Sejak semalam kecoh di media sosial 400 bakal jemaah ke tanah suci terkandas apabila tidak dapat menunaikan fardu haji.
Dari temuramah dilakukan, ada jemaah yang sebak kerana ditipu dan diberikan janji manis bahawa mereka boleh ke tanah suci menggunakan kouta haji furada.
Sebaknya kerana ada yang keluarkan semua duit KWSP semata-mata nak ke Makkah.
“Ada pakcik makcik yang habiskan duit pampasan diperoleh dari kerajaan selepas pencen semata-mata nak ke Makkah ini. Ada yang gadai kebun, ada yang keluarkan semua KWSP tapi akhirnya jadi begini.
“Kalau tak dapat pergi (tak dapat visa furada) beritahu awal-awal. Macam Ustazah Asma’Harun yang dah pulangkan duit jemaah. Tapi ini janji macam-macam, kata ada penerbangan akhir. Dari jam 4.30 alih ke malam tapi bila kami check penerbangan akhir ke Makkah jam enam petang sebenarnya,”katanya menahan sebak.
Di sebalik isu ini, pendedahan dari Aliff Ahmad pemilik SCRUT dan Nik Ezwan Kamel mendapati letterhead yang dikeluarkan oleh syarikat terlibat tidak sama dengan nama akaun wang dibayar oleh jemaah kerana ia nama berbeza. Jadi ia menimbulkan tanda tanda kepada orang ramai.
Ads
Berikut pendedahannya :-
Ads
Pergi haji kena scam
Kesian makcik dan pakcik dah menaruh harapan tinggi untuk pergi menunaikan haji.
Ads
Dalam kes harini sampai 400 jemaah terkandas. Aku taknak komen siapa yang telah menipu. Tapi dalam surat di bawah ni, letterhead company lain, masuk duit company lain. Sangsi betul.
Setelah aku check maklumat kedua-dua syarikat ni di Interepo – https://interepo.com . Aku mendapati tak ada pun common directors. Owner pula berbeza-beza. Siapa yang tunggang siapa aku tak pasti.
Selain itu, apa lagi yang bermain dalam fikiran aku adalah, hebat diorang ni, masuk duit juta juta pakai syarikat enterprise je. Pandai meniaga.
Aku doakan nasib mereka yang telah bayar untuk pergi ke haji ni terbela. Semoga Allah membalas kelakuan jahat pada pihak yang tidak bertanggung jawab. Sumber :- FB ALIFF AHMAD & NIK EZWAN KAMEL
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Jadi suami perlu memain peranan dalam membantu isteri memikul kerja rumah. Dan isteri juga kena sabar dengan kelemahan suami dan sentiasa bersyukur kerana masih mempunyai dia di sisi.
Inilah pesanan yang cuba disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dalam perkongsian di laman Instgramnya.
Memberi peringatan buat pasangan suami isteri supaya tahu tugas masing-masing. Tambahnya lagi supaya tegur secara baik, doa yang baik dan insya-Allah rezeki yang datang juga nanti akan baik-baik.
Ayuh ikuti perkongsiannya dan hadam kepada semua pasangan yang baru atau sudah lama berumahtangga.
“Abang-abang Nak jadi suami ni senang. Kahwin, terus dapat title suami. Tapi ada apa pada gelaran Kalau kita tidak benar-benar berfungsi Sebagai sebenar-benar suami
“Suami adalah pemimpin rumahtangga Bukan bos kepada isteri & anak-anak Perlu sama ambil tahu tentang isi rumah Bukan sekadar hulur duit lepas tekak
“Suami jangan ego bila ditegur Jangan pula ringan tangan bila marah Lelaki sejati dihormati bila merendah diri Disayang anak isteri bila menyayangi
“Suami, sama-samalah pikul kerja rumah Dulu raja sehari kenapa sekarang macam orang gaji Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua Mulianya kalian bila bantu sama-sama
“Isteri, bersabarlah dengan kelemahan suami Bersyukur tatkala masih punya dia di sisi Tegur baik-baik, doa yang baik-baik Insya Allah rezeki yang datang juga baik-baik
“I Love You All my Beloved Brother di luaq sana… Brotherhood forever…
Terdahulu Ustaz Don yang sudah lapan tahun berkahwin dengan isteri tercinta Dr Husna Zahry Rafie dan dikurniakan 3 cahayamata (akan datang empat anak) turut berkongsi tip sepanjang perkahwinannya itu.
