Kasihnya seorang isteri pada suami kerana dirinya tahu di situlah syurganya. Dan pastinya setiap kali tiba hari lahir suami, isteri pasti menjadi orang yang sibuk membuat kejutan untuk pasangan berasa gembira.
Dalam satu perkongsian dari Pencetus Ummah (PU) Hafiz atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Mohd Haneefa yang juga juara musim pertama pada 2014 berkongsi rasa sebaknya di instagramnya, @pu_hafiz berkenaan kejutan hari lahir dibuat isterinya yang kini menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif Covid-19. Malah walau “terkurung” seorang diri di dalam bilik, isterinya tetap membelikan kek dan pelbagai hadiah buat PU Hafiz bagi meraikan hari lahirnya.
Baca perkongsian dibuat PU Hafiz di instagramnya selain dirinya berkongsi nasihat buat mereka yang memasuki usia 40 tahun iaitu seusianya kerana pada usia ini sudah kena mula kurangkan urusan dunia dan melebihkan urusan akhirat.
Ads
Alhamdulillah. Walaupun kami kini diuji dengan Zaujah saya positif Covid 19 sejak dua hari lepas. Beliau tak pernah lupa order hadiah, kek sempena birthday saya. Nak menangis semalam tak dapat iftor Hari Asyura sama2, tak dapat sambut birthday sama-sama.
Mohon doakan Bidadari saya segera sembuh dari ujian Covid 19. Kesian dia duduk di bilik sorang-sorang. Alhamdulillah kami anak beranak semua negatif dan tak bergejala.
Ads
Kepada yang berumur 40 tahun ke atas sudah kena mula kurangkan urusan dunia, perbaharui taubat. Ingatkan buat diri sendiri.
Firman Allah Taala:-
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.
Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.
Al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi adalah seorang laki-laki yang soleh, cerdas, sabar, murah hati, berwibawa dan terhormat. Ia berkata, “Manusia yang paling sempurna akal dan fikirannya adalah apabila telah mencapai usia 40 tahun. Itu adalah usia, di mana pada usia tersebut Allah Ta’ala mengutus Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, dan fikiran manusia akan sangat jernih pada waktu sahur.” (Lihat: al-Wafyat A’yan, Ibnu Khalkan: 2/245). Sumber / gambar : IG @Pu_Hafiz
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Sentiasa doakan kejayaan anak.’ Bapa ini tak sangka kesemua enam anak memilih perubatan sebagai kerjaya dan mengikut jejak langkah.
Sudah tentu sebagai bapa sentiasa mendoakan kejayaan anak, namun dirinya tidak pernah meminta anak-anaknya memilih bidang perubatan sebagai kerjaya. Takdir Allah, kesemua anaknya memilih untuk bergelar doktor sepertinya.
Bukan sahaja mewarisi kebijaksanaan bapa, malah kesemua enam anak Dr Wan Ahmad Kamal Wan Annuar, 72, meneruskan legasi dengan mengikut jejak langkahnya memilih bidang perubatan sebagai kerjaya.
Lima daripada enam anak Dr Wan Ahmad Kamal yang juga pakar perunding perubatan dan kulit, kini bergelar pakar perunding dalam bidang kepakaran masing-masing.
Mereka ialah Dr Wan Syazli Rodzaian, 44, iaitu pakar perunding pembedahan plastik dan rekonstruktif, Dr Wan Syameen Afira, 42, (pakar perunding kulit dan estetik), Dr Wan Syahira Ellani, 39, (pakar perunding histopatologi), Dr Wan Syamir Zharif, 37, (pakar perunding buah pinggang), Dr Wan Syazween Lyana, 36, (pakar perunding kulit dan estetik) manakala Dr Wan Suzanna Maria, 29, ialah doktor perubatan dan peguam.
Dr Wan Ahmad Kamal berkata, beliau dan isteri, Julie Yacob, 68, tidak merancang untuk memastikan kesemua anak mereka menjadi doktor.
Malah, mereka hanya menyangka hanya seorang atau dua daripada mereka yang menceburi bidang itu.
Menurutnya, berkemungkinan, pendedahan beliau merawat pesakit di klinik kepada anak-anak sejak kecil, menimbulkan minat mereka dalam bidang berkenaan.
“Di klinik kulit saya, ada ruang khas untuk keluarga dan anak-anak sering datang ke klinik selepas pulang dari sekolah atau pada masa lapang. Malah, mereka suka melihat saya merawat pesakit dan turut membantu memberikan ubat kepada pesakit,” katanya.
Ditanya berkaitan rahsia kejayaan mendidik anak-anak, Dr Wan Ahmad Kamal berkata, sebagai ibu bapa, mereka sangat mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak dan sentiasa mendorong menanam keyakinan diri.
