “Duhai Rabb, aku telah menahannya daripada makan dan nafsu syahwat di siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya.” Dan al-Quran juga berkata, “Aku telah menahannya daripada tidur di malam hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya.” Baginda melanjutkan sabdanya: “Maka mereka berdua (puasa dan al-Quran) pun akhirnya memberi syafaat kepadanya.” (HR Ahmad. Status Hadis: Hasan)
Begitu juga dengan hadis yang lain, Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidaklah sekelompok orang berkumpul di suatu masjid (rumah Allah) untuk membaca (bertadarus) al-Quran, melainkan mereka akan diliputi ketenangan, rahmat dan dikelilingi para malaikat, serta Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya.” (HR Muslim. Status Hadis: Sahih)
Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (bersolat tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang qiam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam).” (HR al-Tirmizi. Status Hadis: Hasan Sahih)
10. MENINGGALKAN SOLAT SUNAT WITIR
Nabi SAW pernah mewasiatkan kepada Abu Hurairah r.a. untuk melazimi solat sunat witir sebelum beliau melelapkan mata. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Abu Hurairah r.a.:
Maksudnya: “Kekasihku (iaitu Muhammad SAW) mengingatkanku supaya melakukan tiga perkara iaitu berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat dhuha dan melakukan solat witir sebelum tidur.” (HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)
Begitu juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Jabir r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang takut tidak terbangun pada saat akhir malam, dia hendaklah bersolat witir lebih awal, dan sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk bangun pada akhir malam dia hendaklah bersolat witir pada akhir malam. Sesungguhnya solat pada akhir malam disaksikan (dihadiri oleh para malaikat) dan itu adalah yang afdhal.” (HR Muslim. Status Hadis: Sahih)
Majlis perkahwinan seharusnya disambut meriah dengan perjalanan majlis cukuo sempurna. Maklumlah persediaan dilakukan berbulan-bulan lamanya sebelum majlis berlangsung.
Namun ada kalanya apa yang kita impi dan rancangkan tidak seperti yang diharapkan. Malah hasilnya lebih teruk dari yang sepatutnya. Biarpun majlis yang dilangsungkan sudah beberapa tahun berlalu, namun kesannya terasa hingga kini.
Dalam satu perkongsian di laman sosial Instagram, seorang wanita Adel Asha atau dikenali dengan nama Elcah yang juga seorang Instafamous atau Influencer menceritakan kisah di sebalik majlis perkahwinannya lima tahun lalu.
Menurut Elcah sebelum ini ramai bertanya bagaimana rupa pelamin kahwinnya dulu. Apatah lagi terpaksa membelanjakan hampir RM40K ++ untuk keseluruhan perjalanan majlis termasuk pelamin, baju dan juga jamuan makan untuk seribu orang.
Elcah berkata seperti mahu menangis bila melihat hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Justeru tidak mahu perkara sama berlaku padanya di majlis perkahwinan orang lain, Elcah turut memberikan beberapa nasihat berguna.
Menurut Influencer ini yang berkahwin dalam usia masih muda, walau baik macam mana dengan seseorang kena selidik betul-betul. Jangan percaya bulat-bulan kerana hasilnya adalah seperti ‘sampah’.
Katanya lagi, ketika itu dia baru berusia 19 tahun dan banyak perkara yang dia masih tidak tahu.
Walaupun membaca review sebelum itu, tetapi menurutnya penipu itu tetap ada. Pesannya kita kena jadi bijak dan jangan bulat-bulat percaya cakap orang.
Ok ramai tanya elcah bagaimana rupa pelamin kahwin elcah dulu? So bagaimana perasaan anda bila bayar hampir RM40k++
Dia macam nak nangis atau nak nangis bawah katil terus? Aku macam terperanjat bila sampai malam mcmtu je pelamin aku dan rehearsal jalan duduk semua salah Korang rasa?
So nasihat dekat sini.
Baik mcm mana pun atau kenal mcm mana pun korang kena selidik betul betul. Jangan percaya! Ni dah bayar mahal dapat macam sampah kan? Sekarang ni lagilah ramai suka tipu orang tapi sebaik ni dia buat juga ada yang elcah baca orang lain tak buat langsung kan? So bersyukur lah juga.
Dan tengoklah baju sanding elcah dgn bangkim. Onz tak? aduh aku tak boleh tahan nak nangis time tu. Aku tak pasti apa yang sampai RM40k+ & untuk makanan tetamu 1000 orang
Tak kisahlah dari segi apa.
Penipu tetap ada. Jadi kita yang kena jadi bijak jangan bulat bulat percaya cakap orang. And selalu baca review or google. Ni elcah 19 tahun mana nak tahu semua benda kan Ni pun ada juga gaduh2 sebab baju sanding aku minta lain tetibe sebulan sebelum majlis baju sampai mcm baju nak berlakon citer DUYUNG ??? Awak rase?
Hari ini hari pertama kita menjalani ibadah puasa. Pasti sudah banyak idea yang mahu dibuat untuk berbuka nanti.
Masakan berat atau simple jadi pilihan dan anda berhak menentukan apa untuk disajikan kepada ahli keluarga.
Jika mahukan resipi yang simple dan cepat, apa kata sediakan saja Paprik Seafood ini yang sangat senang untuk dibuat. Malah bahannya juga senang untuk didapati di kedai berhampiran.
Dan untuk yang pertama kali memasak juga pasti boleh menyediakannya. Sepantas lima minit hidang terus siap sedia di meja makan.
Pekongsian dari laman sosial Instagram @hafiqhasanbasri yang memberitahu resipi mudah membuat Paprik Seafood untuk bersahur dan berbuka puasa.
Keluar pejabat pada waktu bekerja untuk melakukan urusan peribadi ibarat satu kebiasaan. Ada yang memberitahu majikan tapi ramai juga yang keluar senyap-senyap hingga berjam-jam...