Hidu bau makanan tak batal puasa, tapi jangan berlebihan bimbang makruh kerana perbuatan tersebut berlawanan dengan hikmah berpuasa.
Selain isu merasa makanan, menghidu bau makanan juga seringkali menjadi kekeliruan ibu-ibu yang menghabiskan masa memasak di dapur. Adakah puasa kita terbatal apabila terlalu terdedah dengan asap atau bau makanan.
Ikuti perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi menjawab kemusykilan ini:
Artikel Berkaitan:
Boleh Titis Ubat & Cuci Telinga, Tak Batalkan Puasa! Ini Penjelasan Majlis Fatwa Kebangsaan
Hidu Bau Makanan
Soalan:
Apakah hukum seseorang itu menghidu bau makanan atau asap daripada masakan? Adakah ia boleh membatalkan puasa?
Jawapan:
Hukum menghidu bau makanan ketika puasa adalah tidak membatalkan puasa. Namun begitu, sekiranya seseorang itu sengaja berlebihan menghidu bau tersebut, maka hukumnya adalah makruh atas sebab berlawanan dengan hikmah puasa itu sendiri.
Tak Batal Puasa
Firman Allah SWT:
وَكُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلۡخَيۡطُ ٱلۡأَبۡيَضُ مِنَ ٱلۡخَيۡطِ ٱلۡأَسۡوَدِ مِنَ ٱلۡفَجۡرِۖ ثُمَّ أَتِمُّواْ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيۡلِۚ
Al-Baqarah, 2: 187Maksudnya: “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).”
Sebagai seorang individu Muslim yang mukalaf, kita dituntut untuk mengerjakan ibadah puasa dengan menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari kerana Allah SWT.
Tapi Jangan Berlebihan
Antara perkara-perkara yang membatalkan puasa tersebut adalah memasukkan ain (sesuatu jirim) ke dalam rongga melalui saluran terbuka seperti mulut, hidung, qubul dan dubur sama ada lelaki atau perempuan.
Al-Imam al-Syirbini ada menyatakan bahawa sesuatu yang terkeluar daripada (maksud) ain iaitu kesan (suatu perkara) seperti bau atau angin disebabkan menghidu (sesuatu) dan juga kepanasan atau kesejukan sesuatu dengan sebab merasa.
Al-Imam Ibn Hajar al-Haitami turut berkata: “Masuknya asap yang mengandungi bauan bukhor (kayu gaharu) atau selain daripadanya ke dalam rongga adalah tidak membatalkan puasa, sekalipun ia dilakukan dengan sengaja.”
Bimbang Makruh
Berdasarkan penjelasan di atas hukum menghidu bau atau asap hidangan makanan, pada dasarnya hukum mencium atau menghidu bau-bauan ketika puasa adalah harus dan tidak pula membatalkan puasa seseorang.
Namun begitu, sekiranya seseorang itu dengan sengaja menghidu bau tersebut secara berlebihan, maka makruh hukumnya.
Hal ini kerana, seseorang individu Muslim yang berpuasa dituntut untuk menjauhkan dirinya daripada perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu dan syahwat di bulan Ramadan.
Kashoorga: Sebaiknya jauhkan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI