‘Nasib sempat elak.’ Imam diserang lelaki kurang siuman ketika solat subuh di sebuah masjid di Kuantan Pahang semalam. Mujurlah imam sempat elak daripada serangan lelaki tersebut.
Namun solat jemaah terhenti seketika atas tindakan lelaki tersebut, terkini lelaki tersebut teah ditahan untuk siasatan.
Lelaki dipercayai kurang siuman ditahan polis selepas menyerang seorang imam ketika solat subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu, Kuantan.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.18 pagi itu, suspek berusia lingkungan 40-an yang berpakaian baju Melayu warna ungu dan berkain pelikat serta berseluar hitam datang menyerang mangsa dari belakang.
Ads
Imam Di Serang Lelaki Kurang
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa adalah pelajar Maahad Tahfiz Thurath, Ilhan Muhammad Irham yang menjadi imam jemputan untuk solat subuh sempena Program Khatam Subuh 2.0 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.
“Ketika solat Subuh masuk rakaat kedua dengan anggaran bilangan jemaah seramai 80 orang, terdengar suara lelaki menjerit dari arah pintu ‘roller shuter’ masjid.
Ketika Solat Subuh
“Seminit selepas itu ketika imam masih membaca surah dalam solat, datang seorang lelaki dipercayai kurang siuman menolak jemaah dari arah belakang menuju ke imam serta cuba memukul imam dengan selipar di tangannya.
Ads
“Imam terus mengelakkan diri dari serangan itu menyebabkan solat dihentikan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, pihak keselamatan masjid dan jemaah bertindak menghalang tindakan lelaki itu serta menahannya sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Allah uji saya, tak boleh tidur sampai kurus’. Lima bulan tak boleh lena, titik tolak faizal ismail pilih berhijrah ke jalan Allah.
Tak dapat bayangkan tak dapat tidur lima bulan, sehari pun tak tentu arah hidup. Benarlah setiap ujian yang datang pasti ada hikmahnya.
Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Hanafi berkongsi titik tolak hijrah Faizal Ismail.
Kisah itu dikongsikan beliau ketika mengikuti program Jom Cuci Masjid (JCM) siri ke 39 di Kampung Tok Muda, Kapar Klang. Apa yang menarik, program tersebut turut disertai oleh seorang personaliti radio dan pengacara TV iaitu Faizal Ismail (FBI).
Menerusi sesi perkongsian, Faizal telah mengambil peluang bercerita tentang pengalaman hijrah yang beliau lalui. Moga kisah yang dikongsikan oleh Faizal ini menjadi panduan dan teladan bersama.
“Ceritanya bermula semasa Covid-19 melanda negara, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Waktu itu allah tarik satu nikmat dari hidup saya, nikmat tidak boleh tidur.
‘Kalau difikirkan, tidak ada masalah apa sangat pun cuma tidak boleh tidur sahaja. Orang lain diuji dengan macam-macam penyakit kanser dan sebagainya. Saya cuma tidak boleh tidur,” kata Faizal.
Menurut Faizal, masalah sukar tidur yang dialaminya bukan hanya sehari dua tetapi sehingga lima bulan. Beliau juga sudah berjumpa ramai doktor dan buat pemeriksaan namun kata doktor tiada apa-apa masalah kesihatan. Mungkin terlalu runsing memikirkan PKP dan Covid-19.
“Cuba bayangkan. Saya sudah cuba tidur pagi, petang, siang dan malam tapi tetap terjaga. Saya jadi pening, serabut, lemah, hidup tidak tentu arah sampai kurus. Macam-macam orang bagi pendapat. Ada yang cakap kena sihir, gangguan jin dan sebagainya,” kata Faizal.
Selepas itu Faizal berjumpa pula dengan ustaz-ustaz. Mereka menasihatkan Faizal jangan terlalu memikirkan ada gangguan syaitan, sihir atau seangkatan dengannya. Fikir apa yang Allah hendak bagi pada beliau.
Menurut Ustaz Hanafi pula, beliau rasa tersentuh dengan perkongsian Faizal. Di sebalik setiap ujian, ada rahmat yang ALLAH hendak bagi. Itu kata-kata yang diucapkan oleh ustaz-ustaz yang ditemui oleh Faizal.
‘LUAHAN FAIZAL. BETUL. ALLAH UJI MANUSIA DENGAN BERMACAM-MACAM CARA. SAYA SENDIRI DIUJI DENGAN KANSER. ADA ORANG DIUJI DENGAN HARTA, KONFLIK SAUDARA DAN SEBAGAINYA,” JELAS USTAZ HANAFI
Berbalik semula pada perkongsian Faizal, semasa mendengar ustaz-ustaz berbicara tentang ujian dan rahmat Allah, Faizal mengakui dia tidak ada rasa apa-apa. Mungkin sebab beliau tidak memahami maksud yang ustaz-ustaz ini cuba sampaikan.
“Saya berfikir, macam mana ALLAH sayang saya. ALLAH hendak bagi rahmat macam mana. Sedangkan saya pening. Saya lemah. Tidak terurus. Saya tidak faham macam mana ALLAH sayang saya dalam keadaan saya menderita dengan keadaan itu.
“Lima bulan dalam keadaan tidak tentu arah, saya hanya duduk di atas katil. Waktu itu saya hanya tahu mengadu pada ALLAH. Akhirnya saya sedar bahawa yang memiliki segala-galanya adalah ALLAH.
‘Hatta tidur saya sekali pun milik ALLAH. Kalau ALLAH tidak izinkan kita tidur, jangan harap kita dapat tidur walau sekejap sekalipun,” ujar Faizal.
Faizal mengakui betapa besarnya kuasa dan nikmat ALLAH. Selepas mula mendapat kesedaran terhadap apa yang dilaluinya, Faizal mula bermuhasabah tentang kehidupannya sebelum itu. Sibuk dengan bermacam-macam urusan. Tidak sempat hendak solat berjemaah dan membaca al-Quran.
“Saya langsung tidak berkesempatan hendak menyertai program-program mencuci masjid seperti yang saya sertai ini. Jadual sangat padat, tidak sempat hendak fikir soal akhirat,” jelas Faizal.
Selepas pengalaman yang dilaluinya, Faizal mula mencari orang-orang alim serta mengikut mereka, dapatkan nasihat dan ilmu agama dan memilih jalan hidup yang lebih sempurna. Begitulah cerita tentang penghijrahan Faizal seperti yang diulas oleh Ustaz Hanafi.
Jelas Ustaz Hanafi, kita perlu bersyukur dengan apa sahaja rezeki yang ALLAH bagi pada kita. Tidak kira rezeki itu besar atau kecil, kita suka atau tidak suka. Mesti bersyukur. Syukur ini bukan setakat ucap terima kasih di mulut.
Bukan setakat lafaz Alhamdulillah sahaja tetapi menggunakan segala nikmat yang ALLAH bagi mengikut apa yang ALLAH perintah dan tinggalkan apa yang ALLAH larang.
“ALLAH SURUH KITA SOLAT, MASUK WAKTU, MESTI SOLAT. ALLAH SURUH BUKAN PAKSA. BULAN RAMADAN ALLAH SURUH PUASA KITA PUASA. ALLAH BAGI MATA SURUH KITA TENGOK BENDA BAIK-BAIK. JAGA MATA KITA HANYA UNTUK PANDANG YANG BAIK-BAIK.
“ALLAH bagi kita mulut supaya kita makan makanan yang halal. Jaga percakapan kita dari menyakiti hati orang. ALLAH bagi rezeki wang ringgit yang banyak maka keluarkan zakat, banyakkan infaq dan sedekah,” kata Ustaz Hanafi.
Ternyata, bermacam nikmat yang ALLAH beri, banyaknya tidak terkira. Dalam al-Quran ada menyebut, kalau kita hendak tulis nikmat yang ALLAH bagi pada kita dengan seluruh lautan yang ada di muka bumi ini pun, tidak mampu kita hendak tuliskannya.
Kashoorga: Sebenarnya terlalu banyak nikmat yang Allah bagi, cuma kadang-kadang kita terleka.
Trending hari ini di laman sosial berkenaan siapakah bakal pengganti Perdana Menteri setelah Tun Dr Mahathir dikatakan meletak jawatan.
Malah sejak semalam lagi para pengamal media berkampung di beberapa lokasi untuk mendapatkan cerita sahih.
Dan petang tadi, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali, memberitahu bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Walau bagaimanapun, Baginda telah berkenan untuk melantik Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras dengan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Justeru itu, selaku Perdana Menteri interim, beliau akan menguruskan pentadbiran Negara sehingga Perdana Menteri dan ahli kabinet yang baharu dibentuk.
Walaupun usia Tun Dr Mahathir kini sudah mencapai 95 tahun, tetapi beliau masih lagi sihat, cergas dan berupaya untuk menguruskan sebuah negara berbekalkan pengalaman selama 22 tahun memerintah.
Dan hari ini melihat pada usianya beliau tetap aktif dan cergas menjalankan tanggung jawab sebagai Perdana Menteri.
Jika orang lain pada umur begini, mungkin pergerakan tidak begitu aktif, nyanyuk ataupun hanya duduk sahaja di rumah.
Tetapi perwatakan Tun Dr Mahathir jauh berbeza. Beliau kelihatannya masih punya karisma, cukup sihat, aktif dan mempunyai daya fikiran yang sangat tajam.
Agaknya apa rahsia Tun Mahathir kekal begitu biarpun sudah berada di penghujung usia.
Dalam satu temubual bersama Sinar Harian Online, Tun Dr Mahathir berkata tiada rahsia diamalkan cuma harus sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.
Tiga perkara yang diamalkan adalah tidak merokok, tidak minum arak dan jangan makan terlalu banyak.
Selain itu beliau juga turut menjaga soal pemakanannya. Tun Mahathir juga akan pastikan berhenti sebelum kenyang kerana jika tidak beringat maka perut mudah jadi besar.
Selain itu beliau juga turut memberi nasihat agar jaga jantung masing-masing kerana ia merupakan organ penting dalam tubuh badan.
“Jantung bekerja sepanjang masa, dari dalam rahim lagi hingga akhir hayat kita, jadi ingat-ingatlah sikit dan janganlah bagi ia kerja banyak.
“Bila badan kecil, jantung berupaya bekerja dengan lebih mudah untk mengepam darah ke seluruh tubuh, tapi bila badan besar, organ tersebut perlu bekerja dengan lebih kuat lagi, katanya.
Tun Dr Mahathir yang turun padang sekali lagi dalam kancah politik selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke empat sebelum ini, turut berkongsi petua yang diberikan oleh ibunya satu ketika dulu.
Tiada apa yang lebih menyedihkan saat diuji dengan pemergian bonda yang dikasihi. Kerana dari tangannyalah kita ditatang, dibelai dan dijaga dengan penuh kasih sayang hingga membesar menjadi insan berguna pada hari ini.
Jika dahulu ketika usianya muda, emaklah insan paling banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak. Seiring kita membesar, tubuh kuatnya berubah menjadi tua dan semakin uzur hingga kudratnya tidak lagi kuat seperti dahulu.
Saat itu, anak yang memahami tanggungjawab akan mengambil alih menjaga mak. Melayani semua kehendaknya hingga dirinya dipanggil kembali mengadap Allah yang Maha Esa.
Dan di hari pemergiannya, tiada apa lagi yang lebih menyedihkan bagi si anak apabila menyempurnakan bacaan talkin untuk ibu dikasihi.
Hal ini bukan semua anak-anak dapat lakukan kerana tugas ini banyak dilakukan oleh pengurus jenazah. Namun andai kita berkemampuan melakukannya, inilah amal bakti terakhir kita buat ibu bapa yang besarkan kita selama ini.
Dikongsi dari akaun Tik Tok @che_ima77, dirinya berkongsi momen yang sangat menyentuh hati di hari pengkebumian bonda saudaranya, allahyarham Mariam binti Yang apabila anak lelaki arwah membacakan talkin dengan perasaan sebak di sisi kubur arwah ibunya.
Setiap patah perkataannya cukup jelas dan ramai menyaksikan peristiwa ini berasa sebak.
Antara bacaan talkin dibacanya ialah :
– “Wahai Mak, Mariam binti Yang ..
Apabila mereka bertanya kepada mak, siapakah Tuhan mak, siapakah Nabi mak, apakah agama mak, apakah kiblat mak, siapakah saudara mak, apakah pegangan iktikad mak, apakah kalimah yang mak bawa bersama-sama mak,..
Wahai mak, Mariam binti Yang..
Jawaplah soalan itu dengan tenang, jelas dan betul. Janganlah mak berasa gentar sewaktu menjawabnya.
Jawaplah mak, Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam agamaku, Al-Quran ikutanku, Baitullah kiblatku, solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, keluarkan zakat, tunaikan haji adakah kefarduanku. Semua orang islam adalah saudaraku malah aku bersaksi semasa hidup dan mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai emak, Mariam binti Yang..
Tetapkanlah hatimu, inilah saat dugaan paling besar, mak sekarang sudah tinggal di alam barzakh sehingga sampai saatnya, mak akan dibangunkan semula untuk dikumpulkan di Padang Masyhar…
Dari perkongsiannya, che_ima77 memaklumkan, bonda saudaranya ini amat bertuah kerana mempunyai anak-anak yang sangat baik dan menyayangi kedua orang tuanya.
Bahkan katanya perkongsian ini moga menjadi iktibar buat kita semua yang masih mempunyai ibu. Muliakan ibu bapa, hormati mereka kerana kerana kedua ibu bapalah kita ada di dunia ini.
Al-Fatihah buat allahyarhamah Mariam binti Yang, Moga syurga buat arwah.
Batas aurat Muslimah di hadapan wanita bukan Islam sering menjadi persoalan. Ketahui pandangan jumhur ulama, penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan serta panduan menjaga aurat mengikut syariat Islam.