Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah al-Rum: 21).
Suami seharusnya menyediakan rumah untuk isteri berteduh dan mengasingkan dari ipar duai.
Ini kerana apabila pasangan sudah berkahwin dan mempunyai kemampuan untuk hidup bersama selain daripada ibu bapa dan keluarga, maka inilah yang terbaiknya. Ini kerana dengan hanya berpasangan, hak privasi dan membina kehidupan dengan lebih selesa akan terwujud. Tambahan pula, tanpa campur tangan mana-mana pihak. Antara makna kemampuan itu adalah mampu menyediakan tempat tinggal khusus bagi isteri sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT:
Maksudnya: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu).(Surah al-Talaq: 6)
Bagaimana pun perkongsian dari seorang peguam syarie, Nur Fatihah Azzahra di fbnya, mengenai kisah seorang isteri yang baru 12 hari melahirkan bayi cukup mengejutkan kerana isteri mendakwa anak itu bukan dari benih suaminya sebaliknya adik ipar yang duduk serumah. Malah perkongsian ini dibuat untuk masyarakat memahami betapa bahananya jika tinggal serumah dan masa yang sama tidak menjaga iman.
Lagi kes Mahkamah Syariah. Bahana ipar duai tinggal sebumbung. Dapat panggilan seorang suami bertanyakan hukum Li'an di Mahkamah Syariah (suami hendak menafikan anak yang dikandung isteri sebagai darah dagingnya).
Ads
Isteri baru sahaja bersalin 12 hari, dan hari ini buat pengakuan ini bukan anak suami, tapi anak adik kandung suami (adik ipar). Si suami minta penjelasan si adik tentang apa yang berlaku, si adik pun mengaku memang kerap lakukan hubungan atas dasar suka sama suka. Kelahiran pertama cahaya mata mereka, tempoh perkahwinan baru mencapai usia setahun lebih. Sepatutnya dalam tempoh ni masing-masing sedang seronok layan baby.
Kisahnya mereka ipar duai kedua-duanya sudah berumahtangga dan atas persetujuan bersama untuk kurangkan kos sewa rumah, mereka berempat tinggal sebumbung dalam satu rumah dua tingkat di Selangor. Disebabkan PKP, suami lama terkandas di Perak tak boleh rentas negeri. Maka tinggallah isteri dengan ipar dan biras bertiga.
Entah bila dan bagaimana, isteri hari ini mengaku sudah beberapa kali terlanjur dengan adik ipar sendiri semasa ketiadaan suami dan biras. Sehinggalah apabila diketahui dia mengandung, beriya-riya dia minta suami rentas negeri untuk cover line (kehamilan).
Apabila anak lahir, isteri sedar sifat dan raut wajah anak memang ikut muka adik ipar. Tak sanggup lagi menipu suami dan menyesal dengan dosa tersebut, dia akhirnya buat pengakuan bahawa anak yang baru lahir bukan benih hasil perkahwinan dengan suami.
Separuh gila si suami, berada di Perak dan dimaklumkan isteri dengan berita ‘malang' sebegini. Buntu, hendak buat penafian nasab yang tidak pernah sedikitpun dia ragui di samping kesan Li'an itu sendiri terlalu besar ke atas status perkahwinan mereka nanti.
Ads
Dia bertanya bagaimana status anak tersebut jika dia setuju tu bukan anak benih dia sendiri? Saya jelaskan Li'an ada tempoh tertentu dan antara pandangan muktabar di sisi mazhab Syafie hendaklah dilakukan ketika anak masih dalam kandungan hingga sejurus sahaja lahir. Kena rujuk Hakim, saya tiada authority.
Cuma, ada saya bertanya..
“Tuan yakin atau tidak nak li'ankan anak tersebut?", Dia sudah menangis di hujung talian. “Bagi saya tu anak saya, Puan."
Aduhai ujian.
Sabda Nabi SAW:-
Ads
إيَّاكُمْ والدخول على النساءِ فقالَ رجلٌ منَ الأنصار يا رسولَ الله أفرأيتَ الْحَمُو قالَ الْحَمُو الموت Bermaksud:- “Janganlah kamu memasuki tempat para wanita. Maka berkata seorang lelaki dari kaum Ansar: “Wahai Rasulullah, bagaimana pula dengan ipar?", Baginda berkata: “Ipar adalah kematian.”Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
“Kematian" menurut Imam al-Thobari adalah merujuk kepada sesuatu perkara yang buruk dan tidak disukai, yang mana mereka menyamakan sifat itu dengan berdua-duaannya seorang lelaki dengan isteri saudaranya sendiri. (Kitab Fathul Bari).
Wanita, isteri, jagalah maruah dan harga diri sendiri.
Kita adalah golongan yang paling ramai mengikut Dajjal. Perbanyakkanlah ilmu agama dan hindari kelalaian. (17:32)
Naudzubillah.
Mohon jangan tinggalkan komen tidak Syar'ie. Suami beri izin saya kongsi kisah sebagai iktibar. Doakan beliau.
Maaf tak boleh pm sorang² beri jawapan. Perbualan kami panjang, beliau minta pandangan asalnya kerana isteri desak beliau nafikan nasab anak perempuan mereka, saya sekadar beri nasihat menurut kapasiti saya sebagai peguam Syar'ie.
Li'an tidak sesuai dalam hal ni kerana isu tempoh kelahiran dan isteri sendiri mengaku anak bukan anak suami mengikut perkiraan.
Qazaf (suami tuduh isteri berzina tanpa saksi) juga tidak sesuai kerana isteri sendiri mengaku sudah berzina.
DNA tidak mengikat keputusan Mahkamah Syariah atas faktor yang lebih maslahah, namun tidak bermakna Mahkamah tidak ada cara lain. Kaedah kiraan tempoh kehamilan dan qiyafah boleh digunapakai.
Pengesahan taraf nasab anak mungkin boleh dilakukan oleh pihak suami dan isteri. Cukuplah berbalah dan mengutuk. Dari awal penulisan juga sudah saya niatkan sebagai iktibar. Wallahu'alam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Kena tutup bukan balut.’ Trend baju lengan pendek pakai handsock, kalau ketat tetap dikira nampak aurat iya. Lagi-lagi handsock jenis nipis dan nampak setiap lekuk tangan kita.
Handsock atau stokin tangan adalah sarung tangan yang dipakai pada bahagian lengan tangan bagi menutup aurat dengan sempurna.
Islam sendiri mengajar kaum wanita muslim menutup aurat seluruh anggota badan kecuali bahagian muka dan telapak tangan.
Hakikatnya, tak semua wanita mampu berpakaian mengikut garis panduan yang ditetapkan. Mungkin mereka beranggapan dah pakai lengan panjang, kenapa nak kena pakai handsock?
Ikuti perkongsian Husna Ghani ini dan hadam baik-baik perkongsiannya:
Sekarang, ramai anak muda yang pakai style baju t-shirt lengan pendek dengan handsocks ketat. Tapi boleh ke pakai macam tu?
Kalau sekali tengok, memang sudah tutup warna kulit. Kalau pakai depan mahram, memang tiada masalah.
Trend Baju Lengan Pendek
Tapi kalau hendak pakai dekat luar, di depan ajnabi pula dan kemudian pakai untuk tujuan bergaya. Hukumnya jadi haram. Sebab lengan kita ini adalah aurat.
Tidak dinafikan, iya memang kita sudah tutup. Tapi still nampak lekuk dan pelipat tangan. Itu yang jadikan seseorang wanita nampak seksi seterusnya menarik perhatian lelaki ajnabi.
Pakai Handsock
Bagi orang perempuan, setiap bahagian tubuh badan dia ada keindahan. Dan disebabkan itulah kita kena jaga betul-betul.
Ingat aurat ini bukan untuk balut, tapi kena tutup elok-elok. Kita boleh saja nak pakai handsock yang melekap elok dekat tangan macam itu, bila kita pakai baju yang lengan besar bukaan dia.
Kalau Ketat Tetap Dikira Nampak Aurat
So bila angkat tangan tinggi ataupun buat aktiviti lasak atau angkat berat, lengan itu tidak akan terselak. Handsock itulah penyelamat.
Jadi, kalau memang baju memang berlengan pendek ada solusinya, pakai atau guna handsock jenis kain tshirt macam ni. Handsock sebegini jenis tebal dan longgar, itu yang paling penting.
Ramai ibu bapa yang bertuah dikurniakan anak-anak yang baik dan patuh pada suruhan agama. Syukur alhamdulillah. Namun ramai juga yang sebaliknya punya zuriat namun tidak menjadi. Kasar dengan ibu bapa, terlibat jenayah, sentiasa bertelagah dengan adik beradik dan sebagainya.
Melihat anak-anak yang sebegini ada yang mengaitkannya dengan dosa dosa yang dilakukan ibu bapa itu sendiri. Tapi dalam Islam adakah perkara sedemikian? Berikut adalah penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan hal ini.
Tiada nas akhlak buruk anak disebabkan dosa ibu bapa
Tidak ada nas yang jelas yang menunjukkan bahawa akhlak tidak baik anak-anak adalah disebabkan dosa ibu bapa. Nas-nas yang ada ialah tentang kewajipan ibu bapa memberi pendidikan yang baik kepada anak-anak dari sudut pemantapan iman diikuti ibadah dan hubungan yang baik sesama manusia.
Maksudnya: “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.” Surah Luqman (17)
Dalam ayat ini Allah SWT menceritakan perihal Luqman seorang hamba Allah yang soleh yang menasihatkan anaknya, agar menjauhi perbuatan syirik, mengerjakan amal-amal soleh serta berakhlak dengan akhlak yang mulia.
Allah SWT memberi peringatan dengan jelas kepada orang-orang beriman agar memelihara diri mereka dan keluarga dengan membimbing ke arah kebaikan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Tidaklah dilahirkan seorang anak itu melainkan dia lahir dalam keadaan fitrah. Maka kedua ibubapanya yang menjadikannya beragama yahudi atau menjadikannya beragama nasrani atau menjadikannya beragama majusi.” Riwayat Muslim(4805)
Dalam mendidik anak-anak ibu bapa perlu menunjukkan tauladan yang baik dengan mematuhi segala ajaran agama dan ini sudah tentu akan mempengaruhi anak-anak dalam proses pendidikan tersebut.
Imam Ibnu Hajar al-Haitami ada menyebutkan jika ibu bapa bertakwa kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT akan mengurniakan kebaikan dan mempermudahkan segala urusan zuriat mereka dengan memberi keberkatan serta petunjuk dalam kehidupan zuriat-zuriatnya.
Namun sebaliknya, jika ibu bapa mereka tidak melaksanakan perintah Allah dan melanggar larangan Allah, nescaya anak-anak mereka akan berkelakuan sebagaimana kelakuan ibu bapa mereka.
Jika sekiranya ibu bapa telah melaksanakan tanggungjawabnya dalam pendidikan agama anak-anak tetapi anak-anak masih tidak berakhlak dengan akhlak yang baik maka itu adalah satu ujian bagi ibu bapa. Mereka perlu bersabar atas ujian itu dan ia menjadi sebab kepada ganjaran pahala di sisi Allah kepada ibu bapa.
Bagi yang telah kehilangan insan tersayang atau kenalan rapat, digalakkan untuk menziarah kubur mereka, lantaran itu adalah satu perbuatan baik yang dapat memberi keinsafan selain menitipkan doa buat mereka yang telah pergi.
Setelah membersihkan kawasan berhampiran kubur, gunakan kesempatan ini untuk menyedekahkan doa serta membacakan surah-surah al-Quran. Namun adakah perbuatan ini dianjurkan Islam? Apakah yang kita lakukan selama ini (membaca al-Quran) di kubur sekadar ikutan? Kita baca penjelasan lanjut PU Salman menerusi entri di facebooknya. Semoga memberi manfaat buat semua.
Ulama berselisih pendapat tentang hukum membaca al-Quran di kubur. Jumhur ulama mengharuskannya manakala mazhab Maliki berpendapat makruh dan ulama Saudi kata bid’ah (haram).
Pendapat jumhur ulama iaitu mazhab Syafie , Hambali dan Hanafi lebih kuat pandangannya dan menjadi pilihan berdasarkan hujah-hujah berikut:
Tiada nas yang melarang baca al-Quran di kubur. Maka ianya diharuskan secara umum berdasarkan nas-nas yang menyuruh kita membaca al-Quran
Nabi Muhammad SAW meletakkan pelepah pada dua kubur yang diazab penghuninya dan Nabi SAW bersabda:
لعلهيخففعنهما،مالمييبسا Mudah-mudahan diringankan azab mereka berdua selagi belum kering. (HR Bukhari dan Muslim)
Sebahagian ulama mengambil dari hadis ini : Sesungguhnya mayat mendapat manfaat bacaan di kuburnya yang diambil hadis ini berdasarkan diringankan dua penghuni kubur kerana tasbih tumbuhan (pelepah) selagi mana ianya lembap.
Bacaan al-Quran lagi bermanfaat dari tasbih itu. Antara yg berpendapat sebegini ialah imam Khattabi , Ibnu Mulaqqin dan imam Nawawi dalam syarah sahih Muslim.
Imam Ahmad bin Hambal melarang seorang buta membaca al-Quran di kubur. Imam Ahmad pun berkata,”Sesungguhnya membaca al-Quran di kubur itu bid’ah. Lalu Muhammad bin Quddamah al-Jauhari bertanya kepada imam Ahmad “Apa pandangan kau terhadap Mubasyir al-halabi?”
Beliau menjawab “Seorang thiqah (diterima hadisnya).” Lalu Muhammad berkata “Mubassyir telah memberitahu aku hadis dari ayahnya yang berpesan jika dia dikebumikan bacakan permulaan dan penutup al-Baqarah dan dia berkata “Aku mendengar ibnu Umar berkata demikian. Imam Ahmad pun berkata “Kembali engkau berkata kepada lelaki buta tadi dan suruh dia baca al-Quran di kubur.”
Hadis ini diriwayat Khilal dari Abu Bakr bin Sadqah dengan sanad yang hasan (Imam Nawawi dan al-Hafiz) dan Haithami mengatakan perawi thiqah (majmauz zawaid).
Telah sabit Nabi SAW solat di kubur dan solat itu mengandungi ayat al-Quran . Hadis yang diriwayatkan Imam Muslim itu menceritakan Nabi SAW solat di kubur seorang wanita (cleaner masjid) Seusai solat Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya kubur ini dipenuhi dengan kegelapan dan Allah SWT memberi cahaya kubur ini dengan sebab solat ku.
Dan dibacakan di kubur surah al-Fatihah, surah al-Baqarah ayat :1-5, ayat kursi, 2 ayat akhir al-Baqarah , surah Yasin, surah al-Mulk, surah takathur, al-Ikhlas 12, 11, 7 atau 3 kali.
Kesimpulan, perbuatan ini adalah perkara khilaf . Kita di Malaysia majoriti ikut mazhab Syafi’e mengharuskan perkara ini. Malahan sunat hukumnya seperti disebut oleh imam Ramli :
وسنأنيقرأعندهيعنيالقبرماتيسر Dan sunat baca al-Quran di sisinya iaitu di kubur apa yang termampu. (nihayatul muhtaj)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Puasa ganti tapi awal pagi ada pula kawan nak belanja makan-makan, terus tak jadi puasa.Situasi ini mungkin pernah kita lakukan kerana tidak tahu hukumnya.Sebenarnya...