Ramai yang masih mengingati kes dera melampau pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)l, allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang ditekap 90 kali tekapan seterika panas hingga membawa kepada punca kematiannya pada 2017.

Dan baru-baru ini, enam pelajar UPNM dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh arwah.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Azman Abdullah ke atas Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali selepas mendapati mereka bersalah mencederakan mangsa sehingga menyebabkan kematian.

Walau pun keluarga arwah sukar menerima keputusan tersebut kerana nyawa anak harapan mereka melayang sekelip mata kerana perbuatan kejam ini namun sesungguhnya Allah menggantikan sesuatu yang lebih baik untuk keluarga.

Ustaz Ebit Lew Beri Hadiah Istimewa Sempena Hari Jadi Zulfarhan, Taja Ibu Bapa Arwah Buat Umrah Disember Ini
Kegembiraan meraikan kejayaan Zulfarhan masuk ke UPNM berakhir dengan tragedi air mata.
Ustaz Ebit Lew Beri Hadiah Istimewa Sempena Hari Jadi Zulfarhan, Taja Ibu Bapa Arwah Buat Umrah Disember Ini
Ustaz Ebit menziarahi keluarga Zulfarhan sempena hari jadinya semalam

Semalam, 29 November 2021 merupakan hari jadi arwah yang jika dirinya masih hidup, arwah akan berusia 25 tahun. Tapi Allah lebih menyayanginya dan mengambilnya di usia cukup muda.

IKLAN

Dan semalam juga, Allah menghadirkan insan yang sering membantu insan lain tanpa mengira siapa mereka iaitu Ustaz Ebit Lew dan teamnya yang sering menghadirkan berita gembira buat insan-insan yang di dalam kesedihan.

Sempena hari jadi arwah, Ustaz Ebit Lew telah menghadiahkan mengerjakan umrah buat ibu bapa arwah yang sudah lama menjadi impian mereka untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah.

Dalam satu perkongsian di fbnya, Ustaz Ebit berkongsi berita ini.

IKLAN

Sebak sayu rasa ziarah mak ayah Arwah Zulfarhan UPNM. Selepas Subuh tadi saya terus ke Skudai Johor. Hari ini hari lahir arwah. 29 Nov. Saya niat hadiahkan tiket dan pakej umrah buat mak ayahnya disember ini.

Syukur mereka gembira menerimanya. Segala puji bagi Allah. Menangis gembira terutama hari lahir arwah Farhan. Terasa macam anaknya sentiasa ada dekat.

Ustaz Ebit Lew Beri Hadiah Istimewa Sempena Hari Jadi Zulfarhan, Taja Ibu Bapa Arwah Buat Umrah Disember Ini
Tangisan seorang ayah yang kehilangan anak harapan
Ustaz Ebit Lew Beri Hadiah Istimewa Sempena Hari Jadi Zulfarhan, Taja Ibu Bapa Arwah Buat Umrah Disember Ini
Menziarahi kubur arwah

Ustaz Ebit Lew Beri Hadiah Istimewa Sempena Hari Jadi Zulfarhan, Taja Ibu Bapa Arwah Buat Umrah Disember IniBerat ujian mereka kehilangan anak tersayang. Arwah Zulfarhan rupanya sekolah menengah teknik johor bahru. Sekolah saya dulu. Maknanya junior saya dulu. Beliau anak yang baik. Anak sulung bercita-cita nak bawa keluarga pergi haji umrah.

IKLAN

Kata maknya tempat duduk ustaz tu tempat arwah berehat selalu. Sepanjang berbual dalam senyuman kedua ibubapanya asyik mengalir air mata. Sempat ziarah sekolah tempat maknya bekerja berjumpa guru dan rakan pejabatnya. Ayahnya bekerja bawa taxi. Baik sangat kedua mak ayahnya. Lemah lembut orangnya.

Mereka teringin sangat nak pergi haji atau umrah. Katanya syukur Allah jemput kami melalui ustaz.

Semoga Allah mudahkan segala urusan keluarga ini.

Sempat ziarah kubur arwah tadi. Berdoa bersama-sama. Ya Allah ampuni dan sayangilah keluarga Farhan ini. Berilah mereka kekuatan dan ketabahan melalui ujian hidup ini. Beri kesihatan yang baik buat keduanya dan adik-adik arwah Farhan.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI