Tiada manusia di dunia yang cukup sifatnya tidak mahu dikahwini dan mengahwini. Atas usaha, doa dan tawakal dalam mencari pasangan hidup, InsyaAllah dikurniakan pasangan sesuai.

Bagi seorang lelaki, perlu memperlengkapkan diri rohani dan jasmani menjadi suami yang soleh; membimbing keluarga sakinah. Begitu juga Muslimah, agar dapat menjadi isteri mithali. Bagi bakal pengantin lelaki, bagi memastikan pilihan itu tepat ada empat kriteria asas perlu diperhatikan sebelum bercita-cita untuk berumahtangga.

Nabi Muhammad SAW ada bersabda;
“Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung,” (HR Bukhari)

Artikel berkaitan: “Di mana Jodohku”, Jangan Tergesa Buat Keputusan Sebab Takut Tak Kahwin

Artikel berkaitan: Netizen Otai Balas Pertanyaan Gadis Tip Pasangan Lebih 5 Tahun Kahwin Kekal Bahagia

Ketaatan wanita kepada agama adalah faktor paling penting. Wanita yang taat pada agama, tahu menjaga dan membawa diri nya berlandaskan ajaran agama Islam. Tidak taat kepada agama, mana mungkin dia mampu menjadi isteri solehah.

Ada sesetengah wanita MAKRUH dikahwini berikutan beberapa kriteria yang dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya iaitu Ihya’ Ulumuddin. Kitab ini ada menjelaskan enam jenis wanita yang makruh dikahwini. Apakah kriteria enam wanita itu?

Enam Jenis Muslimah Makruh Dikahwini

1.Suka Merungut Dan Tidak bersyukur (Annanah)

IKLAN

Wanita yang suka merungut, mengeluh dan mengadu pelbagai perkara menunjukkan dia tidak tahu bersyukur. Bersyukur amat penting dalam menjaga kerukunan rumah tangga. Isteri yang tidak tahu bersyukur tidak akan tahu menghargai apa pun pemberian yang diberikan suami. Sering berasa tidak cukup.

Apabila kehidupan rumahtnagga tidak sebagaimana yang dia mahukan, maka isteri akan berkeluh kesah dan tidak mustahil mengucapkan rasa penyesalan berkahwin hingga mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati suami.

Lebih parah lagi wanita jenis ini suka mengadu akan hal ini kepada orang luar sehingga membuka aib suami. Jika bakal isteri anda ada sifat ini, maka hukumnya MAKRUH dikahwini. Bagi wanita pula, jika anda ada sifat ini, hentikan segera kerana bimbang semua lelaki akan menjauhkan diri.

2. Suka mengungkit (Mananah)

Ini adalah jenis wanita yang suka mengungkit kebaikan yang pernah dilakukannya. Menikahi wanita yang suka mengungkit ini akan menghambat peranan suami sebagai pemimpin keluarga.

IKLAN

Apabila mengungkit kebaikan yang sudah dilakukannya terhadap suami, ini jelas membuktikan bahawa dia tidak ikhlas dalam hubungan suami isteri. Dengan mengungkit juga akan menyebabkan suami rasa terhina.

3. Tidak Mahu Terima Hakikat (Hananah)

Wanita Hananah adalah wanita yang tidak dapat terima hakikat yang dia memiliki suami yang tidak setanding dengan orang atau perkara yang terdahulu. Lebih mudah difahami sebagai wanita yang tidak move on.

Apabila tidak move on, tidak mustahil dia akan membuat perbandingan. Tatkala perbandingan dibuat, wanita ini telah memperkecilkan suami. Ada ke suami yang tak sakit hati kalau diperkecilkan?

4. Pemboros (Haddaqah)

IKLAN

Ramai juga wanita yang begini. Kalau bahasa kasarnya seperti pisau cukur, boros menghabiskan wang suami dengan membeli barang atau perkara tidak berfaedah. Memboros akan membawa kepada pembaziran.

Islam tidak suka manusia yang sukakan pembaziran kerana ia adalah sifat syaitan. Wanita seperti ini MAKRUH dikahwini.

Enam Jenis Muslimah Makruh Dikahwini
Wanita yang pemboros makruh dikahwini

5. Wanita Yang Bersolek Berlebihan dan Suka Bersendirian (Barraqah)

Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa barraqah ini terbahagi kepada dua:

  1. Wanita yang suka berhias sepanjang hari, walaupun dia berhias supaya tampil cantik di hadapan suaminya dengan solekan berlebih-lebihan hingga boleh mengalahkan solekan model.
  2. Wanita yang tidak mahu makan dan suka mengurung diri sendirian. Dengan kata lain, dia jenis yang penyedih dan seperti hidup di dunianya sendiri.

6. Cerewet, Membebel dan Mencela (Syaddaqah)

Wanita seperti ini jika diberi peluang bercakap, segala yang keluar dari mulutnya adalah bebelen yang tidak penting. Kadangkala memang menyakitkan hati. Dia juga seorang yang cerewet tidak bertempat. Segalanya mahukan kesempurnaan.

Apa sahaja yang terlihat olehnya, ada sahaja yang dia tidak puas hati dan membebel tanpa henti. Jika banyak bercakap dan membebel, sudah tentu akan keluar perkataan-perkataan mencela yang kurang enak didengar. Takut-takut jatuh fitnah. Ini sangat bahaya untuk kesejahteraan rumahtangga. Wanita seperti ini, adalah MAKRUH dikahwini.

Kashoorga : Kita sudah tahu enam jenis wanita yang MAKRUH dikahwini. Oleh itu, jika ada sifat ini, maka berubah lah segera dan jangan ulangi.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI