Bila menghadiri kenduri, baik majlis kahwin, doa selamat dan sebagainya jadi perkara biasa untuk kita tapau lauk atau bungkus untuk dibawa balik. Tapi awas ya, jangan suka hati tapau makanan ini walaupun majlis saudara mara. Boleh jadi haram hukumnya walaupun yang diambil itu sikit saja.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, hukum tapau makanan kenduri adalah harus sekiranya mendapat keizinan daripada tuan rumah atau tuan majlis.
Begitu juga, pada setengah keadaan, adat kebiasaan setempat atau sebarang petunjuk lain membenarkan perbuatan menapau makanan.
Namun, sekiranya tidak mendapat keizinan daripada tuan majlis atau adat setempat menunjukkan perbuatan tersebut tidak dibenarkan meskipun untuk kuantiti yang sedikit, maka hukumnya adalah haram.
Ads
Perbuatan mengambil sesuatu barangan tanpa keizinan atau keredhaan seseorang merupakan suatu perbuatan mencuri dan ia amatlah dilarang di dalam Islam.
Oleh yang demikian, sebaiknya tetamu meminta izin terlebih dahulu daripada tuan rumah atau tuan majlis untuk menapau makanan agar kita terhindar daripada memakan makanan yang haram oleh kerana tuan rumah tidak redha akan perbuatan tersebut.
Kebahagian rumahtangga diranggut oleh orang ketiga! Ini bukan pelik. Banyak kes perceraian akibat perbuatan curang pasangan dengan pihak ketiga. Malang sekali apabila orang ketiga itu hidup bahagia hasil daripada perbuatan meruntuhkan ‘masjid’ orang lain. Apa nak buat? Boleh samankah pihak ketiga itu?
Benar jodoh dan rezeki di tangan Allah. Namun dalam beberapa situasi, angkara sering disebabkan nafsu manusia; tidak suka melihat orang bahagia, iri, cemburu dan lain-lain. Dalam menangani banyak kes keruntuhan rumahtangga, peguan syarie ini mempunyai sebab munasabah mengapa dia perlu kongsikan panduan cara menyaman pihak ketiga.
Walaupun ia tidak mudah, namun sekurang-kurangnya pasangan yang dicurangi tahu apa nak buat serta pihak ketiga pun tahu perbuatan mereka boleh disaman. Kita ikuti coretan puan Mina Azmina, Peguam Syarie dari Azmina Wardah & Associates menerusi akaun facebooknya.
Lately ini saya sering menerima whatsapp dan inbox daripada kaum wanita yang ingin menyaman pihak ketiga yang menggugat dan kacau ganggu keharmonian rumahtangga mereka.
“Puan, saya nak saman perempuan tu yang ada skandal dengan suami saya. Saya ada baca kat media sosial yang mengatakan isteri boleh saman pihak ketiga di Mahkamah”
Tidak dinafikan peruntukan undang-undang jenayah syariah ada melibatkan tindakan mahkamah syariah terhadap orang ketiga.
Tetapi ada beberapa perkara yang orang awam masih tidak jelas tentang prosedur untuk memulakan saman orang ketiga:
Kuasa untuk memulakan kes melibatkan Undang-Undang Jenayah Syariah adalah pada Pendakwa Syarie. Peguam Syarie atau pihak-pihak yang terlibat tidak boleh failkan sendiri saman terhadap pihak ketiga
Kebanyakan isteri menjadi marah dan dendam apabila melibatkan isu skandal suami dengan wanita lain atau pihak ketiga. Tujuan untuk menyaman pihak ketiga hanyalah untuk membalas dendam.
Nasihat saya, kaum wanita usah membuang masa untuk membalas dendam, biar hukum karma Allah memberikan balasan yang setimpal kepada suami yang curang dan perempuan tersebut.
Allah Maha Adil dan boleh bayar cash hukuman di dunia lagi, tak perlu tunggu kat akhirat. Tunggu dan lihat sahaja mereka jatuh tersungkur bila sampai waktunya. Yakin dengan Allah. Kebergantungan sepenuhnya kepada Allah.
Isteri mempunyai hak untuk memfailkan perceraian sekiranya sudah tidak lagi mahu meneruskan perkahwinan.
Namun ada isteri yang masih memberikan peluang kepada suami untuk berubah dan memperbaiki serta mempertahankan rumahtangga demi anak-anak yang masih kecil.
Pilihan di tangan pihak-pihak terlibat. Isu dalam rumahtangga kebanyakkan melibatkan attitude atau tingkah laku.
Isteri mahupun suami akan tertekan apabila meletakkan expectation yang tinggi untuk pasangan mereka berubah mengikut kehendak masing-masing.
Ketahuilah bahawa attitude atau tingkah laku manusia sukar untuk berubah memandangkan ianya telah dicorakkan atau diacuankan sejak kecil lagi yang dipengaruhi oleh faktor sekeliling.
Dua pihak yang berbeza corak didikan atau dibesarkan dalam persekitaran yang berbeza hidup bersama dalam perkahwinan memerlukan proses adjustment atau penyesuaian diri masing-masing.
Cinta sahaja tidak mencukupi untuk mengukuhkan kestabilan dan keharmonian rumahtangga.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hukum mewarnakan rambut (sabgh al-sha’r) adalah harus kecuali mewarnakan rambut dengan warna hitam berdasarkan satu hadis riwayat Muslim, no. 2102: Ubahlah warna uban ini akan tetapi elakkanlah daripada warna hitam (menghitamkannya).
Warna hitam hanya diharuskan bagi mereka yang menghadapi penyakit beruban walaupun masih terlalu muda dan untuk muslihat perang. Namun mewarnakan rambut adalah makruh bagi golongan muda yang tidak bermasalah.
Baru-baru ini bekas kelahiran program realiti Akademi Fantasia 6, Nubhan Ahamad telah mewarnakan rambutnya. Namun tindakannya itu telah ditegur oleh ibunya. Rentetan daripada itu, Nubhan tertanya-tanya hukum sebenar mewarnakan rambut walaupun pewarna yang digunakan disahkan halal penggunaannya.
HARI2 MAK DEN BEBEL… mmg x nampak sgt kalernya…sbb sya buat light2 je…tetap kantoi kat mak sya ? ada yg kata haram ada yg kata halal…confuse den…tolonglah ustaz2 bg pencerahan…????
Sejurus lps 5 minit sya up video minta pencerah…ustaz @pu_azman terus respon…tq ustz bg pencerahan…skrang rambut sey dah kontot…yg ponting mak den tak memotir ?
Mewarna rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.
2. Harus
(a) Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad.
(b Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami.
3. Makruh
(a) Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.
(b) Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.
4. Haram
(a) Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a) dan (b) Mewarnakan rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) orang bukan Islam.
Kesimpulannya kalau kita rasa was-was, eloklah kalau kita tak payah buat.
Sumber kredit: @nubhan.ahamad dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Pengacara, pelakon dan usahawan, Neelofa terkejut doa yang dikongsikan menerusi program Naura Shares baru-baru ini menjadi tular di laman sosial.
Neelofa berkata, dia berasa terharu dan berharap agar perkongsiannya itu dapat menjadi manfaat serta dimasukkan sebagai sebahagian rutin doa harian dalam kalangan peminatnya.
“Sejujurnya, saya tidak sangka apa yang saya kongsikan tempoh hari menjadi viral di laman sosial.
“Apa pun, saya berharap agar perkongsian doa tersebut dapat digunakan oleh orang ramai pada hari yang mendatang,” katanya.
Terdahulu, rakaman perkongsian doa yang dilafazkan oleh Neelofa viral di Twitter.
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.