‘Masyallah! anak yang berbakti kepada ibu, bapa.’ 3 bulan Hafiz Mahamad persiap ‘hadiah’ sempena hari pencen mak&abah.
Jelas usahawan, Hafiz Mahamad, momen ini meruapakan saat yang dia nantikan kerana selama ini, dia dan adiknya terpaksa berpisah dengan kedua ibu, bapa yang terikat dengan tugas.
Oleh sebab itu, dia dan keluarga sedari awal mengatur majlis dan hadiah istimewa ini buat insan yang paling dia sayangi iaitu mak dan abahnya.
Hari pencen ini menjadi sejarah dan detik manis buat Hafiz sekeluarga dan akuinya seolah-olah dia dapat kembali ‘bersatu’ dengan mak dan abahnya yang selama ini tinggal berjauhan.
Ingat lagi waktu kecil dulu, kita minta apa pun Mama & Abah cuba sediakan tanpa ada air muka yang menunjukkan dia tak mampu walhal saya tahu dia perlu berkira kira. Itu yang saya mula sedar sekarang.
Saya membesar di kuarters kerajaan. Sampai satu masa. Mama perlu pindah kerja ke negeri lain.
Ads
“Hari ini, seolah-olah seperti “saya dapat mama dan Abah saya balik.’
3 Bulan Hafiz Mahamad
Di waktu umur 13 tahun lah hinggalah besar. Saya terpaksa hidup berjauhan dengan “Mama”. Saya dan adik pun, kami terpaksa berjauhan atas sebab Abah dan mama bertugas di negeri lain-lain.
Orang lain boleh rasa masakan ibu setiap hari, tapi saya? “menjemput” Mama setiap kali dia datang di stesen kereta api, dari sekolah kebangsaan sampailah besar. Itu adalah saat saya paling bahagia.
Apa yang saya boleh banggakan Mama ?
Tak terbalas semuanya
Mama & Abah selalu doakan perniagaan @ainaabeautyofficial maju
Ads
Persiap ‘Hadiah’
Saya bangga dibesarkan dengan didikan Abah Mama. Saya bangga dengan usaha abah mama besarkan saya dan hari ini, saya nak hadir untuk bahagiakan mama dan abah
Terima kasih untuk isteriku, sayang tanpa awak “abang bukan siapa siapa” & abang hanya menumpang rezeki awak
Terima Kasih team sampai pukul 4AM bantu saya siapkan surprise ini. Tak lupa, terima kasih officemate mama untuk mencipta kenangan ni dan jua terima Kasih @hafisnaserr permudahkan saya untuk hadiahkan kereta ini.
Sempena Hari Pencen Mak&Abah
Abah pesan
“Selepas Abah Mama Pencen”
Kami hanya ada 10 tahun sahaja lagi, disaat kami umur 70 tahun nanti. Selepas pada umur tu, semuanya hanya lah bonus
Abah Mama,
Hafiz tak ada membazir dan bermewah selama ini
Usaha Hafiz semuanya untuk Mama Abah
Hafiz janji akan menjadi anak yang sentiasa sebarkan
“Kejayaan Demi Kebahagiaan”.
Kashoorga : Semoga Allah sentiasa dimurahkan rezeki dan dapat menggembirakan orang sekeliling.
Kelebihan puasa Asyura, anjuran berpuasa sunat Pada 9, 10 dan 11 Muharam.
Terdapat banyak nas-nas daripada Al-Quran dan juga al-Sunnah yang menyebutkan berkenaan kelebihan bulan ini. Antaranya ialah kelebihan puasa Hari Asyura iaitu pada tanggal 10 Muharam.
Maksudnya:
Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah S.W.T adalah sebanyak dua belas bulan sebagaimana yang terdapat di dalam kitabullah (Lauh al-Mahfuz) pada hari diciptakan langit-langit dan juga bumi. Di antaranya (bulan-bulan tersebut) adalah empat bulan haram. Demikian itulah agama yang lurus maka janganlah kalian menzalimi diri kalian di dalam bulan-bulan tersebut.
Surah al-Taubah (36)
Rasulullah S.A.W telahpun memberikan penjelasan berkenaan dengan empat bulan haram tersebut dengan sabda baginda:
Maksudnya:
Dalam setahun itu ada dua belas bulan dan di antaranya adalah empat bulan haram. Tiga bulan yang berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram serta bulan Rejab yang berada di antara Jamadil Akhir dan juga Syaaban.
