Setiap tahun, apabila tiba ke penghujung, ramai akan bercerita keseronokan meraikan sambutan tahun baru. Malah banyak syarikat-syarikat korporat dan juga kementerian mengadakan sambutan bagi meraikan kedatangan tahun baru dengan acara nyanyian, tarian termasuk pertunjukan bunga api.
Di sebalik tahun baru yang akan menjelang tidak sampai 10 hari lagi, penceramah terkenal dari seberang Ustaz Abdul Somad sudah mengeluarkan ingatan kepada muslim agar tidak meraikan sambutan tahun baru.
Menurut Ustaz Abdul Somad, tradisi malam tahun baru merupakan tradisi kaum Yahudi. Di mana jika tahun baru, akan ditiupkan terompet dari tanduk kerbau. Itu perjanjian lama. Sebaiknya jangan beri anak-anak lakukan tradisi seperti itu,”katanya dalam satu temubual bersama Dakwah Cyber.
Ads
Ads
Apa yang sebaiknya dilakukan oleh umat Islam sempena kedatangan tahun baru itu? Kata Ustaz Abdul Somad, tanggal 31 hb itu boleh diisi dengan muhasabah diri atau membuat penilaian tentang pencapaian setahun apa yang telah dilakukan. Kalau tidak muhasabah diri, habis Isyak sebaiknya tidur.Jangan ikut meraikan tiupan trompet dan sebagainya.
5 Ogos lalu, dunia dakwah dikejutkan dengan pemergian pendakwah, guru, Murabbi, Ustaz Fadli Yusof yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19. Berita pemergiannya cukup mengejutkan ramai sahabat dan anak muridnya. Malah Ustaz Ebit Lew turut menyampaikan berita duka ini di fbnya.
Kongsi Ustaz Ebit Lew :-
Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Sebak sayu rasa seorang Pendakwah, Guru, Murabbi yang amat saya hormati dan sayangi. Ustaz Fadli Yusuf telah pergi menemui ilahi. Saya sangat sayang padanya kerana Allah. Walau beberapa kali berjumpa terasa rapat dan dekat.
Terharu melihat semua anak-anaknya pendakwah seperti beliau yang masuk ke pedalaman berkhidmat kerana Allah. Akhlak, sifat, kasih sayang dan keikhlasan seperti beliau. Ya Allah ampuni sayangi dan hadiahkan syurga Firdaus buat Ustaz Fadli Yusuf. Ya Allah berjuta rahmat kau beri padanya berilah sedikit pada saya ini. Ustaz berehat dulu ye. Nanti kami akan ke sana juga.
Di laman web Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), pertubuhan ini turut menyampaikan salam takziah di atas kehilangan arwah. Kongsi PERKIM, allahyarham merupakan pendakwah yang tidak asing lagi di tanah air dan turut bekerjasama dengan PERKIM dalam menggerakkan kerja dakwah bersama misinya, As-Syahadah.
Allahyarham telah mengislamkan seramai 2,081 saudara baru di seluruh Malaysia. Semoga roh Allahyarham Ustaz dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh.
Dalam pada kehilangannya dirasai ramai pihak, seorang sahabat kepada allahyarham Ustaz Mohd Fadli iaitu Shuib Mohamad berkongsi di fbnya satu keajaiban rahmat dan kasih sayang Allah di mana awan besar memayungi jenazah di saat matahari terik pada hari pengkubumian arwah.
Baca perkongsian ini. Semoga kita sentiasa berbuat baik untuk bekalan di akhir kelak.
Salah satu tanda kewalian insan bertaqwa yang Allah nak tunjukkan pada kami semalam. Ketika urusan pengkebumian Arwah ustad Mohd Fadli Yusof semalam cuaca amat terik membahang. Aku sampai berlindung dibawah banggunan sbb tak tahan kepanasan terik. Gila panas.
Selesai saja tugas team KKM, kami pun masuk apabila dibenarkan. Cuaca masih panas terik ada yang membawa payung.
Namun setibanya sampai ke tanah kubur Arwah dan ingin memulakan talkin dan Tahlil.. serius, tiba-tiba cuaca yang panas terik tadi menjadi mendung. Aku pandang ke atas langit. MashaAllah, Maha Hebat Engkau, ada satu awan besar memayungi kami semua yang berada di sana (lihat gambar ke-2).
Cuaca yang panas tadi menjadi mendung, sayup dan berangin sehingga kami selesai talkin dan tahlil. Allahuakbar.. Hebatnya Tuhan memuliakan insan ini. Sudahlah ketika mendapat berita duka pemergian beliau, Hujan turun membasahi waktu itu, juga merupakan tanda kematian orang Soleh dan Bertaqwa.
Begitulah Tuhan nak memuliakan orang yang seluruh hidupnya dia berkhidmat kepada Agama Allah tanpa kepentingan peribadi. Terlalu banyak contoh ikutan yang aku perlu ikuti daripada beliau.
Untuk orang seperti aku yang banyak dosa dan kesilapan ini, sering terleka, kerap mengulangi kesilapan,lalai dalam kehidupan. Insan seperti beliau inilah yang sering menegur dengan penuh hikmah dan lemah lembut, tanpa prejudis. Akhlaknya luar biasa sehingga berjaya menawan hati insan-insan yang dahagakan kebenaran dengan Islamnya lebih 2000 orang hasil akhlak insan ini. Allah.
