Hidup berjiran ini kena saling hormat-menghormati. Jika ada jiran menegur pasal kucing kalian, cuba minta maaf dan ambil inisiatif agar perkara yang sama tak berulang lagi.
‘Kucing memang kesayangan nabi.’ Penyayang biar bertempat, jangan bela hingga susahkan jiran dan buatkan jiran sakit hati dek kerana anda sebagai tuan kucing tak pandai menjaganya dengan betul.
Tak salah membela kucing, malah nak bela 20 ekor kucing sekaligus pun boleh, tetapi biarlah dijaga dengan baik dan rapi. Biasakan kucing peliharaan membuang di tempat sepatutnya, jangan di rumah jiran.
Kita nak buat baik sekalipun jangan sampai menambah dosa tanpa disedari. Hati jiran juga perlu dijaga. Jangan sampai jiran sakit hati seterusnya lapor pada pihak berkuasa.
Keletah kucing yang jinak dan manja membuatkan kucing menjadi haiwan peliharaan yang disukai penduduk negara ini. Namun tidak dinafikan, ada segelintir pemiliknya mengambil mudah perihal najis kucing membuatkan jiran dan penduduk berdekatan geram.
Mungkin ada di antara kita berhadapan situasi kediaman menjadi lokasi sasaran kucing ‘membuang hajat.’ Selain kotor, bau kuat yang terhasil menyebabkan rasa kurang selesa dalam kalangan penduduk sekitar.
Penyayang Biar Bertempat
Tidak dinafikan ada yang menyatakan serba salah apabila teguran tidak diambil cakna para pemiliknya dalam menguruskan najis haiwan peliharaan mereka.
Ads
Malah ia terus berulang menyebabkan kehidupan seharian terganggu. Situasi yang sama dilalui pengguna TikTok Abidah Mohd Noor di mana pekarangan rumahnya menjadi tumpuan kucing membuang hajat.
“Kucing memang kesayangan nabi. pastikan kucing anda tidak membuang di laman jiran,” titip Abidah pada ruangan kapsyen.
“Tahi kucing. Satu, dua, sampai tiga longgok. Bela kucing menyusahkan jiran,” tutur Abidah menerusi rakaman video ketika membersihkan halaman.
Menurutnya, beliau tidak membenci haiwan itu tetapi tidak tahan dengan keadaan yang telah dilaluinya selama 20 tahun lalu.
Warga maya memberikan pelbagai reaksi. Malah ramai turut menyokong pendirian Abidah. Ujar mereka:
“Tidak salah membela kucing tetapi jangan sampai menyusahkan jiran.”
“Stress bila ada tahi kucing. Lebih geram bila tayar menggilisnya, habis lantai di anjung.”
“Saya memilih kurung dalam sangkar dan bersihkn setiap hari. Perlu tahu adab berjiran.”
“Bela kucing pelu sediakn pasir kucing untuk berak. Ajar si meow berak dalam pasirnya itu.”
Hingga Susahkan Jiran
Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pernah berkongsi Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 80 menyebut,
Ads
‘Sekiranya pihak berkuasa tempatan mendapati terdapat gangguan di kawasan awam atau kawasan persendirian, maka mereka boleh menghapuskan, menghentikan kacau ganggu ini dengan menghantar notis, mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi.
Dalam Seksyen 81 akta sama pula menyebut apa-apa binatang yang disimpan di sesuatu tempat atau dengan sesuatu cara atau dengan sebegitu besar bilangannya sehingga menjadi satu kacau ganggu.
Oleh itu, menurutnya seseorang berhak untuk melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika merasakan haiwan yang dibela jirannya telah mengganggu ketenteraman.
Hukuman denda yang dikenakan boleh mencecah sehingga RM1,000.
Kashoorga : Hidup berjiran ini kena saling hormat-menghormati. Jika ada jiran menegur pasal kucing kalian, cuba minta maaf dan ambil inisiatif agar perkara yang sama tak berulang lagi.
Soalan: Apa hukum membasuh kain dengan menggunakan mesin basuh?
Jawapan:
Asal sesuatu pakaian yang bersih dimasukkan oleh seseorang ke dalam mesin basuh tidak dikira bernajis melainkan terbukti kenajisannya.
Pakaian dicuci dengan menggunakan air yang bersih dan bahan-bahan yang boleh membersihkan. Setelah sesuatu pakaian itu dicuci dengan satu proses penyucian sehingga tiada lagi kesan najis sama ada bau, rasa dan warna, maka dikira pakaian itu bersih. Tidak diperintahkan oleh syara’ untuk kita membebani diri meneliti sesuatu proses pembersihan jika sudah terbukti cucian yang berlaku menghilangkan segala kesan najis.
Jika terbukti masih terdapat kesan najis selepas proses pembersihan menggunakan mesin basuh maka pakaian terbabit dikira masih bernajis. Namun jika kesan itu terlalu sukar untuk dihilangkan dan hanya sedikit seperti kesan warna darah atau warna najis yang tidak dapat dihilangkan maka dimaafkan.
Bagi mengelakkan kesan najis di dalam penggunaan mesin basuh maka digalakkan seseorang memastikan pakaian yang dimasukkan itu dihilangkan najis yang jelas yang akan menyebabkan pakaian lain terkena najis tersebut dan memberi kesan kepada bau, warna dan rasa.
Tahun ini Ramadan yang cukup bermakna kerana dapat berkumpul bersama semua ahli keluarga di rumah.
Malah kita juga sentiasa ada bersama keluarga memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei depan.
Inilah masanya kita sebagai ketua keluarga menjadi contoh yang baik kepada ahli keluarga.
Boleh untuk mengajar anak-anak untuk mula belajar berpuasa kerana mereka tidak terlalu kepenatan seperti tahun sebelumnya kerana perlu pergi ke sekolah.
Namun begitu, janganlah hanya mengajar mereka berpuasa tanpa solat. Tiada gunanya berpuasa tetapi tidak solat.
Malah sebenarnya jangan paksa anak berpuasa jika mereka tidak mampu lakukannya terutama yang belum baligh. Lebih elok mengajar mereka bersolat sejak kecil lagi.
Perkongsian lelaki ini Dr Khairul Faizie yang berkongsi kisahnya tahun lalu di laman sosial Facebook yang boleh kita jadikan pengajaran dalam mendidik anak menjadi khalifah mulia.
Gambar sekadar hiasan.
Aku teringat kisah patient aku, Ramadan 2- 3 tahun lepas. Kisahnya si emak datang bawa si anak yang sekolah darjah 4 atau 5 ( aku lupa ). Anaknya sakit perut. Anaknya sakit perut sebab berpuasa. Anaknya tak larat nak puasa, penat ke sekolah ( itu alasan anak), tapi si emak tetap paksa anak puasa, sampai budak tu sakit perut ala gastrik, dan datang ke klinik untuk dapat rawatan.
Beginilah..
Aku teringat pesan Almarhum Dato Seri Abu Hassan Din Al Hafiz tentang puasa bagi kanak kanak. Almarhum bagi nasihat yang lebih kurang begini :
“Ramai antara kita yang beria ia menekankan latihan puasa kepada anak anak kecil, which is good as an early exposure.Cuma tak ramai yang menekankan latihan SOLAT.
Ramai yang bangga dan siap beritahu orang anaknya umur 6- 7 tahun berjaya puasa Ramadan penuh sebulan, tapi adakah anak itu disuruh solat? Anak tu penuh tak solat 5 waktu sehari semalam?
Di mana kita nak letak pahala puasa itu, kalau tidak solat?
Tak salah latih anak puasa, tapi amat salah kalau tak latih anak solat. Umur 7 tahun dah perlu disuruh solat. Mungkin masa tu buat satu waktu sehari. Umur 8, dah boleh buat 2 waktu sehari, by the time umur 10 tahun, boleh dipukul ( DENGAN HIKMAH) andai anak tidak mahu solat. “
Gambar sekadar hiasan.
Puasa ni antara syarat WAJIB nya ialah BALIGH.
Budak sekolah darjah 4, darjah 5 dah baligh ke?
Tak perlu lah nak dipaksa puasa kalau budak tu tak larat.
Yang dewasa pun boleh berbuka kalau tak larat / tak sihat, ini kan pulak budak umur 10 tahun.
Jangan risau sangat tentang puasa, risaukan tentang solat.
Datuk Seri Hassan Din berkata juga:
” Kalau anak kita dah biasa dengan solat ( jaga solatnya), maka Insya Allah dia akan jaga puasa nya”
Orang yang solat, amat amat jarang dia tak puasa.