Riwayat al-Bukhari (184)
Justeru, dua nas di atas jelas menunjukkan bahawa bulan Muharram dimuliakan kerana ia termasuk dalam kalangan empat bulan haram yang mana diharamkan untuk berperang pada bulan-bulan haram serta ianya sangat dihormati dari sudut amalan soleh di dalamnya menjadi besar ganjarannya manakala dosa dan maksiat juga turut menjadi lebih besar di dalam bulan-bulan haram.
Di antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharam adalah dengan memperbanyakkan berpuasa sunat. Ini dapat dilihat berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya:
Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Qiyamullail). Riwayat Abu Daud (2429)
Demikian juga terdapat sebuah hadis yang menceritakan berkenaan seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang bulan apakah yang Rasulullah perintahkan untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan ?
Maksudnya:
Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadhan maka berpuasalah kamu pada bulan al-Muharram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah.
Riwayat al-Tirmizi (741)
Berdasarkan kepada dua hadis di atas, terdapat dua kelebihan yang terdapat pada bulan Muharram. Ianya seperti berikut:
Bulan Muharram disebut sebagai bulan Allah yang tidak disebut pada bulan-bulan lain. Umum mengetahui jika sesuatu perkara itu disandarkan kepada Allah maka ianya menjadi suatu yang mulia. Sama seperti Baitullah, Abdullah, Rasulullah, dan seumpamanya.
Bulan Muharam adalah bulan paling afdal untuk berpuasa sunat setelah bulan Ramadan.
Walaupun berpuasa pada sepanjang bulan Muharram adalah digalakkan, akan tetapi terdapat nas khusus yang menceritakan berkenaan kelebihan berpuasa pada 10 Muharram iaitu hari ‘asyura. Ini adalah berdasarkan beberapa riwayat berikut:
Antaranya adalah sebuah riwayat daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya:
Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.
Riwayat Ibn Majah (1738)
Walaupun kita digalakkan untuk berpuasa pada 10 Muharam, akan tetapi kita juga turut diperintahkan untuk mengikutinya dengan berpuasa pada hari sebelum ataupun hari selepasnya.
Ini adalah bertujuan untuk menyelisihi golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram secara tunggal. Hal ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda:
Maksudnya:
Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya.
Riwayat Ahmad (2154)
Demikian juga sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas R.anhuma, kata Nabi S.A.W:
لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ
Maksudnya: Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang ke 9 (Muharram).
Riwayat Muslim (1134)
Demikian juga ketika Nabi S.A.W memerintahkan untuk berpuasa pada hari ‘Asyura, maka para sahabatnya berkata: “Wahai Rasulullah S.A.W, sesungguhnya ia adalah hari yang mana golongan Yahudi dan Nasrani membesarkannya”. Maka Rasulullah S.A.W menjawab:
Maksudnya: Apabila datangnya tahun hadapan Insha Allah kita akan berpuasa pada hari yang ke sembilan.
Riwayat Muslim (1134)
Nas-nas di atas jelas menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W memerintahkan kepada kita untuk dilakukan juga puasa sehari sebelum 10 Muharram ataupun sehari selepasnya dengan tujuan untuk menyelisihi golongan Yahudi.
Berikut kami nyatakan beberapa pendapat para fuqaha berkenaan isu mengikuti puasa hari ‘Asyura dengan berpuasa sehari ataupun selepasnya. Sebahagian para ulama mengatakan bahawa cara mengerjakan puasa ‘Asyura itu ada tiga keadaan seperti berikut:
1. Berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.
2. Berpuasa padanya (10 Muharram) secara tunggal.
3. Berpuasa sehari dan selepasnya.
Manakala cara terbaik serta paling lengkap untuk melakukannya adalah sebagaimana turutan yang disebutkan oleh Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah di dalam kitabnya Zaad al-Ma’ad (2/72) dengan cara seperti berikut:
Berpuasa pada hari sebelumnya dan juga hari selepasnya.
Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram sahaja.
Berpuasa pada 10 Muharram sahaja.
Akhir kalam, kami menyatakan bahawa disunatkan untuk berpuasa pada 9 Muharram atau pada 11 Muharram berserta dengan puasa hari ‘Asyura dengan tujuan untuk menyelisihi dan berbeza dengan golongan Yahudi.
Kami berdoa semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua di samping merezekikan kepada kita semua untuk mengikut petunjuk Rasulullah S.A.W di dalam kehidupan seharian kita.
