Dua hari lalu, di saat kita semakin merasakan suasana sambutan Aidilfitri di negara ini, berlainan dilalui oleh saudara seislam kita di Palestin. Ini kerana berlaku pencerobohan di Masjid suci umat Islam iaitu Masjid Al-Aqsa oleh tentera zionis.

Seluruh dunia mengutuk tindakan kejam ini kerana beratus-ratus orang awam yang berada di masjid ditahan akibat melawan zionis yang melakukan pencerobohan ini.
Malahan Malaysia sendiri mengutuk tindakan kejam ini.

Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel serta pendatang haram Yahudi ke atas rakyat Palestin dan jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perbuatan zalim itu bukan sahaja perlu dikecam sekeras-kerasnya, malah kerajaan Israel mesti dipertanggungjawabkan ke atas pelanggaran hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa.

“Ramai rakyat Palestin tercedera dalam serangan itu. Pencerobohan di Masjid Al-Aqsa yang disasarkan terhadap jemaah yang sedang menunaikan solat pada hari-hari terakhir Ramadhan adalah satu bentuk penghinaan terhadap umat Islam dan nilai kemanusiaan.

“Malaysia turut mengecam sekeras-kerasnya pengusiran secara paksa rakyat Palestin dari kediaman mereka, termasuk yang berada di kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis.
“Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa bertindak segera dan tegas menentang kezaliman terbaru Israel ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Hishammuddin berkata, Malaysia sentiasa memberi sokongan padu kepada rakyat Palestin dan perjuangan mereka dalam mencapai kebebasan mutlak daripada penjajahan haram Israel.

Malaysia juga, katanya, menyokong pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan garis sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin. – BERNAMA

IKLAN

Tragedi Al-Aqsa! Tiada Gentar, Wajah Para Pejuang Fisabillah Tersenyum Ditahan Tular Ke Seluruh Dunia

Tragedi Al-Aqsa! Tiada Gentar, Wajah Para Pejuang Fisabillah Tersenyum Ditahan Tular Ke Seluruh Dunia.

Tragedi Al-Aqsa! Tiada Gentar, Wajah Para Pejuang Fisabillah Tersenyum Ditahan Tular Ke Seluruh Dunia

IKLAN

Tragedi Al-Aqsa! Tiada Gentar, Wajah Para Pejuang Fisabillah Tersenyum Ditahan Tular Ke Seluruh Dunia
Tragedi Al-Aqsa! Tiada Gentar, Wajah Para Pejuang Fisabillah Tersenyum Ditahan Tular Ke Seluruh Dunia

Tragedi Al-Aqsa! Tiada Gentar, Wajah Para Pejuang Fisabillah Tersenyum Ditahan Tular Ke Seluruh Dunia

Tragedi Al-Aqsa! Tiada Gentar, Wajah Para Pejuang Fisabillah Tersenyum Ditahan Tular Ke Seluruh Dunia

Tragedi Al-Aqsa! Tiada Gentar, Wajah Para Pejuang Fisabillah Tersenyum Ditahan Tular Ke Seluruh Dunia

Namun di sebalik 1000 kesedihan kita yang menyaksikan berita ini terpana apabila mula tular wajah pejuang-pejuang fisabillah ini mengukir senyuman walau tahu apa nasib mereka di penjara Israeal. Bukan saja kanak-kanak, malah remaja, golongan lelaki dan perempuan tidak sedikit pun menunjukkan wajah takut sebaliknya mengukir senyuman walau tangan masing-masing bergari.

Dari fb 446, terpapar gambar yang tular ke seluruh dunia ini.

Kenapa boleh mengukirkan senyuman walau sedang dalam seksaan dan belenggu kezaliman zionis? Buat mereka, “ini ujian tuhan buat kami untuk mengangkat martabat dan darjat kami di sisi Rabb yang maha mulia. Allah telah memuliakan kami untuk syahid di jalan-Nya, mempertahankan maruah negara kami, mempertahankan Al Quds dan Al Aqsa demi agama dan nyawa kami, kami tidak sabar untuk bertemu sang pencipta yang maha Agung dan syurga-Nya.”

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI