Nampaknya musim haji tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Kalau dulu hampir 2.5 juta jemaah seluruh dunia berkumpul untuk menunaikan Rukun Islam kelima ini.
Tetapi nampaknya tahun ini hanya kira-kira 1,000 jemaah saja yang terpilih menjadi tetamu Allah.
Memetik portal berita Arabnews.com, mereka bukan sahaja dikuarantin sebelum menunaikan haji sahaja.
Sebaliknya, proses sama juga akan dilakukan sebaik sahaja menyempurnakan Rukun Islam ke-5 itu.
Namun begitu, pergerakan sangat ketat kerajaan Arab Saudi dalam memantau pergerakan jemaah haji tahun ini.
Mereka akan dibekalkan satu gelang untuk mengesan lokasi setiap jemaah sebelum pergi haji lagi bagi memastikan mereka mengikut SOP ditetapkan.
Hal ini dikongsi oleh seorang penuntut di Universiti Islam Madinah, Muhammmad Uwais Mohd Rosli yang menetap di Madinah di laman sosial Facebook Madinah Di Hatiku
Ikuti perkongsiannya
Nampak bersungguh betul kerajaan Arab Saudi untuk menjaga & mengawal penularan wabak Covid-19 semasa perlaksanaan Haji pada tahun ini.
Tak cukup dengan “aku-janji” untuk kekal kuarantin di rumah, doktor sendiri datang bersama pasukannya ke rumah setiap jemaah Haji kali ini.
Pada awalnya diberikan taklimat & nasihat kesihatan sambil melakukan ujian SWAB melalui hidung bakal jemaah Haji. Kemudian dicucuknya pula vaksin untuk mengelakkan jangkitan kuman.
Akhirnya disarungkan gelang tangan (seperti dalam gambar) yang boleh mengesan lokasi setiap jemaah sebelum pergi haji lagi untuk pastikan para jemaah ikut SOP kuarantin di rumah sebelum & selepas Haji.
Gelang tangan ini disambungkan terus kepada telefon pintar para jemaah Haji. Telefon pintar tersebut WAJIB sentiasa dibuka Bluetooth, Internet dan juga GPS.
Sebelum doktor pulang pagi semalam, sempat beliau berpesan; “Jangan cuba-cuba nak langgar arahan kuarantin ini. Saya akan perhatikan 25 jam sehari pergerakan awak.”
Haha . Bergurau, tapi pesannya itu jelas nampak keprihatinan beliau tentang kondisi & kesihatan para Dhuyufurrahman bagi memastikan Haji tahun ini berjalan dengan lancar.
Kudos kepada frontliner. You are the best!
Uwais Madinah Labbaikallahumma labbaik!
#MadinahDiHati #MadinahToMekah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dilaporkan sejumlah RM70 billion harta pusaka tak dituntut terbiar begitu sahaja tanpa boleh diagihkan kepada yang berhak. Ini semua terjadi atas kecuaian kita sendiri yang tidak sempat mengurus dan memilih instrumen pembahagian harta pusaka yang dimiliki kepada waris.
Jangan dikaburi dengan kerukunan hubungan kekeluargaan yang aman damai semasa kita masih hidup. Kita lupa ada urusan akhirat perlu kita selesaikan sebelum mati iaitu urusan pembahagian harta milik kita. Apabila kita sudah dalam kubur nanti, akan timbul isu perebutan harta. Dan ini akan dipersoalkan nanti di akhirat.
Waris yang hidup, masing-masing sibuk menuntut hak atas harta yang kita tinggalkan, sedangkan kubur kita masih merah lagi. Paling sedih, isteri dan anak-anak kita menjadi mangsa, satu sen pun tak dapat pun ada. Sampai ke sudah urusan pembahagian harta tak selesai. Agak-agaknya boleh aman ke kita di dalam kubur nanti?
Ikuti perkongsian Mina Azmina, peguam shariah dari Azmina Wardah & Associates memberi pencerahan ke mana atau instrumen apa yang boleh kita pertimbangkan untuk menguruskan harta pusaka kita. Bila dah tahu metod yang sesuai, tak ada lah nanti waris bermasam muka tak bertegur sapa.
Menurut Mina, isu kehartaan dalam sesebuah keluarga boleh menyebabkan berlaku pergaduhan antara adik beradik setelah berlaku kematian salah satu pihak dalam keluarga tersebut.
Semasa hiduplah kita perlu cakna tentang isu kehartaan supaya apabila berlaku kematian tidak ada pertelingkahan dalam keluarga. Secara lumrahnya; apabila susah atau masih hidup tiada yang mahu mengaku adik beradik, tetapi bila berlaku kematian, ramailah yang akan mengaku adik beradik atau mendakwa dirinya sebagai waris si mati dan ingin menuntut hak mereka katanya.
Menjelaskan lagi, Mina menekankan bahawa bab duit dan harta kebanyakan manusia boleh jadi gelap mata. Realitinya siapa yang tak nak harta dan wang ringgit yang banyak kan?
Maka bertindaklah sekarang dan sebagai permulaan kenali dulu instrumen untuk pewarisan dan pembahagian harta pusaka yang perlu kita ambil tahu.
Wasiat membolehkan si pemilik harta mewariskan harta kepada bukan waris atau waris tanpa melalui pembahagian faraid. Namun, jumlahnya terhad kepada nilai 1/3 harta sahaja dan perlu kepada persetujuan semua waris.
Menghadiahkan harta kepada mana-mana individu atau organisasi samaada waris atau bukan waris. Si pemilik harta boleh mewariskan harta kepada bukan waris seperti anak angkat atau mana-mana waris yang dirasakan lebih memerlukan berbanding yang lain. Kebiasaannya, hibah diberikan atas dasar kasih-sayang.
Mengisytiharkan harta-harta sebagai hasil usahasama dengan pasangan yang sah. Dengan mengisytiharkan harta sepencarian, si suami boleh mewariskan sebahagian harta secara terus kepada isteri (dan juga sebaliknya) tanpa perlu diagihkan melalui faraid.
Menyerahkan harta kepada pihak ketiga iaitu pemegang amanah yang akan bertanggungjawab mengurus dan melindungi harta pusaka daripada tuntutan pihak lain.
Sebagai contoh, mengamanahkan bendang sawah kepada persatuan, dan sebahagian hasilnya hendaklah diberi kepada waris-waris yang ditinggalkan.
Menginfaqkan harta pusaka yang ditinggalkan sebagai sumbangan ke arah jalan kebaikan dan kegunaan umum, contohnya mewakafkan tanah untuk dibina masjid.
Wakaf berfungsi sebagai kesinambungan amalan selepas kematian. Sebaik-baiknya, jumlah harta yang diwakafkan tidak melebihi 1/3 nilai kesemua harta yang ditinggalkan.
Kaedah pembahagian harta pusaka yang ditetapkan oleh hukum Islam. Faraid memastikan pembahagian yang adil dan saksama kepada kesemua waris yang ditinggalkan.
Pecahan pembahagian bergantung kepada jenis (anak lelaki, anak perempuan, isteri, ibu, bapa) dan bilangan waris yang masih ada.
Kashoorga: Ini antara instrumen atau platform mana yang kita boleh pilih untuk selesaikan pembahagian harta pusaka kita nanti. Buatlah segera sebelum meninggal dunia.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Soalan: Adakah kita perlu mengqada’ solat (wajib atau sunat) yang tertinggal dengan sengaja, malas dan cuai? Bagaimana dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh? Apakah kita hanya dituntut supaya bertaubat dan tidak perlu mengqada’nya?
Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (Surah al-Nisa: 103)
Ayat ini menunjukkan bahawa solat fardhu menjadi kewajipan orang Islam dan mempunyai waktunya yang telah ditetapkan. Sebelum saya menjawab permasalahan ini, suka dinyatakan berkenaan dengan hukum meninggalkan solat. Pengarang al-Fiqh al-Manhaji menyebut:
Orang yang meninggalkan kerana mengingkari hukum wajibnya atau sengaja mempersendakannya akan menjadi k4fir dan terkeluar daripada agama Islam. Pihak pemerintah wajib menyuruhnya bertaubat dan tidak boleh membiarkannya demikian sehingga dia bertaubat dan kembali mendirikan solat.
Berkenaan dengan soalan di atas, pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie hendaklah diqada’kan solat yang telah ditinggalkan walaupun bukan dengan sebab tertidur atau lupa.
Ini kerana hutang Allah SWT lebih utama dibayar. Berkenaan dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh, maka hendaklah diqada’ semampu yang mungkin walaupun secara beransur-ansur sehingga selesai, di samping bertaubat kepada Allah SWT.
Mereka hendaklah menghitung solat yang ditinggalkan dengan ghalib zan atau yakin supaya dapat diqada’kan semua solat yang pernah ditinggalkan. Walaupun begitu kita yakin dengan sifat keampunan Tuhan dan penerimaan taubatnya di samping beriman dengan firman Allah SWT:
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.(Surah al-Baqarah: 286)
Berkenaan dengan qada’ amalan sunat hukumnya sunat, seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Adapun taubat juga perlu tetapi tidak memadai dengannya sahaja, mesti diqada’ juga berdasarkan arahan Rasulullah SAW.
Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa muda-muda dulu
Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa. Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat.
Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai waktu Allah, qadha waktu kita
Dari ‘Aisyah r.a katanya: Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat. (Muslim)
Cara Niat Qada Bagi Solat Fardhu Lima Waktu Pula Ialah
Solat Maghrib
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
Solat Isyak
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
Solat Subuh
Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
Solat Zuhur
Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
Solat Asar
Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala
Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an banyak waktu), perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?
Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.
Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya.
Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu ( tetapi sudah buat solat taubat ) bagaimana ?
Soal jika meninggal sebelum sempat meng’qada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar-benar insaf dan niat untuk qada’ kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dos4-dos4nya.
Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.
Solat Jamak Takdim: Ketahui hukum bercakap antara dua solat jamak takdim menurut Mazhab Syafie, syarat muwalah serta situasi yang boleh menyebabkan jamak tidak dapat diteruskan.