Sungguh aku bersaksi bahawa beliau seorang yg sangat alim, tidak pernah menyakiti hati dan sering berpesan kepada kebaikan dengan penuh kasih sayang.
Mari kita berdoa moga rohnya ditempatkan bersama roh para Anbiya dan Aulia’. AL FATEHAH. Sumber : FB Shuib Mohamad
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Buat masa ini ramai di kalangan selebriti atau personaliti popular membuat perbincangan mengenai sesuai isu secara langsung di media sosial.
Aktiviti ini turut menjadi pilihan Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri untuk mengadakan perbincangan secara santai dengan Penceramah Bebas, Ustaz Azhar Idrus di media sosialnya malam tadi.
Dengan tajuk ‘Deme wak mende PKP ning?’, beliau penuh merendah diri dan tidak kekok bertanya kepada UAI soal agama walaupun pernah membawa gelaran sebagai Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini.
Namun paling menarik perhatian adalah apabila Dr Zulkifli memberi soalan berbentuk cepumas kepad UIA iaitu berkenaan soalan apa ingin dilakukan sekiranya beliau dilantik menjadi Menteri Agama.
Menurut UAI lagi, kita perlu sentiasa mengambil peluang dengan menggunakan kuasa (peluang) dan yang dilarang pula adalah salah menggunakan kuasa.
“Bila kita ada kuasa, bermakna kita duduk di satu keadaan yang sangat berpeluang besar. Bila kita Menteri Agama, maknanya kita berkuasa.
“Agar agama Allah menjadi tinggi dan dimuliakan. Sebab apa? Aku jadi Menteri Agama tiga atau lima tahun, aku sempat buat benda ni dan aku dapat jawab di akhirat.
“Jadi, guna kuasa Datuk. Allah akan tanya di akhirat nanti, kamu buat apa Datuk? Saya yakin Datuk faham kat mana Datuk nak buat supaya agama jadi tinggi, Datuk lebih arif,” katanya.
Dan diakhir penutup siaran langsung berkenaan, UIA turut mendoakan agar Dr Zulkifli dan seluruh kakitangan kementerian diberi kekuatan dan bantuan dari Allah bagi menaikkan lagi syiar agama Islam.
Ternyata di saat usianya mencecah 70 tahun, anak perempuan Presiden Pertama Indonesia Sukarno, Diah Mutiara Sukmawai Soekarnoputri murtad daripada agama Islam dan memeluk agama Hindu.
Kemurtadan Sukmawai daripada ajaran Islam tepat pada sambutan ulangtahun kelahirannya ke-70 semalam iaitu 26 Oktober.
Memetik akhbar Indonesia, SuaraMerdeka upacara itu dilakukan di kawasan Sukarno Center Heritage di Bale Agung, Singaraja, Kabupaten Buleleng, Bali.
Perpindahan agama Sukawati dari Islam ke Hindu dikatakan kerana mengikuti agama yang dianut neneknya iaitu ibu Soekarno, Ida Ayu Nyoman Rai Srimben yang merupakan warga asli Buleleng, Bali.
Berdasarkan pengakuan Sukmawati, ritual murtad itu sudah di persetujui oleh seluruh keluarga Suekano termasuk Megawati Soekarnoputri, Muhammad Guntur Soekarnoputra dan Muhammad Guruh Irianto Soekarnoputra.
Malah tiga anak Sukmawati iaitu Gusti Pangeran Haryo Paundrakarna Sukmaputra Jiwanegara, Gusti Raden Ayu Putri Agung Suniwati, dan Muhammad Putra Perwira Utama telah merestuinya.
Upacara itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan kenalan dirinya. Dia yang juga pengasas Parti Nasional Indonesia (PNI) merupakan anak perempuan dari perkahwinan Sukarno dengan isteri ketiganya, Fatmawati.
Malah dirinya juga merupakan adik beradik kepada Presiden kelima Indonesia, Megawati Sukarnoputri.
Penghijrahan agama itu dikaitkan dengan perpindahan Sukmawati ke Bali yang terkenal sebagai pusat ajaran Hindu terkemuka di negara itu.
Sejak hampir 20 tahun lalu, Sukmawati dikatakan giat menghadiri upacara keagamaan Hindu. Selain penglibatan dalam politik, Sukmawati juga aktif dalam bidang tarian, lukisan dan sastera.
Berdasarkan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 2000, individu yang murtad nyawanya adalah halal untuk dibunuh. Namun memandangkan undang-undang islam tidak dijalankan di negara ini, maka ianya tidak dilakukan.
"Hukum wanita itu adalah murtad dan hendaklah disuruh istitab (taubat dalam masa tiga hari) dan jika masih tidak berbuat demikian, mengikut hukum Islam hendaklah dibunuh. Tetapi kerana undang-undang Islam tidak dijalankan sepenuhnya di negara ini, maka ianya tidak boleh dijalankan. Mengikut pendapat imam Abu Hanifah, orang itu hendaklah dipenjarakan sehingga mati. Manakala masalah nama pula, jika telah keluar Islam maka hilanglah tanggungjawab Islam pada perkara ini."
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Solat Jamak Takdim: Ketahui hukum bercakap antara dua solat jamak takdim menurut Mazhab Syafie, syarat muwalah serta situasi yang boleh menyebabkan jamak tidak dapat diteruskan.