Diam tak diam malam ini sudah bermula solat sunat tarawih. Bagi warga Selangor telah ditetapkan 20 rakaat bagi solat sunat terawih. Solat ini boleh dilakukan 8 rakaat dan jika mampu boleh buat sebanyak 20 rakaat.

 

Walaupun kita melakukannya di rumah tetapi masih boleh melakukannya secara berjemaah bersama keluarga dan pahalanya tetap sama.

 

Ini Caranya Buat Solat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah, Ikut Panduan JAKIM

Untuk makluman, solat tarawih boleh dikerjakan sepanjang malam dan bukan pada masa tertentu atau harus selesai dalam sejam atau dua selepas Isyak sahaja. Malah, pukul 12 tengah malam pun masih boleh bertarawih, asalkan ditunaikan sebelum masuk waktu Subuh.

Berikut adalah cara-cara menunaikan solat sunat terawih bersendirian ataupun secara berjemaah di rumah buat yang masih tidak tahu:

Niat

  • Niat solat tarawih secara sendirian.

Ini Caranya Buat Solat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah, Ikut Panduan JAKIM

Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat kerana Allah Ta’ala.”

  • Niat solat terawih secara berjemaah (Niat menjadi Imam atau Makmun).

Ini Caranya Buat Solat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah, Ikut Panduan JAKIM

“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat imam/makmum kerana Allah Ta’ala.”

Cara menunaikan solat tarawih sebanyak 8 rakaat

Solat sunat tarawih 8 rakaat boleh dilakukan dengan 4 salam.

Ianya  ditunaikan pada dua rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya disambung semula dua rakaat berikutnya sehingga genap jumlah 8 rakaat (2 rakaat x 4 salam).

Bacaan surah solat tarawih 8 rakaat.

Tiada pengkhususan bacaan untuk solat tarawih 8 rakaat. Boleh dibacakan apa sahaja surah dalam al-Qur’an sama ada yang pendek mahupun panjang.

IKLAN

Namun, bagi mereka yang tidak menghafal surah-surah panjang, boleh sahaja membaca surah-surah lazim ini dalam solat tarawih 8 rakaat.

Bacaan surah-surah berikut dilakukan selepas daripada membaca surah al-Fatihah.

Ini Caranya Buat Solat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah, Ikut Panduan JAKIM

  • Surah al-Takatsur (rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (rakaat kedua).

Ini Caranya Buat Solat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah, Ikut Panduan JAKIM

Ini Caranya Buat Solat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah, Ikut Panduan JAKIM

  • Surah al-Asr (rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (rakaat kedua).

Ini Caranya Buat Solat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah, Ikut Panduan JAKIM

  • Surah al-Humazah (rakaat pertama) dan Surah Al-Ikhlas (rakaat kedua).

Ini Caranya Buat Solat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah, Ikut Panduan JAKIM

  • Surah al-Fiil (rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (rakaat kedua).

Ini Caranya Buat Solat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah, Ikut Panduan JAKIM

Bermula malam ke-16 hingga ke akhir Ramadhan, digalakkan membaca Surah al-Qadr pada rakaat pertama.

Ini Caranya Buat Solat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah, Ikut Panduan JAKIM

Seterusnya pada rakaat kedua, dibacakan Surah al-Takathur hingga Surah al-Fil seperti malam pertama sehingga malam ke-15.

IKLAN

Cara menunaikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat

Solat sunat tarawih 10 rakaat boleh dilakukan dengan 10 salam.

Ia ditunaikan pada dua rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya disambung semula dua rakaat berikutnya sehingga genap jumlah 20 rakaat (2 rakaat X 10 salam).

Ini Caranya Buat Solat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah, Ikut Panduan JAKIM

Bermula malam ke-16 hingga akhir Ramadan, digalakkan membaca surah al-Qadr pada rakaat pertama. Pada rakaat kedua adalah surah-surah nombor ganjil dalam gambarajah di atas.

Cara menunaikan solat sunat witir

Solat sunat witir boleh dilakukan sesudah habis solat sunat tarawih dan boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian.

Solat sunat witir dilakukan dengan 3 rakaat dan 2 salam. Dua rakaat yang pertama dan satu rakaat yang kedua.

  • Lafaz niat solat sunat witir bagi 2 rakaat pertama:

Ini Caranya Buat Solat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah, Ikut Panduan JAKIM

Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala

IKLAN
  • Lafaz niat solat sunat witir bagi 1 rakaat berikutnya:

Ini Caranya Buat Solat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah, Ikut Panduan JAKIM

“Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala”

Bacaan surah-surah dalam solat witir

Selepas bacaan surah al-Fatihah bagi setiap rakaat, digalakkan membaca surah berikut:

  • Rakaat pertama – (Surah al-A’la)

Ini Caranya Buat Solat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah, Ikut Panduan JAKIM

  • Rakaat Kedua – Surah al-Kafirun

Ini Caranya Buat Solat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah, Ikut Panduan JAKIM

  • Rakaat ketiga/terakhir (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas) sekaligus dalam 1 rakaat terakhir.

 

Ini Caranya Buat Solat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah, Ikut Panduan JAKIM

 

Ini Caranya Buat Solat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah, Ikut Panduan JAKIM

Ini Caranya Buat Solat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah, Ikut Panduan JAKIM

Bermula malam ke-16 hingga ke akhir Ramadan, disunatkan membaca doa qunut untuk rakaat terakhir solat sunat witir.

Bacaan doa qunut sama seperti dalam solat Subuh.

Ini Caranya Buat Solat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah, Ikut Panduan JAKIM

KASHOORGA: Jadi tiada alasan untuk tidak menunaikan solat terawih secara berjemaah di rumah bersama ahli keluarga. Suami perlu main peranan sebagai ketua keluarga dan bertindak menjadi Imam dalam mengeratkan lagi tali silaturrahim dan kasih sayang.

SUMBER: JAKIM

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI