Kadang kala sebagai manusia biasa, ada kala kita rasa malas untuk beribadah. Ada masa kita rasa malas nak solat, mengaji, solat berjemaah, kurang berziki, kurang bersyukur dan lain lagi.
Jika pernah ada perasaan begini, ada baiknya kita baca doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ini.
“ALLOOHUMMA A’INNII ‘ALAA DZIKRIKA WA SYUKRIKA WA HUSNI IBAADATIKA.”
Ads
Ertinya: ”Ya Allah, tolonglah aku untuk selalu menyebut nama-Mu (pandai berzikir), dan selalu mampu bersyukur kepada-Mu serta mampu beribadah dengan baik kepada-Mu.” (HR. Abu Daud, An-Nasa’i dan Ahmad).
Apabila kita membaca doa ini, ia digambarkan dari lubuk hati kita yang paling dalam, perasaan hati dan harapan seorang hamba Allah agar bebas dari rasa malas untuk beribadah kepada Allah SWT.
Ads
Ibadah merupakan pekerjaan seorang hamba Allah dalam melaksanakan kewajibannya dan menjauhi larangan-Nya. Sedangkan doa adalah “ibu” dari setiap ibadah.
Ads
Doa tersebut pernah disampaikan dari Mu’adz bin Jabal ra. Rasulullah SAW pernah memegang tangannya dan bersabda, “Wahai Mu’adz, demi Allah, sungguh aku sangat menyayangimu, demi Allah, sungguh aku sangat menyayangimu.” Kemudian baginda melanjutkan katanya, “Aku pesankan kepadamu wahai Muadz, jangan pernah engkau tinggalkan di belakang setiap solat untuk membaca doa ini ‘ALLOOHUMMA A’INNII ‘ALAA DZIKRIKA WA SYUKRIKA WA HUSNI IBAADATIKA.’
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu melakukan majlis dalam suasana gemilang agar dapat dikenang seumur hidup.
Maklumlah majlis ini hanya dilakukan sekali seumur hidup dan pastinya momen itu mahu diabadikan selamanya dalam lipatan kenangan.
Jika berkemampuan tak salah melakukan melebihi bajet, tetapi jika tidak cukuplah sekadar membuat yang wajib sahaja dan majlis disambut secara sederhana.
Namun ada juga segelintir pasangan yang sekali lagi ‘naik pelamin’ meraikan hari bahagia di majlis ulang tahun perkahwinan dan melakukannya setelah hampir sedekad berlalu.
Seperti perkongian pasangan suami isteri ini yang telah berkahwin selama 11 tahun dan telah mengadakan semula majlis perahwinan mereka setelah mempuyai empat cahaya mata (satu dalam kandungan).
Pasangan ini yang berkahwin ketika usia masih muda meraikannya 11 tahun lalu secara sederhana di pejabat agama sahaja. Kekangan kewangan menghalang pasangan ini untuk mengadakan majlis lebih gah seperti pasangan raja sehari lain.
Perkongsian wanita ini Zack Zafirah di laman sosial Facebook ini telah menyebabkan kisahnya jadi viral.
BERSANDING LEPAS ANAK 4
Wedding Anniversary ke-11 tahun
ALLAH ALLAH ALLAH !! Alhamdulillah syukur, segala apa yg dirancang bertahun lalu dengan rezeki dan izin Allah bersanding lah kami 6 beranak atas pelamin ni. Mana anak lg sorg? Ada tu dalam perut, berusia 6 bulan Rezeki Allah kan?
11 tahun lalu, Kami nikah diusia sangat muda. Diusia 15&17 tahun saat kawan2 seronok belajar. Nikah hanya di pejabat agama, tiada majlis doa selamat atau majlis apa pun. Masa tu tiada hp canggih nk rekod atau snap gambar utk kenangan. Tiada kerja, tiada duit. Sekarang, Allah berikan rezeki dan Allah permudahkan majlis ini.
Ada yg kata “ANAK DAH BERDERET PUN NAK BERSANDING BAGAI
” Allahuakhbar, sy xpernah bersanding sebelum ni. Jadi salah ke sy raikan anniversary sy dgn cara ni? Bukan berdua dengan suami tp dengan anak2 kami. Sy buat majlis 1 sen pun sy x meminta2 dgn org. Kalau lah awk kt tempat sy, apa lah perasaan awk masa tu ye? Sy juga manusia biasa, xmampu nk puaskan hati semua org. Dan niat sy bukan utk menunjuk, sy malu sy segan nk buat majlis ni. Yela dengan anak berderet, yg dalam perut lg. Tp sy tetap teruskan impian sy nak bersanding dgn anak2 walaupun sy tau ada mulut2 yg akan mengata.
Ada yg kata “bagus utk eratkan silaturrahim kasih syg antara suami” Alhamdulillah, Allah je yg tahu betapa kuatnya kasih syg kami. Dulu kami hanya ada sebijik motor, berpanas dan berhujan naik motor. Cari rezeki naik motor, bawa anak2 naik motor. Syukur dh masa tu ada juga kenderaan. Kerja apa je kami xbuat masa tu, cuci tandas, kerja kedai makan, mesin rumput, bersihkan longkang dan banyak lg.
Masa tu hidup dgn tangisan,kemurungan sbb rasa susahnya nk hidup mcm ni. Kami sgt susah, susu pampers anak2 pun kadang2 mintak dari belas ihsan org. Baju anak2 semua dari org sedekah. Nk makan pun bercatu. Tp kami xpernah putus asa, demi anak2 dan masa depan. Belajar xtinggi xmenghalang utk kami cari rezeki.
Allah adalah sebaik-baik perancang, Allah uji & Allah beri. Sepanjang perkahwinan tipulah kalau xde ribut taufan yg melanda, hanya Allah je yg tahu. Masa tu darah muda kan? Tp sy tabik dekat suami, dia seorang yg sangat2 penyabar. Kelebihan suami terlalu banyak, xdapat nak disenaraikan. Semoga Allah sahaja yg dpt membalas pengorbanan seorang suami. Layanan baik yg suami berikan, 1 juta kali ganda isteri beri layanan yg baik.
Utk suami tersayang, jangan lah kau tinggalkan ku yg sentiasa bersamamu saat kau susah dulu pabila kau berjaya satu hari nanti.
Mus Zafirah lll 30 NOV 2019
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Mahkamah dilarang memberi kebenaran untuk mengesahkan pernikahan pasangan berbeza agama di Jakarta, Indonesia seperti mana yang pernah terjadi sebelum ini.
Secara umumnya, dalam Islam, sekiranya seorang Muslim mahu berkahwin dengan pasangan dari agama lain, pasangan mereka wajib memeluk agama Islam.
Mahkamah Agung Indonesia melarang mahkamah rendah daripada memberikan kebenaran untuk mengesahkan perkahwinan antara pasangan berlainan agama sebagai syarat pendaftaran di pejabat pendaftaran sivil.
Jakarta Post melaporkan larangan itu termaktub dalam pekeliling yang dikeluarkan pada Isnin, 17 Julai lalu.
Surat pekeliling itu yang ditandatangani Ketua Hakim Negara Muhammad Syarifuddin, memerintahkan hakim untuk mengekalkan Perkara 2 Undang-undang Perkahwinan 1974.
Undang-undang mewajibkan perkahwinan hanya boleh dianggap sah, jika dilakukan mengikut agama yang dianuti oleh pasangan pengantin.
“Mahkamah tidak boleh memberikan sebarang permintaan untuk pendaftaran perkahwinan antara orang yang berbeza agama dan kepercayaan,” tulis mahkamah dalam pekeliling itu.