Baru-baru ini diberitakan tentang tiga bank Malaysia dinamakan sebagai antara ketua pemiutang tidak bercagar Genting Hong Kong yang dilaporkan telah muflis dengan gabungan pendedahan sebanyak AS$600 juta (RM2.5 bilion).
Masa yang sama dimaklumkan Khazanah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai pemegang saham di dalam bank yang terlibat. Di sebalik isu muflis Genting Hong Kong itu, ada sesuatu yang perlu umat Islam perlu buka mata dan mata hati terutama melibatkan dividen yang diterima di akhir tahun khususnya dari KWSP.
Dikongsikan oleh Pakar Kewangan Islam, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman dalam satu perkongsian di fbnya mengenai isu ini turut memaklumkan 84.9 peratus pencarum muslim masih dalam simpanan konvensional.
Jelasnya, ramai orang tag dirinya berkenaan pinjaman beberapa bank konvensional yang dikaitkan dengan pegangan oleh beberapa institusi besar.
“Jawapan saya begini, KERANA itulah WAJIB umat Islam tukar ke KWSP Simpanan Shariah. Kerana duit pelaburan dari EPF Simpanan Shariah TIADA yang dilabur ke bank-bank Konvensional.
“HANYA duit pencarum simpanan konvensional yang support bank konvensional dan berikannya pinjaman ke genting HK. Ada pun berkenaan dua institusi lain itu, saya tiada info dan sila rujuk kepada pihak mereka.
“Malangnya, mengikut data, lebih 84.5% pencarum Muslim di KWSP masih duduk dalam KWSP konvensional. Secara tak langsung sokong bank konvensional melalui pegangan majoritinya dan termasuklah pinjaman-pinjaman itu.
Justeru, bising di media sosial sahaja tidak guna JIKA diri masih duduk dalam simpanan konvensional. Mulakan dengan apa yang dalam kuasa terdekat kita. Penukaran ke akaun Shariah boleh dibuat menerusi i-akaun secara online sahaja.
Sumber : FB Dr Zaharudin Abd Rahman
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Jaga maruah suami.’ Selepas berkahwin, Neelofa elak tampil berdua dengan selebriti lelaki di program TV (televisyen) kerana baginya adalah kurang manis buat wanita berkahwin sepertinya.
Jelas Neelofa, apa yang dilakukan atas kesedaran dan rasa tanggunjawabnya sebaai seoran isteri dan bukannya atas paksaan orang lain.
Malahan bagi figura ini, dia mengakui lebih selesa bekerjasama dengan selebriti wanita sahaja di program televisyen selepas bergelar isteri.
Tambah Neelofa, permintaan itu datang daripada diri sendiri bukanlah syarat yang diletakkan oleh suami, Haris Ismail yang juga merupakan pendakwah bebas.
Kata aktres berumur 33 tahun ini, dia ingin menjaga maruah dan nama baik suami.
Secara logiknya apabila di depan TV penonton hanya nampak saya (berada) di sebelah seorang lelaki.
Tidak manis dan tidak sesuai, kiranya tak eloklah untuk sesiapa saja yang berstatuskan isteri. Ini semua adalah kehendak saya sendiri.
Apa yang saya lakukan sekarang lebih kepada tanggungjawab saya sebagai isteri selain mengutamakan maruah suami.
Tidak perlu pun jadikan ia sebagai syarat. Mana-mana wanita bergelar isteri pun akan berfikir perkara sama.
Bagaimanapun, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor masih boleh bekerja sekali dengan selebriti lelaki sekiranya ada tetamu undangan yang lain.
Dalam pada itu, ibu kepada Muhammad Bilal menyatakan dia langsung tidak memikirkan komen daripada netizen.
Kalau ada tetamu lelaki, mungkin bukan kami berdua (tetapi) ditemani beberapa orang lagi. Itu saya okay. Saya ambil kira apa yang dipaparkan dan dipertontonkan.
Keutamaan saya bukan fasal netizen tetapi lebih kepada tanggungjawab saya sebagai isteri dan juga maruah suami. Itu yang lebih saya pentingkan sebab netizen baik ke buruk dia orang akan cakap juga.
Hakikatnya dengan tenang hati saya lakukan perkara sebegini sebab bagi saya itu benda yang baik.
Sebelum itu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu. Pasangan itu selamat menimang cahaya mata yang pertama pada 29 Januari 2022.
Kashoorga : Masing-masing ada pendirian apabila sudah berkahwin, jadi hormatilah pendirian orang lain selayaknya.