Tip Amalan Sepanjang Perkahwinan Buat Kaum Lelaki
“Tips Suami perkahwinan 8tahun yang saya amalkan (P/s: maksud 8 tahun ni, dh lalu fasa first 5/6 tahun ujian rumahtangga. Masuk fasa kedua. Kalau org tua tua kata, lepaih 5 tahun kawin, kalau still pegang tangan berjalan suami isteri, kira terer aaa… ni kata org tua tua… الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين masih lagi jalan pegang tangan.. terima kasih org tua tua ataih nasihat… point di sini, bukan senang ya nak buat… haaaa)
“Petua yang saya amal dan amik dari orang2 lama…
1. Tanggungjawab Tanggungjawab ada 2 perkataan di situ. Satu ‘tanggung’ satu lagi ‘jawab’… Seolah-olah nak kata kat kita, “pandai-pandai tanggung, pandai-pandai jawab”. Point di sini ialah, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang. Kita biasa buat salah, bertanggungjawablah. Kita biasa salah buat keputusan, bertanggungjawablah. Kita biasa tersilap langkah, bertanggungjawablah. Kita berani ‘buat’, bertanggungjawablah. Kita biasa main msg dengan perempuan lain, bertanggungjawablah. Kita biasa marah anak sampai nangis, bertanggungjawablah. Kita biasa guna duit ‘overspending’, bertanggungjawablah. Last but not least, kita pilih isteri kita, bertanggungjawablah.
2. Sembahyang Berjemaah Ini memang satu miracle laaa… Xtau nak kata mcm mn, tapi yang pasti, buatlah, akan selesai semua masalah. Percayalah!!! Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Tambahan pulak, Allah kan Maha Bijaksana… Amalkan lah… jangan tinggai… Kalau lambat, qadha’. Kalau lupa, peringat. Kalau malas, bantu. Kalau tak reti, ajaq. Kalau tidoq kalu…bagi masa, agak2 lagi 1 jam atau 1/2 jam nak habis waktu, kejut n minta pi sembahyang.
3. Rumah Bagi rumah yang selesa… Sewa pun xpa. Kecik bukaan dia pun xpa. Beli pun xpa. Baguih. Studio style ka, banglow ka, teres ka, xpa. (Alamak, syempoiii… masa dok tulih post ni, keluaq lagi Creed- One Last Breath)
4. Kewangan Abang, please… jangan jadi mcm saya.. umuq 35 baru nak belajaq jaga duit n urus duit.. nnt menyesai tak sudah Abang.. mujuq la rasa tanggungjawab ada, pulun jugak la saya Abang… Abang, jangan lewat mcm saya Abang… maklumat sekarang dh banyak. Buka Youtube, dengaq. Bukak Pinterest, baca. Bukak Instagram, amik manfaat. Bukak Facebook, baca.
5. Kenderaan Mesti kena ada. Moto baguih, xsalah. Ada kereta walaupun kecik, selesa sikit. Saya ada Kancil. Warna biru. Tak kesah. Kadang2 kita buat moto, kira2 dh boleh beli satu Kancil. Saya x kata pun salah buat moto. Buat. Xdak masalah. Asalkan ingat point no 1 n 2 yang kat ataih nu… OK my Brothers…
Jika ada kesempatan menghadiri majlis tahlil atau yang melibatkan zikir, selawat maka pergilah. Ini kerana ganjaran hadir dalam majlis sebegini amatlah besar. Mereka yang hadir ini akan diampunkan termasuklah orang yang fasik.
Demikian penjelasan Ustaz Azhar Idrus dalam menjawab satu persoalan tentang perkara ini.
