Islam agama yang cukup indah dan syumul kepada seluruh umat di dunia ini. Tidak hairanlah, Nabi Muhammad SAW dipilih di tempat pertama dari 100 orang tokoh terkemuka dunia kerana menyebarkan keamanan dan rahmat ke seluruh alam.
Dalam surah Saba, ayat 28 Allah SWT menjelaskan mengenai Islam sebagai agama yang kekal, bersifat umum dan menyeluruh. "Dan kami tidak mengutuskan kamu melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita dan sebagai pemberi peringatan.
Satu perkongsian dari Dr Soo Wincci yang berkongsi di instagramnya bahawa dirinya selesai menghabiskan puasa enamnya untuk tahun ke 10 cukup mengagumkan peminatnya. Walau bukan beragama Islam dan pernah ditanya akan agama dianutinya, Dr Soo Wincci hanya memaklumkan dirinya adalah “Malaysian” namun sejak 10 tahun lalu dirinya tidak pernah meninggalkan puasa di bulan Ramadhan dan puasa enam sunat Syawal.
Ads
Selain berkongsi selesai melakukan ibadah puasa enam yang ganjarannya cukup banya, Dr Soo Wincci turut turut mengumumkan tawaran melakukan double PhD yang bukan mudah dan tidak semua berjaya melakukannya semasa di peringkat Doktor Falsafah lagi kerana ia memerlukan mental yang cukup tinggi.
Ads
Dr Soo Wincci berkata, dirinya telah bertemu pensyarah yang juga penyelia akademiknya untuk menghabiskan perjalanan PhD keduanya dengan “double doctorate”.
Tambahnya lagi, dengan satu PhD, dirinya sudah boleh graduate tapi dia sengaja ingin mencabar dirinya dengan mengambil double PhD bagi memecahkan rekod untuk Malaysia dan di Sepanyol. Tulisnya lagi, mari kita rerusaha bersama-sama, katanya lagi.
Sebelum ini dirinya telah berjaya menamatkan Doktor Falsafahnya di Open Universiti Malaysia dan kini sedang mengikuti pengajian PhD keduanya di Sepanyol.
Ramai pengikutnya menjelaskan ia sesuatu yang amat mengagumkan dan mampu menjadi inspirasi buat semua wanitadi luar sana.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hidayah itu tidak mengenal siapa dan berapa usia untuk seseorang itu layak menerimanya. Allah berhak menentukan siapa yang akan menerima hidayah dariNya.
Seperti yang tular di media sosial sebelum ini di mana seorang wanita warga emas yang kembali pada agama fitrah dengan memasuki Islam pada 20 Disember 2019 lalu.
Wanita ini mengucap dua kalimah syahadah pada usia 84 tahun dan perjalanan Islam Marian Revert memang jadi insprasi kepada semua.
Dia yang sudan melewati usia emas ini sangat gigih belajar mengenai Islam setiap hari dan jurnal perjalanan ıslamnya juga telah di muat naik di laman Instagram seseorang.
Menerusi perkongsian di Twitter Muslim Daily, Mariam dikatakan datang seorang diri ke masjid untuk bertanya sama ada beliau layak atau tidak bergelar seorang Muslim.
Ini kerana, beliau tidak mempunyai saudara-mara di dunia ini dan menjadi anak yatim ketika usianya masih kecil.
Imam masjid nyata sebak mendengar kisah yang dilalui Mariam lalu mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.
Buat masa ini Mariam dikatakan sangat gigih melancarkan ucapan syahadah dan dia sangat gembira dengan pengislamannya ini.
Setakat ini Mariam sudah mulai mempelajari surah-surah dalam al-Quran dan cuba menghafalnya. Dapat didengar dengan jelas bahawa warga emas ini gigih mempelajari menyebut Alhamdulillah daripada orang lain.
Malah dia juga sedang berlatih serta bersemangat dengan apa yang dilakukan sekarang. Mariam juga banyak mempelajari ilmu baru setiap hari. Walaupun sudah berusia emas dia tetap berusaha menjadi Muslim yang baik hanya kerana sudah jatuh hati dengan Islam.
KASHOORGA: Terharu dengan kisah Mariam yang sudah berusia tetapi masih tegar belajar islam. Kita doakan semoga Mariam kekal istiqamah dengan agama barunya ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam masyarakat kita, amalan membawa air bunga untuk disiram di atas pusara sudah menjadi kebiasaan setiap kali menziarahi kubur ahli keluarga. Ada juga yang mencabut rumput panjang, menabur bunga dan membaca surah Yasin ketika berada di tanah perkuburan.
Namun, apakah hukum sebenar di sebalik amalan-amalan ini? Adakah ia termasuk dalam perkara wajib atau sunat ketika menziarahi kubur atau sekadar adat yang diamalkan turun-temurun?
Hakikatnya, terdapat beberapa salah faham tentang adab menziarahi kubur yang masih berlaku dalam masyarakat.
Menyiram air bunga atau menabur bunga di atas kubur merupakan adat yang biasa diamalkan oleh masyarakat. Hukumnya adalah harus, bukannya satu kewajipan atau syarat sah ketika menziarahi kubur.
