‘Saya ke Tanah Suci dalam keadaan masih ada implant di dada.’ Panggilan ke Mekah, detik Mohd Khairolizan Atan, 44, tinggalkan dunia transgender.

Siapa sangka dirinya berubah selepas menjejakkan kaki ke Mekah. Benarlah hidayah tidak mengenal siapa pun.

Empunya diri juga sudah pasti tidak menyangka panggilan ke Mekah membuatkan dia nekad tinggalkan sonsang yang selama ini menjadi darah dagingnya.

Artikel Berkaitan:

‘Apa Nak Buat Jika Datang Haid Di Mekah?’ Cari Pintu 79, Khas Untuk Wanita Uzur Bermunajat

‘Guna Influencer Atau Ustaz Famous Kaut Untung Atas Angin.’ Waspada Sindiket Badal Haji Di Mekah

Saya Ke Tanah Suci

“Perasaan saya pertama kali menjadi tetamu Allah, sudah pasti sebagai orang yang banyak dosa terfikir Allah tidak akan ampunkan dosa-dosa saya. Itu yang ada dalam fikiran saya pada ketika itu.

‘Rupanya apa yang saya fikirkan adalah salah sebenarnya, situasi apabila saya sampai di depan Kaabah. Saya menitiskan air mata dan diri ini terasa kerdil kerana akhirnya saya dapat juga menjejakkan kaki.

‘Memang perasaan tengok Kaabah depan mata memang cukup berbeza. Sebelum saya terbuka hati ke sana, saya didatangi mimpi yang saya memakai ihram. Dua kali mimpi yang sama datang. Ketika itu memang tak pernah terfikir akan jejakkan kaki ke Mekah,’ luah Khairol jujur.

Dalam Keadaan Masih Ada Implant Di Dada

Tanpa Khairol sangka, rupa-rupanya ahli keluarganya yang menjentik hatinya untuk ke sana. Mengikut perancangan, memang keluarganya akan pergi tunaikan umrah termasuklah Ibu, ayah serta adik-beradiknya yang lain. Khairol sedari awal memang tiada hasrat untuk pergi bersama.

“Tapi Allah jentik hati bapa saya untuk bawa saya sekali untuk tunaikan umrah kerana dia didatangi mimpi bahawa sayalah yang akan membantunya ketika menunaikan umrah. Tetapi untuk pengetahuan semua, pada ketika itu saya masih bukan dalam keadaan begini.

‘Ketika tunaikan umrah buat kali pertama, diri saya masih dalam keadaan ada implant di dada. Tapi dalam masa yang sama, saya nekad untuk lakukan ibadat umrah walaupun apa pun yang berlaku pada saat itu,’ katanya lagi.

Panggilan Ke Mekah

Dirinya menganggap apa yang ibadat umrah yang ditunaikan itu adalah rezeki dan hadiah daripada Allah buat dirinya. Sejak itu, dunia Khairol yang pernah dikenali dengan panggilan Julia berubah dan kembali kepada fitrah.

Jelas Khairul lagi, dirinya juga pernah bermimpi didatangi api neraka. Mimpi ngeri tersebut, bukan sahaja membuat dirinya tersentak dari terus bergelumang dalam dosa malah memberi sinar baharu arah hidupnya.

Baca Di Sini:

‘Pakai Seluar Putih Di Arafah, Cuci 7 Kali Air Masih Hitam.’ Tak Jadi Merungut, Bila Ibu Bagi Ingatan Menusuk Kalbu

Ashraf Muslim Tak Pernah Menabung, TAPI Allah Makbulkan Doa Dapat Tunai Haji Di Usia Muda

Detik Tinggalkan Dunia Transgender

“Saya pernah mimpi dibakar api marak. Dalam mimpi itu, saya menjerit ketakutan dan meminta tolong daripada keluarga dan adik beradik saya, tapi tiada siapa yang dapat membantu saya.4

“Tetapi ajaibnya apabila saya meminta pertolongan Allah dan menyebut kalimah nama Allah berkali-kali, api yang marak itu tiba-tiba makin surut dan semakin hilang. Ia menyebabkan saya terjaga dari tidur dan mula memikirkan maksud mimpi saya itu.

“Akhirnya saya nekad menyahut hidayah Allah, sebelum membuang implan payudara yang dilakukan di Thailand dan kembali kepada fitrah lelaki,” katanya yang kini aktif dalam NGO, Pertubuhan Kebajikan Kembara Hijrah Johor yang ditubuhkannya sejak tiga tahun lalu.

Ikuti perkongsian detik Mohd Khairolizan Atan, 44, dalam episod 1 Tatamu Haramain dan apakah perubahan terbesar yang dirinya hadapi selepas pulang dari Makkah:

Kashoorga: Bila mana kita berasa berdosa dan melakukan kesilapan yang berat, kembalilah pada Allah dan bertaubat.

Sumber: Tetamu Haramain Episod 1

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI