Ramai suka melihat penampilan manusia dari segi luaran. Ramai dinilai baik hanya kerana ilmu disampaikannya. Namun jika tidak beramal dengan ilmu dimiliki, ternyata ia satu kerugian.

Dari satu pengalaman dikongsikan oleh pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun, dirinya berkongsi satu pengalaman seorang usahawan yang juga seorang berilmu mengenai pengalaman bertemu Malaikat Mungkar Nakir ketika dalam koma sekitar kejadian tiga tahun lalu sebelum PKP.

Jelas Ustazah Asma’, kronologi kehidupan dilalui individu ini sangat panjang termasuk jatuh bangun, rumah terbakar, kena sihir, jatuh sakit, ujian bertimpa-timpa dilalui dalam kehidupannnya.

“Kalau tak silap, dia kemalangan sebelum koma atau sudah hilang kewarasan (saya tak ingat sebabnya dengan tepat). Ketika dalam koma inilah dirinya bertemu Malaikat Maut. Dia bukan orang tak berilmu, latar belakangnya dalam bidang pengajian agama. Pernah melakukan ceramah-ceramah agama.

“Dia kata, Ustazah ketika saya dalam koma, saya sebenarnya ingat saya sudah betul-betul mati. Kerana apa yang saya hadapi, saya melihat isteri dan anak-anak saya, orang keliling saya menangisi kematian saya yang sangat real.

“Saya nampak isteri dan anak-anak menangis teruk sehinggalah saya nampak keadaan saya dimandikan seperti jenazah. Dan bagaimana kubur saya digali, di mana akhirnya saya dikuburkan. Semua itu sangat jelas, bukan samar-samar.

IKLAN

“Sebab itu saya katakan saya benar-benar mati. Ketika melihat jenazah saya diuruskan, saya bertempik sekuat hati untuk memberitahu dan berpesan kepada mereka tapi suara itu langsung tak keluar.

“Kemudian dia kata, sebagai saja Ustazah apa yang Nabi sampaikan, apa yang alim ulama beritahu tentang alam kubur ini memang benar. Subhanallah, saya seperti mati hidup semula,”katanya Ustazah Asma dalam perkongsian di You Tubenya.

Tambah pendakwah ini lagi, bila dah ditanam dalam kubur beberapa Langkah saja ahli keluarga tinggalkan, memang benar datangnya Malaikat Mungkar dan Nakir.

IKLAN

“Dia kata tak boleh nak gambarkan bagaimana rupa malaikat ini tapi sangat menggerikan. Datangnya membawa bersama seperti disebut Nabi perkataan “keduanya membawa palu”yang digunakan untuk memukul tetapi alat tersebut tiada di dunia dan saya tak boleh gambarkan bentuk.

“Dan bila ditanya soalan “Man Rabbuka” (siapa Tuhan kamu), saya tak dapat jawab walaupun hati saya tahu jawapan tapi hati saya dan mulut saya terkunci nak menjawapnya. Saya tak dapat jawap Ustazah walau hati saya tahu. Allahuakbar.

“Bila saya tak dapat jawap, saya dipukul sekuatnya. Seolah jatuh ke kerak bumi dan kesakitan yang amat dahsyat. Kemudian saya dinaikkan semula lalu ditanya lagi soalan yang sama. Ustazah, soalan itu saya tak dapat jawap dan saya dipalu berulang kali sampai saya sedar semula.

IKLAN

“Dia kata, Ustazah, kita kalau hidup kita ini tak membesarkan Allah walau pun kita memang boleh sebut nama Allah di dunia, kita memang lancar je mengucap, lancar je baca Quran, belum tentu kita boleh jawab soalan Mungkar dan Nakir, siapakah Tuhan kamu.

“Rasa seram tak, seram. Lepas saya bangun Ustazah, saya syukur bisnes saya lingkup. Saya bersyukur semua nie berlaku. Saya terus ubah kehidupan saya 100 peratus, anak-anak dimasukkan ke madrasah tahfiz sebab saya dah lihat suasana di alam kubur. Masa itu saya sangat mencari-cari, mana amalan yang boleh bantu. Mana Al-Quran yang dibaca, mana amal soleh boleh jadi perisai amalan atau peguam bela kita.

“Sebagai mana Nabi sebut, Al-Quran itu boleh jadi hujah kita, memelihara dan melindungi di alam barzakh. Baca Quran tapi tak laksanakan kandungan Al-Quran, rumah tak buka Al-Quran, dia suruh orang Quran, dia sendiri tak baca, contohlah ya, nauzubillah. Sumber : Tik Tok @menuju alam akhirat.

https://www.tiktok.com/@ninisolehah/video/7109484252613365019?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6973624686812366338

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI