Alangkah nikmatnya di waktu tengah hari yang mulanya panas kemudian turun hujan membasahi bumi. Terasa dingin suasana dapat menikmati titisan hujan yang membasahi bumi.
Jangan mengeluh ketika waktu hujan turun kerana inilah dua waktu terbaik dimakbulkan doa.
Jadi ambillah kesempatan dan peluang ini dengan menadah tangan memohon apa yang dihajati dari Allah SWT.
Ads
Hujan Itu Rahmat ALLAH
Dikatakan salah satu rahmat Allah ialah ketika hujan dimana DOA yang dimakbulkan oleh Allah s.w.t. apabila hamba²Nya berDOA..
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; ” Berdoalah pada waktu mustajab iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat dan ketika hujan turun…(HR : Abu Dawud)
Ads
” Dua DOA yang TIDAK pernah diTOLAK iaitu DOA ketika AZAN dan DOA ketika waktu HUJAN.” (HR :Hakim)
” Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa khabar gembira, mendahului kedatangan rahmatNya (hujan), sehingga apabila angin membawa awan mendung, Kami halakan ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai jenis buah²an. Demikianlah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah²an kamu mengambil pelajaran”…(QS : Al-A’raf : 57)
Ads
DOA ketika Hujan.. اَللَّهُمَّ صَيَّبًا ںَافِعًا۔ ~Allahuma Shoyyiban Na’fian Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat.”.. (HR : Bukhari)
Ya Allah….betapa banyaknya nikmat HUJAN yang telah Engkau berikan…Alhamdulillah~
Hari ini dilaporkan sebanyak 3631 kes positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan mereka dijangkiti di negara ini adalah seramai 165, 371 kes secara keseluruhan. Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi seramai 1199 orang dari keseluruhan kes dilaporkan hari ini. Malah sebanyak 14 kematian dilaporkan termasuk 2 bukan warganegara hari ini menjadikan jumlah kematian COVID-19 di Malaysia kini seramai 619 orang.
COVID-19 yang sudah hidup dalam komuniti masyarakat sejak kebelakangan ini sudah tidak mengenal mangsa. Malah kita sentiasa disarankan mengamalkan penjarakan fizikal, basuh tangan, memakai pelitup muka selain menggunakan hand sanitizer.
Terkini, BERNAMA melaporkan Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) di sini yang qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif COVID-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
Menurutnya, ahli keluarga beliau yang turut positif virus terbabit dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Dalam perkongsian menerusi sesi siaran langsung Instagram bersama selebriti dan aktivis kemanusiaan, Nur Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah semalam, imam itu berkata, beliau menjalani ujian saringan selepas seorang rakan yang ditemuinya disahkan positif jangkitan terbabit.
Katanya, antara gejala yang dialaminya sebelum disahkan positif COVID-19 ialah sukar bernafas selain batuk yang kering.
Sehubungan itu, beliau menasihati umat Islam agar tidak mengambil mudah penularan pandemik berkenaan serta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selain mengingati Allah SWT dengan berzikir.
Perkongsian beliau mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HAL EHWAL AGAMA), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mendoakan Abdul Karim segera sembuh dan sihat daripada COVID-19, melalui video yang dimuat naik menerusi Instagram beliau hari ini. – Sumber gambar : IG AbdulKarimalmakki
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 207 juta kes setakat semalam.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 36.7 juta kes. Ini diikuti India dengan 32.2 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.4 juta kes.
Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melepasi 4.36 juta kes, selepas lebih 20,000 kematian baharu direkodkan secara global dalam tempoh 24 jam lepas.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 585,000 ribu kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 621,000 kes, India lebih 431, 000 kes dan Brazil lebih 569,000 kes.
Ternyata dari angka tercatat di atas, kita dapat melihat bukti kekuasaan Allah SWT dengan tersebarnya koronavirus yang berpunca daripada kejahatan tangan-tangan manusia yang membuat kerosakan di atas muka bumi. Ia terjadi kerana mereka tidak mengikut panduan yang telah ditetapkan Allah SWT kepada kita.
Firman Allah SWT di dalam Surah Ar-Rum ayat 41 yang maksudnya: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT hendak mereka merasakan sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Dalam pada itu, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Ustaz Dr. Nur Mohamad Hadi bin Zahalan, membuat perkongsian dari sudut pandangan Islam dan kitab-kitab muktabar untuk kita sebagai umat Islam bermuhasabah di atas kekuasaan Sang Pencipta atas apa yang berlaku.
Baginda Rasulullah SAW telah mengkhabarkan mengenai peristiwa akhir zaman yang mana akan berlaku penyebaran wabak. Sabda baginda Rasulullah SAW: Dari ‘Auf bin Malik RA berkata: Aku pernah menemui Nabi SAW ketika terjadi perang Tabuk dan baginda sedang berada di dalam sebuah khemah yang terbuat dari kulit. Lalu baginda bersabda: Hitunglah enam perkara yang akan terjadi menjelang hari kiamat iaitu:
1. Kematianku
2. Pembebasan Baitulmaqdis (dalam riwayat lain: pemakmuran Baitulmaqdis)
3. Kematian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penyakit yang menyerang kambing sehingga mati tiba-tiba
4. Melimpahnya harta benda sehingga ada lelaki yang diberi seratus dinar namun masih marah (kerana merasa kurang)
5. Timbulnya fitnah sehingga tidak ada satu pun rumah orang Arab (dalam riwayat lain: rumah orang Islam) melainkan ia akan memasukinya
6. Akhir sekali perjanjian yang akan berlaku antara kamu sekalian dan bangsa kulit kuning (Bani al-Asfar iaitu Rom), lalu mereka akan mengkhianati perjanjian tersebut dan mereka akan datang menghadapi kalian di bawah lapan puluh (80) panji-panji perang, di bawah setiap panji pula terdiri daripada dua belas ribu (12,000) tentera. – [HR al-Bukhari 2940].