“Kami juga sentiasa menggalakkan anak-anak untuk mencapai yang terbaik dalam pelajaran dan kehidupan. Di samping itu, kami memberikan pujian walaupun kebaikan yang mereka dilakukan adalah kecil.
‘Ditambah pula, hubungan kekeluargaan di antara kami sangat rapat dan ini menjadikan anak-anak terbuka untuk berkongsi masalah, sama ada berkaitan pelajaran atau lain-lain,” katanya.
Selain itu, kata Dr Wan Ahmad, keluarga mereka juga mempunyai tabiat suka membaca dan ini membantu membentuk kecemerlangan pendidikan anak-anak.
Dr Wan Ahmad Kamal berkata, beliau sering ditanya mengenai makanan yang diberikan kepada anak-anak ketika kecil berikutan kejayaan mereka di dalam pelajaran.
Katanya, beliau tidak mempunyai sebarang makanan khusus yang diberikan kepada anak-anak tetapi menekankan kepada pengambilan makanan segar, seimbang, rendah lemak dan kurang minyak.
“Anak-anak juga lebih menggemari makanan yang dimasak oleh ibu mereka.
“Ibu mereka pula suka bertanya kepada anak-anak makanan yang mereka mahu makan sebelum memasaknya,” katanya.
Dr Wan Ahmad Kamal berharap serta bedoa yang kesemua anak-anaknya terus berjaya dalam kerjaya masing-masing malah dapat memberikan rawatan terbaik kepada pesakit dengan sepenuh hati.
Kashoorga: Kalau berjumpa pasti banyak perkara boleh bersembang bersama, maklumlah dalam bidang yang sama.
Alhamdulillah Allah jaga. ‘Anak berguling ingat drama, sampai sekolah cikgu call beritahu anak luka berdarah.’ Anak dan drama memang sukar dipisahkan.
Tidak dinafikan anak kecil memang sukar diramal dan kadang-kadang ragam mereka memang menguji kesabaran ibu dan bapa seperti mana yang dikongsikan Sukur Ibrahim yang berdepan cabaran membesarkan anak sulungnya.
Ikuti perkongsian Sukur dan hadam apa yang cuba disampaikan ini:
Semalam bangun pagi, Anas menangis yang bukan biasa-biasa. Ibu dia sudah turun awal bawa Wafa untuk bersiap di bawah.
Saya pujuk-pujuk, Anas pun turun tangga sendiri bersama saya. Pernah juga kalau dia emosi pagi-pagi, ibulah kena dukung Anas yang 17 kilogram (kg) itu turun tangga.
Tapi dekat ruang tamu bawah dia sambung menangis, entah apa yang dia mimpi sampai emosi terganggu pun tak tahu.
Anas ni anak yang agak lasak. Dia tak menangis sangat kalau jatuh basikal, terhantuk pintu, jatuh atas jalan tar ataupun kena pukul atau baling barang dengan Wafa.
Tapi dia menangis kalau emosi terganggu. Ibu tak layan dia bermain pun boleh menangis, Wafa runtuhkan bangunan megablock dia menangis, abah tak salam dia pergi kerja pun boleh menangis.
Lepas saya buka baju tidur Anas, dia masih menangis tambah pakej berguling-guling. Bagi menjaga emosi saya juga, saya biarkan Anas dulu bersendirian. Tak lama lepas tu dia bertenang.
Lepas ibu sudah siapkan Wafa, ibu pujuk Anas. Offer buah kegemaran Anas, anggur. Semangkuk lah Anas makan, lepas tu terus pergi mandi. Masa mandi, ibu sapu-sapu kepala Anas, Anas cakap sakit, abah buat.
Ibu anggap Anas tengah sambung drama untuk ke sekolah, jadi dia iyakan je. Tanpa check atau beritahu saya.
Anas pun selamat ke sekolah. Alhamdulillah.
Tiba-tiba dapat mesej dari cikgu sekolah Anas, ada luka dan benjol dekat kepala Anas. Berderau darah ibu dan abah. Tapi luka sudah kering.
Anas beritahu cikgu, dia dekena kat rumah. Rasa nak pergi ambil saja Anas masa tu. Mulalah rasa bersalah yang teramat.
Tapi cikgu inform tak apa, Anas aktif dan ceria. Cikgu pun sudah tolong sapukan ubat luka. Alhamdulillah.
Balik dari sekolah terus peluk Anas dan tanya macam mana dia boleh luka, dia tunjuk tempat dia berguling sebelah tangga dan cakap Abah yang buat.
Siap cakap Anas beritahu ibu sudah abah buat, tapi ibu tak percaya. Dan terus dia menangis. Hahaha. Anak abah ni memang manja. Sabar sajalah.
Agaknya masa dia berguling pusing-pusing itu dia terkena bucu tangga. Alhamdulillah Allah jaga anak abah.
Simpan di sini kenangan membesarkan Anas, anak sulung ibu dan abah yang penuh drama. Setiap hari ibu dan abah belajar perkara hebat dari Anas.
Lain kali, kalau anak-anak cakap sakit, wajib check jangan anggap itu sambungan drama semata-mata.
Lelah bagaimanapun emosi kita, emosi anak tetap tanggungjawab kita. Doakan kami jadi ibu bapa yang penyayang dan bertanggungjawab.
Kashoorga : Semoga kita semua menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk anak-anak.
Dengan izinNya, pasangan yang berkahwin pasti gembira dikurniakan cahaya mata tak kira anak lelaki atau anak perempuan. Ia adalah amanah dan anugerah terindah yang tiada bandingnya.
Anak mampu memberi kebahagiaan, mendekatkan dan meningkatkan kasih sayang antara suami isteri, juga akan mendapatkkan jaminan rezeki dari Allah.
Namun ini tidak bermakna pasangan yang belum dikurniakan anak, tidak akan bahagia hidup bersama; rezeki belum tiba. InsyaAllah berusahalah bersungguh ke arah itu. Dikurniakan anak lelaki atau perempuan bukanlah satu persoalan pun, asalkan sahaja anak itu sihat dan bakal menjadi anak berakhlak tinggi.
Cuma seperkara harus diingat anak lelaki dan perempuan memiliki keistimewaan berbeza antara mereka. Khas untuk kupasan ini, kita ketahui apa keistimewaan dikurniakan anak-anak perempuan.
1. Melindungi Orang Tua Dari Neraka
“Siapa yang diuji dengan kehadiran anak perempuan, maka anak itu akan menjadi pelindung baginya di neraka”. (HR Ahmad).
Jika pasangan suami isteri diberi anugerah dengan anak perempuan dan mampu melalui ujian Allah dalam hal memelihara dan mendidik mereka pada jalan Allah, maka anak-anak solehah ini akan menjadi pelindung kedua orang tuanya dari api neraka.
2. Dekat Dengan Rasulullah
“Siapa yang menanggung nafkah dua anak perempuan sampai baligh, maka pada hari kiamat antara saya dan dia seperti ini (baginda menggabungkan jari jarinya)”. (HR Muslim).
Rasulullah juga memiliki anak perempuan yang amat disayangi dan solehah, iaitu Fatimah Az Zahra. Pada hari kiamat nanti, orang tua yang memiliki dua anak perempuan dan tulus menghadapi kerana Allah, akan mendapat syafaat pada hari kiamat.
3. Jalan Masuk Surga
“Siapa yang memiliki anak perempuan, dia tidak membunuhnya dengan dikubur hidup-hidup, tidak menghinanya, dan tidak lebih mengutamakan anak lelaki, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga”. (HR Abu Daud).
Allah menjamin syurga bagi orang tua yang memiliki anak perempuan dan memperlakukan anak tersebut dengan baik serta tidak membezakan kasih sayangnya dengan anak lelaki.
4. Lebih Dekat Secara Hati Nurani
Mereka memiliki hati yang lebih lembut, lebih dekat dengan orang tua terutama ibu kerana karakter perempuan yang hampir sama. Orang tua wajib menjaga dan melindungi mereka dari jalan atau pergaulan yang salah.
Harus dibiasakan dengan ilmu agama sejak kecil, sehingga ketika dewasa dia akan faham tentang ilmu agama dan memiliki keakraban yang lebih dengan orang tuanya kerana dididik nuraninya untuk menjadi anak yang berbakti.
5. Pelindung Di Hari Kiamat
“Siapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar, memberinya makan dan minum, dan pakaian dari hasil usahanya, maka semuanya akan menjadi pelindungnya pada hari kiamat”. (HR Ibnu Majah).
Jika kita dianugerahkan tiga anak perempuan dan bersabar dalam mengurusnya, bekerja keras mendidiknya menjadi anak solehah, kelak kita akan dilindungi ketika hari kiamat sebab kebaikan kita pada ketiga-tiganya.
6. Cermin Kelembutan Hati
Anak perempuan memiliki hati yang lembut. Umumya mereka terbiasa bermain segala sesuatu yang berhubungan dengan keindahan, seperti anak patung yang cantik atau bermain pondok-pondok.
Hal tersebut cerminan kelembutan hati yang telah Allah tanamkan sejak kecil sebagai ciri khas. Kita harus tahu membentuk mereka menjadi orang yang berhati dan bersikap lembut terhadap orang tua dan sesama manusia.
7. Mudah Dalam Membantu Orang Tua
Anak-anak ini seringkali lebih selesa bermain di rumah daripada di luar. Ini menjadi sisi positif jika kedua orang tua dapat mendidiknya dengan mudah. Orang tua dapat mula melatih kebiasaan tentang kewajiban perempuan sejak kecil, seperti membersihkan rumah dan memasak.
Dengan demikian ibu ayah merasa sangat bertuah ketika anak-anak tersebut sudah mampu membantu. Selain termasuk didikan agar anak berbakti, kebiasaan baik tersebut nantinya akan sangat bermanfaat untuknya ketika dia dewasa, menjadi lebih berdikari dalam hal apapun.
8. Berita Gembira Dari Allah
“Apabila mereka diberi khabar gembira dengan kelahiran anak perempuan, merah padamlah wajahnya dan dia sangat marah… ketahuilah betapa buruknya apa yang mereka tetapkan itu”. (QS An Nahl : 58-59).
Anak perempuan adalah sebuah berita gembira dari Allah. Bagi orang yang menolaknya hal tersebut mereka dipandang buruk oleh Allah sebab Allah amat memuliakan perempuan dengan berbagai syariatNya seperti wajib menutup aurat agar tidak digoda oleh lelaki.
9. Cerminan Ibu
Mereka merupakan cerminan ibunya, jika seorang ibu mampu beri didikan agama dan menghindarkannya daripada pengaruh buruk persekitaran, maka anak tersebut juga akan menjadi wanita yang solehah seperti ibunya. Sebab itu sebagai orang tua, kita harus memberi contoh yang baik terlebih dahulu baru mengajarkan pada anaknya.
10. Kebanggaan Orang Tua
Pada masa sekarang, ramai perempuan memiliki peluang sama dengan lelaki dalam pelbagai hal; pendidikan mahupun pekerjaan. Orang tua yang memiliki anak perempuan dan mampu membesarkan hingga memiliki akhlak mulia, tentu akan merasa bangga sebab mampu menjadian anaknya tersebut sukses dan memiliki kemampuan yang sama dengan anak lelaki.
11. Peluang Untuk Berbuat Baik
“Tidaklah seorang muslim yang memiliki dua anak perempuan yang telah dewasa lalu dia berbuat baik pada keduanya kecuali akan dimasukkan ke syurga”. (Shahih Al Adabil Mufrad).
Kelebihan memiliki anak perempuan merupakan kesempatan atau ladang pahala yang besar dalam Islam. Orang tua yang berjaya menjaga dan mendidik sebaik mungkin sesuai kemampuannya, akan menjadikannya peluang untuk berbuat baik, peroleh pahala dan peluang yang dilorongkan untuk orang tua ke syurga.
12. Meningkatkan Kasih Sayang
“Aku pun melihat Abu Bakar mencium pipi puterinya sambil berkata, bagaimana keadaanmu puteriku?”. (HR Bukhari).
Anak perempuan yang memiliki sifat lebih lembut dan cenderung lebih manja, umumnya lebih disayangi oleh orang tua; lebih diawasi ketika bergaul dan berteman. Hal tersebut merupakan bentuk kasih sayang.
Memiliki anak-anak ini dapat menjadi lubuk meningkatkan kasih sayang, sehingga akan meningkatkan kasih sayang dan rahmat Allah pula bagi orang tuanya.
13. Dimuliakan Allah
Jelas dari berbagai ayat Al Qur’an dan hadis bahawa wanita selalu dimuliakan dan dilindungi, hal tersebut berlaku sejak kecil, selama masa dewasa, juga setelah anak perempuan tersebut berkeluarga.
14. Darjat Yang Sama
Mereka memiliki kedudukan sama dengan anak lelaki. Mereka tidak berbeza dalam hal kepandaian dalam pendidikan mahupun dalam pekerjaan paling utama tidak memiliki perbezaan di sisi Allah, semua memiliki kesempatan yang sama untuk beribadah dan mendapat jalan berbuat baik yang sama juga.
15. Lebih Cerdas Dalam Ilmu Dan Menerima Nasihat
Mereka cenderung menurut dan memudahkan orang tua dalam memberi ilmu dan memberi nasihat. Memang tidak semuanya baik dan penurut, hal itu bergantung daripada cara orang tuanya mendidik sejak kecil dan bagaimana cara orang tuanya menanamkan kesedaran nurani Islami di hati anaknya.
Anak-anak yang solehah, akan tetap mengingat nasihat orang tuanya untuk menjaga diri dan melakukan yang terbaik dalam setiap urusannya, hal itu dapat terjadi jika orang tua berhasil menanamkan rasa bakti sejak kecil.
Jangan lupa bersyukur, mengajarkan kebaikan dan memberi yang terbaik untuk anak kita.
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.