Selepas sembahyang Maghrib di sebuah surau seorang imam telah memberikan tazkirah. Antara yang beliau sebut ialah siapa yang pergi ke masjlis tahlil walau pun dia orang fasiq akan diampunkan dosanya. Adakah benar apa yang dikatakan oleh imam itu?
Memang benar barang siapa yang hadir ke tempat orang berzikir maka akan diampunkan dosanya sama ada majlis orang berselawat atau bertahlil atau bertasbih atau seumpamanya walau pun orang itu adalah orang yang fasik.
Tahlil ertinya menyebut lafaz لاإله إلا الله maka ialah lafaz zikir yang paling afdhal diantara sekalian lafaz zikir yang ada.
Terlalu banyak dalil daripada Al-Quran dan Sunnah yang menyebut kelebihan orang yang bertahlil. Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam baginda telah bersabda :
Ertinya : “Sungguhnya bagi Allah Taala itu ada beberapa malaikat yang berjalan di serata bumi mencari akan tempat orang berzikir. Maka apabila mereka bertemu akan satu majlis yang ada berzikir padanya lalu mereka pun duduk bersama orang-orang yang berzikir itu.
Mereka saling meliputi setengah mereka akan setengahnya dengan sayap-sayap mereka sehingga mereka memenuhi dari antara tempat mereka duduk itu sampai ke langit dunia. Maka apabila orang-orang telah selesai dan pulang maka malaikat-malaikat itu semuanya naik semula ke langit dunia.
Allah telah bertanya kepada mereka sedangkan Allah lebih mengetahuinya : Kamu sekelian dari mana? Jawab malaikat : Kami datang dari menghadiri hamba-hamba Mu di bumi. Hamba-hamba Mu itu bertasbih dan bertakbir dan bertahlil dan bertahmid dan berdoa kepada Mu. Firman Allah : Apakah yang mereka minta dari Ku? Jawab malaikat : Mereka meminta syurga Mu. Firman Allah : Adakah mereka telah melihat syurga Ku? Jawab malaikat : Tidak wahai Tuhan. Firman Allah : Bagaimanakah kalau mereka telah melihat syurga Ku? Kata malaikat : Mereka minta berlindung dengan-Mu? Firman Allah : Dari apa yang mereka minta berlindung itu? Jawab malaikat : Dari neraka Mu. Firman Allah : Adakah mereka telah melihat neraka Ku? Jawab malaikat : Tidak. Firman Allah : Bagaimana kalau mereka telah melihat neraka Ku? Kata malaikat : Mereka minta ampun dari Mu. Firman Allah : Sungguh Aku telah ampunkan mereka semua dan Aku telah tunaikan permintaan mereka dan Aku telah pelihara mereka dari apa yang mereka minta peliharakan itu. Kata malaikat : Wahai Tuhan. Dikalangan hamba-hamba Mu itu ada seorang lelaki yang jahat. Dia hanya lalu disitu kemudian dia duduk bersama mereka. Firman Allah : Aku juga telah ampunkan orang itu dan merekalah orang-orang yang tidak akan celaka siapa yang duduk bersama mereka.” (Hadith riwayat Imam Muslim)
Jelas pada hadis ini mereka yang pergi ke tempat orang bertahlil sama ada majlis itu diadakan di masjid atau di pejabat atau di rumah atau tempat lainnya nescaya akan diampunkan dosanya dan diperkenankan doanya dan diberikannya syurga dan dipeliharanya dari neraka sekalipun dia seorang yang jahat.
Ertinya : “Dan pada hadith ini menerangkan tentang kelebihan berzikir dan kelebihan majlis berzikir dan kelebihan duduk bersama orang yang berzikir sekalipun tidak sekumpulan dengan mereka dan kelebihan segala majlis orang soleh dan keberkatan mereka.” (Syarah Sahih Muslim)
Sungguhnya tempat orang bertahlil itu termasuk taman syurga sebagaimana datang dalam hadis.
Daripada Anas bin Malik r.a. Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :
Ertinya : “Apabila kamu melalui taman-taman syurga maka hendaklah kamu sekelian singgah. Berkata sahabat : Apakah yang dimaksudkan dengan taman syurga itu? Sabda Nabi saw : Tempat orang berzikir.” (Hadith riwayat At-Tirmizi)
Belum habis kisah siapa bakal jadi penganti Perdana Menteri, hari ini tular pula cerita di mana kisah seorang guru perempuan disuruh merangkak di sebuah sekolah.
Ramai yang marah melihat video berkenaan kerana menganggap maruah seorang ustazah yang mengajar ilmu agama dipijak henyak dengan penuh penghinaan.
Ramai berkongsi pandangannya dan salah seorang Mohd Fadli Salleh yang menulis posting berkenaan di laman sosial Facebook.
Menurutnya betapa bagus didikan ustazah ini kerana bukan saja dia yang merangkak setelah disuruh oleh ibu bapa kanak-kanak berkenaan, tetapi murid lain turut sama mengikut perbuatan ustazah berkenaan.
Ternyata murid-murid ini tidak sanggup guru mereka dihina sedemikian dan tidak kisah dengan baju seluar yang kotor asalkan dapat melakukan perbuatan sama.
Ternyata akhlak murid-murid ini sangat dipuji hasil didikan ustazah yang mengajar ilmu yang betul kepada pelajarnya.
Saat melihat video ustazah disuruh merangkak, aku sangat marah dan berang. Betapa maruah seorang ustazah yang mengajar ilmu agama dipijak henyak dengan penuh penghinaan.
Namun sebaik aku melihat anak-anak murid beliau dengan rela turut sama merangkak demi memuliakan ustazah kesayangan mereka, terus sebak menyerang dada.
Berdiri bulu roma aku, terharu dan kagum dengan akhlak anak-anak ini. Terlintas di kepala,
‘Bagaimana agaknya ustazah hebat ini mendidik akhlak murid-muridnya? Ingin aku berguru dengannya cara mendidik akhlak murid sebegini rupa.’
Meski pun wanita yang menyuruh ustazah itu merangkak mengarahkan murid-murid berhenti merangkak, namun anak-anak murid ini terus merangkak.
Mereka tidak sanggup melihat guru mereka dihina. Mereka sanggup terhina sama. Mereka sanggup menemani biarlah kotor seluar baju putih mereka.
Anak-anak ini, akal mereka belum cukup matang. Namun mereka sangat budiman dan terpuji bila tanpa disuruh sesiapa turun sama merangkak menemani ustazah yang dipaksarela itu.
Allahu. Memang sebak sangat lihat ketulusan anak-anak itu.
Jika benar ustazah itu jahat, jika benar ustazah itu garang sehingga ramai murid benci dan tak suka padanya, adalah MUSTAHIL anak-anak murid yang penuh tulus itu akan turun sama merangkak bersamanya.
MUSTAHIL jika ustazah itu dibenci murid, murid akan menyokong beliau. Jika benar ustazah itu kejam dan selalu bertindak luar kawalan sewaktu menghukum, pastinya murid-murid itu gembira dan bertepuk tangan melihat ustazah mereka pula didenda.
NAMUN itu tidak berlaku!
Murid-murid dengan rendah diri turun merangkak sama. Mereka masih kecil untuk menentang wanita biadab yang menyuruh ustazah mereka merangkak. Namun jiwa mereka cukup besar dengan turun menemani ustazah tersebut.
Ternyata dan jelas semua kita dapat lihat, sebenarnya ustazah ini disayangi murid-muridnya.
Mungkin pernah ustazah tersebut tersalah dan terlebih semasa mendenda, namun jasa, pengorbanan dan kebaikan yang pernah ustazah itu curah pada murid-muridnya tidak terbanding dengan satu dua kesilapan kecilnya.
Dan jelas, anak kecil yang tidak matang ini begitu menghargai dan menghormati.
Terima kasih anak-anak murid sekalian kerana memuliakan gurumu saat ada yang datang menghina dengan sebegitu rupa.
Bergenang mata aku melihat keikhlasan murid-murid ini memuliakan guru mereka.
Tunduk hormat buat anak-anak didik yang terpuji akhlak mereka ini.
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.