Rumahtangga yang dahulunya mesra, kini semakin lesu. Ke mana hilangnya kemesraan sewaktu mula berkahwin dahulu.

Simpati bagi pasangan yang hadapi masalah pupusnya kemesraan suami isteri sedangkan perkahwinan itu adalah satu ikatan halal yang mana keharmonian rumahtangga akan mengalirkan rezeki melimpah ruah kerana hadirnya malaikat Rahmat menghadiahkan keberkatan daripada Allah.

Artikel berkaitan: 10 Hak Isteri Wajib Suami Tunaikan; Antaranya Suami Sedap Dipandang

Artikel berkaitan: Doa Ampuh Ditemukan Jodoh Segera, Dikasihi Ramai & Rumahtangga Bahagia

Trend ini semakin menjadi-jadi dewasa ini. Apabila sampai di rumah, masing-masing seperti orang asing. Berat sekali mulut untuk bersembang seperti dahulu. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin yang mengulas kebenaran apa yang terjadi dalam institusi keluarga moden hari ini.

Tidak menghairan, hilangnya kemesraan antara pasangan salah satu sebabnya apabila tiba waktu makan masih lagi mengadap screen. Main smartphone atau makan depan televisyen. Tangan menyuap nasi, tetapi mata pada skrin. Sedangkan waktu makan itu adalah masanya untuk kita bercakap dengan keluarga.

Hentikanlah perbuatan biadab ini. Kita mulakan usaha kembalikan kemesraan dalam rumahtangga dengan kaedah mudah dan murah berikut tetapi kesannya mendalam.

IKLAN

Suap Isteri Makan & Berkongsi Pinggan

Macam mana nak wujud mesra kalau begitu? Waktu makan ini untuk dimanfaatkan sepenuhnya masa bersama keluarga. Suapkan makanan untuk isteri, untuk anak anak. Minum gelas yang sama dari gelas isteri.

Makan berkongsi pinggan. Ini adalah apa yang diamalkan oleh Nabi junjungan kita Rasulullah SAW. Tunjukkan kemesraan terhadap isteri, kerana setiap perlakuan kita akan ditiru oleh anak anak.

Fokus 15 Minit Dimeja Makan Pun Cukup

Namun amatlah sedih. Zaman sekarang,15 minit itu sangat berharga jika kita dapat betul-betul beri tumpuan kepada keluarga berbanding 24 jam di rumah tetapi banyak masa dengan media sosial serta online gaming.

Akhirnya hubungan jadi toksik. Bercakap pun hal hal penting sahaja. Paling teruknya bercakap sebab gaduh. Buka mulut sahaja bergaduh! Bila tutup mulut, mata pula depan TV, layan gadget. Anak anak layan game, layan kehidupan mereka sendiri.

IKLAN

Bercakaplah Hal Positif

Tiada lagi senyuman, gelak tawa, riuh rendah dalam rumah. Sedangkan kita perlu setiap hari bercakap dengan positif, ada rasa simpati terhadap pasangan dan keluarga, ada masa nak bergurau dengan isteri dan anak-anak.

Jangan Biarkan Isteri Stres

Apabila isteri stres, anak-anak akan dibesarkan dalam suasana stres. Lantaran itu, pembesaran anak-anak akan terjejas.

Sekiranya tidak dibendung tidak mustahil jika ada kanak-kanak juga mengalami masalah kesihatan mental. Hari ini, perlunya masa emosi untuk keluarga. 1 jam itu, fokus layan keluarga.

Simpan Dahulu Laptop,  Telefon & Tutup Televisyen

Tiada smartphone, laptop, tiada TV, tiada urusan kerja. Bagi perhatian kepada pasangan. Dengar cerita mereka, dengar luahan hati mereka, banyakkan sentuhan, selalu beri senyuman atau flying kiss kepada pasangan.

IKLAN

Peluklah Isteri Minimum 5 Kali Sehari

Peluk erat isteri, paling kurang kena peluk pasangan 5 kali sehari, ya 5 kali, tak percaya buatlah. Layan isteri dengan baik. Nabi Muhammad s.a.w seorang pemimpin dunia, namun Nabi SAW akan jadi seorang suami apabila bersama dengan isteri baginda.

Potongkan Kuku Isteri

Potong kuku pasangan adalah kemesraan yang sangat kuat, rindu sangat sangat moment ini. Di situ ada sentuhan, sentuhan sampai ke hati.

Tatap wajah pasangan, renung dalam mata dia, rupanya ada seribu bahasa kasih sayang dan cinta. Dari situlah hati akan tenang melihat pasangan.

Isteri Menyukai Ungkapan ‘I love & Miss You!”

Rupanya nak isteri itu tenang, suami wajib bina kemesraan terhadap pasangan. I love you, I miss you, usap jari, pegang bahu ini adalah ucapan dan perbuatan yang mudah tapi sangat mahal nilainya yang kadang-kadang kita terlepas pandang. Bina cinta, bina bahagia InsyaAllah ketenangan itu akan datang.

Tulis dan tinggalkan nota seperti ini juga boleh dilakukan.