Hidup ini tidak selalu indah. Tidak juga selalu memihak kepada kita walau kita sering mengejar bahagia. Terkadang ianya tersangat perit untuk kita lalui. Namun sudah dinamakan kehidupan, semuanya perlu dilalui dengan redha selagi ujian belum berhenti.
Dalam kehidupan, adakalanya kita tersalah membuat pilihan. Adakalanya kerana pengaruh kawan, desakan hidup dan sebagainya. Namun sebesar mana pun kesilapan kita lakukan, Allah itu Maha Mendengar taubat dari hamba-Nya. Allah sentiasa memberi peluang kedua, ketiga dan sebagainya selagi mana kita berusaha mencarinya.
Dalam satu perkongsian di Tik Tok atas nama @m4t33n yang berkhidmat di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik PUSPEN berkongsi satu video yang amat menyentuh hati dan menulis caption “jangan menilai seseorang dari luaran”..
Ads
Ia memperlihatkan bagaimana seorang penghuni di PUSPEN ini mengalunkan zikir taubat di sebalik tirai besi yang menempatkan beberapa penagih lain. Apa yang menyentuh hati, dengan suaranya yang amat merdu, dilihat penghuni ini sedang kusyuk mengalunkan zikir taubat ini sekaligus meluahkan isi hatinya yang mungkin menyesali perbuatannya sebelum ini.
Benarlah kata orang, bahawa syurga itu dipenuhi oleh pendosa-pendosa yang sudah bertaubat. Malah apa jua perbuatan kita yang lalu sudah diampunkan seandainya kita bertaubat.
Ads
Apa permulaan kita tidak penting tetapi lihatlah bagaimana pengakhirannya.
Berdasarkan komen dari netizen yang menyaksikan video ini, hati mereka cukup tersentuh hingga ada yang mengalirkan air mata.
Ada juga netizen menulis, “setiap orang diberi peluang untuk berubah. Semoga kita semua istikhomah untuk berubah ke arah kebaikan. Insya Allah, tenang dengar suara saudara ini.
Bila berjodoh dengan duda, isteri baru jangan sekat suami beri nafkah pada anaknya. Kasihanlah pada anak-anak yang ditinggalkan kerana memang menjadi tanggungjawab seorang bapa menafkahi anak-anaknya.
Walaupun duda yang anda nikahi telah bercerai dengan ibu kepada anak-anak tersebut, namun hubungan anak dan ayah tidak akan terputus sampai bila-bila.
Ikuti perkongsian Peguam Syarie, Suriati Ghani ini dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan:
Isu ini saya pernah kongsikan dulu, tapi masalah ini adalah masalah sepanjang zaman, sentiasa wujud masalah ni bila ada yang dipertemukan jodoh dengan duda yang mempunyai anak. Cuma bagaimana cara nak mengatasinya sahaja.
Untuk yang berjodoh dengan duda, maaf jika pendapat saya ada yang tak boleh terima, sebab ada yang mengadu masalah yang suaminya tak mampu bayar nafkah anak yang mahkamah perintahkan, inilah jawapan saya:
Memang jodoh itu Allah yang pertemukan, tapi kita ada pilihan, sebelum kahwin kita boleh selidik bakal suami itu duda ada anak berapa, kerja apa dan income berapa.
So kita boleh agak macam mana kewangan dia nanti bila dah kahwin dengan kita, apa yang perlu dia tanggung.
Bila bekas isteri dia tuntut nafkah anak sebanyak sekian-sekian contohnya RM200 sebulan untuk seorang anak (itu pada saya paling minimum dan ok sahaja untuk ayah tanggung).
Jangan pula kita sebagai isteri baru kata bekas isteri melampau tuntut nafkah anak di luar kemampuan suami kita.
sedangkan pada masa yang sama kita pun akui anak kita dengan suami tersebut pun diberikan nafkah yang jumlahnya sama dan kita kata tak cukup untuk anak kita.
Yang sepatutnya bila dah berjodoh dengan duda, duduklah berbincang cara nak bantu dia atasi masalah kewangan dia, sebab kita sudah pilih dia jadi suami kita, cadangkan dekat suami cuba cari income lebih sebab tanggungan sudah bertambah.
Suami pun sepatutnya sedar diri bila tanggungan sudah bertambah, kena usaha cari income lebih bukannya usaha failkan tuntutan ubah perintah untuk kurangkan nafkah anak.
Tak akan selamanya income masih di paras yang sama sedangkan sendiri yang merancang untuk ada keluarga baru, anak baru.
Jangan merungut untuk bagi nafkah anak, dalam rezeki kita ada rezeki anak-anak, insyallah berkat rezeki kita nanti, keberkatan akan nampak walaupun income tak mewah, tapi cukup untuk semua tanggungan kita.
Beli ‘like’ dan ‘followers’ ini bukanlah sesuatu yang baharu. Ada sesetangah pihak yang mahu memberikan first impression kepada pelanggan, maka dia sanggup untuk melaburkan sejumlah wang marketing untuk membeli ‘like’ dan ‘followers’.
Ini salah satu usaha untuk mempercepatkan proses meyakinkan bakal pelanggan tentang produk yang dijual dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan menjual ‘like’ dan ‘followers’ ini pula yakin bahawa ini sebagai perkhidmatan mereka membantu para usahawan yang baru bertapak.
Dalam masa sama, terbuka lah juga ruang menambah pendapatan bagi orang yang diupahkan untuk like dan follow.
Untuk dua pihak yang terlibat, urus niaga ini memang kelihatan saling membantu dan memenuhi keperluan semasa, namun bagaimana pula hak bakal pelanggan. Sudah tentu pelanggan yakin dengan syarikat atau sellers yang mempunyai ramai pengikut dan like di akaun sosial media mereka. Kita ikuti penjelasan daripada PU Salaman tentang hukum urusan jual beli ‘like’ dan ‘followers’ ini.
Musim PKPB ini timbul pelbagai pekerjaan , antara yang ditanya kepada saya adalah kerja ‘like’ dan ‘follow’ customer yang ingin ‘like’ dan ‘followers’ yang tinggi yang biasanya untuk melariskan produknya.
Dalam Hadis sahih Muslim: أنرسولاللهمرعلىصبرةطعامٍ،فأدخليدهفيها،فنالتأصابعهبللًا،فقال: ((ماهذاياصاحبالطعام؟))،قال: أصابتهالسماءيارسولالله! قال: ((أفلاجعلتهفوقالطعامكييراهالناس،منغشفليسمني))؛
Sesungguhnya Rasulullah SAW lalu pada gerai yang ada satu timbunan makanan. Nabi SAW menyentuh makanan itu dan ada yg lembap. Nabi SAW bertanya “Apa ini hai penjual makanan?” Dia menjawab “Kena hujan ya Rasulullah.”
Nabi saw bersabda, “Kenapa engkau tidak letak yang lembap ini di atas supaya orang tahu. Siapa yg menipu atau memperdaya (pelanggan) bukanlah di kalangan kami.
Pengajaran hadis:
Nabi saw bersabda:
لاَتُصَرُّواالإِبِلَوَالغَنَمَ، Jangan ikat puting susu lembu dan kambing yang hendak dijual. (Hadis sahih Bukhari dan Muslim)
Di antara jualan yang haram adalah menampakkan susu yang banyak dalam kantung binatang sehingga memperdaya pelanggan sehingga pelanggan membeli binatang itu.
Caranya dengan mengikat puting susu berhari-hari sehingga membesar kantung susu tadi dan bila pelanggan datang, mereka rasa kagum kerana jumlah susunya banyak, padahal sekejap sahaja benda itu.
Sama juga dengan isu ini, orang ramai terpegun dengan jumlah ramai yang ‘like’ dan ‘follow’ sedangkan itu dibeli bukan ‘like’ dan ‘follow’ yang jujur.
Jual beli like ini sekalipun bukan tujuan untuk jual produk dan sekadar bangga dan seronok banyak ‘like’ dan ‘followers’ juga haram berdasarkan hadis :
Seorang wanita bertanya “ Ya Rasulullah bagaimana jika berkata sesungguhnya suami bagi aku sesuatu yang mana sebenarnya dia tak bagi pun.”
Nabi SAW bersabda: “Orang yang rasa bangga dengan sesuatu yang bukan miliknya (sedangkan dia berbangga seolah-olah itu miliknya) adalah seumpama orang yang memakai dua helai pakaian penipuan.” (Hadis sahih bukhari dan Muslim)
Imam Nawawi dalam menerangkan hadis di atas berkata:
Orang yang merasa banyak sesuatu yang bukan miliknya dengan menunjukkan pada manusia bukan dia punya tapi berbangga kepada manusia dgn ada banyak sesuatu dan berasa seronok dengan sesuatu yang palsu adalah dicela.
Kenyataan imam Nawawi ini sangat bertepatan dengan like dan followers yang dijual .
Oleh itu beli ‘like’ dan ‘followers’ ini adalah haram. Kerja ‘like’ dan ‘follow’ secara upahan juga haram kerana membantu sesuatu yang haram.
Hasil upahnya juga haram kerana Nabi SAW bersabda, إناللهإذاحرمشيئًاحرمثمنه
“Sesungguhnya yang Allah haramkan, duit hasilnya juga haram”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
SUATU hari, Junaid al-Baghdadi menderita sakit mata. Ia diberitahu oleh seorang tabib bahawa jika ingin cepat sembuh, matanya jangan sampai terkena air.
Ketika tabib itu pergi, Junaid al-Baghdadi nekad berwudhu membasuh mukanya sekaligus membasahi matanya. Setelah itu, ia mendirikan solat kemudian tidur.
Setelah bangun tidur, keanehan terjadi pada dirinya. Sakit mata yang ia derita justru menjadi sembuh. Saat itu ia mendengar suara, “Sakit mata yang kamu derita itu sembuh kerana kamu redha kepada-Ku.
Seandainya ahli neraka memohon kepada-Ku dengan semangat yang kamu miliki, nescaya aku akan perkenankan permohonan mereka.”
Mengetahui bahwa sakit mata Junaid al-Baghdadi tiba-tiba sembuh, tabib yang mula-mula merawatnya agar mata Junaid al-Baghdadi tidak terkena air merasa hairan. Tabib itu kemudian bertanya, “Apa yang telah engkau lakukan sehingga sakit matamu menjadi sembuh?”
Kata Junaid Al Baghdadi, “Aku telah membasuh muka dan mataku dengan air wudhu, kemudian aku mendirikan solat,” jawabnya singkat.
Setelah mengetahui peristiwa tersebut, tabib yang sebelum itu beragama Nasrani kemudian menyatakan keimanannya kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Dia berkata, “Sesungguhnya Tuhan yang menciptakan sakit, dan Dia pula yang menciptakan ubatnya. Selama ini, mata hatiku sedang sakit, dan Junaid al-Baghdadi-lah yang menjadi tabibnya.”
Sumber:Iblispun Ingin Bertobat/karya: John Rinaldi ash-Shiddidqi/penerbit:insan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.