Tapi orang yang puasa, belum tentu dia solat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Isteri enggan serumah dengan mentua.’ Suami wajib sediakan tempat tinggal yang tidak bercampur dengan orang lain termasuklah dengan ibu, bapa mertua.
Sebenarnya isu tinggal bersama mentua merupakan isu yang sering menjadi perdebatan. Tidak semua selesa tinggal dengan mentua. Oleh itu, sebaiknya sebelum berumah tangga, bincang baik-baik agar tidak menjadi masalah di kemudian hari.
Ikuti perkongsian Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan,
Isteri enggan tinggal bersama mentua
1) Tanggung jawab suami menyediakan tempat tinggal untuk isteri berdasarkan kemampuannya, sama ada beli, sewa atau pinjam dari orang lain.
Dengan Mentua
2) Antara hak isteri yang wajib suami sediakan ialah tempat tinggal yang tidak bercampur dengan orang lain termasuk ibu bapa mentua. Perkara ini ditegas oleh ulama-ulama mazhab Syafie antaranya Imam Syamsuddin al-Ramli di dalam karyanya, “Ghāyat al-Bayān Syarḥ Zubad Ibn Arsalān”:
وَلَو اشْتَمَلت دَار على حجر مُفْردَة الْمرَافِق جَازَ إسكان الضرات فِيهَا من غير رضاهن وَكَذَا إسكان وَاحِدَة فِي علو واخرى فِي سفل مَعَ تَمْيِيز الْمرَافِق لِأَن كلا مِمَّا ذكر مسكن.
Maksudnya: “Jika sebuah rumah terdapat bilik-bilik yang memiliki kemudahan-kemudahan yang tersendiri, suami harus menempatkan isteri-isterinya di dalamnya tanpa reda mereka.
Begitu juga menempatkan salah seorang isterinya di tingkat atas dan seorang lagi di tingkat bawah beserta kemudahan-kemudahan yang dapat dibezakan (dipisahkan) kerana kedua-duanya disebut sebagai tempat tinggal (yang berbeza)”.
Suami Wajib Sediakan
3) Berdasarkan kenyataan di atas, si isteri berhak mendapatkan hak tinggal di tempat sendiri bersama suami dan anak-anaknya tanpa dicampurkan dengan orang lain.
4) Isteri juga berhak mendapat tempat tinggal sendiri yang memiliki keperluan-keperluan asas hidup seperti dapur, perkakas asas rumah, tandas dan tempat tidur yang tidak dikongsi oleh orang lain kecuali suami dan anak-anak.
5) Suami boleh menempatkan si isteri dalam sebuah bilik yang besar dalam sebuah rumah yang besar yang bercampur ahli keluarga yang lain. Dengan syarat bilik itu lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas rumah. Dengan itu si isteri mampu bergerak bebas dan urusan privasinya tidak terganggu oleh orang lain.
6) Ini kerana bilik sebegitu (point 5) sudah termasuk dalam kategori rumah kediaman yang tersendiri. Berlainan jika isteri ada hak privasinya hanya dalam bilik tidur di sebuah rumah yang bercampur dengan orang lain. Bahkan tiada privasi ketika dia ingin menggunakan kemudahan dan barang keperluan di dalam rumah.
Yang Tidak Bercampur Dengan Orang Lain
7) Suami boleh menempatkan isteri serumah dengan mentuanya atau dengan madunya berdasarkan syarat keredaan dari si isteri. Jika isteri tidak reda si suami tiada hak untuk memaksa si isteri berbuat demikian. Begitu sebaliknya, si isteri tidak boleh paksa si suami tinggal bersama ibu bapanya(isteri).
8) Taat kepada perintah ibu bapa itu wajib hukumnya, tetapi bukanlah secara mutlak. Seseorang wajib mentaati kedua-duanya selagimana arahan itu tidak bercanggah dengan syariat, tidak berunsur maksiat dan tidak mengambil hak orang lain.
Wallahualam.
Kashoorga : Kadang-kadang tinggal berasingan adalah untuk elak masalah di kemudian hari.
Sudah berpisah, namun bekas suami isteri terus berhubung dan berkawan baik demi anak. Ada masa keduanya juga bertemu malah da juga yang menghabiskan masa...