Jika kita merenung dan bermuhasabah dengan apa yang berlaku maka kita akan mengetahui bahawa setiap yang berlaku adalah disebabkan perbuatan kezaliman kita sendiri. Baginda Rasulullah SAW pernah menyebut di dalam sebuah hadis mengenai azab yang Allah akan turunkan kepada umat manusia jika kita melakukan kerosakan itu. Sabda Rasulullah SAW: Wahai sekalian kaum Muhajirin, ada lima hal yang jika kalian terjatuh ke dalamnya, dan aku berlindung kepada Allah supaya kalian tidak menjumpainya.
1. Tidaklah nampak zina di suatu kaum, sehingga dilakukan secara terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah-tengah mereka taun (wabak) dan penyakit-penyakit yang tidak pernah menjangkiti generasi sebelumnya.
2. Tidaklah mereka menipu dalam timbangan kecuali akan ditimpa dengan kemarau berpanjangan serta kezaliman penguasa atas mereka.
3. Tidaklah mereka menahan zakat (tidak membayarnya) kecuali hujan dari langit akan ditahan dari turun ke atas mereka, dan sekiranya bukan kerana haiwan-haiwan (yang sentiasa berzikir kepada Allah), nescaya manusia tidak akan diberikan hujan.
4. Tidaklah mereka melanggar perjanjian mereka dengan Allah SWT dan Rasul-Nya, kecuali Allah SWT akan menjadikan musuh mereka dari kalangan orang kafir berkuasa atas mereka, lalu musuh tersebut mengambil sebahagian apa yang mereka miliki.
5. Dan selama pemimpin-pemimpin mereka (kaum muslimin) tidak berhukum dengan Kitabullah (al-Quran) dan mengambil yang terbaik dari apa-apa yang diturunkan oleh Allah (syariat Islam), melainkan Allah akan menjadikan permusuhan di antara mereka.” – [HR Ibnu Majah 4009].
Justeru, musibah menerusi penyakit ialah sesuatu wabak dan penyakit yang membahayakan tidak ada sesiapa yang mampu untuk menghapuskannya melainkan dengan izin Allah SWT.
Firman Allah SWT di dalam Surah Yunus ayat 107: Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurnia-Nya. Allah melimpahkan kurnia-Nya itu kepada sesiapa yang dikendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ramai yang sebenarnya agak kurang rapat dengan ayah sendiri. Mungkin karektor orang lelaki yang sukar menunjukkan kasih sayang secara terbuka, khususnya bila anak-anak sudah meningkat dewasa membuatkan perhubungan anak ayah itu tidak semesra mana. Malah kita sering melihat anak-anak lelaki mahu pun perempuan lebih rapat dengan ibu yang mungkin dilihat agak mudah diajak berbincang berbanding mengadakan perbincangan terbuka dengan bapa.
Namun satu perkongsian di Tik Tok atas nama @aidaroslan_ini pasti membuatkan kita semua terharu dan rasa sebak. Ya terharu kerana “ayah selalu menjadi super hero” kita di saat hati kita terluka. Malah kata-kata dan pelukannya sudah cukup membuatkan kita rasa selamat dan sentiasa disayangi. Betul tak?
Sebagai perempuan, kita pasti mahukan kehadiran seorang lelaki selain ayah dalam hidup kita. Untuk kita berkongsi segala-galanya dan andai ada jodoh, kita mahu melangkah ke alam perkahwinan. Namun semasa perhubungan terjalin, segala kemungkinan boleh terjadi termasuk putus di tengah jalan.
Dari perkongsian @aidaroslan_ ini, ternyata kasih sayang seorang ayah cukup menebal buat anaknya. Mahu sentiasa menjadi pelindung di saat jiwa pedih dan tercalar kerana perhubungan terhenti di tengah jalan.
Kata Aida, hendak dijadikan cerita, semalam dia dan ayahnya keluar menaiki kenderaan dan mereka lalu di satu tempat. Pada awalnya tiada sebarang masalah dan secara tiba-tiba, dari dalam kereta dia ternampak bekas kekasihnya bersama kekasih baru dan pasangan itu terlihat sedang bahagia. Awalnya, dia ok saja dan tersenyum melihat bekas kekasihnya yang kini bahagia. Namun segalanya berubah, bila mana ayahnya juga menyaksikan gelagat bekas kekasihnya itu selain ayahnya ternampak reaksi mukanya semasa melihat pasangan ini dari jauh.
“Tanpa sedar, ayah terus peluk saya dan menangis sambil mengucapkan “ dia dah bahagia, anak abah pun boleh bahagia. Anak abah kuat”.
Dari kata-kata abahnya itulah, Aida akui dirinya tak mampu menahan sebak dan terus auto melalak secara spontan. Kongsinya lagi, betullah kata orang, ayah sentiasa jadi pelindung pada anak perempuan dan anak perempuan juga merupakan permaisuri di hati seorang ayah. Bukan itu saja, hati anak perempuan itu milik ayah juga.
Ya, begitulah sikap abah kita yang sentiasa menjadi pelindung dalam apa jua situasi. Ayah umpama super hero yang akan menjadi penyelamat dan penenang jiwa kita pada bila-bila masa kita perlukan
Benarkah barang akan dihisab jika tidak digunakan selama 40 hari? Ketahui penjelasan sebenar menurut Islam serta penerangan Ustaz Azhar Idrus tentang mitos yang tular di media sosial.