Kontroversi satu video mengenai mudahnya murtad dengan hanya menabur cinta dibuat seorang lelaki berbangsa India telah mencetuskan kontroversi sejak semalam. Ia bukan saja mendapat komen dari orang ramai tetapi juga Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri yang menyatakan pihaknya memandang serius isu ini. Jelas beliau, Perlembagaan Persekutuan menjamin kedudukan akidah umat Islam di negara ini. Malah beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat hal ini lebih mendalam. Ekoran kenyataan disifatkan kontroversi ini, pihak polis Johor turut menyerbu rumah pasangan ini tetapi malangnya mereka tiada di rumah berkenaan.
Di saluran Youtube pula pasangan suami isteri di mana isterinya berasal dari Indonesia menyatakan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran kontroversi ini.
Di sebalik perkataan murtad, isu begini pernah menjadi kontroversi di negara kita. KASHOORGA senaraikan lima kes murtad yang pernah menjadi bualan masyarakat untuk pengetahuan kita semua.
Lina Joy :-
Ini antara kes yang menjadi bualan hangat masyarakat. Nama asal Lina Joy ialah Azlina Johari. Berbangsa Melayu, keturunan Jawa. Lina Joy pernah memohon menukar nama kepada Azlina Lelani pada 1997 kerana mendakwa sudah memeluk agama Kristian namun mahkamah menolaknya. Dia membuat permohonan sekali lagi pada 1999 kerana menurutnya dia beragama Kristian.
Walau dilahirkan sebagai muslim di mana ibu bapanya adalah muslim tapi Lina Joy berkata dia tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir. Dia menukar agama pada tahun 1990 dan ada sijil baptis. Bahkan pasangannya juga seorang India.
Hartina Haji Kamaruddin:-
Perjuangan bapa ini menyelamatkan akidah anaknya yang datang ke ibu kota untuk mencari pekerjaan berakhir dengan kontroversi apabila bapa ini terpaksa merengkok di dalam lokap selepas menetak teman lelaki anaknya dengan parang di tengkuk selepas anaknya balik ke kampung di Perak dengan tanda merah di dahi selain mendakwa sudah beragama Hindu.
Akibat kejadian itu, Haji Kamarudin, seorang penjual satay serta anak lelakinya yang masih bersekolah ditahan 14 hari. Tidak hanya ditahan tapi dirinya turut dibelasah oleh kawan-kawan kepada teman lelaki anaknya itu hingga berlumuran darah. Lebih malang dirinya disaman RM3 juta oleh anaknya sendiri. Bahkan Hartina turut menukar nama kepada Nivasni Rajeswari kerana cinta.
Aisyah Bokhari :-
Tentu sebahagian generasi lama mengingati nama Aisyah Bokhari. Kes murtad ini terjadi pada tahun 1997.Dari seorang gadis dibesarkan dalam didikan agama, akhirnya Aisyah atau nama manjanya Intan menelefon ayahnya memaklumkan dia sudah menukar agama kepada Kristian.
Ads
Bapanya seorang imam, begitu juga datuknya malah Aisyah juga mendapat pendidikan di ITM (kini UiTM) dilihat seperti gadis biasa sehinggalah pada tahun 1997 dia memaklumkan sudah menukar agama kepada Kristian. Kisahnya agak kontroversi kerana dia menukar agama pada usianya lebih 18 tahun di mana article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18 tahun) berhak mutlak menukar agamanya.
Perjuangan bapanya tidak terhenti termasuk bertindak mengurung Aisyah di dalam rumah dan kes ini dibawa ke mahkamah di mana Aisyah dibela oleh seorang peguam CinaKristian, Lennet Teoh Hui Leong. Malah bapanya sering ditemuramah di akhbar dan tv dan setiap kali keluar berita, air mata bapanya tidak pernah henti mengalir.
Nyonya Tahir :-
Kes Nyonya Tahir antara pernah menjadi perhatian masyarakat pada 2006. Selepas kematiannya, barulah ia menjadi kontroversi selepas Mahkamah Tinggi Syariah Seremban memutuskan mayat Nyonya Tahir yang disimpan di rumah mayat diserahkan kepada keluarganya untuk disemadikan mengikut agama Buddha bukan mengikut cara Islam.
Ini selepas permohonan keluarganya yang mendakwa Nyonya Tahir mengamalkan cara hidup orang Cina dan ajaran Buddha sejak lebih 80 tahun dan tidak pernah sekali pun mengamalkan ajaran Islam walau beragama Islam. Malah mendiang turut membuat wasiat dalam akuan bersumpah bahawa dia tidak akan kembali kepada agama Islam dan meminta disemadikan mengikut agama Buddha semasa hayatnya.
Ads
Kes ini mula mendapat perhatian selepas status agama Nyonya Tahir disedari oleh anggota polis di Balai Polis Tampin apabila anak dan cucunya datang membuat laporan kematian. Ini kerana dalam salinan kad pengenalan Nyonya jelas menunjukkan dia Melayu dan beragama Islam sedangkan anaknya menggunakan nama Cina dan beragama Buddha.
Siti Fatimah Abdul Karim :-
Walau nama Siti Fatimah tidak sehebat kes Aisyah Bukhari, namun kesnya turut mendapat perhatian masyarakat apabila pada usianya 20 tahun dia menukar agamanya kerana cinta. Ibu bapanya India Muslim tetapi dalam afidavitnya, Siti Fatimah mendakwa dibesarkan oleh neneknya yang beragama hindu sedangkan mengikut maklumat dari ibunya, nenek sebelah ibunya beragama Islam manakala nenek sebelah bapanya pula beragama Kristian.
Berdasarkan kenyataan Siti Fatimah pada 2001, dia telah membuat suatu deklarasi melalui ‘statutory declaration’ bahawa dirinya seorang Hindu dan menukar nama kepada Revathi Masoosai tanpa membuat sebarang permohonan di Mahkamah Syariah untuk meninggalkan agama Islam. Oleh kerana itu, kad pengenalan diri beliau masih mencatatkan nama beliau sebagai Siti Fatimah binti Ab Karim dan agama beliau adalah Islam.
Maksudnya: Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya) (al-Baqarah. 2: 217).
Hal murtad turut dinyatakan dalam surah Al-Nahl ayat 16:106
Maksudnya: Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah) kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka itu tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Al-Nahl. 16: 106)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jika seorang yang ada berhutang dengan seseorang adakah patut dia bayar hutang dahulu atau mengerjakan haji kerana wang simpanan untuk hajinya telah cukup?
Gambar sekadar hiasan.
JAWAPAN :
Orang yang ada berhutang dengan seseorang dan belum dapat membayarnya maka dia dikira sebagai belum ada kemampuan mengerjakan haji.
Jika dia tunaikan juga haji dengan niat untuk membayar hutangnya selepas pulang dari haji maka hajinya itu sah akan tetapi yang afdhal ialah dia membayar hutangnya terlebih dulu kemudian baru mengerjakan haji.
Berkata Imam Nawawi :
ويشترط في الزاد ما يكفيه لذهابه ورجوعه فاضلا… عن قضاء دين يكون عليه حالا كان أو مؤجلا
Ertinya : “Dan disyaratkan pada bekal yang cukup bagi seorang itu untuk pergi ke Mekah dan pulang darinya ialah mempunyai harta yang lebih termasuk membayar hutang dengan segera atau bayaran dengan ditangguhkan.” (Kitab Al-Iidhah fi Manasik Al-Haj)
Berkata Syeikh Ibnu Hajar :
أن الدين محض حق آدمي أو له فيه شائبة قوية فاحتيط له لأن الاعتناء به أهم فقدم على الحج وإن تضيق
Ertinya : “Sungguhnya hutang itu adalah hak murni manusia yang ada padanya satu tanggung jawab yang berat yang hendaklah bercermat padanya kerana membayar hutang adalah tersangat penting maka didahulukan bayar hutang atas kerja haji jika keadaan tersepit.”( Hasyiah Ibni Hajar ‘ala Iidhah)
Tidak dinafikan haji adalah ibadah yang besar di dalam Islam akan tetapi kerjakanlah dalam keadaan yang afdal dan terbaik.
Selesaikan hutang yang dijanjikan terlebih dahulu kerana apabila janji sudah ditunaikan hati akan lebih tenang melakukan ibadah.
KESIMPULAN
Hutang wajib dibayar apabila sampai masa yang dijanjikan membayarnya yaitu masa yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Jika belum sampai masa bayar hutang yang dijanjikan maka sunat hukumnya membayar hutang.
Jika sampai masa bayar hutang dan orang yang berhutang tidak lagi membayar hutang dan mahu pergi kerjakan fardu haji nescaya wajib atasnya meminta tangguh dengan tuan hutang.
Jika dia tidak minta tangguh dan pergi mengerjakan haji nescaya haramlah perbuatannya itu kerana telah sampai masa yang dijanjikan membayar hutang pada hal dia tidak membayarnya tanpa uzur dan tetapi hajinya sah.
Jika hanya ada satu kesempatan iaitu bayar hutang atau pergi haji maka didulukan membayar hutang.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bakar sarang tebuan ini memang bukan perkara asing terutama di kawasan perumahan. Banyak aduan diterima oleh Bomba atau JPAM untuk selesaikan masalah berikutan bimbang akan disengat.
Ikuti pencerahan tentang aktiviti membakar sarang makhluk Allah ini.
SOALAN :
Berdekatan rumah saya ada sarang tebuan di atas pokok. Boleh atau tidak saya bakar sarangnya kerana takut membahayakan anak-anak yang selalunya lalu di bawah pokok itu?
JAWAPAN :
Jika sarangnya sudah kosong maka harus membakarnya supaya tidak datang lagi tebuan bersarang di dalamnya.
Ada pun jika sarangnya masih ada penghuni maka tidak harus membakarnya dengan api kerana akan terbakar sama segala tebuan yang ada di dalamnya dari kerana diharamkan membakar haiwan dengan api.
Telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.a. Rasulullah SAW telah bersabda :
لاَتُعَذِّبُوابِعَذَابِاللَّهِ Ertinya : “Jangan kamu sekalian mengazab dengan azab Allah.” (Hadith Imam Bukhari)
Dan telah diriwayatkan daripada Hamzah bin ‘Amr Al-Aslami r.a. Rasulullah bersabda
“Jangan kamu membakarnya dengan api maka SEsungguhnya hanya Allah yang mengazabkan dengan api.” (Hadis Imam Ahmad)
Jadi hendaklah dihalau tebuan tersebut dengan cara selain daripada membakar seperti diasapkannya atau disembur bahan yang dapat menghalaunya dan seumpamanya.
Tersebut pada Darul Fatwa Jordan :
،فدينناالإسلامينهىحتىعنحرقالحيواناتوالحشراتبالنار،وأمربالرفقفيالحيوانفضلاًعنالإنسان Ertinya : “Maka agama kita Islam melarang dari membakar segala haiwan dan serangga dengan api dan menyuruh dengan lemah lembut dengan haiwan istimewa pula dengan manusia.”
Sehari dua ini tular di media sosial kes melibatkan Dayana Mohamed yang dalam rayuan di media sosialnya memaklumkan dirinya sudah terlalu lama menunggu permohonan untuk bantuan ibunya yang lumpuh. Malah mendakwa sudah dua kali menghantar permohonan selepas kali pertama borangnya hilang.
Ekoran videonya menjadi viral, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan MAIPk telah hadir ke rumahnya bagi mengetahui kesnya.
Sebelum menetap di rumah didiaminya sekarang, Dayana atau nama sebenarnya Diwiyana terlebih dahulu menetap di Cheras Kuala Lumpur sebelum berpindah.
Bakan semakan mendapati ada pelbagai jenis bantuan telah diterimanya melebihi RM15,000 bahkan permohonan barunya di MAIPk hanya dibuat pada awal Februari lalu.
Dipetik dari fb Kisah Zakat Malaysia, ani adalah secara ringkas jenis bantuan yang telah dibantu oleh Baitulmal MAIWP kepada dirinya semasa tinggal di Cheras. Sebab banyak komen Baitulmal dan Zakat buat apa? Sampai gereja pun naik nama.
Jadi ini pencerahan untuk makluman masyarakat Islam.
Semasa Puan Diwiyana Binti Mohamed tinggal di Cheras dahulu beralamat DA-01-09, Blok Delima Persiaran Baiduri Cheras, beliau telah menerima bantuan Baitulmal MAIWP : –
Bantuan Perniagaan pada 1/2013 berjumlah RM2000 one off
Bantuan Kewangan Bulanan 11/2015 – 10/2016 sebulan RM250, jumlah RM3000 untuk setahun (pertukaran nama ketua keluarga kerana berkahwin).
Bantuan Kewangan Bulanan 3/2015 – 2/2016 sebulan RM400, jumlah RM4800 untuk setahun (bantuan atas nama suami Mohd Ashraf bin Adam)
Kemudian telah berkahwin baru dengan Taufiq Iqmal bin Yusof pada 24/11/2015 dan tinggal di Blok 3-4-13 Jalan 2144A, Taman Bukit Cheras. Suami bekerja Mydin dengan pendapatan RM1758.65 sebulan. Kemudian suami beliau berniaga mesin jualan topup ebill dengan pendapatan bersih RM2053 sebulan. Ibunya masih menerima bantuan JKM secara bulanan RM350 dan mendapat rawatan di HUKM.
Bantuan Perniagaan pada 1/2019 berjumlah RM2000 one off (atas nama suami).
Bantuan Am Persekolahan anak Nur Balqis Alia tahun 2019 RM500, tahun2020 RM600, tahun 2021 RM800, tahun 2022 RM800 (tetapi tahun 2022 akan ditahan kerana tiada makluman yang anak anak beliau berpindah sekolah). Beliau juga tidak memaklumkan kepada Baitulmal telah berpindah ke Perak.
Bantuan Peralatan Persekolahan anak Nur Balqis Alia 12/2020 bernilai RM350 dan 1/2022 bernilai RM350 (tapi akan ditahan kerana telah berpindah ke Perak kerana tiada makluman yang anak berpindah sekolah ke Perak)
Ibunya juga Puan Selamah binti Hamid, penerima Bantuan Kewangan Bulanan pada tahun 2012 (tidak dinyatakan kerana rekod lama), tahun 2013 RM200 sebulan, berjumlah RM2400, dan 3/2014 sehingga 2/2015 sebulan RM250, berjumlah RM3000
Apabila pindah ke Perak, Puan Diwiyana memohon bantuan daripada Zakat Perak-MAIPk pula dengan mengisi borang pada 03/02/2022 dan permohonannya telah diluluskan. (boleh rujuk bahagian komen).
Team Kisah Zakat Malaysia terus mencari kesahihan. Dan semoga ia menjadi pencerahan buat umat islam yang bertanya apa fungsi dan peranan zakat ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Apabila berbicara tentang azab neraka, fikiran kita sering membayangkan api yang marak, panas yang menyengat, dan bara yang membakar kulit manusia.Namun, mungkin ramai yang...