‘20 tahun cari kerja lain, masih belum ada rezeki.’ Ustazah Asma’ Harun kagum perjuangan pramugari bertahan demi Islam. Biarpun demi tuntutan tugas terpaksa mendedahkan aurat, namun jauh di sudut hati mereka tak redha.
Sikap yang satu ini membuatkan Ustazah Asma’ Harun yang dalam perjalanan ke Ghana bagi meneruskan Misi Kemanusiaannya kagum. Malahan kedua pramugari ini cukup teruja apabila dapat bertemu pendakwah terkenal ini.
Ikuti perkongsian Ustazah Asma’ Harun dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Ketika dalam perjalanan menuju ke Ghana, saya bertemu dengan dua orang pramugari Malaysia dari Emirates Airlines, pramugari tersebut menyapa dengan penuh teruja,
“Ustazah, saya tak pernah rasa teruja macam ni” sambil air mata mengalir, saya terus peluk dengan seikhlas hati.
Ceritanya,
“Kebiasaannya kami yang bertugas sebagai pramugari akan berjumpa dengan ramai orang yang terkenal seperti selebriti, perdana menteri dari seluruh dunia, dan ramai lagi mereka yang ternama”.
“Namun kami tak pernah sangat teruja seperti ini, saat bertemu dengan ustazah, tapi kami segan sebab penampilan kami, namun syukur ustazah tidak langsung memandang kami berbeza, itu membuatkan kami sangat terharu.” Saya peluk keduanya sekali lagi.
Ads
Kerja Lain
Cerita mereka, sudah 20 tahun berikhtiar untuk mencari pekerjaan lain sambil menitiskan air mata, namun sehingga saat ini, belum rezeki.
Bahkan, kebanyakan pramugari di Emirates Airlines juga bukan Muslim. Pengakuan begini bukanlah kali pertama, para pramugari MAS dan Air Asia juga kerap luahkan perkara yang sama.
Allahuakbar, sambungnya lagi,
“Ustazah, kenapa kami tetap bertahan sehingga kini, antaranya.. kerana jika bukan kami yang bertugas, bagaimana dengan penumpang Muslim yang akan bertanya setiap kali penerbangan terutamanya soalan tentang waktu solat, arah kiblat dan lain-lain, kerana itulah kami tetap bertahan”.
Masih Belum Ada Rezeki
Mereka ada juga bertanya kepada saya tentang solat jamak, “Ustazah, rumah saya di Dubai, setiap hari akan sentiasa musafir ke luar negara. Jadi, bolehkan saya solat jamak setiap kali bertugas?”
Jawapan saya, “boleh, selagi mana dalam perjalanan dan tidak ada niat menetap melebihi 3 hari, namun jika sudah ada perancangan menetap melebihi 3 hari (tidak termasuk hari pergi dan pulang).
‘Maka hanya dibolehkan jamak ketika perjalanan musafir sahaja, dan apabila sampai di rumah tidak boleh melakukan solat jamak”, tersenyum dan mengangguk pramugari itu mendengar penjelasan saya, tanda dirinya faham.
Ads
Ustazah Asma’ Harun Kagum
Saya titipkan nasihat buat mereka berdua supaya terus sabar dengan ujian ini, tidak redha dengan pakaian ini – bermaksud di dalam hati tidaklah gembira, tetap usaha menutup aurat diluar kerja, meneruskan ikhtiar untuk mencari pekerjaan lain.
Insyallah semua usaha itu akan dipandang oleh Allah. Bukan itu saja, mereka juga perlu untuk berusaha menyampaikan isu ini kepada pihak atasan supaya diberikan pilihan kepada pramugari Islam untuk memakai pakaian sesuai semasa bertugas.
Dua orang pramugari ini kelihatan sangat manis, dengan tasbih sentiasa ada bersama digantung pada telefon bimbit. Jujurnya dalam hati sangat kagum dan malu dengan mereka berdua.
Perjuangan Pramugari
Mereka berjuang dan bertahan demi memastikan Islam terus tersebar dan dipelihara, sedangkan kita sering terleka dan selesa dengan apa yang ada.
Semoga Allah sentiasa bersama mereka, dipermudahkan segala urusan untuk berhadapan dengan ujian ini.
Muhasabah bersama, jangan kita mudah bersangka tidak baik kepada orang lain, elakkan menghukum sesiapa yang kita lihat di sekeliling.
Ads
Bertahan Demi Islam
Namun latihlah diri untuk mendoakan kebaikan serta berilah saranan dan nasihat yang terbaik, semoga Allah permudahkan dan buka jalan keluar buat mereka.
Marilah kita mendoakan satu hari nanti, semua syarikat penerbangan memberi pilihan kepada para pramugari muslimah untuk memakai pakaian indah menutup aurat dan patuh syariah. Allahumma aamin.
*Keduanya tidak bertudung, tetapi telah diedit sebagai tanda hormat dan sayang keduanya
Kala ini Malaysia sedang diuji dengan seramai hampir sejuta rakyatnya (844,870 kes kumulatif) dijangkiti Covid-19 dengan pertambahan kes baharu pernah mencecah 9000 kes atas dalam sehari. Semalam juga menyaksikan penyaringan besar-besaran mereka yang positif wabak ini dapat dilihat di kawasan Shah Alam apabila orang ramai dilihat beratur panjang melalui video yang tersebar di media sosial.
Di saat ramai yang duduk di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kes-kes terus naik kerana kewujudan kluster baru khususnya melibatkan sektor pengilangan yang diberi kebenaran beroperasi.
Pastinya anggota petugas kesihatan antara individu yang paling sibuk kerana dapat dilihat mereka sentiasa memberikan komitmen walau ada tanda-tanda burnout kerana kepenatan bekerja tanpa henti sejak tahun lalu.
Namun demi menyelamatkan nyawa pesakit yang menjadi amanah buat mereka, tugas itu terus dipikul tanpa rasa jemu.
Di aplikasi Tik Tok @suemayrra ada dikongsikan bagaimana petugas kesihatan dengan sut PPE lengkap berkejaran menyelamatkan pesakit yang tiba-tiba tumbang ketika menunggu giliran untuk saringan. Namun dalam mengejar masa menyelamatkan nyawa pesakit, troli yang ditolak laju itu jatuh di mana petugas dan pesakit sama-sama terjatuh. Ia jelas mengejutkan orang ramai yang sedang menunggu giliran namun mereka segera bangun demi menyelamatkan pesakit.
Semoga setiap jasa petugas kesihatan ini dibalas dengan pahala dan syurga Allah. Moga kita semua mampu menjaga diri sendiri.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Selain berdoa kepada Tuhan, pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menghalang penyebaran virus COVID-19 ini.
Ini kerana wabak serius boleh tersebar melalui sentuhan barangan daripada mereka yang mengalami masalah ini.
Salah satu cara untuk mengatasinya adalah dengan mengelakkan penggunaan duit syiling dan wang kertas.
Seperti perkongsian lelaki ini Mohd Razman Faizal Sulaiman yang juga seorang pengusaha kedai memberitahu cara pencegahan melalui penggunaan duit syiling an wang kertas.
WANG KERTAS DAN COVID-19 ++++++
Tahukah Anda? Hangpa tau atau tak duit kertas dan duit syiling adalah salah satu faktor boleh jadi penyebab penyebaran Covid-19 berskala besar.
Serius cakap aku mula terpikiaq sekarang nie potensi penularan Covid-19 nie boleh tersebar meluas melalui sekeping kertas yang dinamakan duit.
Kenapa aku cakap macam tu?
Ini semua berpunca dari rider aku yang nak hantar makanan ke hospital dia call aku balik masa kastemer tu nak bayar duit caj delivery.
“Bang….duit nie selamat ka kalau saya pegang…”
“Kenapa pulak dah?”
“Saya takut la bang…mana tau duit nie dah terkena virus corona tu ka….dah la yang amik tadi nie bukan doktor….yang nie pesakit….nampak macam tak sihat dengan batuk-batuk…..boleh tak lepas nie abang settle awal-awal caj delivery dengan kastemer bayar online jer…. “
Mana taknya bila rider aku cakap macam tu aku mula terfikir. Ada betul juga apa dia cakap.
Dah la jual beli sentiasa berlaku. Duit syiling dan duit kertas sentiasa silih berganti.
Bayangkan sekiranya seseorang itu adalah pembawa virus. Tak mustahil duit syiling atau duit kertas yang ada pada mereka ini pun telah tercemar dengan Covid-19.
Kita semua tau Covid-19 nie boleh tersebar melalui sentuhan.
Jadi adalah sangat tidak mustahil boleh berlaku penularan secara serius hanya dengan sekeping wang kertas atau duit syiling.
Proses ini boleh jadi penyebab tersebarnya Covid-19 daripada seorang pembawa kepada seorang penerima wang kertas atau syiling tersebut.
Jadi bagaimanakah langkah yang perlu diambil oleh kita semua?
Yang ini akan menjadi satu cabaran sebenarnya.
Macam aku sebagai seorang pengusaha kedai makan, aku sangat risau sebenarnya bila difikirkan pasai isu ini.
Apa yang aku buat setiap kali balik ke rumah, aku terpaksa cuci duit syiling dengan dettol.
Duit kertas pulak aku masukkan dalam plastik dan aku spray dengan antiseptic dettol dalam plastik dan biarkan pada waktu yang lama supaya partikel antiseptic dapat memenuhi ruang dalam plastik dan membunuh segala virus atau partikel merbahaya yang ada pada permukaan duit tersebut.
Ini adalah salah satu langkah yang aku nampak dapat mengurangkan penyebaran virus Covid-19 melalui wang kertas atau syiling.
Langkah pencegahan ini kita sendiri boleh laksanakan di rumah.
Semuanya bergantung kepada kita semua.
Sekiranya hangpa rasa benda ini bermanfaat hangpa boleh bagitau dengan orang lain supaya semua orang boleh amik langkah berjaga-jaga dengan membasmi masalah virus nie bermula dari rumah lagi.
Kalau hangpa nak cuci duit bagitau aku hahaha….aku tolong cuci dan simpankan sehingga masalah virus Covid-19 selesai hahaha.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kematian Ustazah Taslimah dicemburui. ‘Guru mengaji, meninggal ketika memimpin bacaan Surah Al-Baqarah.’ Guru mengaji ini di dalam sebuah majlis dan dia pergi di saat berbuat kebaikan. Allahuakbar!
Pemergian seorang guru mengaji ketika sedang membaca al-Quran disifatkan kematian dicemburui apatah lagi ketika melakukan ibadah dan amal soleh.
Itu yang berlaku kepada Ustazah Taslimah dari daerah Tebet, Jakarta Selatan Indonesia.
Menerusi video yang tular, seorang wanita tiba-tiba rebah ketika sedang membacakan ayat suci al-Quran.
Okezone dalam laporannya menyatakan, hasil semakan mendapati, wanita tersebut adalah Taslimah yang rutin menjadi guru mengaji di Masjid Al Barokah As Syafi’iyah Tebet, Jakarta Selatan setiap pagi Khamis.
Difahamkan Taslimah sedang menjayakan Majlis Taklim As-Syafiyah Ummahat, pada pagi kejadian.
Guru Mengaji
Berdasarkan video yang dimuatnaik Assalam TV, Ustazah Taslimah dirakam sedang membacakan ayat suci al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 5-6 di hadapan peserta majlis taklim menggunakan mikrofon.
Namun selang beberapa minit, wanita itu terjatuh dan kelihatan beberapa orang berusaha untuk menolong guru tersebut.
“Astaghfirullah.., Astaghfirullah,” suara jemaah yang dapat didengar dalam video di akaun Youtube tersebut.
Sementara itu, CNN Indonesia melaporkan, Pengerusi Masjid Al Barkah As Syafiiyah, Alwy Rasyid mengesahkan kejadian tersebut.
“Allahyarham meninggal pada pagi antara jam 7.30 (waktu tempatan). Dirinya sedang bertugas membaca khatam al-Quran dan tahlil.
“Sebelum itu, dia telah pun membacakan surah-surah lain. Namun pada minit ke 22 menjelang minit ke 30, suaranya sedikit bergetar dan mulai melemah. Tetapi dia tetap berusaha,” kata Alwy kepada CNNIndonesia.com.
Bacaan Surah Al-Baqarah
Alwy memberitahu, Taslimah merupakan salah satu ustazah yang kerap bertugas memimpin doa dan pengajian di masjid tersebut.
Sebelum meninggal, Alwy menjelaskan bahawa keadaan tubuh badan dan kesihatan Taslimah kelihatan dalam keadaan baik-baik saja.
Taslimah, tambahnya sudah datang ke Masjid As Syafiiyah sebelum jam 6.00 pagi lagi.
Allahyarham juga sempat berziarah ke makam orang tua Alwy yang berada di sekitar masjid sebelum memulakan majlis tersebut.
“Jemaah pada awalnya menyangka beliau pengsan, lalu ikhtiar bawa ke hospital namun dimaklumkan sudah meninggal,” katanya.
Kashoorga : Menjadi harapan setiap orang muslim meninggal dalam keadaan husnul khatimah dan di saat berbuat kebaikan. Al-Fatihah buat Ustazah Taslimah.
Sejak dari awal belajar solat semasa kecil kita sudah dibiasakan dengan satu lafaz zikir sewaktu rukuk dan sujud. Lafaz Subhana Rabbi al-‘Azimi wa Bihamdihi...