Kini anda boleh saksikan kupasan kemusykilan agama menerusi Jalan Kashoorga! Dalam menjalani kehidupan harian pastinya kita menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran yang berbeza-beza.
Bagi memastikan kita tidak lari dari landasan syarak, maka kita perlu merujuk al-Quran dan sunnah Nabi SAW sebagai panduan.
Namun sebagai manusia biasa, normal lah kalau kita tergelincir dan terbabas dalam menjalani rutin sebagai hambaNya.
Justeru, agar tidak terus alpa dan lari jauh dari ajaran agama, kita perlukan dekatkan diri dengan insan-insan soleh dan solehah, merujuk bahan bacaan dan boleh juga mendengarkan kupasan persoalan hal-hal agama dalam majlis ilmu.
Ingin membantu sama masyarakat mendapatkan huraian persoalan hal agama, Kashoorga tampil dengan program rancangan berbentuk talkshow santai yang disiarkan di Youtube menerusi saluran Jalan Kashoorga.
Ads
Program kupasan soal jawab kemusyikalan agama ini diterbitkan untuk tayangan berdurasi 15 minit dan akan bersiaran dua kali sebulan setiap Jumaat jam 8 malam. Jalan Kashoorga adalah inisitif terbaharu Kashoorga setelah program Tazkirah Kashoorga mendapat sambutan ramai.
Pengacara tetap Jalan Kashoorga iaitu Mohd Fadzly Fuad dipertanggungjawabkan mengacara Jalan Kashoorga dengan mewawancara program secara santai ini bersama panel-panel jemputan yang berbeza setiap episod.
Ads
Banyak soalan-soalan menarik dan hangat akan dijawab secara telus oleh pihak panel jemputan.
Untuk musim pertama ini sebanyak 24 episod akan disiarkan dan empat episod sudah pun disiarkan di saluran Youtube Jalan Kashoorga iaitu di https://youtu.be/7Pax59I4NkA
Subscribe segera program talkshow ini kerana ada banyak lagi kupasan tajuk menarik dan hangat buat anda. Berdakwah dalam suasana santai. Pendekatan santai ini diambil bagi memberikan aura berbeza dan tidak terlalu berat untuk dihadam oleh penonton.
Jangan lupa saksikannya setiap Jumaat jam 8 malam dua kali sebulan. Promosi berterusan akan disiarkan menerusi laman Facebook dan Instagram Kashoorga.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Mulai hari ini, bagi mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin boleh mula menonton filem-filem hebat di pawagam. Ini kerana pawagam sudah mulai dibuka dengan kapasiti 50 peratus tempat duduk seperti diumumkan oleh pihak berkuasa.
Bagaimana pun isu mendapat reaksi dari orang ramai yang bertanya mengapa kapasiti masjid dan surau tidak diberi kelonggaran sebegini (biarpun ramai tahu masjid dan surau di bawah pengurusan pihak berkuasa negeri masing-masing) namun masyarakat melihat ada kelompongan “idea” dalam isu ini.
Ternyata dengan pembukaan pawagam ini juga mendapat reaksi daripada pendakwah, Ustazah Asma’ Harun di fb rasminya yang berkongsi pertanyaan dan kerisauannya berkaitan isu ini kerana dengan ruang yang tertutup, penyebaran Covid-19 boleh berlaku dengan mudah.
Baca kerisauan disuarakannya.
KENAPA? Iya, kita faham, mereka juga perlu cari pendapatan, dan kita tahu memang berjuta rakyat hilang kerja dan tukar sumber rezeki kesan daripada pandemik. Saya percaya mereka yang terlibat dengan dunia pawagam juga melalui hal yang sama termasuk para artis filem, ramai yang dah ada sumber pendapatan lain. Maksudnya mereka tidaklah bergantung pada sumber pawagam semata-mata.
Mungkin saya yang berfikiran pendek dan cetek, saya bayangkan, jika seorang sahaja pembawa, dalam tempoh 2 jam berada dalam pawagam, tempat tertutup dan berhawa dingin, ia sangat berisiko. Bimbang bukan pecah rekod tayangan atau blockbuster, tapi pecah rekod C19.
Belum cerita bab pergaulan bebas, buka ruang maksiat muda mudi dll. Jika satu pihak penuh dengan hati-hati dalam membuka ruang berkumpul, manakala pihak yang lain begitu mudah walaupun lebih berisiko, ia adalah sesuatu yang sangat tidak seimbang, seolah kurang muafakat dan teliti.
Maaf sangat, saya baca di ruangan komen KKM memang ramai yang tak puashati dan banyak pihak buat perbandingan dengan masjid yang masih belum dibuka untuk kapasiti mengikut keluasan, kuliyah dhuha dan lain-lain pengajian agama, tetapi pawagam dengan kapasiti 50% dibenarkan?
Namun kita akur dan yakin pihak berwajib buat keputusan terbaik mengikut situasi semasa berdasarkan kajian dan penilitian yang mendalam berkaitan Masjid dan surau, Kita juga faham dan hormati bahawa Pengurusan Agama adalah di bawah kuasa negeri masing-masing. Kita masih perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan Endemic. InsyaAllah tak lama lagi kerinduan kita kepada Masjid, surau dan majlis ilmu alam nyata akan jadi kenyataan
Siapa tidak mengenali mualaf dari Korea Selatan yang sangat popular, Ayana Moon. Sudah lama dia memilih Islam sebagai agama barunya dan hingga kini masih lagi kekal istiqamah.
Tahun ini lebih istimewa kerana gadis berusia 25 tahun ini menjalani ibadah puasa bersama adik lelakinya, Aydin Moon yang mengikut jejak langkahnya masuk Islam sekitar Mei 2019 lalu.
Tahun ini merupakan kali pertama adiknya berpuasa dan bagi Ayana kegembiraan menyambut Ramadan kali ini kerana pertama kali mereka berpuasa bersama dan dia mempunyai teman untuk berbuka.
Malah adiknya juga turut belajar mengaji sepanjang di bulan puasa ini melalui jadual yang disusun olehnya. Seperti dia, adiknya juga turt bersemangat menjalani ibadah puasa buat kali pertama.
Dalam posting di laman Instaramnya, Ayana yang kini berhijrah ke Indonesia turut mengucapkan Ramadan al-Mubarak kepada followernya yang kini berjumlah 2.6 juta dengan muat naik foto dia dan adiknya menunggu waktu berbuka di Seoul, Korea Selatan.
Posting di muat naik turut mendapat respon baik dari warganet. Masing-masing turut mengucapkan salam ramadan kepada Ayana dan adiknya yang baru bergelar mualaf.
TAUBAT berasal dari perkataan bahasa Arab “taa-ba” yang bererti kembali. Ia satu bentuk penyerahan diri kembali pada Allah selepas menyedari diri sudah melakukan dosa dan ia mengkehendakinya. Dan siapa pun yang menghendaki untuk menempuh jalan menuju Allah, sesungguhnya Allah telah memanggilnya lebih dahulu (Q.S. Al-Insaan [76]: 29-30).
“Sesungguhnya ini adalah sebuah peringatan: Barang siapa yang menghendaki, biarlah ia mengambil jalan menuju Rabb-nya. Dan tiadalah kamu akan berkehendak (menempuh jalan itu), kecuali jika itu dikehendaki oleh Allah. Sungguh, Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Q.S. Al-Insaan [76]: 29-30)
Namun, pernahkah kita memikirkan perihal diterima atau tidaknya taubat yang kita lakukan itu? Jangan sampai taubat yang kita lakukan itu bernilai sia-sia. Tapi, cuba perhatikan sabda Nabi shallallahu’alaihi wasallam berikut ini:
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba, selama (roh) belum sampai di kerongkong” (HR. Tirmidzi, dari Ibnu Umar Radhiyallahu’anhuma). Berdasarkan hadits tersebut, jelas sekali bahawa Allah akan menerima taubat selama roh belum sampai di kerongkong, ertinya selama kita masih hidup. Lalu, taubat yang bagaimanakah benar-benar Allah menerimanya?
Jawabannya adalah taubat iaitu taubatan nasuha. Taubat yang sungguh-sungguh adalah bertekad tidak ingin mengulangi perbuatan dosa lagi. Allah Ta’ala memerintahkan untuk melakukan taubat yang benar-benar ikhlas dilakukan.
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuha (taubat yang semurni-murninya).” (QS. At Tahrim: 8)
Ibnu Katsir menerangkan mengenai taubat yang tulus yang pernah dikongsikan oleh para ulama, “Taubat yang tulus iaitu dengan menghindari dosa untuk saat ini, menyesali dosa yang telah lalu, bertekad tidak mengulangi dosa itu lagi di masa akan datang. Lalu jika dosa tersebut berkaitan dengan hak sesama manusia, maka ia harus menyelesaikannya atau mengembalikannya.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 7: 323).
Anas bin Malik menceritakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Allah Ta’ala berfirman,
”Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau menyeru dan mengharap pada-Ku, maka pasti Aku ampuni dosa-dosamu tanpa Aku pedulikan. Wahai anak Adam, seandainya dosamu membumbung tinggi hingga ke langit, tentu akan Aku ampuni, tanpa Aku pedulikan. Wahai anak Adam, seandainya seandainya engkau mendatangi-Ku dengan dosa sepenuh bumi dalam keadaan tidak berbuat syirik sedikit pun pada-Ku, tentu Aku akan mendatangi-Mu dengan ampunan sepenuh bumi pula.” (HR. Tirmidzi no. 3540. Abu Isa mengatakan bahwa hadits ini ghorib. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini sahih).
Ketahuilah, ketika kita memilih untuk bertaubat dan melakukannya, kemudian beriman lalu beramal soleh, maka Allah akan mengganti keburukan-keburukan dalam diri kita menjadi kebaikan-kebaikan. Bagaikan pohon, setelah dedaunan yang kering, layu lalu gugur dan dibersihkan, ia akan menumbuhkan dedaunan yang baru, yang segar: untuk menerima cahaya, agar ia boleh berbuah.
Namun, ternyata tidak semua taubat diterima, apa lagi jika hanya ucapan saja. Taubat yang diterima Allah adalah taubat yang diikuti dengan memperbaiki semua kehidupan kita dan berjanji tidak lagi mengulanginya lagi.
Maka barangsiapa bertaubat setelah zalimnya dan mengadakan perbaikan, maka sungguh, Allah akan menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. – Q.S. Al-Ma’idah [5]: 39.
Jadi taubat yang diterima Allah adalah taubat yang kita tidak mengulangilah lagi kerana itulah sebenar-benar taubat. Masa yang sama, kita akan sentiasa memperbaiki amalan hidup kita, menjauhi yang buruk dan memilih sebaik-baik kehidupan tanpa melihat masa lalu yang sudah kita tinggalkan.Itulah tanda bahawa taubat kita sudah diterima Allah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.