Mahkamah Agung mengeluarkan pekeliling beberapa bulan selepas mahkamah daerah di Jakarta menjadi tajuk utama kerana membenarkan permohonan pendaftaran perkahwinan daripada seorang lelaki Kristian dan wanita Islam.
Panel hakim di Mahkamah Daerah Jakarta Pusat membuat keputusan pada Jun, dan membenarkan permohonan pasangan itu untuk mendaftarkan perkahwinan mereka.
Ketua Hakim Bintang AL kemudian berhujah bahawa perkahwinan antara pasangan berlainan agama adalah munasabah dan berkemungkinan berlaku memandangkan keadaan geografi negara dan kepelbagaian penduduk, seperti yang tertulis dalam keputusan itu.
Majlis Ulama Indonesia (MUI) menyambut baik perintah Mahkamah Agung itu dalam memberikan kepastian undang-undang dan menutup kelemahan undang-undang untuk perkahwinan antara pasangan berlainan agama.
“Semua pihak wajib mematuhi surat pekeliling itu terutama hakim yang tidak faham atau berpura-pura tidak memahami Hukum Perkahwinan,” kata ketua fatwa MUI, Asrorun Ni’am dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tetapi pekeliling Mahkamah Agung adalah halangan untuk sebarang jaminan pasangan antara agama boleh mendapat pengakuan perkahwinan mereka oleh kerajaan, menurut kumpulan hak asasi, Institut Setara.
“Pekeliling itu menutup sebarang kemajuan yang dicapai oleh institusi kehakiman negeri dalam menjamin hak rakyat daripada pelbagai latar belakang,” kata pengarah eksekutif Institut Setara Halili Hasan pada Rabu.
“Mahkamah Agung tidak perlu mengeluarkan pekeliling seperti itu,” kata pensyarah Universiti Nahdlatul Ulama Indonesia di Jakarta, Ahmad Suaedy.
Mengikut Undang-undang Pentadbiran Sivil 2006, suami isteri boleh mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat hal ehwal agama bagi orang Islam dan pejabat pendaftaran sivil bagi orang bukan Islam.
Undang-undang itu menetapkan bahawa pasangan berlainan agama juga boleh mendaftarkan perkahwinan mereka dengan pejabat pendaftaran selepas mendapat kebenaran daripada mahkamah.
Jika seminggu yang lalu kita mendengar Pendakwah Bebas yang juga selebriti, PU Riz telah disahkan positif COVID-19.
Ketika itu dia memohon agar semua mendoakan kesembuhannya dari wabak yang merbahaya ini.
Dan semalam berita gembira diterma apabila dia telah disahkan negatif dan bebas wabak pandemik ini selepas dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Menurutnya perkara berkenaan dimaklumkan oleh jururawat selepas ujian swab kali kedua dibuat sebelum itu.
“Syukur pada Allah apabila disahkan sembuh dan boleh pulang. Saya menangis ketika dimaklumkan negatif. Bukan apa, wabak ini boleh membawa maut dan ibaratnya ini peluang kedua yang Allah berikan.
“Sepanjang dirawat, jururawat sentiasa memberikan kata-kata semangat dan minta supaya sentiasa berfikiran positif.
“Malah, ada jemaah tabligh pesan, yakin Allah ada dengan kita. Saya berdoa pada Allah semoga terus istiqomah sampai hujung nyawa,” katanya kepada Harian Metro.
PU Rizz juga turut berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang merawat dan membantu dirinya. Hanya Allah saja yang membalas jasa mereka.
Tambahnya lagi selepas ini dia perlu menjalani proses kuarantin diri selama dua minggu dan kemudia pergi ke klinik berdekatan untuk mengesahkan sudah menjalani kuarantin selepas bebas dari wabak koronavirus ini.
Bukan mahram tinggal serumah di homestay sering menimbulkan persoalan. Ketahui penjelasan tentang khalwat, aurat dan batas pergaulan yang perlu dijaga.