Air boleh disiram dengan tujuan melembabkan dan memampatkan tanah supaya tidak mudah terhakis. Tumbuhan yang masih hidup juga dipercayai sentiasa bertasbih kepada Allah SWT selagi belum kering.
Bagaimanapun, seseorang tidak boleh beriktikad bahawa air bunga atau bunga yang ditaburkan mampu membantu si mati atau mengurangkan azab kubur. Segala manfaat dan pengampunan hanya datang daripada Allah SWT.
Mencabut rumput yang terlalu panjang bagi menjaga kebersihan dan kekemasan kawasan kubur adalah dibenarkan.
Namun, elakkan mencabut tumbuhan yang masih hidup tanpa keperluan. Ini kerana tumbuhan tersebut juga bertasbih kepada Allah SWT selagi masih hidup.
Sekiranya rumput itu mengganggu laluan, menutup batu nisan atau menyebabkan kawasan kubur kelihatan tidak terurus, ia boleh dibersihkan dengan berhati-hati.
Antara salah faham yang sering timbul ialah wanita dalam keadaan haid tidak dibenarkan memasuki kawasan perkuburan.
Hakikatnya, wanita haid tidak haram memasuki tanah perkuburan seperti mana larangan memasuki masjid. Namun, hukumnya adalah makruh dan boleh menjadi haram sekiranya wanita tersebut tidak dapat mengawal emosi sehingga meratap secara berlebihan.
Menurut penjelasan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, kebimbangan tersebut termasuk perbuatan menjerit, menampar pipi, mengoyakkan pakaian atau meratap seperti amalan masyarakat jahiliah.
Daripada Abu Malik al-Asy’ari RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Bukanlah daripada golongan kami mereka yang menampar-nampar pipi, mengoyak-ngoyakkan baju dan meratap sebagaimana ratapan orang zaman jahiliah.”
Riwayat al-Bukhari (1232)
Oleh itu, wanita haid dibenarkan menziarahi kubur selagi menjaga adab, menutup aurat dan mampu mengawal emosi.
Memijak, duduk atau berdiri di atas kubur secara sengaja merupakan perbuatan yang dilarang.
Larangan ini bertujuan menjaga kehormatan si mati dan menghormati kawasan perkuburan. Ketika berjalan di tanah perkuburan, seseorang hendaklah berhati-hati agar tidak memijak atau melangkah di atas pusara.
Sekiranya keadaan kawasan sempit atau kedudukan kubur tidak jelas, bergeraklah dengan cermat dan pilih laluan yang tidak mengganggu kubur lain.
Membaca surah Yasin ketika menziarahi kubur merupakan amalan yang biasa dilakukan oleh masyarakat. Membaca al-Quran adalah amalan yang baik, namun ia bukan syarat wajib bagi ziarah kubur.
Perkara paling utama ketika menziarahi kubur ialah memberi salam kepada penghuni kubur dan mendoakan keampunan serta rahmat buat mereka.
Sekiranya tidak membawa surah Yasin atau tidak menghafalnya, seseorang boleh membaca surah al-Fatihah, ayat-ayat al-Quran yang mudah atau berdoa dengan doa ringkas.
Tujuan utama ziarah kubur bukan sekadar membaca surah tertentu, tetapi untuk mendoakan si mati dan mengingatkan diri tentang kematian serta kehidupan akhirat.
Kesimpulannya,melakukan amalan-amalan yang dinyatakan di kubur adalah amalan yang dibenarkan dan tidak dianggap sebagai kewajipan atau syarat sah ziarah kubur. Dan selagi mana ia juga tidak bercanggah dengan ajaran agama Islam.
Datanglah ke tanah perkuburan dengan hati yang tenang, menjaga tingkah laku dan menghormati pusara yang ada.
Berikan salam kepada ahli kubur, doakan keampunan buat mereka dan jadikan ziarah tersebut sebagai peringatan bahawa setiap manusia juga akan kembali kepada Allah SWT.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Baru-baru ini Datuk Prof Dr Muhaya, 62 tahun telah diundang ke program Next To Neelofa sebagai tetamu jemputan.
Ternyata perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Doktor Pakar Bedah Mata ini sahaja telah mengundang sebak pengacara popular ini, tetapi juga penonton yang menyaksikan di kaca televisyen.
Assalammualaikum semua pembaca. Aku baru ja habis tengok talk show Next to Neelofa tadi. Minggu ni Neelofa berbual dengan professor Dr Muhaya.
MASHA ALLAH FIRST TIME AKU MENANGIS YE TENGOK RANCANGAN INI, SEBAB SEBELUM-SEBELUM INI TAKDELAH SEBAK SANGAT TAPI TAK TAHU LAH KENAPA AYAT-AYAT DR MUHAYA NI BETUL-BETUL MENUSUK DI DADA. MUNGKIN SANGAT RELATABLE DENGAN HIDUP SENDIRI KUT.
Aku rasa nak kongsi sangat dengan semua orang sebab bagi aku, kebelakangan ini ramai sangat di kalangan kita yang tertekan stress Dan sebagainya sehingga kita tak tahu macam mana nak atasi dan nak bantu kawan kita.
Tapi lepas dengar ilmu yang di kongsi Dr Muhaya, hopefully dapat bantu kita. Selain itu dia ada juga kongsi tips- tips parenting yang kita boleh buat kepada anak-anak kita.
Dia kata aura ni ada 3 aspek. Spiritual, hati Dan fizikal. Nak dapat aura positive ketiga-tiga ni mesti di jaga. Kalau kita ni hanya pandai berfashion Tetapi spiritual Dan hati zero, tetap kita tak terpancar aura positive tu.
Apa yang penting sangat aura positive ni? Supaya orang senang dengan kita, Orang buat baik dengan kita, Rezeki senang dapat Dan bermacam-macam lagi benda yang baik.
Kalau hati pula, kita kena bersihkan hati kita. Macam mana? Kita Jangan judge orang. Kita layan semua orang baik-baik kerana mereka ini Makhluk Allah sama macam kita. Zikir selalu kerana ini makanan untuk hati kita dan Rohani kita.
Dan hal ini berkait rapat dengan spiritual, kita set kan dalam otak kita, kita hidup hendak dapatkan keredhaan Dan Rahmat Allah. Kita kena tanam goal kita, kita nak di pengakhiran kita itu SYURGA Allah.
So, of course bila cerita macam ni mesti ada yang kata, “cakap boleh lah Cuba kau duduk tempat aku baru kau tahu rasa”. Faham, aku pun macam ni tadi. Walaupun kita tengok hidup orang itu nampak bahagia, Jangan di sangka tiada ujian besar menimpanya.
Dr Muhaya ada cerita, masa dia nak Tingkatkan 5 nak ambil SPM, 3 bulan sebelum SPM parents dia bercerai. Ayah dia poligami.
Masa tu dia sangat down. Kotak habis, dekat asrama dia menangis tak berhenti Tetapi, dia cepat-cepat fikir rasional. Kalau dia layan kan sedihnya Dan tak fokus belajar, Ibu dia akan Bertambah lagi kecewa kalau dia tak berjaya.
So, nak tak nak dia paksa diri dia fokus belajar, set dalam otak demi Ibunya. Demi maruah Ibu Agar tidak di kecam orang kampung sebab belajar dekat sekolah Tun Fatimah, sekolah pandai.
Masa ayah dia kahwin lain, dia anak pertama yang boleh terima mak tiri dia sebab dia cuba maafkan ayah dia. Dia kata ibarat tangan digigit racun, tak kan kita nak biar kan racun tu merosakkan seluruh badan kita?
Mesti kita cepat-cepat nak buang racun tu. Sama juga dengan dendam Dan kemaafan. Kalau kita tak maafkan, sampai bila-bila kenangan itu akan meracuni diri kita yang akan Menjadikan diri kita seorang yang sangat negative dan toksik.
Part ini aku dah start menangis sebab aku pun memang ada isu dengan parents dan kenalan aku. Aku tak boleh nak maafkan mereka, walaupun tak berdendam tapi memang betul, tetap merasa diri ini terlalu negative, tak tenang Dan stress.
Next, pasal anak dia. Rupanya ada anak dia sorang yang meninggal dunia masa umur 11 tahun tanpa sebab. Cuma collapsed sahaja. Post mortem pun kata tak ada punca.
Masa tu dia memang sedih, yelah anak dah tak ada. Tapi pada masa yang sama dia ingat pesan arwah tok guru Nik Aziz, kita hidup nak khusnul khotimah dan syurga Allah.
So, dia cuba kuatkan diri dia Dan sempat mengatakan pada jenazah anaknya, “Ibu hantar ke syurga ye, nanti jemput Ibu”. Part ni nangis jugak la.
Dalam setiap ujian-ujian yang di lalui, kita kena ingat kat otak kita, kita kena sabar, Syukur dan nak dapatkan redha Allah ja. Kalau kita fokus akhirat, in shaa Allah dunia ini tak ada apa.
Setiap Pagi atau sebelum tidur, kita pandang cermin. Kita kena cakap “(nama), saya sayang awak, saya minyak maaf kalau saya sakit kan hati awak. Saya janji saya akan usahakan untuk tidak menyakiti awak lagi”.
Just keep on ulang-ulang benda tu. Memang first – first tu kekok tapi lama-lama memang jadi. You will be the better version of yourself. Kita nak latih minda tak sedar kita.
Lepas tu apa yang kita nak, tulis dalam buku. Ataupun cakap hari-hari. Walaupun nampak mustahil, tapi Cuba buat ja. In shaa Allah you will be surprised to achieve those things. Sebab Neelofa buat benda yang sama jugak. Look at her now.
Anak berlainan jantina memandikan jenazah ibu bapa sering menjadi persoalan. Ketahui hukum sebenar menurut Islam, pandangan ulama mazhab al-Syafi'i serta peranan anak dalam menguruskan jenazah.