‘Semoga Allah beri kekuatan.’ Remaja 15 tahun disahkan kanser, al-waqiah & surah pendek jadi hafalan di wad.

Menurut ibunya, Akrimi Maswah akan mula menghafaz surah kegemarannya setiap kali terasa badannya kuat sedikit, jika ada waktu terluang di wad.

Begitulah hebatnya anak yang kita rasakan terlalu kecil untuk melalui ujian ini, nampaknya dia begitu tabah dan kuat mengharunginya. Ikuti perkongsian Puan Ezatul Marini dan semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua.

Artikel Berkaitan 

‘Takdir Allah Temukan Semula.’ Bakal Suami Diuji Kanser Tahap 4, Wanita Ini Tetap Setia & Teruskan Majlis Perkahwinan

Semoga Allah Beri Kekuatan

Sebagai pejuang kanser, kehidupan sehari-hari sebenarnya kerapkali menimbulkan kegusaran dan kebimbangan.

Sebanyak mana dan sekuat apapun pergantungan kepada rahmat dan kasih-sayang Allah, pasti datang juga perasaan takut sekiranya merasakan kelainan pada tubuh badan.

Setiap hari Kak Ezat mohon pada Allah untuk jangan datangkan semula sel-sel kanser dalam tubuh. Oleh kerana itu, setiap kali menerima berita tentang mereka yang disahkan kanser atau “tewas”dalam perjuangan memerangi sakit yang satu ini, Kak Ezat perlu ambil masa untuk diam dan fikir.

Remaja 15 Tahun

Beberapa bulan lepas, kami di pejabat, dikejutkan dengan berita, anakanda salah seorang dari kakak di pejabat disahkan menjadi pejuang kanser yang Kak Ezat sendiri belum biasa dan tahu tentang jenis dan kategorinya.

IKLAN

Anak ini disahkan men ghidap kanser Desmosplastic small around cell tumour atau DSRCT. Kanser yang dialaminya adalah sel kanser yan g tumbuh dalam abdomen dan pelvis. Kanser ini agresif tapi sangat jarang ada orang yang mengalaminya.

Allahuakbar, bukan mudah untuk tuan badan menerima aturan takdir yang ini. Hancur luluh hati dan perasaan ibu bapa melihat anak mereka melawan rasa sakit dan tanggungan emosi yang berat.

‘Semoga Allah Beri Kekuatan.’ Remaja 15 Tahun Disahkan Kanser, Al-Waqiah & Surah Pendek Jadi Hafalan Di Wad
Disahkan Kanser

Kami turut berkongsi perasaan serupa namun apalah yang mampu kami lakukan selain menembak sebanyak doa agar anak ini diberikan kekuatan, kesembuhan total dan kedua ibu, bapanya diberikan ketabahan.

Redha? Tabah? Pasrah? Kak Ezat sangat pasti yang kedua ibu bapa anak ini sudah menanamkan semangat-semangat itu dalam diri mereka. Yang Kak Ezat galaukan adalah, emosi dan kekuatan anak ini menanggung segala hadiah dan cinta kasih Allah.

“Dia masih anak-anak. Umurnya baru sahaja 15 tahun, sudah tentulah yang hanya dia fikirkan adalah kesakitan. Dia barangkali belum mampu membina rasa untuk melawan dan memperkukuhkan asbab mengapa perlu berkuat dan bertahan.

‘Allah, sungguh Allah sangat sayangkan dia dan kedua ibu bapanya,” itu sahajalah kata-kata yang mampu kami ucapkan bila terkenangkan anak ini.

Al-Waqiah & Surah Pendek

Semalam, pecah khabar, anak yang sangat kami cintai ini diserang sawan dan perlukan bantuan pernafasan. Kak Ezat sungguh hilang kata-kata.

IKLAN

Sepanjang malam hati bimbang dan gundah-gulana. Menjelang Maghrib, sampai khabar, alhamdulillah, bantuan pernafasan sudah ditanggalkan dan anak ini kelihatan memberi respon positif.

“Ya Allah, jagakanlah Maswah. Beri dia sembuh,” sempat terlintas dalam hati doa pendek itu sebelum terlena.

Ibunya kerap berkongsi rasa, mengirim khabar dan meminta dipanjatkan doa serta kekuatan untuk anaknya serta dirinya juga.

Kak Ezat cukup mengerti, pada ketika ini, bahu yang dihulur untuk dijadikan tempat bersandar, telinga yang dipinjamkan untuk mendengar, kasut sang ibu yang kita acukan pada kaki sendiri lebih penting dari sebarang bentuk bantuan lain.

Kak Ezat mohon sedalam-dalamnya bantuan semua untuk mendoakan anakanda Akrimi Maswah. Doakan semoga Allah beri dia kekuatan dan ketabahan.

IKLAN

Jadi Hafalan Di Wad

Paling utama doakan kesembuhan dia. Kak Ezat pasti tentu ada doa-doa orang baik di sekeliling Kak Ezat yang Allah bakal makbulkan.

Kirimkanlah sebanyaknya doa untuk anak ini dan juga teruslah berdoa agar kedua ibu bapanya sentiasa diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menerima tanda cinta Allah ini.

“Buat aktiviti ringan, hafaz surah-surah pendek” Allah! Gambar yang dikirim ibunda Maswah sungguh menyentak tangkai hati.

Menurut ibunya, Maswah akan mula menghafaz surah ke gemarannya setiap kali terasa badannya kuat sedikit di kala waktu terluang di wad.

Baca Di Sini

‘Zikir, Baca Quran & Jaga Solat Walau Tenat Kanser Sarcoma.’ Pemergian Anak Dr Zulkifli, Buat Ramai Tersentuh

Zikir Penyembuh Kanser, Ustaz Don Kongsi Doktor Pulih Lepas Amal Surah Asy-Shuára Ayat 78-83

Kashoorga Semoga Allah sentiasa bersama Akrimi Miswah dan keluarganya. Insyallah.

Sumber Ezatul Marini

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI