Siapa tidak mengenal selebriti Tasha Manshahar yang cukup popular lagu duetnya bersama penyanyi Syed Syamim berjudul ‘Ragu-Ragu yang jadi siulan ramai.
Dan kini setelah mendirikan rumah tangga, Tasha Manshahar dikatakan lebih selesa menumpukan perhatian pada kerjayanya sebagai seorang guru.
Ternyata isteri kesayangan kepada penyampai radio Zayan FM, Fahrur Raqib ini tetap menjaga penampilannya yang kini selesa melayan anak lelaki tunggalnya serta menguruskan keperluan rumah tangga.
“Handbag what? Diaper bag all the time. Tap for deets.
“Honestly after a year bersalinkan Muammar, baru I ada mood nak update wardrobe i, baru ada interest nak bersiap sikit. Sebelum ni serius rasa macam tak guna pun nak bersiap sebab nanti selekeh juga urus anak.
Ads
“But! Actually bila kita pakai apa yg kita selesa and kita rasa kita nampak cantik/presentable, kita akan rasa alot better about ourselves. Disclaimer : definisi cantik/presentable setiap org adalah berbeza. So ikut lah masing-masing punya citarasa.
“I always prefer something simple, safe and easy to style. Colour pun usually lebih kurang sama je. Yg gelap2, yg earth tone, atau yg dusty2. Mommies pulak mcm mana?
Malah gayanya yang santun ini menggambarkan gaya wanita Muslimah sebenar dan turut dipuji warganet yang menjadikan dirinya sebagai idola.
Penampilannya sangat menarik ini menjadi inspirasi dalam berfesyan tanpa perlu mendedahkan aurat yang ada.
dnurdayana Saya pulak cuba belajar mgaya baju yg loose² ,simple..selari dgn saya seorang mummy anak 3 .semoga saya terus istiqomah dlm mjaga aurat . Aamin
ratuhati_1 Pastel & earth tone.. mommy share lh blouse muslimah yg loose tp bila pkai x nmpk selekeh
‘Pakai baju lengan pendek, cover dengan handsock.’ Berfesyen jangan sampai terdedah aurat. Begitulah menjadi seorang wanita bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi dalam menjaga aurat.
Tetapi ketahuilah bahawa suatu hari nanti, kita akan merasa bersyukur kerana banyak pahala yang Allah anugerahkan buat wanita yang sentiasa menjaga aurat.
Di dunia mungkin terasa susah mahu tutup sana, sini tetapi di akhirat mereka wanita-wanita penghuni syurga. Insyallah.
Apakah hukum pakai handsock atau sarung lengan yang ketat bagi menutup aurat dengan sempurna?
Kongsi Ustaz Azhar Idrus melalui ceramahnya, memang menjadi kebiasaan kaum wanita mengenakan sarung lengan di sebelah dalam lengan baju kurung.
Di bahagian luar memang terdapat lengan baju kurung yang longgar dan menutup aurat, kemudian wanita tambahkan pula memakai sarung tangan yang agak ketat di bahagian dalam.
Jadi di sini persoalannya, adakah memakai sarung lengan yang ketat sudah mencapai tahap menutup aurat dengan sempurna.
Jawapannya, jika wanita tersebut pakai baju lengan panjang, aurat perempuan menurut Mazhab Imam Shafie adalah seluruh badan kecuali muka dan pergelangan tangan.
Disini, bila seorang wanita memakai baju kurung, berlengan panjang sudah dikira menutup aurat. Dalam masa yang sama, jika dia memakai stokin lengan di sebelah dalam, paling baik stokin lengan tadi wajib ditutup dengan pakaian yang longgar.
Tetapi jika berdepan dengan situasi sebegini, katakan seorang wanita ingin mengambil barang di tempat yang tinggi seperti di kedai. Kemudian lengan baju kurung terselak dan menampakkan stoking lengan yang ketat di bahagian dalam. Hukumnya di sini dimaafkan.
Berbalik kepada situasi yang tidak boleh atau dibenarkan memakai stoking lengan yang ketat adalah apabila seorang wanita memakai baju lengan pendek kemudian mengenakan stokin yang menampakkan bentuk lengan dari awal. Jadi hukumnya haram.
Oleh itu bagi lelaki ajnabi yang melihat wanita dalam keadaan ini, wajib palingkan pandangan.
Kashoorga : Sebagai wanita jagalah aurat sebaik mungkin, insyallah besar ganjarannnya.
Permintaan pertolongan meminta dicarikan calon isteri oleh lelaki bujang bukan sesuatu yang pelik. Orang berhajat nak bina ‘masjid’ tentunya kita akan cuba bantu seadanya apatah lagi memang ada calon yang sesuai.
Namun, kadangkala sebagai ‘pencari’ jodoh ini, perlu juga ambil tahu apa, kenapa dan kriteria bagaimana yang dia mahukan sebagai calon isteri.
Ikuti perkongsian menarik Sharifah Zahidah, Pengasas Abunour Learning Centre, Shah Alam, dalam entri di facebooknya tentang mesej whatsapp yang diterima dari seorang lelaki yang meminta tolong agar dia dapat mencarikan calon isteri buatnya.
“Puan, boleh tolong carikan saya calon isteri?” Saya tersenyum seorang-seorang baca permintaan ini yang masuk ke dalam whatsapp saya sekitar beberapa tahun lepas. Sepantas cahaya, beberapa wajah kawan-kawan yang masih bujang mula muncul di fikiran.
“Okey, boleh InsyaAllah” saya membalas. Macam biasa, proses paling asas adalah mula bertanya beberapa soalan sebelum misi mencari calon bersesuaian dijalankan.
Lelaki ini orang baik-baik, akhlaknya kelihatan baik. Santun, berilmu agama dan secara kasarnya tidak terlihat sebarang mudarat buat bakal pasangannya. Kiranya, gonna be a good husband lah, kalau tengok dari luaran. Tapi…
Akhirnya, saya turn down permintaan lelaki ini untuk membantu dia mencari calon, selepas dia beritahu satu ‘kriteria’ isteri solehah idaman kalbunya.
Anda tau apa kriteria yang dia nak?
“Kalau boleh… Nak yang bekerja Puan…” Common kan? Lelaki sekarang cari wanita bekerja.
Salah ke? tak salah. tapi perlu validate dulu apa tujuan dan pemikiran dia tentang wanita bekerja atau berduit sendiri ni.
Jadi saya bertanya, “Boleh nak cari yang bekerja. Tapi, boleh saya tahu, kenapa nak wanita bekerja? Kalau tak bekerja, tak ok kah?”“Sebab saya ni masih belajar. Kalau dia dapat bantu saya bayar yuran sikit-sikit yuran pengajian ini kira oklah. Kalau tak bekerja, susah sikit”
“Susah? Sebab apa kalau tak kerja susah pula?” “Ya la. Saya nak bayar yuran lagi, nak tanggung dia lagi. Kalau bekerja, at least masa saya tengah belajar ini boleh juga dia bantu-bantu saya bayar yuran ke”
Teeeeeet. Jantan tak berguna dikesan. Punyalah saya marah dengan jawapan dia itu, terus saya tak balas mesej dan malas nak layan. Sebab?
Yang pertama, anda tak layak jadi ketua keluarga. Jadi suami. The way you think about marriage and having a wife is so toxic and misleading! Subhanallah, macam mana boleh terfikir nak berkahwin tapi awal-awal lagi minta ‘isteri’ tanggung anda?
Dah tahu tengah belajar tak ada duit, carilah duit! bukan cari isteri! Kalau tak mampu cari duit, jangan cari isteri! Ini, cari isteri kemudian mengharapkan isteri yang sara anda? Apakah?
Nak kahwin ketika belajar tu tak salah. Yang salah, pandai kahwin tak pandai usahakan nafkah? Bertanggungjawablah dengan keputusan anda!
“Alah puan, takyah lah feminis sangat. Tengoklah tuntutan kehidupan semasa sekarang ini macam mana. Biasalah tu kami lelaki harap wanita ada duit sendiri. Apa salahnya isteri kalau dah bekerja, bantulah suami tu”
tuan, ini bukan soal salah tak salah isteri bekerja untuk bantu suami. tidak, tidak salah. yang jadi salah, adalah pada cara fikirnya tentang rumahtangga, tentang tanggungjawab, tentang berperanan sebagai seorang pasangan yang mencukukupan. cara fikir dan kefahaman tentang rumahtanggan dan tanggungjawab itu yang salah.
Pemikiran yang tempang, akan melahirkan amalan yang menyimpang! Cara fikir salah, tindakan yang keluar juga akan salah dan di sini keruntuhan demi keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku.
Samada, runtuh dengan perceraian. Atau, runtuh dengan hilangnya keharmonian dan objektif perkahwinan itu sendiri – untuk mendapatkan sumber sakinah, mawaddah dan rahmah.
Sungguh tidak wajar, apabila tujuan berkahwin itu adalah untuk memeras keringat isteri agar hidupnya menjadi mudah! itu bukan objektif perkahwinan. Maka, jangan pernah terlintas langsung hal ini dalam benak fikiran kita.
Pokok pangkalnya, memang tak salah isteri bekerja untuk bantu kewangan suami. Bahkan saya berpendapat, dalam majoriti keadaan sekarang, itu seakan-akan satu tanggungjawab moral untuk isteri membantu suami. Bukan tanggungjawab hakiki, tapi tanggungjawab moral.
Kalau dah suami tu berhempas pulas kerja siang malam nak cukupkan segalanya untuk keluarga, isteri bolehlah membantu pada kudrat yang ada. Balik pun, sama-sama nak hidup tenang dan selesa, maka give and take lah ikut cuaca rumahtangga masing-masing. Tiada salahnya, wanita bekerja atau tidak.
Cuma, bila lelaki mengharap isteri bekerja sebab awal-awal lagi nak dibantu, pada saya, ini kriteria lelaki tak berguna. Maaf katalah ya. Apa-apapun hal, cubalah dahulu, jika tak cukup, percayalah.
Anda sebagai lelaki baik yang mendapat isteri baik, pasti isteri anda akan bantu dan sama-sama sinsing lengan baju, turut bekerja dan bersusah sama-sama dengan anda membina ekonomi keluarga.
Subhanallah Maha Sempurna Allah, menciptakan lelaki dengan sifat kepahlawanannya iaitu menjaga dan melindungi. kajian psikologi menunjukkan, lelaki punya sense to protect adalah sangat tinggi. Manakala wanita pula, sekadar pemerhatian saya, memang mempunyai sense of giving yang sangat tinggi.
Apabila kedua-dua sense Allah bagi ini diguna pada fitrahnya, inshaALLAH hubungan antara suami isteri yang terjalin itu – adalah harmoni dan melengkapi. Suami tak ambil kesempatan atas isteri, isteri tak kedekut jadi tak berguna bergantung dengan suami semata-mata tanpa langsung memberi bakti.
Bila lelaki dibantu tapi dalam masa yang sama, dia punya sense to protect itu bekerja dengan baik, dia akan merelakan dirinya dibantu pada tahap kritikal dan keadaan tertentu saja, dan dia tidak akan sesekali tergamak menzalimi, mempergunakan atau memeras tenaga sang isteri hanya untuk kesenangan peribadinya.
Dia akan bertanggungjawab, dia tetap menjadi ketua keluarga yang baik, walau dari aspek kewangan dia sendiri dibantu oleh isteri. Sebab? Jiwa jantan dia sebagai pelindung isteri akan melindungi isteri dan keluarganya dari disakiti, dilukai, dipergunakan dengan cara yang salah.
Isteri akan dibantu, dan rasa dihargai. Bukan dipergunakan. Suami juga tetap dibantu, dan tetap dihormati isteri, kerana sikapnya yang melindungi dan tidak mengambil kesempatan.
Percayalah, wanita ini, dengan sifat memberi yang Allah beri dia, takkan sanggup membiarkan suami berhempas pulas menyediakan segalanya, tanpa dia juga berusaha turun padang menanggung susah derita bersama. Belum sempat suami buka mulut minta ingin dibantu, isteri yang baik akan awal-awal lagi menawarkan bantuan.
Tapi, tidak sedikit yang terjadi para lelaki berlepas tangan dan memilih menjadi ‘lebih isteri’ dari sang isteri itu sendiri. Maka bermatianlah sang isteri menyediakan segala keperluan.
Penat dan rabak fizikalnya, yang sepatutnya digunakan untuk melahirkan dan berkasih sayang dengan anak-anak dan suami sebagai sumber ketenangan untuk seisi keluarga – akhirnya menjadi singa jadian yang sentiasa bermasam muka dan bersikap serba tak kena.
Saya ni kalau ada anak laki pun, saya akan MINTA anak lelaki saya sebolehnya carilah wanita yang bekerjaya dan ada duit sendiri. Sebab apa? “Supaya isterimu boleh memberi pada ibubapanya sebanyak apa yang dia mahu. Supaya dia boleh membantu orang sekelilingnya bila-bila masa ianya perlu.
Supaya dengan itu, dia lebih menghargai kewujudannya di dunia ini, berperanan sebagai sosok isteri yang taat dan ibu yang hebat, yang mampu menjadi suri tauladan terbaik untuk anak-anak kalian.
Dan sesekali, bukan kerana wangnya itu boleh membantumu, tetapi agar ibubapanya tetap terus terbela, dan dia meneruskan hidup sebagai isteri yang kau redha, juga sebagai anak perempuan yang terus menyumbang jasa pada kedua ibubapanya.
Maka anakku, carilah wanita bekerjaya, agar dia mampu menjadi versi terbaik dirinya dengan keupayaannya untuk memberi kepada sesiapa saja yang dia suka.”
Akhir kata nasihat untuk wanita pula, jika sudah berduit sendiri. Usah mendabik dada perlecehkan suami anda, hanya kerana wangnya tidak sebanyak anda. Biar, wangnya sikit tak mengapa. Asalkan, tanggungjawabnya tetap dia usaha laksanakan sebaiknya.
Bukan hak kita, menentukan berapa banyak sepatutnya rezeki yang dibawa pulang sang suami untuk kita sekeluarga. Asal saja, dia tetap berperanan sehabis daya memberi yang terbaik kepada keluarga, dia tetap mesti terus menjadi suami pujaan hati anda.
Walaupun pekerjaannya cuma peniaga air balang di tepi simpang, asalkan, dia berusaha sehabis dayanya untuk tetap mempertahankanmu, menjagamu, dan memberi kecukupannya kepadamu.
Jika dia ambil kesempatan atas mu, boleh pertimbangkan option lain, bina hidup sendiri. sendiri lebih baik, dari menanggung dosa tak bertepi kerana hati yang selalu memandang jelek sikap-sikap tak berguna seorang suami. Allahualam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
SOALAN: Saya akan bernikah dengan seorang lelaki pada hujung tahun ini. Namun saya tidak mampu untuk melakukan kenduri. Apakah hukumnya seseorang yang bernikah tanpa membuat sebarang kenduri?
JAWAPAN:
Berkahwin merupakan sesuatu yang harus. Mengisytiharkan perkahwinan pula adalah sunat bagi mengelakkan prasangka buruk masyarakat. Melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak wasangka atau fitnah adalah berdosa.
Justeru jika suami isteri yang tidak mengisytiharkan perkahwinan mereka tinggal serumah, tentulah perbuatan ini dipandang serong. Ia dikira berdosa kerana menyebabkan timbulnya fitnah.
Ada beberapa cara untuk mengumumkan perkahwinan mengikut keselesaan masing-masing.
Antaranya:
1. Melalui medium media sosial seperti Facebook dan juga Instagram.
2. Melalui jamuan makan kecil.
3. Memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan melalui ziarah menziarahi.
Namun adalah lebih bermakna jika diadakan kenduri. Perlu diingatkan bahawa kenduri tidaklah semestinya besar.
Apa yang penting ia mencapai hasrat perisytiharan sesebuah perkahwinan. Ijab kabul hanya dengan “Aku Terima Nikahnya…”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Self-diagnose masalah mental semakin popular akibat video media sosial, namun ia boleh membawa kepada salah rawatan dan salah faham terhadap diri sendiri. Ketahui pandangan Islam serta kepentingan mendapatkan bantuan profesional.